Followers

Thursday, May 30, 2013

Aisha Amani at 8 months old


Alhamdulillah dah 8 bulan setengah anak ibu! Progress Aisha Amani? Phewwwwww, semakin ligat dan aktif!  Badan dah kurang bambam, tapi selera makan tetap sama. Semangkuk habis. Orang cakap nak ringankan badan sebab nak berjalan kot, hehe. Kalau betul takpelah, ibu tak kesah asalkan selera anak ibu masih ok, so ibu pon boleh memasak untuk anak ibu setiap hari. Hilang penat bila anak makan habis, berbaloi rasanya berperang didapur sambil menjaga si kecik. Berpeluh-peluh mai aihhhhh! Menu Aisha sekarang dah pelbagai, pasta, nasi, bubur, buah, cheese, tofu, semua I sediakan. Semuanya homemade, google baby recipe, balik rumah cuba buat sendiri. Semua Aisha ngap habissssss. Alhamdulillah!

Aisha dah pandai memanjat dan meniti-niti. Tapi belum pandai balance badan berdiri unsupported lagi. Takpelah Aisha, baru 8 bulan kan, chill jela! Bs dan family target Aisha boleh berjalan at 10mo, tengoklah cemane nanti. Ibu tak kesah, asalkan anak ibu sihat, aktif, ibu dah puas hati. Alhamdulillah lepas meniti-niti Aisha pandai turun sendiri. Dulu main lepas je tangan tu, now dah pandai duduk slow-slow. Tapi dalam tempoh nak pandai tu, sempat la terlentang 2x hehehe. Jatuh katil plak, dah 1x. Huhuhu. Nasib baik anak ibu ni kuat!
Lagi satu nak cerita, hari tu Aisha kena HFMD, tak tahu lah berjangkit dengan siapa. Tapi I suspected berjangkit masa kitorang outing, maklumlah ramai budak suka main dengan dia terutama bila I tolak dia dalam stroller. Ada je yang pegang tangan dia la, pipi dia la. Takkan nak marah budak-budak tu plak kan. Tapi nasib baik lah I perasan cepat, so HFMD tu tak sempat nak merebak banyak. Cuma untuk kes Aisha Amani, kawasan yang kena attack teruk adalah mulut. Kaki tangan tak banyak sangat lah. Penuh ulser dalam mulut dia tapi saiz kecik-kecik. Beberapa hari juga lah tak nak bf langsung. Makan pon taknak. Sakit dan pedih kan. Kita yang dewasa ni kalau ada ulser sebijik pon dah tak selera makan, huhuhu. Inikan pula baby. The only thing yang dia boleh makan adalah puree apple yang sejuk. I tambah dengan ebm sejuk kasi dia. Itulah makanan Aisha sepanjang sakit ni. Memalam selalunya dia mengempeng, tapi masa sakit ni dia taknak mengempeng. Dia bangun malam merengek lapar. Pukul 2-3am I bangun sediakan puree apple dia. Demimu 
anak. Dah habis baru la I dodoi dia balik sampai tertidur.

4 hari juga I unpaid leave menjaga si kecik. Bukannya tak boleh nak cuti, cuti masih ada. Tapi tak dapat approval sebab lambat apply, taknak nak emergency leave 4hari kan, tak logik. So terpaksa lah unpaid leave. Demi mu anak. I tunggu Aisha fully recover baru anta ke bs, risau dia jangkitkan orang lain pula. (bs jaga 2baby, Aisha dan Aina -7mo). How can I guarantee that kan? So I can’t take the risk. I tau betapa susahnya menjaga anak yang sakit, so I taknak selfish, nanti kalau tetiba si Aina terjangkit, huhuhuhu. Kesian kat Aina, kesian juga kat mama Aina sebab kena cuti jaga Aina pulak.

1jun 2013 ni my 3rd trip ke KL dengan Aisha, naik flight berdua. Pakngah Amat kahwin (adik husband). Tak dapat nak join konvoi FMIL sebab diorang ke KL petang jumaat. Husband I plak memang tak dapat join sebab kerja. Pakngah, kita jumpa sabtu pagi la ye! Tunggu kami datang tau! Jangan lupa jemput kami kat airport tau!

5 comments:

Mila Ahmad said...

cutenyeeeeee~tengah melasak main je kannn~

Rilla said...

Tak lama lagi Chacha dah boleh menari cha cha. Geram tau tengok dia ni

pet09 said...

masih bambam lagi ni takde kurus pun..hehe. comel lah aisha ni. sekarang tiba2 ramai sangat kena HFMD kan..nasib baik dia recover cepat

Shakina Farhan said...

comel seluar amani..rambu2 color biru..(aunty ni mmg pantang nmpk warna biru kan)..pandainya dok atas kerusi..

micah aje said...

comelnya...lama xsinggah blog ni...dari B2B dah ada baby comels dah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...