Ya Allah, banyaknya dugaan sehari dua ni.
Entry ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, cuma untuk memberi pengajaran kepada mereka yang berkenaan; agar lebih menghormati hak orang lain khususnya.
Agak terpempam saya semalam apabila melihat HB buatan sendiri digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan/membuat bisnes sendiri.
Tidak salah kalau mahu berbisnes, kerana saya sendiri ada berkongsi tutorial fabric HB tersebut di blog. Boleh refer entry INI. Tapi adalah lebih baik kalau beliau cuba membuat tutorial tersebut dan menjual hasil kerja beliau sendiri. Kan itu lebih bermakna daripada meng'upload' hasil kerja orang lain dan mengaku itu kepunyaan beliau? Hampir kesemua gambar yang diupload bukan dari hasil kerja beliau sendiri. Sebahagiannya daripada saya, dan sebahagian lagi daripada Filmshoartifact. Kalau lah pihak Filmshoartifact juga tahu tentang perkara ini bagaimana?
Sejujurnya, saya sedih. Perkara seperti ini memang selalu berlaku, bukan pada saya sahaja, malah pada orang lain juga. Tidak kah mereka merasa seperti mencuri? Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada mereka sendiri, apakah tindakan terbaik yang akan dilakukan?
Ini adalah bukti-buktinya, hanya sebahagian sahaja kerana saya tidak dapat mengakses keseluruhan fb page tersebut.
So, saya rasa saya berhak mendapat hak saya semula. Jadi saya pon PM beliau.
Assalam NF,
Sorry menggangu, saya just nak tanya semua gambar yang awak upload tu gambar HB saya kan? Huhuhuhuh.
Saya tak kisah if awak nak buat bisnes yang sama, cuma tak perlu lah upload gambar hasil kerja saya, kan LEBIH BAIK jika awak upload hasil kerja awak sendiri, hasil seni tangan masing-masing kan berbeza..mungkin hasilnya lebih cantik daripada saya..
Selain awak, ramai lagi yang buat fabric hand bouquet ni tapi diorang PM saya dan tanya boleh x nak buat buat bisnes yang sama, and i said yes! saya tak pernah nak halang if orang nak buat bisnes yang sama, cuma if kalau sampai upload hasil kerja saya, itu dah over the limit dear.
Saya berharap awak boleh remove semua gambar cover photo, profile photo, dan semua gambar HB saya yang berkaitan.
Kerjasama awak sangatlah dihargai.
Intan Norazam.
Sorry menggangu, saya just nak tanya semua gambar yang awak upload tu gambar HB saya kan? Huhuhuhuh.
Saya tak kisah if awak nak buat bisnes yang sama, cuma tak perlu lah upload gambar hasil kerja saya, kan LEBIH BAIK jika awak upload hasil kerja awak sendiri, hasil seni tangan masing-masing kan berbeza..mungkin hasilnya lebih cantik daripada saya..
Selain awak, ramai lagi yang buat fabric hand bouquet ni tapi diorang PM saya dan tanya boleh x nak buat buat bisnes yang sama, and i said yes! saya tak pernah nak halang if orang nak buat bisnes yang sama, cuma if kalau sampai upload hasil kerja saya, itu dah over the limit dear.
Saya berharap awak boleh remove semua gambar cover photo, profile photo, dan semua gambar HB saya yang berkaitan.
Kerjasama awak sangatlah dihargai.
Intan Norazam.
Surat cinta saya buat si 'DIA'.
Malas nak komen banyak-banyak, malas nak taip panjang-panjang. Cuma berharap semoga Allah menunjukkan beliau jalan yang benar. Amin!
Your truly,
i n t a n o r a z a m
26 comments:
org mcm ni pun ada..sabar je la kak intan..:-)
Oh intan. This kind of ppl need a lesson. Dont be nice to them. Be firm of your rights. This is stealing.stealing of a property. Our property.
melampau kan.....
pasni kalau ada lagi mcm ni, mmg kena seranggg!!
dah2 jgn sedih2.cian baby..
To me memang tak patut sangat dia buat mcm ni Intan. I paham perasaan you sebab i berada di aliran yang sama. Jerih payah buat benda tu tuhan saja yang tahu. X salahkan berbisnes, tapi mengambil gambar hasil tangan org lain tanpa izin tu salah. Kan ke dah tak nampak trademark kita di situ... Tak apa lah intan, hari ni hari intan, sabar je la... Ada rezeki Intan dari sudut lain nanti. semoga dibukakan pintu hati untuk hamba Allah ni untuk mohon maaf dan turunkan semua gambar koleksi Intan. Sorry panjang pula, cuma terasa tempiasnya sebagai seorang crafter walaupun i x sebagus mana.
lepas ni intan kene letak watermark blog address kat atas gambar bunga tu..kot? sabar ea mommy to be :)
mungkin dia ingat dunia ni kecik.. tipu2 dah kantoi
sabar ye intan..dugaan ber'bisnes' mmg camni..dah byk bisnes lain y kena cmni..so sad :(
Huhuhu...sbr lah intan.mungkin dia kagum dgn hasil tgn u sampai jadikan contoh utk bisnes die.but s/he will be in BIG TROUBLE kalau hasilnya xsetanding hasil tgn u.insyaallah tuhan akan balas.maybe u mmg ptt ltk watermark utk gmbr2 kt blog u kot?
sabar yea dear... :)
Haah. kak Intan kene letak watermark besar2 la kot. biar la xnmpk cantik pun asalkan xde cilok2 mcm nie lagi. Jht kan manusia skrg. huu
ade gak orang camni? nak cari rezki halal, mestilah dgn cara yg halal.. niat xm'halalkan cara.. sabar ya intan..
haishhh..x ptt mcm tu..saman jewww!!..atie sokong..huk3..:D
ade jugak org camni??? sape berani sgt tue? grrr marah ni.. bersabar eh dear.. hope orang tu apologize and buang pics2 hasil kerja u n filmshoartifact.. kalau x, siap..!! kite bako je....! btw minta izin share kat blog i eh.. ;) i support u!
ish2....teruk la orang mcm tu kan...nk wat gn la hasil usaha sendiri...ni amik akk punyer...xsuker jg la...sbb sy kagum ngan hasil usaha akk....sy pun ade wat jg HB mcm akk...heheh....tp akk punyer lg cntik...sy ade update kat blog yg sy wat untuk mjlis sy je nnti...HB akk byk bg idea n blog akk bnyk mmbntu...tq....
good job dear!itu sememangnya hak u kan..so no point la dia nak mengamok ke bekeng ke ape ke
ehhhhh suka hati dia claim mcm tu......i pun ade gak wat bisnes hb nie guna felt...even kalo ada ade yg minta wat mcm intan nyer fabric pun i ambik gak tempahan tp still tekankan bukan i nyer design sbb inspirasi dr intanorazam di quotation tu. xde pun nak letak pic org sebagai hasil keje kita wlpn tak sehebat intan (masih berusaha buat lebih baik). budak ni suka hati claim mcm tu ek!!!!
pe kesss dia tu???? bila kita baik org ambik kesempatan. manusia mcm ni mmg masih wujud. u da buat ape u patut buat....i try search takde lak fb nie...keee da deactived bila da kantoi tu?
hi intan,
woah tersentap nye tgk HB sendiri tp org pakai senang lenang.
boleh saman ok!!
so lepas intan msg tu, ape dorg reply and apa tindakan dorg?
ish.. sabar intan.
ya allah ader gak manusia mcm tuh..
byk2 bersabar ye akak,...
ni musti kes x confident dgn hasil tgn sendiri.. huhuhu
Intan,
First thing buat polis report n pergi ke tribunal pengguna. The nearest y i tau kt putrajaya. Then its up to u nk saman NF ke x.
Intan,
First thing u pegi buat repot police n g tribunal pengguna. The nearest kt putrajaya. Then baru u decide nk saman NF ke x.
yup that right, report intan... jangan bagi orang tu buat macam ni...
banyakkan sabar k...
sangat sakit atie bile tgk kat atas tu... Sy pon bisnes hb gak.. Tp x de lah nk copy paste hasil tangan org lain.. Berdiri pada kaki sendiri.. Kite wat hb tu susah payah.. Senang2 je kan.. Isshhhh geram tol lah..
dear..
for next safety better ur letak watermark k...
dgn cara tu maybe dorg takleh copy suke2 hati...
just guna photoscape....
bole tgk tutorial kt http://mrpiratz.com/buat-watermark-pada-gambar-menggunakan-photoscape/
good luck!
sabar ek mum to be...setiap perkara yg berlaku tu mesti ada hikmah..tp pada masa yg sama tindakan yg akak buat tu memang betul..sy sokong akak..ALLAH sntiasa dgn org yg dianiayai....chayok2 akak..:)
ishhh...sy yg x terlibat ni pn rs sakit hati tgk...sabar la intan...what goes around comes around...xpatut2...
babe dia dah remove ke?
awak masih baik psl blurkan nama ...huhuuu
good one. Memalukan sungguh.
Post a Comment