Baru sampai rumah, penat. This week balik kampung untuk settle tarikh kahwin dengan AJK kampung, iaitu Ustaz Asa’ari, orang kuat masa I bertunang dulu. Ni kira tarikh dah cop awal dah kot, insyaAllah. Maklumlah bila event di kampung (actually kat felda), macam2 benda kena fikir especially tarikh sebab trend di sini, pernah mencecah 5 majlis dalam sehari. Nightmare! Jemputan yang datang pon x ramai sebab separuh ke majlis sini, separuh ke majlis sana. Kalau 5 serentak, means tak sampai suku pon yang datang majlis I. huhuhu. Kalau boleh mestilah nak semua orang ke majlis kita kan? Hihihik.
FYI, tarikh baru majlis I adalah 02/10/2011 (ahad). Saja buat ahad, sebab macam dapat agak 01/10/2011 tu ramai yang berkenan. Hehe, so I undur diri awal2 dan memilih 2hb untuk mengelakkan I berebut tarikh yang sama dengan orang lain.
Mak cakap event di kampung nak buat simple je, takyah beriya-iya. Tapi I agak tidak setuju disitu, bukan I nak majlis yang grand, I sangat setuju majlis yang simple, tapi persalinan? Make up? Photographer? Itu tak boleh simple ye mak! Anak mak ni nak kawin sekali je seumur hidup mak, biarlah melaram sedikit. Hehehe.
Bercakap pasal persalinan, tadi I jumpa my bff, Hana. Ingat lagi tak pasal entry ini?
I ada kirim kat Hana sepasang lace Tiffany blue masa dia pergi Bandung hari tu, tapi cakap-cakap kosong jela, duit pon tak bagi. Berapa meter pon tak cakap. Ingatkan dia lupa or tak beli. Tapi nama pon bff kan, mesti tak lupa kawan. Itulah Hana yang I kenal, hugssss! Hana cakap warna lace yang dia beli strong color dan simple. Die kata xsesuai untuk kawin, kalau untuk raya sesuailah kot. I pon terimalah seadanya. Tapi tetap excited nak tengok lace tu cenggane rupanya, perempuan kan suka benda cantik, lebih-lebih barang yang baru beli kan. So tadi I jumpa Hana. Masa die hulur je lace tu pada I, sangatlah terkejut okey! Mata I bulat gila. Nak tahu kenapa? Bukan I tak suka lace tu, bukan color tu strong sangat, bukan jugak sebab terlalu simple. Tapi…
*
*
*
*
*
*
*
*
Sebab lace tu cantik sangat! Wink wink I dah senyum sampai telinga. Hana beli betul-betul mengikut taste I! pastu I cakap confirm I akan buat dress untuk bertandang, as I planned before. Takdenye simple ke ape ke, bila I dah suka, tetap rasa cantik even orang lain x setuju. Hana senyum je, layan I tengah posing depan cermin sambil geleng-geleng kepala. Pastu bila tanya harga, Hana cakap it’s free!! Tanya lagi betul ke, jangan main-main. Then Hana cakap betul, it’s free. Hadiah sebab I jadi pengapit dia nanti. Actually Hana pon B2B jugak, wedding dia 12/03/11 ni. Lagilah I suka berganda! Sangat-sangat suka tau.
Okeylah I reveal sikit lace tu cemane, mungkin korang rasa I cakap ni macam bendanya indah kabar dari rupa. Takpelah hehe. Janji I dah suka kan~
love the detailing, simple but nice.. suit me well! buat veil pon cantik kan?
tengok Abu pon suka sampai golek-golek dalam tu.
Lawa tak? Warna biru kehijauan. Before this I pernah confuse pasal nak pakai tiffany blue or green untuk bertandang. My future family theme color is green untuk bertandang, So if I pakai warna ni, still masuk dengan family diorang kan, win-win situation. InsyaAllah nanti lace ni akan diberi pada Pekrol untuk design dress seperti yang I idamkan. Selesai satu perkara, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan jalan untuk kami. Amin~
10 comments:
dear..kain 2 cantik laa... =)
mesti lawa once da siap kn?happy 4 u! =D
cantik..cuba gabung satin kaler krim ker..hihi idea jer..sebab tengok tiffany blue campur kalaer cream tu peach sgt cantikk..very nice...gud luck!!we're october b2b..:)
malyn: yeke?i pon rasa cantik sangat. hihik.xsabar nak pakai la..
btw, ur card almost siap..hehe.
Q: thanks for de idea. i pon nk bincang dgn my uncle nak match dengan kale ape..hehe. eh u kawen bape hb eh?sama hari ke..wink2!
wow!nice...mesti u santek sangat-sangat nanti kn =)
thanks dear..harap2 stunning la nanti..hehe..tp xleh la buat meleret-leret, reception kat umah je..
oh..my card da nk siap ke?happy sgt2..hihi..tqvm dear..
tiffany blue+peach/cream = marvelous la!sgt gorgeous!!nice idea Q.. =)
maksu... definitely buat veil yg meletup!!!
wah, meletop!! takot nak pakai kat kepala~ harap2 end productnye cantiklah! amin..
salam...i minat sgt ur dress 4 bertandang..boleh share sape yg design n wat baju u..plzzzz!!!!!!!!! coz i nk wat bj nikah...u can email me at munmp3@gmail.com
beli kat bandung tu kat mana?
Post a Comment