Followers

Friday, December 30, 2011

My super-bad habit

Morning person? Oh so not me. 

Even dah kahwin pon, I tak pernah rekod bersih datang awal, kalau terlewat 10min takpe, tapi I lewat setengah jam, huhuhhu. Kadang-kadang je tau! Boss pon dah tau habit I dan dia faham, sebab dia dulu masa kat universiti pon camtu. Cuma kadang-kadang dia marah juga, gulpppp! Ikot mood dia la. Kalau I jadi boss pon I akan marah kot.

Bad habit ni sejak dari USM lagi, sebab maklumlah budak architecture memang jenis berjaga sampai pagi memerah idea. (ececeh, konon!). Padahal takde la dapat idea sangat pon, design pon hampeh je. Tidur selepas Subuh adalah normal, pekena nasi lemak dahulu, pastu zzZzzZzZzz, memang heaven! Diselimuti comforter gebu, alahai. Memang kalau ada apa-apa berlaku pon takkan sedar punya. Hahahahah.

Sejak bekerja, rutin sedikit berubah. Sudah bangun awal tapi tetap akan tidur balik selepas Subuh. Banyak sangat setan bergayut agaknya. Huhuhuh, bila bangun semula, tup-tup dah pukul 830. Oh my! Kelamkabutla bersiap ke ofis. Kalau dah lewat sangat, memang selekeh la. Bedak je sudah. Lipbalm/lipstick, memang tak sempat nak pakai, sobs. Tapi takpe, masa tu tunang jauh, nak bergaya untuk siapa kan? Hahahahhaahhaha.

Bila berkahwin, sudah berubah sangat sedikit. Mula-mula tu kemain lagi rajin, tak tido dah selepas subuh. Sempat buat air lagi untuk husband. Siap tanya nak breakfast apa-apa tak? Nanti I beli buat, teeeetttttttt!

FYI, husband I pergi kerja awal sangat. 650am dah keluar dari rumah walaupun jarak base dengan rumah tak sampai 5km.  Kalau kat KL tu, memang kena awal la kan. Ini Kuantan, bukannya jammed sangat pon pagi-pagi tu. Kenapa perlu awal? Tapi kehendak perkhidmatan memang camtu, redha. Kalau boss I pon request office hour start at 7am, i pon kena redha. Kalau tak redha sila hantar notis 24hours, kehkeh.


Bulan pertama selepas kahwin: rekod bersih, sentiasa awal sampai office. (Bangga dengan diri sendiri)

Bulan kedua: mula liat sedikit, kadang-kadang terlambat juga. Terbabas tidur selepas Subuh!

Bulan ketiga: dah jumpa penawar mengantuk/tidur selepas Subuh. Yeay!

Nak tau apa dia?

Marilah mengaji selepas Subuh! Sekurang-kurangnya kita boleh mendekatkan diri dengan Allah SWT. Baca dalam 15min, automatik mata jadi segar, hati pon tenang je. Alhamdulillah! 

Lepas ni boleh la improvekan tajwid I, huhuhu, kadang-kadang tersalah sebutan juga. Huhuhuhuhu lagi. Kalau sebelum ni mengaji selepas Maghrib, apa kata kita tambah aktiviti selepas Subuh pula?

Marilah mengaji bersama-sama dan buang habit yang ‘buruk’ tu!



Saya sudah, anda ingin mencuba?


10 comments:

Shakina Farhan said...

kina pun liat nak bangun lagi2 cuti..haha..tak keje ni lagi la liat..tiap ari suami yg kejotkan..haha..

ayuh kite berusaha ke arah yg lebih baik..

anaztasias nora aira said...

Alhamdullilah, sejuk baca hehehe, nora plak pekerjaan yang menuntut kena bangun awal .. xleh lambat sob sob.. kuar time mcm ur husband gak hik3 :)

Green Apel said...

sejibik habit ika masa bujang, sebulan kahwin ne maintain lagi ...tatau lah bulan ke-2 mcm mana t..
haha..insyaallah, kena mencuba...eerr paksa diri..insyaallah, berusaha utk berubah=)

maria fitria said...

hikhik kite same.. liat gile nk bgn pg.. alarm tu asik snooze je.. penah cube gak bace quran lpas subuh tu tp setan sgt kuat bertenggek dgn i.. smbyg subuh pun dok nguap je.. ngaji apetah lg.. kene kuatkan hati lg la i nmpknye..

~LeeyanaRadhi~ said...

tihihi.. i pon mcm u dl memula kawen, siap tny nk mkn ape...pastu semua da kelam kabut nk pegi kerja..nan ado tny2 lg..

alhamdulillah, kita sama-sama mengejar pahalaNYA.. =)

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

alhamdulillah. azam rina thn depan :D

cik.mila said...

azam taun baru..insyaAllah..starting feb 2012 life tgether wif asben..mudah2an ke arah y lebih baik :)

cik chinta said...

iA..akan dipraktikkan, harap kuat iman

❦❦❦ ~ Cik Sue ~ ❦❦❦ said...

Alhamdulillah :)

teruskan usaha sis.. moga mendapat barakah Allah dan diberkati amal ibadat kita amin... :)

sarahhernyzar said...

"kehendak perkhidmatan" ayat yg selalu di gunakan incik tunang aku jg. oke tu je. bgn awai bgn lambat no komen sb aku x keje :p

p dot s: boleh bgn lmbt tunang x nmpk teetttt ! haha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...