Followers

Friday, January 13, 2012

My CNY plan, what's yours?

Hai,

Macamana plan CNY? Mesti ramai yang ambil kesempatan ber’honeymoon’ kan? Woweeeee. As for me, tak tau la nak dinamakan ni honeymoon ke tak, sebab ini memang aktiviti di hujung minggu sementara masih berdua ni, hehe!

But since cuti CNY ni lama iaitu 4hari, so I consider as honeymoon la, hehe. 

Plan mula-mula husband nak gi Perhentian dengan kawan-kawan dia tapi atas beberapa sebab, plan cancel! Yeay! So new plan pleaseeeeeeee. Lagipon musim hujan, cemana nak snorkeling confirm tak nampak coral dan ikan, so macam tak berbaloi. Setuju tak?

Selepas kawen aritu, Alhamdulillah kami dah berjaya pusing ‘hampir’ satu semenanjung berjalan-jalan. Kadang-kadang ambil kesempatan pergi kenduri kawen dan holiday sekali. Seronok juga camtu, so takyah la plan banyak-banyak, so if free trus jalan, yang penting mesti ada ruang masa dan extra money. Tet!

1st trip – Terengganu (weekend)
2nd trip – Pahang-Negeri Sembilan (cuti Raya Haji)
3rd trip – KL-Johor (Weekend)
4th trip – Cameron-Kelantan (Weekend)
5th trip – KL-Perak-Penang-Kedah-KL (Krismas)

Mana tak pergi lagi eh? Perlis tak sempat sebab cuti 4 hari je masa Krismas, so agak rushing di situ. Melaka plak tak consider as bercuti sebab tak tido or jalan-jalan kat sana, hehehe.

This CNY, kami plan nak terjah tempat-tempat yang belom kami terjah sebelum ni. Kali ni tema honeymoon sedikit berbeza sebab dah taknak gi tempat-tempat romantic. Nak yang lebih adventure!

So this is my agenda.

Haruslah bermula Jumaat petang sebab banyak tempat nak pergi. Masa itu emas kan? Harap-harap jumaat nanti dapar balik cepat sikitlah! Amin!
Jumaat mlm – Tidur di First World Genting. 
Sabtu – Main outdoor Genting dari awal pagi sampai kul 3. Check out and shoot to KL, will stay at One Stop residence & Apartment (yang ni menarik! Kene cerita panjang sikit kat next entry. InsyaAllah). After check in, Shopping mood sampai lebam! So kena listkan nak gi mall mana, nak shopping barang apa. hoyeahhh!
Ahad – Breakfast and check out. Shoot to Melaka for historical holiday mood! Jalan-jalan cari makan sampai malam. Asam pedas, ini adalah wajib! Ada sesiapa nak suggest tak? Orang Melaka??
Pastu shoot ke Seremban untuk tido sana. Kali ni hotel tak best sangat tapi okeyla since boutique hotel, so just grab la walaupun itu bilik triple. Siapa tau Hotel Villa? Hahaah. (kenapa lah semua hotel full?) Lagipon untuk tidur je, so layannn! Rasa nak try nasi arab since my sis cakap kat sana ada 1 kedai best!
Isnin – Check out! Ke Bahau rumah sis ada kenduri aqiqah Safiyya. Alolooooo tak sabar nak cubit pipi, hehe. Malam shoot balik Kuantan, home sweet home. Rumah tak boleh tinggal lama-lama nanti rindu. ^_^
Selasa – Mood berehat di rumah dan sambung buat HB!

Best x? Pack kan? I am easy-going person. Nak jalan, jom! Nak makan, jom! Nak lepak, jom! Lebih-lebih dengan husband, siapa yang akan kata tidak? Lagipun I tak suka stay one place lama-lama, boring. Tapi kalau ramai yang suke travel macam I mesti suka camni. Dulu pon gi Bangkok pon backpackers je. Korea pon sama. Cuma gi China office trip tapi ya Allah Tuhan je tahu betapa boringnya. Tak dapat nak explore dan shopping banyak-banyak pon! Balik rasa tak best dan sangat tak puas!

For me, kalau travel, tak suka la banyak berehat. Biar penat takpe, biar berbaloi. Balik hotel tidur je. Hehehe. Hotel pon tak kisah, asalkan within budget. Cuma lepas kawen je demand nak hotel best-best. Dang!

Kla, doakan I selamat pergi dan balik ya! Musim hujan ni, jomlah sama-sama berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Salam sayang,
i n t a n o r a z a m





Tuesday, January 10, 2012

HB Nora Syida


Sepatutnya nampak banyak brown tapi tak sure la maybe masa letak nak amek gambar tadi yang brown banyak terlepas ke bawah. Hehehe.


Kepada Nora Syida, i harap u puas hati ye. Muah!



Fabric flower for sale


Since ramai yang bertanya mana i dapatkan fabric ring ni, now i have a solution for you! Wooohooooooo.

Korang boleh dapatkan fabric flower tu di SINI! 
(eh silap! korang boleh contact Reena personally ya!)


Tengok tu, tempting kan? Rasa macam nak gigit-gigit je sebab comel sangat.
The price? Its RM4 only! Murah kan. Fabric flower ni bersaiz 4-5cm. So boleh juga if nak buat fabric corsage ke, flower 3d pada dress ke, or apa-apalah! I tau korang semua sangat kreatif!
Macam-macam color ada, cuma if u wanna buy, boleh la email dulu and ask okay!
Pastu boleh la beli cincin murah2 and DIY jadi fabric ring!



ripcurl3355@yahoo.com

r e e n a


Yeay! Good luck Reena!

Sunday, January 8, 2012

Update Hand bouquet secara berjemaah


Dah lama tak update pasal tempahan HB. Hehehehehe. Nak dapatkan mood untuk tempahan 2012 ni, ya Allah Tuhan jela tau betapa  susahnya. Tapi bila dah mula, takde la malas dah.

Inilah kasilnya, kita layaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnn~
(warna sebenar adalah sedikit berbeza berbanding warna pada gambar)
HB Noora Hasan (S Size - satu HB lagi belum siap)

HB Latifah Tipz (M size)

HB Wan Nazurah (M size)

HB Maria Fitria (S size - ampun terpenyek, dah betulkan! Dan satu HB lagi belum siap)

Banyak lagi yang masih belum siap, jadi upload yang ni dulu la yer, hehehe! Tangan dah keras dah asyik menjahit je.


Doakan i semoga sentiasa rajin ye. Love you all!

. i n t a n o r a z a m .

Friday, December 30, 2011

My super-bad habit

Morning person? Oh so not me. 

Even dah kahwin pon, I tak pernah rekod bersih datang awal, kalau terlewat 10min takpe, tapi I lewat setengah jam, huhuhhu. Kadang-kadang je tau! Boss pon dah tau habit I dan dia faham, sebab dia dulu masa kat universiti pon camtu. Cuma kadang-kadang dia marah juga, gulpppp! Ikot mood dia la. Kalau I jadi boss pon I akan marah kot.

Bad habit ni sejak dari USM lagi, sebab maklumlah budak architecture memang jenis berjaga sampai pagi memerah idea. (ececeh, konon!). Padahal takde la dapat idea sangat pon, design pon hampeh je. Tidur selepas Subuh adalah normal, pekena nasi lemak dahulu, pastu zzZzzZzZzz, memang heaven! Diselimuti comforter gebu, alahai. Memang kalau ada apa-apa berlaku pon takkan sedar punya. Hahahahah.

Sejak bekerja, rutin sedikit berubah. Sudah bangun awal tapi tetap akan tidur balik selepas Subuh. Banyak sangat setan bergayut agaknya. Huhuhuh, bila bangun semula, tup-tup dah pukul 830. Oh my! Kelamkabutla bersiap ke ofis. Kalau dah lewat sangat, memang selekeh la. Bedak je sudah. Lipbalm/lipstick, memang tak sempat nak pakai, sobs. Tapi takpe, masa tu tunang jauh, nak bergaya untuk siapa kan? Hahahahhaahhaha.

Bila berkahwin, sudah berubah sangat sedikit. Mula-mula tu kemain lagi rajin, tak tido dah selepas subuh. Sempat buat air lagi untuk husband. Siap tanya nak breakfast apa-apa tak? Nanti I beli buat, teeeetttttttt!

FYI, husband I pergi kerja awal sangat. 650am dah keluar dari rumah walaupun jarak base dengan rumah tak sampai 5km.  Kalau kat KL tu, memang kena awal la kan. Ini Kuantan, bukannya jammed sangat pon pagi-pagi tu. Kenapa perlu awal? Tapi kehendak perkhidmatan memang camtu, redha. Kalau boss I pon request office hour start at 7am, i pon kena redha. Kalau tak redha sila hantar notis 24hours, kehkeh.


Bulan pertama selepas kahwin: rekod bersih, sentiasa awal sampai office. (Bangga dengan diri sendiri)

Bulan kedua: mula liat sedikit, kadang-kadang terlambat juga. Terbabas tidur selepas Subuh!

Bulan ketiga: dah jumpa penawar mengantuk/tidur selepas Subuh. Yeay!

Nak tau apa dia?

Marilah mengaji selepas Subuh! Sekurang-kurangnya kita boleh mendekatkan diri dengan Allah SWT. Baca dalam 15min, automatik mata jadi segar, hati pon tenang je. Alhamdulillah! 

Lepas ni boleh la improvekan tajwid I, huhuhu, kadang-kadang tersalah sebutan juga. Huhuhuhuhu lagi. Kalau sebelum ni mengaji selepas Maghrib, apa kata kita tambah aktiviti selepas Subuh pula?

Marilah mengaji bersama-sama dan buang habit yang ‘buruk’ tu!



Saya sudah, anda ingin mencuba?


Wednesday, December 28, 2011

My veil: version Medina Musa

Congrats dear, 
I wish you all the happiness with flying colors!

Wordless Wednesday

Our Solemnization Dais

Tiba-tiba rindu saat ini.
I love you husband!

Tuesday, December 27, 2011

My weekend


We went to lots of great placessssssss last weekend, hihik.

Thanks dear husband, walaupun gaji saya tak masuk lagi, tapi awak buat saya rasa duit dalam poket berkepuk-kepuk. Thanks for the great contentment. Many thanks! Nanti i bagi upah ye, tet!

I taknak cerita banyak pasal jalan-jalan ni, nanti korang boring dan meluat, plus it is just typical honeymoon like everybody else.  Cuma nak highlight bab makan je, alhamdulillah dapat makan apa yang di shortlistkan dalam entry sebelum ni, nomnomnomnomnom.

Cuma sedih pecalele dah takde. Why oh why? Pastu lagi satu tak puas hati kenapa nasi ketam dah mahal sangat?

Perak, Penang and Kedah were awesome. Memang tak pernah mengecewakan. 
Miss my good old dayssssss.

Lepas dah puas berjalan-jalan dan berhoneymoon, ahad malam kami turun balik ke KL sebab isnin tu my nephew bertunang, so akan bertambah la sorang lagi ahli dalam keluarga besar kami.

Welcome to the family, Shifa!

 And Epi, maksu wish u all the best! Anak saudara dan mak saudara sebaya, weird kan? But it's true!

Lepas majlis selesai, kami ke Laman Grill. Ingat tak entry ni? So kami pangantin lama nak redeem hadiah candle light dinner kat sana, anak saudara I belanja.  Dia kan ada share kat sana, alhamdulillah. Rezeki kami nak makan la nampaknya. Cuma tak dapat nak datang malam sebab hubs fly esoknya, so kami just 'late lunch' or we call 'minum petang yang sangat berat'? Hurmmmmm.



Sampai sana jumpa Chef Zubir and wife, and also Danial Masterchef Malaysia. Disebabkan I tak layan sangat masterchef, jadi agak blur disitu, hahaha. Rupanya Danial ni dah kerja kat Laman Grill lepas dia tersinggir dalam MM.



The waiter.
Eh cop bukan! Ini anak saudara i la, hihik.

From the menu, slurppp!

Look at the real dishes, exactly the same! Yummy!

Lobster for hubby.

This is for me!

Yummy! Thanks along for the treat, for us and for the family~

My weekend sangat best! Korang pula macamana?



Friday, December 23, 2011

I miss them so much: bbf USM

 
Thanks for the all warm wishes!

Photo by Nazrin

All of them, finally cukup semua!
Photo by Naser

Minggu ni nak gi Penang, mengimbau kenangan USM dulu. 
Nak shortlisted makanan wajib makan:

mee udang
nasi ketam
char kuey tiaw
seafood
breakfast taman tun saadon (roti jala & sandwich)
nasi kandar
laksa tanjung bungah
cendol Phua Chu Kang
rojak buah

Nak lepak gurney, nak gi street bazaar feringghi, nak jalan2 naik feri, nak para-sailing. Oh rindunya!

Last but not lease, your truly and husband
Photo by Nazrin

Thursday, December 22, 2011

Hantaran bulu-bulu dari suami untuk saya

Maaf kualiti gambar tak secantik mana, daripada handphone sahaja. 
Nanti dah dapat gambar dari OP akan update kemudian ya!

Monday, December 19, 2011


Be lovable, not for the partner only,
It's for EVERYONE !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...