Followers

Tuesday, August 28, 2012

Ini adalah idaman

Hai,

Ini adalah idaman. Bila kata idaman mesti macam susah nak dapat kan, hehehe. Masa mula-mula pregnant dulu memang apa pon tak tahu pasal breastfeeding ni. Ingat bf baby secara direct je or bagi susu formula. Jahilnya lah masa tu. Tapi bila dah berkongsi info dengan bloggers/m2b, alhamdulillah ilmu tu semakin banyak. Tapi still jahil jugak bila orang tanya nak beli breastpump apa? Tak tahu nak jawab errr errr errrrrrrrmmmmmmmmmmmmmmmm.

Nak berkongsi dengan husband pon macam tak confident je. So google la banyak-banyak. Baca review orang, baru la tau sikit-sikit. Rupanya breastpump ni pon ada yang murah, mahal, and moderate. Ikot kemampuan individu la kan. Dan of course la bila yang mahal tu, performance mestilah terbaik. Kalau yang manual pon ada, kadang-kadang perform lagi bagus dari yang mahal, cuma si ibu kena rajin la mengepam. Hehehe.

Bila dah banyak 'ilmu', i pon berkongsi la dengan husband. Susah juga nak fahamkan orang lelaki ni ye. Tambahan pula husband anak sulung, adik beradik semua lelaki. MIL sorang je perempuan, huhu. So bab mengepam dan breastfeeding ni, dia memang tak tahu langsung. Zero. So from A to Z kena terangkan dengan panjang lebar, hujah beserta 'bukti' hasil google, alhamdulillah, he's been so supportive dan mudah faham. Bila tanya dah fikir nak breastpump apa, i jawab Medela FS berserta harga, sekali lagi tercengang dia. Mahalnya! Memang macam tu ke harganya?

Bila jalan-jalan kat mall, dia pon tunjuk juga breastpump manual yang ada, macam-macam brand ada yang lebih berpatutan, and asked me kenapa tak pilih yang tu je. Haihhhh penat lagi nak menerangkan. Tapi memang mahal pon, huhuhu. So kena redha la kalau husband tak dapat nak belikan si idaman hati.

Tapi effort tu kena ada, i pon google lagi. Nak beli yang murah sikit dari harga kedai (RM1.8-2k). At least i berusaha kan. And 2nd choice pon kena ada, backup plan so i pilih Medela Swing. Hehehe. Dalam hati memang nak FS la kan, Tapi separuh hati lagi memang dah redha kalau tak dapat.

Bila dah selalu sangat dok bercakap pasal FS ni, husband dah jadi excited plak. Bila ke baby store, husband plak yang lebih-lebih usha harga breastpump. Bagus-bagus, ada can ni nak dapat FS ni. Tapi sabar lagi, takleh terlalu mendesak, slow and steady lah! Tunggu masa je husband tanya bila nak beli, i akan terus tunjuk page nak beli kat mana, harga berapa. Of course la plan tu kena ada, well prepared kot!

Akhirnya, selepas 32weeks pregnant soalan cepu emas itu muncul juga dari mulut husband. Nak beli breastpump apa, harga, kat mana? I pon teruslah berhujah macam berpidato, siap ada pro and con nya. Dengan harapan dapat approval. Rezeki baby kata orang, husband setuju. Happy sangat-sangat!

****************

Terus contact akak tu dan tanya ada ready stock tak. Mula-mula sedih bila akak tu cakap ready stock takde, kena pre order dan buat full payment upon order. Susah ni, kalau kena tipu macamana? Husband bertegas nak beli yang ready stock biarpon mahal sikit, and nak self pick up. Huhuhuh, cemana ni? Sedihnya. So dah redha la kena tunggu sampai ada ready stock baru beli. Kene tunggu dalam 3-4minggu sebab dah dekat raya. Redha lagi.

One fine day, tetiba dapat PM akak tu kat FB, katanya ada sorang customer ni tak dapat bayar sebelum raya dan nak let go dulu FS tu kat sesiapa, akak tu dah reservekan untuk dia. So customer tu akan amek stock selepas raya. I pon melompat happy, terus ambil stock yang tu. Stock masih baru dan still pada dealer.  Alhamdulillah rezeki baby kot, semuanya dipermudahkan. I pon kirim kat my niece tolong ambilkan kat kakak tu dan dah selamat pon dapat FS sebelum raya. Urusan nak self pickup pon sangat mudah. Horeayyyyy! Harga pon murah RM1350 (us warranty) RM1500 (msia waranty). Kalau ready stock add on RM50. So i ambil yang ready stock. Alhamdulillah alhamdulillah!

Ini adalah idaman

Bila dah beli FS dan dah dapat depan mata, senyum melebar i! Happy tak terkata. Nama pon idaman kan. Husband pon happy tengok i happy. Harap baby pon happy, susu pon banyak. Berdoa dan berusaha untuk breastfeed my baby until 2 yo. Amin! Bernekad ni, doakan ye!

Sesiapa yang minat nak beli, boleh la usha sini. Page Facebook: Nur Qalesya

Jom sama-sama breastfeed baby selagi termampu! Tak kisah la breastpump apa-apa pon, niat tu harus ada. Berusaha!



Wednesday, August 15, 2012

OOT

Hai darling!

Kepada yang pm di fb, sorry kalau i tak layan! Huhuhu. Bukan taknak reply, tapi inbox dah 3x overload. PM tak masuk pun. Sad, Bila dah delete sikit, baru masuk pm seketul dua. So cemana nak layan kalau pm pon tak masuk? Stressssssssss, so untuk memudahkan semua pihak, silalah email. Silalah email ye, silalah email ye, silalah email ye.

intan.norazam@yahoo.com



Tuesday, August 14, 2012

Working on this


Now working on this!

Dari malam tadi menjahit baju ni. Kononnya untuk digayakan raya ke-3. Gigih menggunting sampai tertonggeng-tonggeng. Rajin plak tu nak berchiffon bagai, dah kena lining. Tak sedar diri ladi 4 hari nak masuk 9 bulan, haihhhhhh. Mak buyong ni bercita-cita tinggi sangat kot. Huhuhuhu.

Akibatnya, sakit di bahagian ari-ari dan rasa nak terkencing. Huhuhu. Tinggal nak patching and beadings, harap-harap sempat. Kalau tak sempat, redha!

Wish me luck!


Monday, August 13, 2012

Mood beraya

Hai,

Excitednya nak raya! Kali ni balik raya ke Muar, Johor rumah atok husband. Tak sabar dan excited juga sebab nak tengok kemeriahan raya di Johor kan. Pastu boleh la makan mee bandung muar yang super duper sedap tu, ishhhh terliur dah ni.

Yang lagi excited nak raya adalah husband. Baju melayu dah dua, baju kasual sepasang. Baju melayu satu beli dan satu lagi wifey buat. Ehem-ehem (sambil betulkan kolar baju)! First time menjahit baju lelaki ni, maklumlah adik beradik i semuanya perempuan. So berpeluh jugak la nak menjahitnya, first timer la katakan. Nasib baik MIL ajarkan, so bab gunting dan menjahit, semuanya i buat. MIL tunjuk-tunjuk je konon menantu dia ni serba tahu. Hehehe.

So disebabkan raya tinggal lagi seminggu, jadinya kerahan tenaga harus dilakukan walaupon si wifey dah tak larat membawa perut. Seharian juga lah mengadap. Akhirnya siap. Alhamdulillah! Cuma lubang butang belum jahit. Nak tengok teaser?



Ye, tema kami gelap tahun ni. Dark Choc (choc bar color). Raya first i pakai kaftan je, kaftan kenduri my bff masa jadi bridesmaid. Guna balik sebab baru je pakai 2x je, masih baru. 

Raya kedua kami berkasual sahaja, tema adalah Merah. Senang nak bergerak dan travel balik Pahang. Hehe. Baju merah tu yang i tak sabar nak pakai sebab last minit beli online. Mula-mula dah sold out, sobs. Tapi tiba-tiba ada sehelai lagi terselit. Thanks admin sebab sudi call i dan reservekan for me. Harap-harap sempat pakai sebab parcel baru nak di pos hari ni. Huhuhu. Say no to typical maternity dress!



Saje nak bermood berbeza, siapa kata mak buyong tak boleh bergaya di hari raya? Hehehe, perasan. 

Excited raya kali ni sebab ini kali terakhir kami beraya berdua sebelum kelahiran di kenit. Jadi harus di hargai, tahun depan suasana confirm berbeza dan makin meriah insyaAllah. Ahad ni genap 9 bulan/36weeks. 4 weeks to go, nervousnya nak jadi ibu! Muka i dah semakin sembap, hidung kembang dan bermata sepet.



Raya korang macamana, mind to share?



Tuesday, August 7, 2012

33 weeks Update



Hai,

I dah 34w 2d. Tapi kali ni nak update 33 weeks checkup. Patutnya kena checkup masa 32 weeks tapi disebabkan kekangan kerja, jadinya terlambat 1 minggu. Huhuhu. Nasib la gynae tak marah dan okey je.

  1. Berat I maintain dah 5 minggu tak naik-naik. Weeee, happy sangat sebab masa first 5months dulu, berat naik 4 kg sebulan, huhuhuhuhu.
  2. Berat baby pula dah 2.1kg alhamduillah.
  3. Gula I dah normal tapi still selepas raya kena buat test lagi takut beraya sakan dan gula naik semula.
  4. Kaki dan tangan masih belum bengkak.
  5. Masih mampu solat berdiri, usaha untuk tidak bersolat duduk selagi termampu. Tapi syarat wajibnya kena solat dalam aircond hehehe. Kalau tak berpeluh basah macam hujan. So hanya mampu berterawih 1x je di masjid sebab tak tahan kepanasan huhuhu.
  6. I ada leaking/vaginal discharge, so aritu checkup doc seluk untuk ambil sample untuk hantar ke lab. Tapi doc check cakap air ketuban still normal, 14. So tak perlu risau sebab baby masih boleh bergerak-gerak dengan jayanya. To be honest, seluk tu tak sakit langsung. Sekejap je prosedurnya tup-tup dah siap. So mummy-to-be, jangan risau ye. Baca bismillah dan tawakal ye!
  7. Baca entry kina pasal pitam tu, risau juga sebab selama ni tak tahu pitam tu cemana. So lepas ni if ada symptom macam kina tu, kena berhati-hatilah. Hehehe. Thanks kina for the info. I selalu confused pitam dengan pengsan. Daaaaa, ntah apa-apa I ni!
  8. Baby selalu main-main. Bila usap perut dengan tangan, dan-dan je baby timbulkan bontot/siku/kaki. Respon kat ibu je, tapi bila abah yang buat, dia jarang-jarang bagi respon. Takut abah ye!

P/S: Teringin nak buat cookies raya tapi tak reti. Hahaha. Sapa ada resipi meh share dgn I meh!



Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan Update


Hai semua,

Tahun pertama berpuasa bersama suami. Ehem. Alhamdulillah setakat ni masih mampu bangun menyediakan sahur setiap hari, walaupun kadang-kadang menu simple sahaja. Nasib baik suami jenis tak memiilih. Horlick panas pon dah cukup baginya. Berbuka pula, lauk kebanyakannya beli, tapi nasi masak sendiri. I tak beli kat bazar pon, malas nak bersesak-sesak. Nasib la depan ofis ni uitm, senang la ade la juga beberapa gerai yang boleh disinggah, dan menu yang ada; memuaskan hati.

Being pregnant (33weeks) and fasting, takdelah berbeza sangat dengan tahun-tahun sebelumnya. Rutin siang hari masih seperti biasa. Cuma masalah berlaku selepas berbuka, memang terasa lah betapa beratnya perut ni.  Nafas pon dah semakin pendek je. Tambahan pula I ni jenis kuat minum air, 3-4 gelas air semasa berbuka tu perkara biasa. Bukan masa pregnant je kuat minum air tau, hari-hari biasa pon sama, kehkeh. So bila perut dah penuh dengan air dan makanan, and also baby; mengahnya hanya Tuhan yang tahu. Mengaji pon semput-semput, ayat yang pendek pon tak dapat nak baca senafas. Sobs.

Lepas solat confirm terbaring sambil mengurut perut. Oh buruknya laku. Huhuhuhu. Sepanjang puasa ni, baru sekali je berterawih, memang tak larat sebab I solat berdiri, nak solat duduk, I rasa lebih tak selesa sebab terlalu lama duduk. (ada tak alasan camtu?). boleh sakit bontot kot. At least kalau berdiri, bertukar2 posisi dan rasa macam aktif sedikit. Heeeeeeeee. So selagi boleh, I ikhtiarkan solat berdiri, insyaAllah.

**********************

Tempahan HB masih ada beberapa yang perlu disiapkan. Sepatutnya dah lama siap dah, tapi I asyik lengah-lengahkan. Ampun! Sebab bila tengok tarikh wedding lambat lagi, I pon buat slow-slow. Nak siapkan dalam masa sehari dua, memang tak larat dah. Lapan bulan pregnant kot, sesiapa yang boleh seaktif dan secergas orang ‘normal’ I memang salute habis!

So kepada mereka-mereka yang menempah HB dan dah termasuk dalam list, janganlah risau ye. Order dah memang ada, cuma maafkan kelewatan I ye. Tak termampu nak ligat-ligat macam dulu. Huhuhuhu.

**********************

Lagi 3weeks+ baby nak fullterm. Nervous jugak. Mampu ke nak jadi ibu ni? Kelengkapan baby dah hampir ada semua, alhamdulillah. Beg hospital baby dah ready! Beg bersalin I plak, belum complete! Stoking ntah ke mana, maternity pad ntah ke mana. Haihhhhh. Kena siap kemaskan dalam minggu inu juga. Itu mesti!
I dah mula rasa kepala baby dah ke bawah. Lepas kencing mesti rasa perit je. Progress baby, dah takde single kick, tapi berombak-ombak perut. Subhanallah! Sekarang ni I tak panggil baby kicking, tapi I rasa lebih pada baby movement. Baby berpusing sikit pon dah terasa. Sakit dan nyilunya, Allah jelah yang tahu. Masa berbuka paling aktif sebab dapat makan kot. Video perut berombak memang banyak tapi takkanlah nak post kat sini plak kn, hehehe.

Vaginal discharge? Yes dah ada. Risau juga, ramai yang suggest jumpa gynae sebab takut air ketuban leaking. Huhuhu. I akan jumpa gynae arini, so nanti I akan update ye. Doakan both mummy and baby sihat ye.

Lain-lain tanda, Bracton hicks? Heartburn? Belum ada alhamdulillah!

**********************

Nak share bedsheet yang I DIY hujung minggu lepas. Kesian plak baby tilam tanpa cadar. Guna kain lebihan yang ada kat rumah je. Asalkan masuk tema, jadilah! Jimat aje. Sorry ye baby ibu tak belikan bedding set cantik-cantik untuk baby. Huhuhuhu.




Kla entry dah panjang. Need to go, nak gi check up!

Love,
i n t a n o r a z a m





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...