Assalammualaikum!
Lamanya tak
update blog.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Life is so wonderful.
Last update I announce yang i pregnant, remember? Kahkah, update beberapa bulan lepas tu? Masih ada yang baca ke? Adeh! Actually, I dah selamat pon melahirkan seorang baby boy yang sangat comel pada 29hb November 2014 yang lalu via C-sec. Why C-sec? Why tak dapat VBAC? Why why why?
Okey-okey nanti I story kat bawah ni ye.

Adik kepada Aisha Amani ni diberi nama Mohamed Amir
Arsyad bin Mohamed Sari.
Amir:
pemimpin
Arsyad: yang
sangat cerdik
And the
story is..
27hb November
tu actually dah 40w6d Arsyad dalam kandungan I. Esoknya genap 41w. So nak tak nak kenalah serah diri
ke hospital. Sebelum tu, langsung takde tanda-tanda nak bersalin pon. Doc dah consult pasal VBAC and everything, so masa serah diri tu I
memang dah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Sedihnya nak
bersalin kali ni. Huhuhu. Bukan sebab takut nak melahirkan, tapi hati dok
memikirkan si Aisha Amani yang ditinggalkan. Selama ni tak pernah berenggang,
kali ni terpaksa tinggal kan dia untuk lahirkan si adik. Malam pertama tu
kesian sangat, Amani meracau-racau cari ibu. Pukul 12am pon dia tahan mata dok
suruh bukak pintu nak tunggu ibu kat luar. Huhuhu. Mujur la mak dah sampai, so
senang la sikit hati I ada dua orang melayan dia.
28hb
November, 630am. Doc masukkan ubat induce yang pertama. Sakit datang tak lama
selepas tu, tapi main-main. Cuit-cuit je, rasa geli-geli pada pinggang, kejap lenguh,
kejap rasa nyut-nyut. Itu sahaja, bukaan masa tu 2cm. Sampai ke malam macam tu. Opening progress, 3cm, sakit masih sama macam pagi tu. Terasa lambat sangat masa berlalu. Malam tu i berdoa banyak-banyak
semoga sakit tu datang kuat dan dipermudahkan semuanya sebab doc dah consult if 1st induce tak
sakit dan takde bukaan, 2nd induce akan diberi tapi half dose je.
If masih sama takde progress, terus czer. Huhuhuhu.
29hb
November, 4am. Sakit mula datang lagi dan lagi. Makin kuat dan terasa menekan
pada tulang belakang. Cuba tidur untuk elakkan sakit tu tapi tak dapat. Dah
rasa resah gelisah nak duduk tak senang, nak berdiri pon tak senang. Masa tu
fikir cepat lah pukul 630am untuk doc check bukaan. Debar sangat nak tunggu
doc check, pada masa yang rasa dah rasa excited nak berjuang. Then bila check,
dah 4cm. Doc bgtau if 4cm, kalau labour room dah kosong, dah boleh masuk dah.
Now take a rest and makan. Tengahari nanti dah boleh ready katanya.
So I balik ke katil, makan roti gardenia dan buat air milo panas. Tak sempat nak habiskan sekeping roti, nurse datang bawak wheelchair cakap labour room dah ready. I macam ‘ haaaa.. now?? Like serious????’. Masa tu berdebar plak tiba-tiba, try to call husband tapi tak dapat. Huhuhu. Few times try to call him tapi tak dapat. So jut leave him a message bagitau nak masuk labour room dah, dan minta maaf siap-siap incase tak sempat sampai sebelum bersalin.

Dalam labour
room, seorang pakar ada untuk assist sebab I kan ada history previous C-sec. So all the
time dia kena ada untuk pantau keadaan I masa tu. CTG pasang, drip pon dah
pasang. Sakit masih bearable. Tak pulak sakit kuat macam awal pagi tu. Sempat
la sembang-sembang dengan nurse dan doc sehingga husband sampai. Masa tu 1030am. Sempat bagitau doc kalau boleh nak VBAC sampai berjaya.
Tak lama
lepas tu, sakit yang kuat mula datang. Tiba-tiba je sakit kuat sangat. Nervous but yet semangat nak berjuang.
Tengok pada graf CTG tu, everytime contraction tu datang, graf naik sampai 95. Mencacak
graf. Tapi gap tu jauh, 1 to 10. Faham tak maksudnya?
Gini, maksudnya contraction tu datang 1x sahaja setiap 10min, tapi contractionnya sangat tinggi, kuat dan lama. Almost 3/4min masa contraction tu. Bayangkan kena layan contraction tu tanpa henti untuk 3/4min? Hampir nak putus nyawa rasanya. So sepuluh minit kemudian baru datang lagi contraction. Dah faham dah kan?
Dalam tempoh 10min tu, boleh la relaks dan sembang. Masa contraction, rasa nak ramas-ramas lengan husband. I terdengar staffnurse tanya pada pakar, boleh ke dia ni nak push klu gap contraction tu terlalu lama? 10min kot. Boleh lemas baby nanti katanya. Huhuhu. Bayangkan kalau first teran keluar kepala, then nak tunggu lagi 10min baru contraction datang untuk teran lagi. Erkkkkk?
Patutnya, makin besar opening, contraction sangat kuat dan pendek, dan makin kerap. 7min skali, 5min.. 3 min..... Gitulah patutnya. Ni dh 6cm masih 1 to 10. Huhu.
Tapi I ignore je semua tu. Sakit makin kuat, contraction makin panjang, tapi masih 1 to 10 gapnya. Bukaan 6cm. Okey, dah tak lama dah intan, u can do it yeahhhh! 4cm je lagi. Masih cuba untuk positifkan diri.

Suddenly,
tak lama lepas tu, terus semangat jatuh merudum. CTG dah tak cantik. CTG tak
dapat nak detect heartbeat baby. Doc suruh I mengiring ke kanan, mengiring ke
kiri. Bayangkan tengah layan contraction tu kena plak pusing-pusing, nak marah
pon ada tapi sebab risaukan si anak, layankan je. End up I mengiring dalam
posisi 45 degree macam tu baru la boleh detect hartbeat baby. Nak kata melentang
pon tak, mengiring pon tak. Diantara, bayangkan. Huhuhu. Sakitnya Allah je yang
tahu. Tapi bila dengar je bunyi jantung anak dah dapat detect, hilang semua kesakitan tu. Redha jela tahan badan jangan termelentang, or jangan termengiring sangat. Sampai nurse rasa kesian, then tolong support belakang i dengan rolled blanket huhuhu.
1230pm, CTG
masih tak cantik, almost sejam setengah dah. Bukaan masih 6cm. I dah menggeletis sakit atas katil dalam
posisi 45degree mcm tu. Allah, Allah, Allah. Huhu.
Doc tunggu advise dari pakar sebab dia dah risau tengok i macam tu. And pakar pon seluk lagi skali, and said,
‘Puan, it nearly
7cm but I don’t know if u can handle it… Coz from my experiences, dengan keadaan
CTG u yang tak cantik, I advise we go for c-sec sebab I rasa ada something
wrong pada baby... Just trust me!’
Husband pon dah tak tenang tengok keadaan I yang sakit macam tu. I pon dah tak sedap hati bila
doc cakap macam tu then we both setuju go for C-sec. Keputusan muktamad, paling segera yang kami putuskan, tak sampai 5saat kami decide. Huhuhuhu. Harapan untuk
VBAC terus terpadam.
Then I ditolak
masuk OT, Doc terus mulakan tugas. Kejap je prosesnya. Hilang dah sakit contraction, i just terbaring keletihan. Baru nak bertenang, nak berehat, tiba tiba masa doc nak
keluarkan baby tu, apa yang I dengar hanya..
‘ya Allah, ya Allah.. cepat tarik baby! Dah sangkut ni.. cepat!’
Apa yang berlaku ni?
‘ya Allah, ya Allah.. cepat tarik baby! Dah sangkut ni.. cepat!’
Apa yang berlaku ni?
Tapi dengan keadaan terlentang macam tu, I can’t do anything.
Just pray for the best je. I tengok nurse terus bawak lari baby ke dalam bilik, dua tiga orang nurse ikot, dan seorang doc pon ikot. I terfikir dalam hati, apa yang berlaku? Kenapa anak aku
tak menangis? Then why doc tak letak atas dada aku macam Aisha Amani dulu?
Selepas
10min macam tu baru dengar suara baby menangis. Leganya Allah je yang tau. Doc
siapkan semuanya dan tolak I ke observation room. Masih tak dapat nak tengok muka baby lagi. Debar masih ada. Seorang MO ni datang dekat I,
and said..
‘Sorry puan,
anak puan lemas tadi, so muka dia kebiruan,... saya minta maaf ye. Kami dah buat yang terbaik. But he’s doing
good. Tak perlu masuk nicu…’
Lega sangat
bila dapat tau semua dah okey, I ditolak masuk ward pada pukul 4pm. Tak lama selepas
tu baru baby dihantar, i peluk cium baby, dan terus i breastfeed dia. Baby latch sangat sempurna, good job Arsyad!
Perasaan cium bau syurga
memang menenangkan, hilang segala sakit dari awal pagi tadi. Siapa sangka kena C-sec lagi, tapi semua tu Allah yang menentukan.
First time tengok muka Arsyad, i menangis. Bukan sebab terharu dan gembira, dua perasaan tu memang wujud selepas Arsyad keluar dari rahim i, tapi lebih kepada rasa bersalah dalam biarkan dia struggle dalam perut kelemasan. Huhuhuhu.
Then petang
tu pakar yang bedah I tu datang and explain to me, my case is CORD ROUND NECK
TWICE, TIGHT. Twice?? Tight??? Ya Allah kesiannya anakku. You are such a fighter, Amir Arsyad.
So possibility nak normal tu memang sangat tipis. Almost zero. Shocked, but alhamdulillah, it's over. Heheh.
Mujur la ibu tak
keras hati nak lahirkan awak secara VBAC sayang. Ini lah hikmahnya. Allah knows
best.
Dibawah, i ada share gambar Amir Arsyad sejam selepas dilahirkan. Bukan tujuan untuk mengaibkan anak yang i sayangi. Tapi untuk memberi tauladan pada ibu-ibu di luar sana, yang obsess VBAC, yang menentang C-sec. Kepada yang berjaya VBAC, alhamdulillah! Tapi yang terpaksa C-sec, janganlah condemn kami ye. Please!
Tolong lah jaga hati kami. Bukan kami sengaja taknak VBAC, jangan la pointing fingers macam kami buat kesilapan besar dalam hidup. VBAC or C-sec, yang penting dan utamanya adalah berjaya melahirkan amanah Allah dengan selamat. Kalau nak compare VBAC vs C-sec, sampai bila pon takkan ada kesudahan. Jealous kawan-kawan dapat VBAC? Yes!! Teringin nak VBAC? Yes!!! Tapi dah tertulis begini. Allah dengan susun cantik-cantik dah semuanya.

Then bila tengok betapa birunya muka si anak, i can't imagine how he struggle kat dalam tu. Rasa cemana agaknya, tercekik ke? Agaknya sebab tu la contraction i sangat lama dan kuat. Menggelupur ke dia dalam tu? Allah je yang mengetahui. Menangis bila terkenangkan hal ni. Menyesal. Bersalah. Sedih.
But, don't worry lah! Amir Arsyad is okey dah sekarang. Takde biru-biru dah. Rasanya dua minggu je dah totally disappear lebam biru pada muka dia tu. Amir Arsyad now sangat bambam orangnya. 10kg at 6 months old. Sihat, aktif, dan dah mula meligat.
Tengok gambar kat bawah ni, pampers pon dah size XL. Hehehehe, Penangan susu ibu! Doakan dipermudahkan penyusuan susu ibu selama dua tahun ye kawan-kawan! Gambatte!
Tengok gambar kat bawah ni, pampers pon dah size XL. Hehehehe, Penangan susu ibu! Doakan dipermudahkan penyusuan susu ibu selama dua tahun ye kawan-kawan! Gambatte!
Tepek jugak gambar si kakak Aisha Amani 2 tahun 8 bulan. Dah macam anak dara. Dah sekolah dah pon.
And gambar i, selepas beranak dua. Peace!! Current weight 60kg. Aritu dah 57kg tapi dah naik semula 3kg huahua. Nak lupuskan 5kg lagi insyaAllah.
Till then, love!
i n t a n o r a z a m
19 comments:
Alhamdulillah. Takpelah VBAC ke CSEC ke janji baby selamat :)
lama intan tak update blog.
c-ser atau tak, semuanya dah ditentukan. Biarlah orang nak cakap ape pun kn.
dah bam bam baby boy ni..
Salam intan. Bila i tengok gambar baby, i pulak menangis. Thank u for sharing this. Syukur Alhamdulillah, u buat keputusan yang sangat tepat untuk baby, bukan untuk birth plan sendiri. I pun c-section and berharap dapat vbac. Tapi kalau takde rezeki, its okay. Asalkan anak selamat. Tak dapat bayangkan mereka yang decide nak homebirth and pernah ada c-section history. Baby amir arsyad sangat strong just like his mother. :)
Allahu...seyes akk tkut tgk muka anak sis..
Alahmdulillah...Allah msh bg sis peluang utk menjaga khalifah Allah kecil ni
Tahniah neway
masih teringat masa mula2 dpt gmbr dkt wassap group..
biasa dgr je org sebut biru2..
syukur acad sado sihat kan..yg penting selamat..
uih 60kg xjauh beza lah kite! cepat update lagi..
sedihnyeeee baca..
pahala beranak tetap sama tak kira vbac ke c-sec..yang penting baby sihat..
bambam betul arsyad!comel!geram acik!
Alahmdulilah, yang penting ibu dan baby selamat tak kisahlah apa jua cara pun...sy fhm sebb sy csect dengan bukaan 9cm..juz 1 cm to go..tapi Allah tahu apa yang terbaik kan? jaga diri baik baik ye Intan...:-)
Syukur alhamdullilah. yang penting baby dan ibu selamat, czer atau normal tu x penting. sy pn czer jg, now anak dh umur 2 thn lebih. mmg lah byk dpt negative je waktu kawan2 tau sy kena czer. dlm kes sy, sama jg baby tebelit tali pusat, kt kaki, badan dan kepala. Allah know best. take care.
alhamdulillah..rezeki masing2.. kite yg hadap kan intan.. bukan org lain..lantakla org nk ckp ape pon..janji anak sihat..alhamdulillah berkat susu ibu..bam bam dak ni..hehe
Tahniah.. Alhamdulillah selamat semuanya..
apa2 pun kelahiran.. Allah lebih mengetahui yg terbaik utk kita kan..
syukur semua selamat. bambam nya baby acad. sihat montel sado sedap kunyah2 hihi
Alhamdulillah..tahniah! comelnya baby. Intan pun comel -). Tak kisah vbac atau c-sec yang penting2 dua2 selamat. Sihat. tu yg penting.
Nak nangis baca. Tak fhm sungguhlah manusia dok beza2 ni. Aslkn ank sihat sudah.
Still tringat lg 1st time tgk gambar Arsyad masa lahir... syukur la u firm with decision to go for c-sect... Alhamdulillah..bambam dah Arsyad skrg... hehehe..
alhamdulilah semua dah selamat... tahniah dah dapat sepasang.. i cser juga baby 1st.. tak pernah kisah cser ke normal.. janji baby selamat.. sekarang dh x penting tu sume..
Mata masuk habuk.. Huhuuu..
Tahniah intan.. Sepasang dh..
Apa pun cara kelahiran anak kita..
Itu semua telah tertulis di azali..
Allan lebih mengetahui yang sebaik-baiknya utk setiap hambaNya..
lama kak Intan tak update..usha IG je pengubat rindu. Hehehe! takpe lah kak, VBAC pun consider melahirkan 1 nyawa jugak.
sorry typo, bukan VBAC. C-sec.
sorry typo, bukan VBAC. C-sec.
Post a Comment