Ini adalah idaman. Bila kata idaman mesti macam susah nak dapat kan, hehehe. Masa mula-mula pregnant dulu memang apa pon tak tahu pasal breastfeeding ni. Ingat bf baby secara direct je or bagi susu formula. Jahilnya lah masa tu. Tapi bila dah berkongsi info dengan bloggers/m2b, alhamdulillah ilmu tu semakin banyak. Tapi still jahil jugak bila orang tanya nak beli breastpump apa? Tak tahu nak jawab errr errr errrrrrrrmmmmmmmmmmmmmmmm.
Nak berkongsi dengan husband pon macam tak confident je. So google la banyak-banyak. Baca review orang, baru la tau sikit-sikit. Rupanya breastpump ni pon ada yang murah, mahal, and moderate. Ikot kemampuan individu la kan. Dan of course la bila yang mahal tu, performance mestilah terbaik. Kalau yang manual pon ada, kadang-kadang perform lagi bagus dari yang mahal, cuma si ibu kena rajin la mengepam. Hehehe.
Bila dah banyak 'ilmu', i pon berkongsi la dengan husband. Susah juga nak fahamkan orang lelaki ni ye. Tambahan pula husband anak sulung, adik beradik semua lelaki. MIL sorang je perempuan, huhu. So bab mengepam dan breastfeeding ni, dia memang tak tahu langsung. Zero. So from A to Z kena terangkan dengan panjang lebar, hujah beserta 'bukti' hasil google, alhamdulillah, he's been so supportive dan mudah faham. Bila tanya dah fikir nak breastpump apa, i jawab Medela FS
Bila jalan-jalan kat mall, dia pon tunjuk juga breastpump manual yang ada, macam-macam brand ada yang lebih berpatutan, and asked me kenapa tak pilih yang tu je. Haihhhh penat lagi nak menerangkan. Tapi memang mahal pon, huhuhu. So kena redha la kalau husband tak dapat nak belikan si idaman hati.
Tapi effort tu kena ada, i pon google lagi. Nak beli yang murah sikit dari harga kedai (RM1.8-2k). At least i berusaha kan. And 2nd choice pon kena ada, backup plan so i pilih Medela Swing. Hehehe. Dalam hati memang nak FS la kan, Tapi separuh hati lagi memang dah redha kalau tak dapat.
Bila dah selalu sangat dok bercakap pasal FS ni, husband dah jadi excited plak. Bila ke baby store, husband plak yang lebih-lebih usha harga breastpump. Bagus-bagus, ada can ni nak dapat FS ni. Tapi sabar lagi, takleh terlalu mendesak, slow and steady lah! Tunggu masa je husband tanya bila nak beli, i akan terus tunjuk page nak beli kat mana, harga berapa. Of course la plan tu kena ada, well prepared kot!
Akhirnya, selepas 32weeks pregnant soalan cepu emas itu muncul juga dari mulut husband. Nak beli breastpump apa, harga, kat mana? I pon teruslah berhujah macam berpidato, siap ada pro and con nya. Dengan harapan dapat approval. Rezeki baby kata orang, husband setuju. Happy sangat-sangat!
****************
Terus contact akak tu dan tanya ada ready stock tak. Mula-mula sedih bila akak tu cakap ready stock takde, kena pre order dan buat full payment upon order. Susah ni, kalau kena tipu macamana? Husband bertegas nak beli yang ready stock biarpon mahal sikit, and nak self pick up. Huhuhuh, cemana ni? Sedihnya. So dah redha la kena tunggu sampai ada ready stock baru beli. Kene tunggu dalam 3-4minggu sebab dah dekat raya. Redha lagi.
One fine day, tetiba dapat PM akak tu kat FB, katanya ada sorang customer ni tak dapat bayar sebelum raya dan nak let go dulu FS tu kat sesiapa, akak tu dah reservekan untuk dia. So customer tu akan amek stock selepas raya. I pon melompat happy, terus ambil stock yang tu. Stock masih baru dan still pada dealer. Alhamdulillah rezeki baby kot, semuanya dipermudahkan. I pon kirim kat my niece tolong ambilkan kat kakak tu dan dah selamat pon dapat FS sebelum raya. Urusan nak self pickup pon sangat mudah. Horeayyyyy! Harga pon murah RM1350 (us warranty) RM1500 (msia waranty). Kalau ready stock add on RM50. So i ambil yang ready stock. Alhamdulillah alhamdulillah!
Ini adalah idaman
Bila dah beli FS dan dah dapat depan mata, senyum melebar i! Happy tak terkata. Nama pon idaman kan. Husband pon happy tengok i happy. Harap baby pon happy, susu pon banyak. Berdoa dan berusaha untuk breastfeed my baby until 2 yo. Amin! Bernekad ni, doakan ye!
Sesiapa yang minat nak beli, boleh la usha sini. Page Facebook: Nur Qalesya
16 comments:
yeayyyy! selamat mengepam lepas ni...insyaAllah susu tu byk...i doakan :)
idaman sy juga !!! good luck for breastfeeding ! niat yg baik ALLAH pasti tolong dan mudahkan jalan. usaha kna ade!
idaman iqa jgk..tapi tunggu next year la huhu..amin..smoga bjaya breatfeed lil baby k..insyaallah
Assalamualaikum kak intan..
mahal rupanya barang ni. hee
insya Allah, baby akak boleh merasa susu ibu dengan sihat dan banyak. hehe
salam, ,,,since u dah beli okla kan tapi kalau u beli sendiri kat amazon RM1139 (USD 345) je with delivery..
lepas ni boleh la buat stok..hehehhe
Nor Arinee: my husband tak nak post, dia prefer self pickup walaupon mahal sikit..
eh,murah juga harga ni ye..sebab biasa i baca FS ni 1.8-2 k camtu.untungla.rezeki baby..
wahhhhh....bestnye!!!idaman jugak...tp kena tunggu lepas bersalin.hubby kate tgk production mcmmana dulu.sementara tu kena guna medela manual+SIL pny avent auto dulu...
harga yg intan dpt tu quite murah la..kt luar mahal sikit kan??nak jugakkkkk... :)
Kalau penah dengar pasal miPumP The First Year, pun bagus jgak. Aini pakai yang tu sekarang. MiPump ni suit mommies yang bajet tak bape nak besar. So far, perfomance pn ok. Boleh puji la.. Harga tak sampai RM500.
Happy Breastfeeding dear...
Nanti kot ada bajet lebih, nak grab jugak FS seketul. maybe untuk anak2 seterusnye. hihihi..
For now, masuk dalam wishlist dulu.
Rezeki baby, Alhamdulillah. :) I mampu beli swing je..tu pun kira Alhamdulillah. Tapi nak explain kat husband mula2 mmg susah lagi2 sedara mara dia takde yg fully BF anak2.
alamak! xsangka lak breastpump smpi rm1k lebey. gotta start saving now la cmtu.waaaaa~
happy BF intan...tu baru pump..stroller?? dh beli?
Intan..nape link u kasik tu x available dh.u ada emel kakak tu?
intan..nk tahu..u dpt ape je skali dgn package madela FS tu?? so far hows ur bf experience wif madela...hope to get ur feedback soon on FS.. congrats on yr newborn!
intan..nk tahu..u dpt ape je skali dgn package madela FS tu?? so far hows ur bf experience wif madela...hope to get ur feedback soon on FS.. congrats on yr newborn!
Post a Comment