Alhamdulillah
dah 8 bulan setengah anak ibu! Progress Aisha Amani? Phewwwwww, semakin ligat
dan aktif! Badan dah kurang bambam, tapi
selera makan tetap sama. Semangkuk habis. Orang cakap nak ringankan badan sebab
nak berjalan kot, hehe. Kalau betul takpelah, ibu tak kesah asalkan selera anak
ibu masih ok, so ibu pon boleh memasak untuk anak ibu setiap hari. Hilang penat
bila anak makan habis, berbaloi rasanya berperang didapur sambil menjaga si
kecik. Berpeluh-peluh mai aihhhhh! Menu Aisha sekarang dah pelbagai, pasta,
nasi, bubur, buah, cheese, tofu, semua I sediakan. Semuanya homemade, google
baby recipe, balik rumah cuba buat sendiri. Semua Aisha ngap habissssss.
Alhamdulillah!
Aisha dah
pandai memanjat dan meniti-niti. Tapi belum pandai balance badan berdiri
unsupported lagi. Takpelah Aisha, baru 8 bulan kan, chill jela! Bs dan family
target Aisha boleh berjalan at 10mo, tengoklah cemane nanti. Ibu tak kesah,
asalkan anak ibu sihat, aktif, ibu dah puas hati. Alhamdulillah lepas
meniti-niti Aisha pandai turun sendiri. Dulu main lepas je tangan tu, now dah
pandai duduk slow-slow. Tapi dalam tempoh nak pandai tu, sempat la terlentang
2x hehehe. Jatuh katil plak, dah 1x. Huhuhu. Nasib baik anak ibu ni kuat!
Lagi satu
nak cerita, hari tu Aisha kena HFMD, tak tahu lah berjangkit dengan siapa. Tapi
I suspected berjangkit masa kitorang outing, maklumlah ramai budak suka main
dengan dia terutama bila I tolak dia dalam stroller. Ada je yang pegang tangan
dia la, pipi dia la. Takkan nak marah budak-budak tu plak kan. Tapi nasib baik
lah I perasan cepat, so HFMD tu tak sempat nak merebak banyak. Cuma untuk kes
Aisha Amani, kawasan yang kena attack teruk adalah mulut. Kaki tangan tak banyak
sangat lah. Penuh ulser dalam mulut dia tapi saiz kecik-kecik. Beberapa hari
juga lah tak nak bf langsung. Makan pon taknak. Sakit dan pedih kan. Kita yang
dewasa ni kalau ada ulser sebijik pon dah tak selera makan, huhuhu. Inikan pula
baby. The only thing yang dia boleh makan adalah puree apple yang sejuk. I
tambah dengan ebm sejuk kasi dia. Itulah makanan Aisha sepanjang sakit ni.
Memalam selalunya dia mengempeng, tapi masa sakit ni dia taknak mengempeng. Dia
bangun malam merengek lapar. Pukul 2-3am I bangun sediakan puree apple dia.
Demimu
anak. Dah habis baru la I dodoi dia balik sampai tertidur.
4 hari juga I
unpaid leave menjaga si kecik. Bukannya tak boleh nak cuti, cuti masih ada. Tapi
tak dapat approval sebab lambat apply, taknak nak emergency leave 4hari kan,
tak logik. So terpaksa lah unpaid leave. Demi mu anak. I tunggu Aisha fully
recover baru anta ke bs, risau dia jangkitkan orang lain pula. (bs jaga 2baby,
Aisha dan Aina -7mo). How can I guarantee that kan? So I can’t take the risk. I
tau betapa susahnya menjaga anak yang sakit, so I taknak selfish, nanti kalau
tetiba si Aina terjangkit, huhuhuhu. Kesian kat Aina, kesian juga kat mama Aina
sebab kena cuti jaga Aina pulak.
1jun 2013 ni
my 3rd trip ke KL dengan Aisha, naik flight berdua. Pakngah Amat
kahwin (adik husband). Tak dapat nak join konvoi FMIL sebab diorang ke KL
petang jumaat. Husband I plak memang tak dapat join sebab kerja. Pakngah, kita
jumpa sabtu pagi la ye! Tunggu kami datang tau! Jangan lupa jemput kami kat
airport tau!
5 comments:
cutenyeeeeee~tengah melasak main je kannn~
Tak lama lagi Chacha dah boleh menari cha cha. Geram tau tengok dia ni
masih bambam lagi ni takde kurus pun..hehe. comel lah aisha ni. sekarang tiba2 ramai sangat kena HFMD kan..nasib baik dia recover cepat
comel seluar amani..rambu2 color biru..(aunty ni mmg pantang nmpk warna biru kan)..pandainya dok atas kerusi..
comelnya...lama xsinggah blog ni...dari B2B dah ada baby comels dah
Post a Comment