Followers

Wednesday, November 21, 2012

Sleeping & Nursing Pattern

Sejak nak masuk dua bulan aritu, Amani punya sleeping pattern dah semakin tersusun. Alhamdulillah. Kalau dulu dia bangun banyak kali nak mengusu, sekarang tidak lagi. Agaknya bila dia dah semakin aktif, so tidur malam jadi lebih lama lah sebab penat. (teka je).

I selalu mandikan Amani pukul 615pm, i know a bit late hehehe tapi since mandikan dia dengan air panas, so tak kesah sangat la kan. Lepas mandi dan dah siap-siap wangi-wangi, i akan susukan dia sambil main-mainkan rambut dia kasi mengantok dan lali. Lepas tu insyaAllah dalam pukul 7 dah tertidur dah. Masa ni boleh la i mandi. Kadang-kadang bila datang mood nak bermain dia, 730 baru tertidur. So lambat sikit la i mandi. Husband plak balik lambat, so memang tak dapat nak berganti shift huhuh.

Tidur yang ni akan sangat lama, sampai pukul 12am pon lena lagi. Tapi normally i akan kejutkan dia menyusu  pukul 1130 sebelum i masuk tidur, supaya perut dia kenyang dan akan terbangun lebih lambat. So i happy lah boleh la terlelap lama sikit sebelum dia bangun menyusu. Yang bestnya, if i susukan dia, boleh plak mata dia masih terpejam tapi mulut nyot nyottttt nyot nyotttttttttttt. I main lagi rambut dia sampai dia tertidur balik sambil mulut kat puting. Dah tengok dia lena, baru i akan angkat ke babycot. Selepas tu baru i akan tidur dengan selesa.

Next feeding around 3am, kadang-kadang tersasar ke pukul 4am. Si Aisha Amani ni jenis tak menangis kalau lapar, tapi dia akan isap mitten dia, kuat plak tu bunyinya sampai i boleh terjaga. So masa ni la i akan angkat die dari cot ke katil i sambil nyusukan dia. Disebabkan i dah malas nak bangun, jadinya dia akan terus tidur la celah-celah antara abah dan ibu. Kadang-kadang kat tepi, ikot die menyusu sebelah mana hahaha.

Selepas tu, dia akan bangun sekali lagi dalam pukul 530 or 6am untuk kejut abah dan ibu dia bangun subuh. Selalunya husband akan bangun dulu sebab dia nak pergi kerja awal around 640am, i plak akan susukan dia sambil baring dan tidur sekejap. 630am baru i akan bangun dan solat.

Pagi-pagi macam ni takde maknanya nak main-main, so i akan makesure dia akan tertidur balik sebelum bangun solat. Lampu tidur dalam bilik mesti dim macam malam. So boleh la i bersiap untuk pergi kerja dengan senang hati. Kadang-kadang i pon join dia tidur sekejap sebelum bersiap ke office.

Keluar rumah around 8am, angkat Aisha Amani dalam carseat. Kalau tengah tidur, normally dia akan sambung tidur dalam carseat. Kalau dia dah bangun, i biar dia layan perasaan dalam carseat juga. So takde beza la dah bangun or masih tidur sebab dia tetap duduk dalam carseat hahaha.

Sampai taski, i akan susukan dia sebelum tinggal. Sampaikan pesanan kat cikgu dia, i nak macamana rutin dia hari tu. Normally baby takde belajar apa-apa pon, kat sana diorg just jaga dia macam ni, (mandi-susu-tidur-mandi-susu-tidur-mandi-susu-balik). So 3x mandi la. Mandi yang last tu terus tukar baju ke baju tidur. Kadang-kadang i pesan suruh mandikan 2x je sebab mandi petang i nak mandikan sendiri. Ibu-baby bonding time la konon ecececeh. Kalau i malas baru diorang akan mandikan, terutama bila petang tu hujan, so diorang memang akan mandikan siap-siap tak payah nak pesan-pesan bagai.

Siang, i tak kisah berapa kali Aisha Amani nak menyusu, asalkan dia kenyang dan tak meragam, i okey aje. Ikotlah cikgu dia nak bagi susu berapa kali, diorang lagi pandai handle baby kot.

First day nak hantar ke taski

Sejujurnya, senang nak jaga si kecik ni, cuma bila dia selesema dia akan kuat meragam sebab hidung tak selesa. Dulu dalam pantang tak kisah pon tidur dalam aircond, sekarang ni tak boleh sejuk sikit mula lah selesema. Tapi siang okey plak, huhuhuhu. My mum cakap Amani ni jenis hidung sensitif bila sejuk-sejuk. Agaknya lah kot. I rasa memang musim selesema sekarang sebab hujan-panas tu tak menentu kan. Lalala mana-mana lah!

********************************

Sekarang Aisha Amani dah 2 bulan setengah, dia tak minat nak main dengan playgym pon. Kalau letak dia kat situ, bukan tangan dia yang tekapai-kapai nak main, tapi kepala dengan kaki yang macam nak bangun ambil mainan, kelakar plak rasa. Hahaha, tak kisahlah. Progress baby kan lain-lain, so i just biarkan aje lah. Asalkan dia tunjuk minat nak main pon dah okey. Macam tu la jugak kalau dia nak kita dukung dia, kepala dan kaki dia mula la terangkat. Kalau kita ignore, mula la menjerit marah hahaha. I yang suka menyakat ni akan saje buat malas-malas angkat biar die menjerit dulu baru dukung. Hehehe.






13 comments:

Cik Puan Tqah said...

sopannya aisha amani.. mesti senang nak jaga kan.. sleeping pattern tu intan yang ajar die eh,,bestla...so xde nak melalak tengah malam kan.. bagus sungguh

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak intan..
bestnya baca progress baby amani..
baby girl akak tu budak baik, senang nak jaga ek. kasi attach satu gambar baby amani kak.. hehehe

eLL said...

intan,

ok ke untuk baby tidur pd waktu petang, maghrib actually?

Yuliana Wahit said...

baik amani ye.. hehhe memudahkan kerja ibu..

ieza ashaari said...

sukanya baby senang nak jaga.. baby.. baby.. baby..

intan said...

Puan tqah: i yg train, mula-mula tersasar juga tapi bila kita dah selalu buat camtu, baby mcm pandai plak ikot kita train..

Sheila: dah attach dah..

Ell: i terpaksa buat camtu sebab husband selalu busy fly, i terpaksa jaga baby sesorg. klu dia tak tidur, cemane i nak mandi n solat kan? i lagi tak sanggup nak biar dia sorang-sorang terutama masa i mandi..

Yuliana: amin, semoga sentiasa memudahkan hendaknya..

Izfanora: alhamdulillah..

fifi said...

Baiknya dia..comel plak tu..

puteriraifana said...

good girl amani. lebih kurang time ilman tidoq je sama ngan amani.hee.. cuma sekrg ibunya masih kat rumah bolehlah nak melayan kan.. next week dah kerja.hee..

Syima Syaz said...

bestnya taska aisha...eh i panggil aisha la...hehe
i pun nak cari taska mcm tu lah.

Shakina Farhan said...

sama jugak timing tido ngan shahadah chinta..dorg ni plan kot..hehe..pikir ape tu amani..best kan ade baby cot?! tak sia2 langsung..syok tido..

Nursaila Norman said...

kak intan dh dpt baby girl..tahniah kak :)) btl kan baby akan ikut cara kita train..harap sy pun boleh manage mcm akak sbb amani baik sgtt :)) good girl amani,comel sgt kamu :)

Unknown said...

Xpe Intan, Hannah dulu pun xreti main kat playgym dia. Dah nak masuk 5bulan baru dia pandai hulur tangan nak capai mainan yg tergantung kat atas tu. hehehe

cha said...

behavenya aisha amani. senang jaga. pandai u susun masa hehe.

follow u :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...