Hai semua, dah lama tak
update blog kan.
Hurmmmmmmm.. Sebenarnya
memang semangat nak update satu-satu pasal rumah, tapi ada ‘kekangan’ sikit.
Kalau kawan-kawan yang rapat tu memang dah tahu la, yang mana tak rapat tu
maybe tak tahu. So I nak bagitahu kat sini yang kami telah menjadi mangsa banjir
pada 3hb Dec yang lalu. Huhuhuhu sedihnya bila ingat balik. Tapi perasaan yang
paling dasyat ada ‘tak sangka’ begitu sekali. Bayangkan lah perasaan I yang
baru 4 hari berpindah masuk rumah baru? Kena pulak banjir separas dada,
menangis tak berlagu laaaaaaa. Huhuhu.
Yes, memang kami tak
sangka. Even pada pagi kejadian tu, I masih bergolek atas katil layan ig. Amani
pulak tengah tidur.
10.00am:
Tetiba je kan, ada orang
beri salam. I jenguk kat tingkap je, pelik bila tengok orang tu redah hujan
datang rumah I beri salam. Tapi sebab baru pindah dan tak kenal jiran
tertangga, I tak berani nak bukak pintu. Risau jugak la kan pencuri ke ape.
Tengok orang tu pergi rumah jiran sebelah. Pastu sembang sepatah dua, dia balik
jalan kaki redah hujan semula. Semakin pelik la, gigih redah hujan macam tu
sekali. Bila dia dah takde, barulah I berani keluar tanya jiran sebelah kenapa.
Then bila dia cakap taman sebelah dah naik air, terkejut i! Tapi tahap terkejut
tu masih lagi terkawal. I ingat air hanya akan melimpah dari longkang ke porch
sahaja dan takkan masuk dalam rumah. Sumpah memang fikir macam tu dan ‘tak
sangka’ akan naik tinggi dan tinggi!
So dengan relaksnya I
pon kejutkan Amani, mandikan dia. Sambil main bubble (sempat lagi). Pastu siapkan dia, dan I
hanya sambar school bag dia dan food dia sahaja. Terus masuk kereta. I sendiri
pon sehelai sepinggang, tak terfikir nak pack baju sendiri dan kemas rumah
angkat barang. I plan bila hujan berhenti kami balik la rumah semula. Like 3 4
jam selepas tu keeee. Kami keluar pon sebab jiran sebelah rumah takut kereta
terkandas kat taman sebelah bila naik air, sebab taman tu rendah sikit.
So I pon masuk kereta
dan keluar pagar. Tetiba rasa macam kereta masuk dalam air yang dalam. (yes,
porch rumah I tu tinggi sikit dari jalan). I rasa ketinggian air masa tu
separas lutut kot. I pon tak jadi tutup pagar dan terus tekan minyak. Tak berani nak lepas minyak sebab takut kereta stranded dalam air. Pastu
rasa air makin dalam. Ya Allah, tetiba perasaan cuak tu datang. Ya Allah! Ya
Allah, memang banjir ni. Tangan I menggigil sebab cuak. Amani diam je berdiri kat
sebelah. Carseat dia dalam kereta husband. Alhamdulillah kami selamat. Bila dah sampai taman depan, tengok
orang dah kelam kabut dah. Kereta pon dah bersusun-susun tepi jalan besar. Dah banyak gila, rasa lebih 70 bijik. I
was like, haaaaaaaaaaaa aku orang paling lambat keluar ke????? Cuak gila. I pon
cari tempat untuk park kereta, and call husband bagitahu rumah naik air. Husband suara releks je lagi. Masa
ni orang ramai dah bawak payung redah air balik rumah untuk ambil barang
keperluan sikit-sikit. Letak dalam bagpack je. I macam blur. Nak buat
apa ni? Aku tak ambil apa-apa pon lagi. Cemane ni???????
Husband sampai dari tempat kerja dia. Rasa kuat sikit. I pon suruh dia balik rumah ambil
baju kami 3 4 helai, pastu suruh ikat langsir, naikkan kerusi atas meja, dan
buat apa-apa yang patut lah. Dia dah balik rumah sejam. I rasa macam lamanyaaaaaa.
Kenapa ni? Call dia tak angkat. Emo gila masa tu sebab kena stay dalam kereta
dalam hujan lebat dengan Amani, pastu call husband tak angkat. Emo lagi. Dah la
belum breakfast. Bertambah emo. Haihhhhh. Selepas setengah jam
kemudian, husband sampai. Basah kuyup dia walaupun berpayung.
Dia bagitahu yang rumah kami dah dimasuki air paras
buku lali. I macam haaaaaaaaaaaa cepatnya. Tadi baru kat jalan nak masuk porch.
Dalam sejam lebih je dah masuk rumah? Speechless. Redha. I tanya husband dah
angkat barang-barang tak? Dia cakap angkat mana yang termampu sahaja. Drawer
letak atas katil, kerusi angkat atas meja. Gitu. Barang-barang besar macam peti
ais mesin basuh tu dia tak angkat sebab dia seorang, tak larat katanya. I
cakap, okey dah tu. Dah selamat dah tu barang-barang kita. Confident je kan.
So kami pon ke tempat kerja husband. Kekonon nak lepak sana
sebab sana ada crew room, boleh lepak-lepak tengok tv. Husband drive satu
kereta, I drive satu. Plan nak tinggal satu kereta kat situ tapi macam tak
secure plak sebab tepi jalan. Nasib baiklah bawak kereta dua-dua. That was the
right decision we made. No regret. Kalau lah kami tinggal kereta masa tu…
hurmmmmm. Entah lah!
3.00pm:
Masih lepak kat crew
room, I ask husband jom tengok rumah nak? Masa tu hujan masih lebat kat luar,
tak berhenti-henti. Husband pon cakap jom! Kami pon pergi. Amani tidur dalam
carseat. Sampai area rumah, terkejut gila bila taman tepi jalan besar tu pon dah
naik air paras lutut. Taman kami lot ke dua, dah takleh bayangkan air dah paras
mana. Kami teka dah paras pinggang. Husband decide nak jalan kaki redah air banjir balik rumah. I setuju. I
tunggu dalam kereta dengan Amani. Dalam 15min macam tu, husband call, cakap tak
mampu nak redah lagi sebab air dah sampai pinggang (Tepat tekaan kami). I macam
haaaaaaa? Terkejut buat ke berapa kalinya. Cuak jugak dia sebab dah takde orang. Keadaan sunyi sepi.
Dalam hati dah redha.
Dah takleh nak fikir barang-barang kat rumah tu. Dia patah balik, masuk kereta,
masing-masing diam membisu. Sunyi sepi. Amani sorang je membebel-bebel dalam kereta.
Kami pon balik rumah mil. Rumah mil tak
naik air, tapi jalan masuk utama dah terputus. Dan alhamdulillah juga masa tu
sebab ada kakak I membantu. Rela datang dari jauh bawak hilux semata-mata untuk
redah banjir, untuk bawak kami ke rumah mil. Jasa dia akan kami kenang sampai
bila-bila. So kami selamat lah sampai rumah mil pukul 6pm. FMIL pon dah tunggu
kat rumah, diorang pon tak boleh buat apa sebab takde 4wd untuk ambil kami
sekeluarga. Alhamdulillah sangat kami tak duduk dekat pusat pemindahan, dengar dari mulut kawan-kawan yang mengalami, keadaan sangat la teruk kat pusat. Kelaparan, kesejukan, dengan air dan elektrik takde, makanan takde. i just can't imagine. Kita yang tua ni takpe. tapi budak-budak sebaya Amani? Hurmmmmmmmmmmmm.
Cerita sebenarnya sangat
lah panjang lagi, tapi I dah tak mampu nak tulis kat sini. Sedih mengenangkan
kisah itu. Dipendekkan cerita, malam tu air naik lagi dan lagi, sampailah paras
tertinggi adalah dada. Kami tengok rumah dari jalan besar je, tak dapat dah nak
masuk dalam. Seriously dalam hati menangis meraung, tapi tak terluah dengan
kata-kata. Husband pon sama, termenung dia.
Mulanya kami ralat sebab
pindah. Kalau lah kami postpone pindah minggu depan, tak kena banjir. Rumah
lama kami tak naik air sikit pon. Tapi inilah ketentuan Allah. Dia nak duga,
sejauh mana kesabaran kami, ketabahan kami. 3 hari kami tak buat apa-apa,
menunggu banjir surut. Hari-hari kami ke jalan besar tu, tengok bila air nak
surut. Pandang rumah dari kejauhan. Hari ke 3 baru air surut sepenuhnya. Itupon
masa air separas peha, I dah paksa husband redah banjir sebab nak tengok rumah.
Husband redha. Dia pegang tangan I, kami sama-sama redah banjir. Dari jauh
nampak rumah, dah mula rasa air mata berlinangan. Taman sunyi sepi, air di
mana-mana. Perasaan takut tu I buang jauh-jauh sebab perasaan nak tengok keadaan
dalam rumah tu lebih membuak-buak.
Bukak je grill, bukak je
sliding, I pejam mata dalam-dalam, pastu baru ada kekuatan tengok keadaan dalam rumah. Luluh lagi
hati ini. Masa tu, air paras peha, so barang-barang semua terapung-apung lagi. Peti
ais dah jadi sampan terbalik. TV dah tak tahu kemana, kabinet tv dah terbalik,
katil dah lepas ke tengah, almari baju Amani dah terbalik, baju-baju dia semua
dah terapung macam sampah sarap. Kat dapur botol-botol susu Amani
terapung-apung. Periuk nasi tenggelam, microwave tenggelam. Memang sebijik
macam sungai yang dipenuhi sampah sarap. Tersandar I tengok rumah. Tak tahu nak
buat apa. Kami ambil masa sejam duduk dalam rumah tanpa buat apa-apa. ke dapur ke depan. Ke dapur ke depan. Pastu husband ajak balik.
Nasib baik husband ada, pemberi semangat pada i. Kalau dia takde, I rasa I tak
mampu nak hadapi. (itupun kadang-kadang I dah berperang dengan perasaan
sendiri). Kejap-kejap happy, kejap-kejap sedih, kejap-kejap sayu. kadang-kadang rasa nak menjerit sekuat hati.
Esoknya air dah fully
surut. Kami terus balik membasuh rumah. Baunya ya Allah, busuk, tengik, masam.
Bercampur-campur. Kotak kotak yang kami belum bukak, terpenyek macam biskut mary cicah air milo. Padat dalam bilik Amani. (asalnya kami susun siap labeling sebab barang-barang tak habis kemas lagi). Ya Allah, Ya Allah! Dugaan. Bukak peti ais, EBM Amani habis rosak, bau sangatlah busuk, sebab bercampur dengan bau sos, telur pecah, kicap dan rempah ratus. Menangis i bila nak basuh storage bottle tu, habis terbuang semua 300oz EBM Amani. Now dah memang takde stok dah. Amani pon dah campur fm.
Cukuplah sampai di sini. Nanti I ceritakan pasal kisah selepas banjir dalam entry berikutnya
ya.
Apa yang boleh I
conclude di sini, pengalaman banjir ni memang sangat tragis. Tapi banyak
mengajar kami beberapa perkara baru. Kami bersyukur walaupun kami banyak
mengalami kerugian harta benda, tapi kami bertiga selamat. Allah takkan duga
kami kalau kami tak mampu. Ada hikmah di atas semua yang berlaku. Walaupun
banyak perabot terbuang ( baru 4 hari pakai), kami redha. Rezeki kami sampai di
situ sahaja. Mungkin selama ni kami alpa, kami leka. Allah beri kami hanya
sekelumit dugaan, agar kami terjaga. Tersedar dari mimpi fantasi yang kami
cipta sendiri. Dugaan ini banyak mengajar kami erti kesabaran, erti bertolak
ansur, erti melepaskan. Melepaskan yang disayangi, terutamanya harta benda
kami. Semuanya hasil titik peluh kami berdua. Yes, kami redha. Kami redha.
Terima kasih yang tak
terhingga kepada mereka-mereka yang membantu terutama keluarga sendiri,
keluarga mertua, rakan-rakan yang dekat, yang jauh (gegojessssssssssssss), yang
mendoakan, yang prihatin, yang ambil tahu. Allah sahaja yang akan membalasnya.
*Sorry kalau bahasa
dalam entry ni bercampur-campur.
38 comments:
fuhhh.. naik bulu roma baca..
assalamualaikum.. sedih baca your story. berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan.. semoga family U tabah dan dilindungi Allah.. in sya Allah..
Allhuakhbar..menangis yumie baca intan..
yup korg mmg tabah.and betul, Allah xuji korg klu korg xtabah..insyaallah lps ni mungkin rezeki korang lebih murah.rezeki Amani terutamanya..Aminn
sedihnya baca..
tabah betol korang.. -.-"
part paling cuak masa masuk kete dgn amani air semakin dalam..adoii
Ya allah...berat hati aty membacanya.... berat lagi intan yang mengharungi nyer....
Ya allah intan... Sebak bila baca... InshaAllah ade rezeki intan yang lebih baik... Jumpa ari tu xsmpat borak :)
Moga Allah setiasa mendatangkan bantuanNYA..InsyAllah.
Berat dugaan you. Insya Allah ada hikmahnya.
apesal air mata aku pun nk gugur bc entry u ni?? T__T
Allah Maha Mengetahui...mungkin akan ada rezeki yg lbh baik menanti korang...wallahualam :')
sebaknya baca your story.. semoga diberi ketabahan yer
sebaknya baca your story.. semoga diberi ketabahan yer
sedinya baca apa akak tulis ni..mcm saya pulak yg alami..tp Allah uji mengikut kemampuan hambaNya kan..akak sekeluarga mampu hadapi ujian ni, kuat dan bertabah ya akak :)
se,oga intan n family tabah..baca pon dah nak nangis...
Bergenang baca..
Intan, tabah dan muhasabah diri ye.
Ada hikmah semua nanti.
Allahuakbar..besarnya dugaan intan..
Akk hrp sis bebanyak bersabar ats dugaan ini..
Akk xdpt bygkan bnda ni berlaku kt akk..
Betul kata intan..Allah xkn menduga klu hambanya xmmpu nk harungi..
Semoga dipermudahkan urusan ye sis
sedih... T___T
ada hikmah di sebalik kejadian...
Sedihnya baca entry intan..insyaALLAH moga rezeki intan lebih bertambah soon..
Allahuakbar... InsyaAllah ade hikmahnyer sumer ni...Sy doakan intan sekeluarga murah rezeki..amin...
Ya Allah..ada hikmah tuu
Sedihnya baca kisah Intan..terbayang amani je...insaf...semoga intan dan keluarga diberi kekuatan dan muhasabah diri yer...amin
INTAN! bergenang air mata i baca entry u! seyes intan.baca entry nana pon sedih.entry u lagik sedih.i xtau mcm mana kalau i jd u.i seyes tak tau.kalau u kata u boleh duduk tanpa berbuat apa apa kat rumah dlm masa sejam.kalau i lah.i rasa i menjerit.meroyan.pas tu batu i diam.maybe lah.Ya Allah,nasib lah u tabah,hmmm ntah lah intan.i pon xtau nk ckp cm ne.sabar ye.now dh boleh kumpul perabot balik.u mmg tabah,peyuk tium amani untuk i!
Allahu Akhbar. Semoga tabah yer Intan. Insyallah Allah akan ganti yg lebih baik.
Harap tabah dengan ujian Allah ye Intan :'(
Sedihnya,
mungkin Allah nak ganti dengan hikmah yang lebih best.
InsyaAllah.
ya allah..berat nye dugaan kak intan..tabah ye kak..allah maha mgetahui..
intan, masa org dpt tau umah awk naik tu, org mmg fikir amani je.lain x fikir dah sebab dia sebaya Alisha. huhu! apa2pun, ada hikmah disebalik semua ni. hopefully 2014 menjanjikan kemanisan buat intan sekeluarga..amin
Salam Intan, berderai air mata i baca ur entry ni sebab kita hadapi dugaan yg sama...sangat luluh hati bila ingatkan balik 3 disember tu...alhamdulillah Allah masih sayangkan kita untuk hadapi dugaan ni..i pun sebenarnya baru pindah area Pandan bulan oktober..kebanyakkan barang baru dan hadiah kawen rosak...ya mungkin rezeki takat disitu sahaja...
InsyAllah moga sama2 kita tabah ya..
Ya Allah..semoga ada hikmah di sebaliknya dan Allah murahkan rezeki dan gantikan dengan rezeki berlipat kali ganda. memang payah kuat semangat hadapi banjir.mana hilang harta benda, mana nak gantikan balik. kemaskan balik.
Semoga kuat semangat sis
Nanges baca entry intan pasal banjir ni.. Sb terkenangkan juga keadaan umah mak sara yg juga tenggelam.. Wlpn separas lutut.. Tp hampir 80% harta terpaksa di buang.. Pd waktu kejadian kami sekelaurga masih di tawau utk majlis bertandang.. Bebetul unexpected.. Bertabah la hati wahai sahabat.. Smga tahun 2014 memberi kita rezeki yg melimpah dari Allah taala.. Aamiin.
Menangis baca entri intan...moga intan satu family kuat menghdapi dugaan dr allah
Smoga tabah dgn dugaan ni ye intan... Sedih bile bnde yg kite ade hilang cmtu je... Ujian allah tuk kite jd lbih kuat.... Insyaallah hari2 akan dtg intan n kluarga lbih diberi rzeki... Aminnn
sedih.. :(
sabar ye intan dan keluarga.. huhu
hurm.. tak tau nak cakap ape. Menitik air mata baca entry ni. Intan kuat ye.
Intan..
Ya Allah..
Taktau nak ckp ape kalau i kat tempat u..
Dugaan yang sangat besar..
Alhamdulillah.. i kagum sbb u and family malah rasa bersyukur, redha dan menganggap ade hikmah atas apa yg berlaku.
InsyaAllah.. akan ada rezeki lain selepas musibah ini.
Semoga lebih tabah ye sweetie.. :)
Assalamualaikum kak intan. huwaaa sedihnya. tempat makcik sheila pun sama sampai paras dada. kesian dia.. bersihkan rumah sesorang. dah la rumah baru renovate :(
semoga terus tabah yee
ada hikmah disebalik ujian Allah swt..jemput follow blog saya
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
kish yg menyayat hati.....semoga semua akan kembali seperti biasa
Rahsia Rawatan Penyakit Resdung
Berat, sangat berat dugaan ni..
Intan sangat kuat, redha dan sabar dengan dugaan ni..
Post a Comment