Rabu lepas, ke KLIA
menjemput my mum balik umrah. Nervous juga sebab ini first time travel dengan
Aisha Amani, just kami berdua uols! Gulp! Tapi excited jugak sebenarnya. Husband is away! Takde siapa nak assist i, huhuhu.
Mana la tau kalau tetiba
dia cranky ke, takde mood ke, pitamsss ibu. Tapi I cekalkan hati juga, kalau
tak try sekarang, nak try bila lagi kan? Husband pon dah bagi green light, so
apa lagi klik sana, klik sini, settle. Dah beli tiket dari Kuantan-KLIA pukul
1015am. Yipppieeeee!
Hari kejadian:
Lepas subuh I tidur
balik. Bangun semula pukul 745am. Amani dah bangun, so I mandikan dia dulu. Siap
mandikan dia, I siapkan diri I pula. Tinggalkan dia dalam cot main sorang-sorang.
Lepas tu kemas beg, bersiap, pakai tudung. Syria je la hari ni, simple-simple
aje senang tak serabut nak handle anak. Selesai semua, I pon keluar jap cari
breakfast. Amani pon ikot sekali. Balik tu terus makan, kunci kereta, check
rumah, kunci rumah. Settled.
Ke airport dalam 5minit
je sebab airport dengan rumah hanya 4km je lebih kurang. Untuk travel kali ini,
I tak bawak stroller pon, Just bawak barang-barang yang perlu sahaja. Itupon
rasanya 95% barang amani, 5% je barang i. Hahaha. Semua sumbat dalam bagpack.
Amani plak, berSSC jelah. First outing berSSC hehehe.
Sampai airport pukul 945am,
pastu check in. Dapat check in cepat sebab bawa baby. 950am dah masuk departure
hall. Pukul 1100 naik flight. So I pon siap-siap nak tidurkan Amani. Elok je
flight bergerak I pon terus susukan dia, Usap-usap rambut dia dan main kat
kening dia bagi cepat tertidur, elok je take off Amani dah selamat ke Lalaland.
Tidur dengan lenanya. Oh lega!
Flight tak lama dalam 40min je. Sampai KLIA Amani masih tertidur. I bergerak-gerak kemas barang dia pon terjaga. Masukkan dia dalam SSC, terus keluar. Bergerak dgn SSC memang sangat memudahkan. Carry baby pon ringan je. Amani pon nampak comfortable kat dalam tu.
Flight tak lama dalam 40min je. Sampai KLIA Amani masih tertidur. I bergerak-gerak kemas barang dia pon terjaga. Masukkan dia dalam SSC, terus keluar. Bergerak dgn SSC memang sangat memudahkan. Carry baby pon ringan je. Amani pon nampak comfortable kat dalam tu.
Sampai kat arrival hall,
anak saudara I dah tunggu. 2 jam dalam KLIA, sempat lagi Amani tertidur lagi
sekali dalam SSC. Selesa sangat ye nak. I pon sempat la terjah kedai coklat,
lunch dan jalan-jalan dalam KLIA.
Tak lama lepas tu, mak I pon sampai, alhamdulillah! Settle check-out, angkat barang dalam kereta, kami pon pulang. I balik naik kereta, perjalanan pergi je naik flight.
Amani sangat behave, langsung tak menyusahkan. Agaknya sebab i dah biasa travel berdua dengan dia, jadi makin lama makin senang la nak handle. Good girl! I love you!
Love,
i n t a n o r a z a m