Dah lamanya tak update blog. Berjanji bagai nak update,
akhirnya nan ado. Hehehe. Sorry sesangat! I sekarang sangat la sibuk. Huhuhuhu.
Maklumlah nak masuk rumah baru kan. Update rumah baru dah banyak, tapi satu pon
tak tercerita dekat sini. Huhu. Kekonon nak masuk rumah baru banyak la entry,
hampeh je! LOL.
Okeylah ! As intro, I cerita lah pasal cat dulu ye.
Alhamdulillah dah selesai mengecat master bedroom, playroom Amani (bilik 2),
dan bilik workstation husband (bilik 4). Bilik 3 akan dijadikan guest room insyaAllah.
Makanya tak cat lagi. Hehehe.
Untuk brand cat plak, I guna Nippon Interior Collection. I memang
peminat Nippon. Jangan tanya lah kenapa hahaha. I takde jawapannya. Mungkin
sebab office I ni memang supplier tegar adalah Nippon, jadi I pon kekonon jadi
local customer la, hihik. Sejujurnya, sebab malas nak gi usha tempat lain dah. Katalog
dah ada kat office, kita guna jela kan.
Mula-mula, I cat bilik Amani dulu. Memandangkan sekarang ni
trend stripe color, I pon join la sekaki. Minta husband belikan masking tape. So
bermula lah sesi mengecat. Untuk bilik ni, I guna combination tiga color, iaitu
Bouquet Orchid 3126, Sheer Green 1051P, dan Crushed Rock 4015P. Alhamdulillah
it turns beautiful and sweet. Sangat sesuai la untuk si comel Amani. Yehaaaa!
Nak tengok hasilnya? Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Untuk master bedroom pula, I pilih earth color. Senang nak mix and match. Lagipun, memang taste I camtu heheh. Nak gunakan vibrant color, memang tak la! For me, bilik tidur mestilah menenangkan dan selesa, baru la tidur pon lena. Kalau warna vibrant dan terang, otak akan kembali aktif. So nak tidur pon susah. Tapi citarasa orang lain-lain kan. So itu pendapat I la kan.
So untuk master bedroom, I guna combination 3 color. Sebenarnya
salah satu color tu lebihan cat bilik Amani, sayang la kalau tak digunakan. Ini code
nya. Evening gray 4174T, Crushed Rock 4015P (lebihan dari bilik Amani, dan Gray
Drawing 4201P. I sebenarnya tak berkenan sangat combination banyak color untuk
bilik kami, tapi disebabkan taknak membazir. I guna la jugak. Husband cakap nak
buat pattern sikit pada feature wall. I layankan aje. So inilah hasilnya. As
for me, walaupon combination color agak ‘too much’, tapi takpelah. I suka jugak hehehe.
Untuk bilik 4, iaitu workstation husband, kami pilih vibrant
color. Husband request color yang terang sebab kekonon taknak mengantuk. Biar
semangat nak kerja katanya. Hahaha. Layankan aje la. Sebab ini kan bilik dia. I
memang tak campur. Hehehe. So untuk bilik ni kami guna code Gray Dawning 4201P
(lebihan master bedroom) dan Aqua Marine 3204. Hasilnya, memang sangat vibrant.
Not my taste actually, tapi as long a husband suka, I don’t mind! Sorry gambar ni masa cat belom kering sepenuhnya, so nampak berbalam-balam. Bila dah kering elok je catnya.
Mood menulis belum ada, ayat pon berterabur. Baru suam-suam kuku moodnya. Sorry! So nanti i update lagi ye. insyaAllah!!
14 comments:
kak intannnn,pic no 1 tu mcm rmh mak sayaaa..cantik akak bt! :)
gigih semua berstripes...hihi
Cantik sangat!!
kemas je..nanti update lg pasal umah baru..hehe
Waa bestnya warna2 yang sis gunakan .. suke umi tgok ..tak sabar nak tunggu entri seterusnya (^_^)
Lama sangat sis tak update (^_^)
cantik, sila update selalu..hehe
hana suka jugak warna earth utk bilik tido tu.. nanti nak match je nak add on apa2 perhiasan suatu hari nanti kan..
cantik!
cantik!
tak sabar nak tgk finishing dia :)
biasa cat rumah semua sama warna, jimat. hehe..
jemput ke blog, ad jubah, peplum,
tshirt
http://thequeenofandi.blogspot.com/
semuanya cantek sangat intan.. sekarang musim strip wall. i mmg suka
cantik semua kaler..dari bilik anak ke bilik apaknyer...semua menarik.. :)
yayy! nnt update full eh intan!
FUhhhhh!!!! *tiup semangat menulis utk intan* ahahahaha
Post a Comment