Followers

Friday, March 29, 2013

My First Flight Experience with Aisha Amani



Rabu lepas, ke KLIA menjemput my mum balik umrah. Nervous juga sebab ini first time travel dengan Aisha Amani, just kami berdua uols! Gulp! Tapi excited jugak sebenarnya. Husband is away! Takde siapa nak assist i, huhuhu.
  
Mana la tau kalau tetiba dia cranky ke, takde mood ke, pitamsss ibu. Tapi I cekalkan hati juga, kalau tak try sekarang, nak try bila lagi kan? Husband pon dah bagi green light, so apa lagi klik sana, klik sini, settle. Dah beli tiket dari Kuantan-KLIA pukul 1015am. Yipppieeeee!

Hari kejadian:
Lepas subuh I tidur balik. Bangun semula pukul 745am. Amani dah bangun, so I mandikan dia dulu. Siap mandikan dia, I siapkan diri I pula. Tinggalkan dia dalam cot main sorang-sorang. Lepas tu kemas beg, bersiap, pakai tudung. Syria je la hari ni, simple-simple aje senang tak serabut nak handle anak. Selesai semua, I pon keluar jap cari breakfast. Amani pon ikot sekali. Balik tu terus makan, kunci kereta, check rumah, kunci rumah. Settled.

Ke airport dalam 5minit je sebab airport dengan rumah hanya 4km je lebih kurang. Untuk travel kali ini, I tak bawak stroller pon, Just bawak barang-barang yang perlu sahaja. Itupon rasanya 95% barang amani, 5% je barang i. Hahaha. Semua sumbat dalam bagpack. Amani plak, berSSC jelah. First outing berSSC hehehe.

Sampai airport pukul 945am, pastu check in. Dapat check in cepat sebab bawa baby. 950am dah masuk departure hall. Pukul 1100 naik flight. So I pon siap-siap nak tidurkan Amani. Elok je flight bergerak I pon terus susukan dia, Usap-usap rambut dia dan main kat kening dia bagi cepat tertidur, elok je take off Amani dah selamat ke Lalaland. Tidur dengan lenanya. Oh lega! 
Flight tak lama dalam 40min je. Sampai KLIA Amani masih tertidur. I bergerak-gerak kemas barang dia pon terjaga. Masukkan dia dalam SSC, terus keluar. Bergerak dgn SSC memang sangat memudahkan. Carry baby pon ringan je. Amani pon nampak comfortable kat dalam tu.
Sampai kat arrival hall, anak saudara I dah tunggu. 2 jam dalam KLIA, sempat lagi Amani tertidur lagi sekali dalam SSC. Selesa sangat ye nak. I pon sempat la terjah kedai coklat, lunch dan jalan-jalan dalam KLIA.

Tak lama lepas tu, mak I pon sampai, alhamdulillah! Settle check-out, angkat barang dalam kereta, kami pon pulang. I balik naik kereta, perjalanan pergi je naik flight. 

Amani sangat behave, langsung tak menyusahkan. Agaknya sebab i dah biasa travel berdua dengan dia, jadi makin lama makin senang la nak handle. Good girl! I love you!


Love,
i n t a n o r a z a m


10 comments:

Sheila Salim said...

assalamualaikum kak intan. alhamdullilah berjaya sampai dengan selamatnya. comelnya amani. pandai dia jaga diri ye. hehehhe take care sis!

puan.mila said...

Behave sgt amani ni..gud girl!

Dilla Delaila said...

good girl amani :)

Asz Miza said...

wahhh..senang nye ber SSC kan..i ni tak confident nak carry anak pakai carrier camtu sbb da 2x beli dia cam xselesa..maybe nak kena beli yang mahal kot..hihii

Tengkubutang said...

mummynya muda lagi yea.. mcm kakak n adik jea.. =)

Mimin said...

Eh amani pon kne bli ticket eh? Igtkn free sbb pangku je hehe

Unknown said...

comelnya amani

Shakina Farhan said...

amani mmg behave je..baik je..nampak selesa pki SCC..kina mmg xbleh pki baby carrier mothercare tu kat luar wlpn shahadah suka tido dlm carrier, pki kat rumah smbil menyapu pun rasa sakit blkg..next2 baby berSCC plak..

Hanys Jehari said...

comelnya amani.... so behave. -_-

kkida @ 1001resipi said...

salam Intan,
auntie suka baca blog u...comel baby...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...