Followers

Thursday, January 20, 2011

Kursus Kahwin

As salam,

Insyaallah I akan heret my Bridesmaid join my kursus kahwin 26-27 Februari 2011 ini. Mr. F akan join juga. Wink!

Buat pengetahuan semua, yuran di Kuantan masih lagi RM80 untuk kursus 2hari.ura-ura untuk menaikkan yuran tu belom terjadi lagi lah. Yeay! Mula I macam nak relaks dulu, ambil mood kursus kahwin bila tarikh dah betul-betul dekat, tapi tiba-tiba my bff bagitau I satu benda ang membuatkan I menggelabah dan panas bontot. Disebabkan kursus yang dijalankan di Kuantan agak terhad (sebulan sekali, kadang-kadang sebulan 2x), jadi I hanya ada 6-7 sesi sahaja lagi sebelum my Big day.

Terus I google pejabat agama daerah kuantan n make a call. Surprisingly dah 100 orang register dan tinggal 70 tempat lagi yang available. Gulppppp! Cepat-cepat I bertindak. Masa I register 17 januari tempohari, kursus yang terdekat hanya 26-27 Februari. Sebulan++ gap kan? Betolla agak terhad (sambil angguk-angguk). Dah lama tak masuk kuliah, harap-harap I concentrate dan tidak mengantok. Ececehhh!

Panduan kepada B2B:
  • Jangan tunggu last minit baru nak buat semua.
  • Kalau sibuk dengan kerja, google je pejabat agama daerah ke, atau kursus kahwin ke. Insyaallah apa sahaja maklumat yang kita nak tu ada.
  • I kurang percaya dengan kursus kahwin yang diadakan oleh badan-badan persendirian, jadi untuk selamat berurusan lah dengan pejabat agama terus. Diorang sangat baik hati untuk guide kita terutamanya orang yang blur macam i.
  • Ajak bff supaya kita tak keseorangan nanti, fiancĂ© tak ikot pon takpe sebab korang tetap tak boleh duduk berdua-duaan dalam dewan. Jadi bff lebih baik. Tapi kalau korang jenis yang lone ranger, terpulang, huhu unluckily I am not!
  • Jangan lupa berpakaian sopan dan menutup aurat ya.


Cheers~

4 comments:

MamaBalqisJournal said...

Tak boring klau ustaz/penceramah tu best! Lg klau yg slamber n klakar.
Anyway me dulu amik kat Johor...die ade several tajuk kan...I missed one sbb dtg lmbt trus tak dpt sijil lngsung! But nasib baik foreigner kawin kat Tgganu takyah sijil agama time tu..huhu

intan said...

yeke?means kene dtg cpt la ni..huhuhu.nnti termiss kena amek balik kan..huhuhuh

Cik giRang said...

cik giRang dulu amek masa blaja..sekali ngan my muncet, dalam kampus..pakej student waktu tu kene RM35 je..and muncet belanja.. (^_^)

jimat..jimat..hehehe..

tapi kan, sesi yang last tu cik giRang tertido..hehehe...ustaz tu serius sangat, pastu duk statik je kat situ..macam bagi kuliah subuh je dia.kite yang baru lepas makan tengahari ni belayar la... hikhikhik...teruk kan..

tapi ada jugak ustaz yang best. dari start dia amsuk sampai la dia keluar(tamat sesi), satu dewan ketawa tak henti-henti..

tapinya kursus kawen je la yang da setel..
benda-benda lain tak setel lagik..huhuhu

intan said...

oh cik girang ni boleh plak tertido! heheh, i pon nak cuba untuk TIDAK tido..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...