Followers

Showing posts with label DIY mission. Show all posts
Showing posts with label DIY mission. Show all posts

Friday, March 18, 2011

DIY: Guest Book

Hai sayangs!

As I said before, mood DIY dah datang,. Wooottttt woooooooootttt! Hihihik. Disebabkan tadi nak ke Small Garden untuk bayar deposit gubahan bunga pelamin, I pon terfikirlah nak beli apa kat sana since I memang sangat malas nk ke kedai barang-barang pengantin ni, maklumlah parking susah nak dapat, kemalasan meningkat la.. 

So, it’s time DIY, and i terfikir nak DIY sesuatu yang tidak memerlukan modal yang banyak. Dah la nak saving untuk China trip pulak. Hu hu. Urmmm..urmmmmm (sambil usap dagu)..refresh balik kat rumah ada apa. Takdak apa kot! I dah lama tak membeli barang untuk 
wedding preparations. He he he.

Eh cop! I have extra lace daripada veil haritu, extra beads (small and medium pearls), extra kain daripada sarung bantal nikah, and some pastel ribbons. Apa yang I boleh buat dengan all the stuffs eh? Godek-godek idea, tiba-tiba TING! Dapat ilham nak buat guest book untuk tetamu tulis wishes and sign nanti.. hehe. Yes! Nak buat la! Yes yess!  

Balik rumah, salin baju. First thing to check is the guest book itself. Ha ha. Disebabkan nak jimat habis, I tak beli buku hard cover yang sesuai pon, I rasa nak tengok kotak-kotak study I dulu, sebab rasa mcm ada beberapa sketch books souvenir from my unimates. Kotak pertama jumpa dua, hard cover sketch book from i-don’t-know-where, then bile bukak kotak kedua, jumpa lagi dua buah sketch books from lim kok wing university. He he. Diorang bagi hadiah masa diorang datang architectural workshop di USM in 2008 kot, can’t remember. Okelah, cut the story, this is the book, back hard cover with white plain paper inside. Oke kot! Sesuaila jugak..

jangan marah ye kawan-kawan Lim Kok Wing, i gunakan untuk tujuan yang baik tau hehehe.

Opsss, lupa nak bagitahu, masa pergi Small Garden tadi I beli span nipis berharga RM6.90 for 2m. Sangat banyak untuk buat guess book ya. Takpe, simpan untuk next DIY.

At 8.30pm, I pon mula DIY Guest Book ni:

Gunting span nipis mengikut saiz cover buku, then ambil gam pistol dan lekatkan span di bahagian luar hard cover tersebut. Pastikan bucu dan span dilekatkan dengan kemas dan teliti.

Potongkan kain (lebihan sarung bantal nikah) lebih 2inci daripada saiz cover buku (sekeliling) untuk kemasan kelim, kemudian letakkan kain tersebut dibahagian luar buku, kemaskan, dan apabila berpuas hati, gam bahagian dalam hard cover dan kelimkan kain tersebut ke dalam. (macam balut buku teks sekolah - cuma berbeza ada span diantara buku dan kain). Pastikan kain ditarik sedikit agar tidak berkedut dibahagian luar ya.
nampak x efek span tu, lembut je bila pegang hehe

Kemudian, patch lace ( lebihan lace veil) mengikut design yang anda suka dan gamkan dibucu hard cover sama seperti kain tadi. 

Seterusnya ambil kertas pertama dan terakhir dan gamkan pada bahagian dalam hard cover supaya hujung kain dan lace tadi boleh ditutup dengan kemas. Gamkan sekali ribbon sebagai penanda buku.

Untuk lebih menarik, boleh la tampal pearls ke, beads ke, macam yang I buat ni. simple kan? boleh buat dalam 2-3jam sahaja dah siap..

Hasilnya inilah dia, TADA!!! 
Tempat yang kosong tu nanti nak sulam nama kami, cantik tak? Siapa cakap barang lebihan tidak berguna? hehehe, janji rajin je. Projek DIY kali ni, total RM6.90 sahaja (span)

Front view

Rear view

p/s: maafkan kualiti kamera telefon hu hu hu.

Thursday, February 24, 2011

Ostrich Feather

Hye darlingsss semua,
I mencari ostrich feather ni, ada sesiapa tahu nak beli kat mana tak? 



Pssssstttt, ini contoh sahaja. Sila jangan terpengaruh. Sesiapa yang tahu sila exchange link ya!
I'm desperately in love with this ostrich feather, nak buat DIY project.

Tuesday, February 22, 2011

I heart Doily papers


Dah beli 2000pieces of doily papers for wedding cards, table centerpieces, and goodies bag/box.
Tunggu DIY projectssssssss ya! Will start with table centerpieces dulu, tunggu~

Wednesday, February 2, 2011

DIY VEIL for SOLEMNIZATION full review

Nasib baik ada kawan jadi model. Hehe, thanks Eiei. Ni veil dalam keadaan 80% siap. Nak tambah pearls kat area patching kiri dan kanan tu. I love the the 'kedut-kedut' and it's flair! yeaaahhh,. berjaya!

Tuesday, February 1, 2011

DIY VEIL for SOLEMNIZATION

Hye! I’m back. Hari ni nak tunaikan janji!

Ramai dah dapat teka teaser I tu kan? Memang betul pon, I DIY veil untuk solemnization ceremony! It’s cream color,.ataupon warna susu. I love the color so much. It took me like a month++ to find the right material for my veil, and I’ve decided to go for chiffon! Fyi, my bersanding dah guna netting veil, so I nak pakai chiffon supaya dapat efek lembut dan lemah gemalai gitu, sesuai dengan majlis solemnization kan. I hope akan nampak bertambah ayu dan suci. Ehem ehem!

Total cost for DIY kali ini adalah RM42.60 (semester lace, semester chiffon, beads pearl saiz besar dan sederhana, dan jahit tepi kain). Yang penting kos mestilah lebih murah daripada beli siap dan berbaloi-baloi!

Untuk design, I buat patching di bahagian atas kepala so that tak payah pakai crown lagi. I gunting lace mengikut corak bunga, kemudian beberapa kali juga alter lace tersebut untuk mendapatkan saiz yang sesuai untuk kepala i. hehehe. Itu sangat penting. Kemudian I tekap di atas chiffon yang sipotong mengikut kesesuaian pemakai, ada orang potong D, tp I lebih suka sedikit bulat dibucunya. Labuh veil ini adalah separas pinggang, tujuannya supaya senang nak duduk depan tok kadi nanti! Hehe.

Kemudian I pinkan bahagian-bahagian tertentu dan mulalah sesi menjahit. Selepas selesai, baru I letakkan beads (pearls) di atas patching tersebut. Hasilnya! Tadaaaaaa!!!

 detailing 1

detailing: abaikan shawl jalur hijau dibelakang itu.

Cantik tak? Nanti i preview full veil ya.

inspiration: Aleng tohara
 
Boleh la review hasil kerja Aleng ni ye, sangatla kreatif.

My bff Hana pon upah Aleng untuk jahit patching untuk baju bertunang dia. Nak tgk?
my beautiful Hana

Dan insyaAllah Aleng juga akan buat full set persalinan nikah Hana. Bertuah kan? i? DIY sendiri jela huhuhu. Tak mampu nak hire Aleng Tohara. Sobsob!

Thursday, January 20, 2011

B2B Update: DIY mission

Hai!
Baru hari ni ada masa nak update sikit. B2B mission? Yeah I dah beli beberapa barang, eh 4 je sebenarnya. Still consider ‘beberapa’ kan?
  1. Doily paper saiz 1000 pcs 6.5” untuk DIY my wedding card. Kepada Malyn mesti u dah tau idea I for my wedding card kan? Rahsia k. Dah dekat-dekat nanti baru reveal. 
  2. Doily paper saiz 4.5” 250 pcs untuk hiasan kotak kek VIP. Yang ni men beli je n tak sure lagi penggunaan macamane, hehe.
  3. Bunga tulip kecil untuk corsage Bridesmaid. DIY nanti, for now simpan dalam kotak dulu.
  4. Kain sarung bantal warna pastel (pink, ivory, light green, pink polkadot, beige). Yang ni I akan DIY ye kawan2. FYI, I boleh menjahit dan I akan guna kelebihan tu untuk DIY sehabis daya. Kehkehkeh! Insyaallah I akan share dan buat tutorial nanti. Kononnya nak buat bantal banyak-banyak macam Elyana. Masa malam nikah takyah letak kerusi bersanding lagi, letak bantal je atas stage n bunga, make it simple ya!

For now, agak sibuk di office. Jadi DIY project akan dibuat kemudian. Deposit MUA pon belom sempat transfer. Sad sad sad. Harap-harap my beloved MUA I tak lari dan bersabar huhuhuh. Nanges!

Kesihatan: okey! Sihat.
Perasaan & mood: okey!
Pemakanan: errrrr main taram je lagi. Belom berusaha mengikut diet sepenuhnya.
Kewangan: masih dalam usaha menyimpan.

LOVE INAL!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...