Followers

Wednesday, February 2, 2011

Susah tak nak bela kucing kalau duduk dengan kawan-kawan?

JAWAPAN SAYA:

Tak susah, asalkan housemate pon suka kucing. Kalau housemate dah terang-terang bagitau or buat mimik muke ‘oh bencinya i hate pet!’, takyah la bela senang, nanti kesayangan anda kena dera plak. Kene sepak ke, apa ke, risau plak kan. Alhamdulillah housemate saya semua okey. Selamat abu! Yes my kesayangan nama abu tapi it’s girl! Hihik, why abu? Sebab dia solid grey. I malas nak bagi nama moden2 nanti susah nak sebut. Biarlah catchy dan senang diingati.

Fyi, abu ni background die sangat complicated sampai i rasa nak cite kat sini pon malas. Panjang sangat nanti boring. Tapi i sayang sangat abu, pergi mana-mana pon mesti bawak. Kereta dan abu memang sinonim. Kalau i dah masuk kereta and start engine, dia sibuk-sibuk nak masuk jugak. Hari tu abu pernah hilang sekali, nangis i! Rupenya dia pergi berjalan2 sekitar taman, tak hilang pon. Tengah2 malam i keluar cari abu, then bile jumpa, bukak je pintu kereta terus dia lompat masuk, hehehe. Agaknya dia pon sesat kot sebab masa tu kecik lagi.

I adopt abu since dia berumur 2 bulan setengah. Kecik amat masa tu. Berat pon baru 600g. Dengan comot, telinga kemek, kurus kering, orang pandang pon tak selera. Tapi ntah lah, i rasa chemistry memang dengan abu kot. I jaga dia elok2, mandikan, bawak pegi veterinar, bagi makan ubat, berat badan mencacak2 naik jadi 2.3kg dlm 3 bulan. Yeayyyy! Till now abu dah 10 bulan. Dah remaja dah. Comel? Sama je tapi telinga kemek dia tu yg unik dan menarik perhatian. Hehehe.

Alhamdullillah, abu tak pernah buat perangai, berak merata? Pancut sana sini? Memang tak pernah. Harap-harap lepas ni pon tak. Senang je nak jaga kucing ni, tapi ingat, bukan jaga makan minum je, hati dan perasaan dia pon kena jaga. Maklumlah benda hidup kan. Abu pon tak cerewet, makan je apa2 pon. Senang cakap apa yang i dan housemate makan abu mesti makan, kami memang tak pernah nak sisihkan abu. Kalau tengok tv, abu mesti ada sekali, kalau malam dia senyap je, mesti salah seorang akan cakap ‘mana abu eh?’ or ‘abu keluar ke?’. Sebab tu dia kesayangan! Pantang dia takda, mesti cari.

Sekarang dia dah remaja, hehe. Cute tetap cute. Dah pandai cari pakwe sampai kami kenal ‘pakwe-pakwe’ abu. Ada yang belang-belang, ada yang oren bulu kembang, ada yang hitam, dan ada jugak kucing terbiar ikan oren ekor kontot (paling tak berkenan yang ni). Siap main pilih2 menantu lagi kami ni, ececehhh! Tadi pakwe paling macho adalah yang belang-belang tu, siap tunggu tepi bilik i! Hishhhhh!

Tak kisah la abu nak pilih pakwe mana, asalkan abu tetap berperangai macam dulu. Tetap sambut i balik petang-petang. Tetap tido hujung kaki i, tetap cari i kalau nak makan. Itu dah cukup buat i puas hati. I sayang abu sangat-sangat. Harap anak dia nanti akan ikot perangai baik emak dia. Pembersih!

Perkara-perkara yang perlu tahu untuk jaga kucing/pet:

  • Makanan mesti cukup: i suka tukar2 makanan abu, taknak bagi dia boring. Kadang-kadang i bagi ikan rebus gaul dengan nasi n kicap, ini favourite dia!
  • Pasir kucing: wajib ada!! Pilih yang nyah bau so that takda lah berbau satu rumah taik dia. For now i sangat puas hati dengan i product ni, beli kat giant, 5kg baru rm12. Tahan untuk 2bulan.
  • Tempat tidur: mesti ada jugak walaupon abu suka tidur bersepah.
  • Air minuman: dulu abu suka air letak dalam mangkuk tapi sekarang kalau nak minum air dia masuk toilet je.
  • Visit veterinar: setiap 3 bulan-4bulan untuk makan ubat cacing dll.
  • Mandikan 2mgu sekali, kadang-kadang 3 minggu sekali
  • Manjakan dan selalu cium dia. Kucing ni pon macam manusia juga perlu dibelai dan disayangi.
  • Banyakkan bercakap dengan kucing, insyaallah dia akan faham dengan apa yang kita cakap.

4 comments:

tqahmisdar said...

sis, pasir yg U beli kat giant tu apa brand dia? yg I guna sekarang, cepat sgt berbau.. tengah nak cari yang lain ni..

intan said...

tqah: i tak ingat brand dia sebab dah kenal dengan packaging dia, terus grab je. nanti i upload gambar k~ hehe.

miss puteri said...

hehe. cumel lah u nie intan. put baru je berani dgn kucing ni. 2 pun sebab fiance suka sgt kucing. dulu ada kisah silam dengan kucing.hehe

intan said...

hai put: i memang suka kucing tapi tak berani nak bela sendiri sejak duduk dengan kawan2 tau, tp akhirnya berjaya bela abu..hihik! u should try adopt one, nanti baru u tahu kucing ni penenang fikiran tau~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...