Hai,
Kelakar je awak ni intan, janji nak update, tapi
lembap jugak! Huhuhu. Okeylah hari ni nak tunaikan janji. Memang banyak pon
entry nak buat, tapi takde masa nak taip panjang-panjang je. Huhuhu.
Okeylah, for today nak update pasal deco rumah. To be
specific, my sewing workstation. Last entry pon pakai sewing machine kan, so
layankan jelah mood I ni, sekarang ni tengah gian sangat menjahit sebab ada
mesin jahit tepi baru. Tak perlu lagi ke kedai, itu yang bestnya!
Ada mesin baru pon dah mood berbunga-bunga, inikan
pula ada workstation. Sebelum ni kan, I don’t have any specific area to sew that
so-called workstation. Bila dah pakai mesin portable ni, kadang-kadang depan tv
pon jadi. Sambil menjahit sambil tengok tv kan. Hahaha.
Kepada sesiapa yang pernah datang rumah I, tahu lah
padat mana rumah I ni. Memula pindah dulu okey lagi, manageable la katanya. Tapi
now bila barang-barang makin bertambah, pening pulak nak deco.
Plan asal nak buat workstation ni dalam bilik no 3
(guest room), tapi tak jadi. Sebabnya, pertama. ‘ia di dalam bilik’. So I tak
boleh nak monitor amani masa menjahit. Risau jugak la tengah-tengah kita
seronok menjahit tu, dia keluar ke, melompat-lompat ke. Jatuh ke, hishhh
macam-macam lah. So plan asal memang confirm cancel.
Plan kedua, dalam bilik playroom amani, kat corner. Pilih
area ni sebab senang nak monitor dia tengah main-main. Yang bestnya sebab tau
dia takkan kacau I menjahit sebab dia boleh main. Amani ni pesen dia asalkan
kita ada, die okey je main sorang-sorang. Tapi terasa risau plak kalau tetiba
semasa ketiadaan I, dia panjat meja tekan tekan mesin tercucuk jarum, huhuhu.
Risau kot! Dan risau jugak mesin tu sendiri cepat rosak, ntah amani tukar
setting ke ape, kita tak tahu kan. So plan kedua pon cancel.
Plan ketiga pula, kat ironing station. Area ni
sebenarnya kat ruang dapur. Area family dining. Dining table memang tak letak
kat sini, I letak kat dining area kat depan. So ruang ni kosong. Perfect dah
kot tempat ni, nak monitor amani pon senang, nak gunting kain pon senang sebab
luas.
********************************
Untuk deco-deco kali ni, I menggunakan sepenuhnya perabot/barang-barang
dari ikea, dan selebihnya barang sediada di rumah.
Main table dari ikea, harga 129. Dari Linnmon Series,
Harga RM119. Saiz yang I beli ni 60x120cm, width 74cm. Linnmon series ni harga dia berbeza-beza ikot
panjang meja. Price range RM99-Rm179.
Kerusi pulak, I beli yang paling murah. RM29 je,
Adde. Kerusi ni hot stuff, banyak kali I pergi ikea tapi kerusi ni dah habis.
Now stok dah banyak, bebila pergi je memang dah ada stok.
Wall cabinet, pon dari ikea jugak.
Tapi I tak plug ke
dinding, just letakkan atas rack sediada. Faktum Härlig white, RM125. Yang ni additional je, tak beli
pon takpe sebenarnya, tapi I beli untuk simpan kain or benang, so that
kain-kain tu taklah berhabuk. Maklumlah menjahit ni ikut mood, ada masa memang
lama la tak berusik mesin tu.
Yang lain-lain I guna
barang sediada macam corner rack ni. Solid wood material, tak ingat dah beli
berapa. Kukuh sangat sebab solid. Perfectly match sebab color putih. Rectangle bucket
ni pon barang sediada jugak. FYI, I sangatlah obsess dengan bucket ni sebab die
stackable, dan white color. Senang nak store barang-barang, plus design dia
simple, harga pon murah, size paling besar pon baru RM6.90. Banyak gila I ada
variety sizes.
Untuk thread holder
plak, I DIY so yang ni nanti I buat entry berasingan ye. Nanti I sediakan tutorial
sekali. Korang boleh try buat sendiri dekat rumah hehehehe.
Nak tengok view my
sewing workstation? Tadaaaaaaaaaaaaaa.. Okey ke tak?
Bila deco macam ni,
takdelah bersepah-sepah lagi. Semangat nak kemas balik selepas menjahit. Barang-barang
pon lebih organize, senang nak cari.
Menjahit ni, sebenarnya
lebih pada minat. Bagi I, dengan menjahit otak boleh jadi tenang, boleh release
tension. Boleh buat kita lupa sekejap masalah luaran. Tak kisah la jahit
apa-apa pon, as simple as jahit baju koyak, or sehingga serumit jahit quilt. Dulu masa amani under 1yo, i memang sangat jarang menjahit. Attention pada dia je, now bila amani dah besar, dah pandai jalan, minat
menjahit tu datang balik sebab boleh jahitkan macam-macam untuk dia such
as skirt, dress, baju kurung, bantal golek, or quilt. Of course la buat
benda-benda ni memerlukan duit dan expensive, tapi bila tengok anak sendiri
pakai baju yang kita buat, terasa macam dia dibalut oleh kasih sayang kita sendiri.
Berbaloi-baloi!
Korang masih ingat idea-idea DIY i dulu-dulu? Jahit beads? Fabric hand bouquet? Quilt? Veil? Ah rindunya! Benda-benda tu jugak lah yang naikkan nama blog ni, secara tak langsung orang kenal siapa intan norazam. Tapi dah lama sangat blog ni terabai. InsyaAllah sekarang tidak lagi!
Agak-agak boleh inspire orang lain untuk menjahit jugak tak? Hehehehehe.
Till then, Assalammualaikum!
i n t a n o r a z a m
21 comments:
tqah memang minat n teringin nak menjahit..azam pasni nk kumpul duit beli mesin jahit,.,hope dptla..aminn
Cantikla intan!!!
teringin nak ada workstation sendiri jugak lps tgk blog intan ni..
tp sebab xreti menjahit maka maybe tukar jadi workstation utk keje2 part-time business..
Konsep SOHO gituu..tp boleh tiru idea workstation intan ni.kemas jeeee... :)
Assalamualaikum kak intan! lawa gila akak punya sewing workstation! hehe rasanya boleh jadi inspirasi ni. hehee kat rumah sheila ada satu mesin jahit mak.. tak guna pun sebab rosak... ingat nak belajar menjahit la lepas bersalin nanti ~~~
Best!! Semangat tengok workstation baru Intan.
Yes! Inspire I untuk cepat-cepat blaja menjahit! ;) Heheeee..
really inspired...cantik sgt workstation..kemas
kak intan tak pernah mengecewakan :) i adore u kak intan :))
cantiknye sis... bestnye ada workstation sendiri..
cantik intan!! terkagum lak. lawa lawa.
bestnye tgk , kemas btol..
cantik..!! =)
inspired sgt2! cantik sgt! tp sebab tak tau jahit, so, nak workstation kerja2 lain2 la.. hehe..
cantik! tak sabar nak pindah rumah dan buat cantik2. sekarang ala kadar je sebab mood malas mengemas. hihihi
Ah..bestnya station yang proper gini. Kalau u tengok my sewing station, mesti pengsan. Malas I nak buat proper2, tunggu pindah nantilah, ahahah
Cantik!!!
Minat nak menjahit ade..tp nak cari kain malas..selalu nak menjahit tp barang pulak tak ada..hopefully tak lama lagi blh buat ruang macam ni=)
intan..tong sampah u dh full tu..kekeke..itu plk yg i aim kan,haha..btw cun la ur sewing station..nak g umah u lg..nk main lam blik amani :-)
so pretty!!I pn baru je mule menjahit dan dah gian!i`ll definitely looking forward your menjahit cerita!
setuju dengan intan, menjahit pun boleh lepaskan stress, untuk ambil balik sifat tenang kita tu..anyway cantik dan kemas sgt2 sewing workstation...mmg betul2 menjadi lah..:-)
Ok sangat-sangat nie. Bestnye ada workstation.
Nak jugak ada macam nie.
assalamualaikum semua....sy sokong.nice look.baru selesa nk buat kerja.
mntak laluan sedikit.ade sape2 yg berminat utk menyertai program mykad smart shopper boleh hubungi:-
nisedin global network
0187910571
mohd rafiuddin
nisedin.globalnetwork@gmail.com
cantik..:)
cantik..
setakaut ni rumah yang kami nak masuk ni takda ruang nak buat workstation camni
nanti dah reno boleh kot cari sikit ruang..
apepun..memang idaman kalbu lah ruang menjahit.. kesian mesin2 ni kene simpan kat stor dulu..
Post a Comment