Followers

Tuesday, February 15, 2011

I Want Something Plain For My Bedroom

Bilik pengantin idaman: SIMPLE and NICE!

And of course takde langsir-langsir pengantin yang menyesakkan keadaan tu. Plus taknak la gantung bunga sana sini. I’ve dreamed to have a bedroom with simple and contemporary and outstanding and clean and bla..bla bla., which probably I boleh deco almost the same design for my own bedroom in the future. Oh I mean ‘our’ bedroom then. Hahaha, gelak gatai!

For now, my idea is to reuse my engagement bedsheet from AKEMI for my wedding, and its milk color + light orange color. Okeylah kot. I hope so, simple enough!

Second, I rasa yang penting adalah lighting effect. So, I dah beli BLACK chandelier for my bedroom!!! I rasa sangat berbaloi-baloi. Why? I dah tengok the same chandelier at so-called ‘kedai lampu termurah di kuantan’ and it cost RM795 per set. Nasib baik tak beli. Buttttt, I beli tempat lain for only RM118. Murah kan? Sila angguk! Masa tu promotion CNY; haha tak fikir panjang dah and I dah grab sampai dua! Tamak kan? Satu lagi chandelier tu tak tahu nak letak mane tapi takpelah, nanti boleh la deco kat mana-mana kan. Inilah chandelier pilihan hati. Lawa tak?

Nak tengok rupa sebenar dengan lebih jelas, sila klik SINI. Ada sesiapa berkenan and nak i belikan? 

Third, I pon dah beli a huge horizontal mirror with solid black frame for bed head decoration. Tapi takdelah tiga camni, satu je tau.


Fourth, I nak beli IKEA wall shelf black color and plugged in kat bawah mirror tu, then nanti boleh la letak rectangle glass vase kat atas shelf tersebut and akan bagi reflection la kat bed head tu kan, then some black frames and some other decorations la.

Finally, for my bed set, I nak solid black color bed set. Sekarang kan trend putih, so I taknak la sama camtu, I nak my bed outstanding sikit, semua furniture mesti hitam, then yang lain (curtain and bedsheet) pastel color. Harap-harap cantik la…amin! I nak katil yang simple jugak, tapi of course must be solid wood lah! Tak salah kan invest duit lebih sikit beli katil, pastu boleh guna untuk 20 tahun,. Hehe. Tak gitu?

Dapat imagine tak? Nak tengok design nya? Lebih kurang camni la, plus dinding bilik i memang dah color ni. Hehe. Bedsheet bertunang hari tu pon color ni., just tukar katil hitam, and the mirror tukar yang horizontal mirror tu..

Monday, February 14, 2011

InsyaAllah version Melayu

Lenny's Big Day!


Congratulations Lenny!

p/s: tengok! kami semua pakai crown!
(pinjam kat flowergirl jap, hahaha)

*abaikan kualiti gambar : )

Sunday, February 13, 2011

Saya dinding, sila ignore!

Bila cuti mood blogging memang takde.

Maafkan saya sebab sangat bermalasan tapi, i love you all readers. Will force myself to write anything, yes anything! I will, insyaAllah. Muahxxx~

Thursday, February 10, 2011

Carta hati (original song) - najwalatif


Hye! I tengah facebooking tadi,. then i've found this. My friend tajol posted it and i do love it so much! Siap replay 2x tu. Ha ha. Her voice is lovely and clear. The performance portrayed her personality, and again it's lovely!

Wednesday, February 9, 2011

Amendment Baju Bersanding

Alhamdulillah, kami dah dapat kata sepakat untuk beberapa perkara. Secara details, tidak perlulah diceritakan disini. syhhhh secret okey! Tapi i sangat-sangat happy.

Yeay! And as usual, some amendment for my side, and the most important part of, my baju bersanding akan bertukar. Hihik. My dusty pink modern kebaya (sepatutnya baju bersanding) akan dipakai untuk khatam quran ceremony, and we decided to go for modern attire to replace the old one. Yang ni nak mintak my uncle jugak buatkan, hope dia setujulah sebab I heart his artworkssss so much. Thanks perol! So we both (me and fiancé) akan cari material baru untuk baju bersanding ni. And the design? Something like this.

Okey tak? tapi of course bahagian lengan tu i nak tukar sikit design, cover semua lengan i kan.

the details on top! Sangat suka..simple but nice! for veil n tudung, i rasa nak pakai plain chiffon je, simple lagi. hehehe~

FULL DESIGN
Tapi takdelah kain meleret camtu sebab susah nanti nak bergerak jumpa tetamu. Hihik. Lagipon i buat kat rumah, nanti kotor plak meleret ke tanah. Sayang baju tu..

My theme kan pastel, harap-harap okey la kan. hehe~

photo: courtesy by Bak

Tuesday, February 8, 2011

HOLIDAY ME LIKEY!

Daisypath Vacation tickers
Korea, tunggu saya tau! Cik adik Nana, please treat me well. Love you~


Daisypath Vacation tickers
Office Trip, yeeehhhaaaa!

p/s: mana nak cekau duit ni? huhu. Postpone kawin boleh?

Sunday, February 6, 2011

APAKAH HUKUM BERSANDING MENURUT ISLAM?

Jawapan:
بسم الله الرحمن الر حيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 وبعد,
Bersanding adalah salah satu adat yang berlaku di dalam kenduri perkahwinan. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India. Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
Antara matlamat diadakan kenduri kahwin adalah untuk melakukan pengisytiharan bahawa hubungan kedua mempelai adalah sah sebagai suami isteri. Di dalam mengadakan kenduri perkahwinan berkenaan, terdapat beberapa acara termasuklah upacara persandingan.

Bersanding berlaku dengan meletakkan kedua mempelai duduk bersebelahan di tempat yang dipanggil sebagai pelamin yang dihias indah untuk dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.
Untuk mengetahui hukum upacara persandingan di dalam Islam, terlebih dahulu kita perlu mengetahui beberapa acara yang berkaitan dengan persandingan secara jelas bertentangan dengan agama Islam jika ia dilakukan.
  1. Penggunaan beras kunyit, jampi mentera semasa berandam, atau ketika mendirikan pelamin kononnya untuk menghalau hantu dan syaitan. Sabda Rasulullah s.a.w:
    عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.
    Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."
  2. Melakukan beberapa larangan Allah seperti membuang bulu kening, mengikir gigi dalam upacara mengandam:
    لعن النبي صلى الله عليه وسلم الواصلة والمستوصلة ، والواشمة والمستوشمة .
    الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 5940
    خلاصة حكم المحدث: [صحيح]
    Bermaksud: Nabi s.a.w melaknat orang yang menyambungkankan dan meminta rambutnya disambung, orang yang membuat tatto dan orang yang meminta dirinya untuk ditattoo.
  3. Berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah.
    وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
    (Ahzab 33) .
    Firman Allah taala di dalam surah al- Nur ayat 31:
    وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
    (Surah al-Nur 31)
    Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."
  4. Melakukan pembaziran di dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti singgahsana pelamin.al-Isra’ 26.
    "dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."
    (Surah al-Isra’ 26)
    Al-Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
BERSANDING HARUS DENGAN SYARAT TIDAK MELIBATKAN PERKARA-PERKARA DI ATAS.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS



Utusan Malaysia : Hukum bersanding
Persandingan bertujuan memperkenalkan pengantin kepada masyarakat hukumnya adalah harus tetapi ia perlu memelihara batas syariat.
SOALAN:
Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.

Jawapan:
Hukum Bersanding
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.
Hukum Adat Merenjis
Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).
Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad Ahmad)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.
Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.
Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.
Wallahu ‘Alam.
Original post: KLIK HERE

"Saya berharap niat saya tidak tersasar. Semoga dipermudahkan amin!"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...