Followers

Tuesday, May 29, 2012

What happened on my 27th birthday?


Alhamdulillah, I am truly happy and blessed for all this twenty seven years.  Terasa matured dengan pertambahan usia ini. Ehem, bukan tua okey!

Meh I share perkara-perkara yang berlaku pada tarikh keramat tersebut. Ada yang happy, ada yang sedih, bercampur-campur semuanya. Huhuhuhuhu!

26 Mei 2012

12.00am:
Husband berjaya jadi orang pertama yang wish birthday tahun ni, walaupun sebenarnya dah dapat agak tapi I buat-buat blur lah sebab nanti kesian husband kecewa. Ala tak pelik la kan bila 2minit sebelum midnight husband tiba-tiba berkelakuan pelik kejap-masuk-bilik-masuk-dapur. Siap tengok jam berulang-ulang kali padahal tepi tv dah terpampang jam besar pada digital frame. Hahaha.

I just pretend tak sedar and tepat 12.00am husband keluar dari dapur bawak sebuku tiramisu my all time favourite. Pasal kek ni I memang tak tahu and tak sedar pon ada dalam freezer. Tapi bab buat surprise tu memang I dapat agaklah cuma I I tak tahu apa dia. Heeeeeeee. Suka sebab boleh makan sampai muak! So I senyum sampai telinga dan cepat-cepat potong dan makan. Tak sempat nak buat wish pon. Tak kisah la kan. I nak settlekan wish yang lama dulu baru, takleh tamak sangat~

Then husband masuk bilik and bawak satu brown bag keluar. Siap suruh I pejam mata, tapi I curi-curi tengok juga. Dah memang dapat isteri kurang sabar memang camni lah. Birthday present from Zleqha

Alhamdulillah!! Suka sangat. Dah lama berangan dress dari Zleqha tapi sebab mahal sangat so telan liur jela. And ini memang suprise sebab husband ni jenis tak pandai beli and predict taste i, tapi kali ni dia berjaya! I sangat suka dress tersebut dan i am a big happy girl, wink!  I LOVE YOU Husband!

Butik Zleqha ni ada kat KL and Kuantan, tapi owner dia Kak Lin ni orang Kuantan; seorang arkitek yang tiba-tiba tukar career jadi fashion designer. Cool kan? Husband and ayah kak Lin pon arkitek jugak. Bertambah-tambah cool la kan? Kan kan? Tengok jelah butik dia, cantik kan? Ini gambar lama, latest butik dia semua putih, baru je siap renovation.



Nak tengok design dia? Meh I kasi link (sila klik image ye). Tapi dress yang husband bagi tu, biarlah menjadi rahsia yang mana satu. Heeeeeeeee.




10.00am: 
Pergi masjid Negeri sebab nak attend solemnization my beloved bff Ida. Sesi air mata. So takleh nak cerita banyak-banyak. Sekali lafaz je Ida dah jadi isteri orang, Alhamdulillah. Happy for her!

11.00pm: 
Pergi rumah Ida dan makan soto 3 pinggan. Tetttttttttttttt! Husband and wife sama je bertambah makan. Lalala.

12.30pm: 
Ke dewan Mahkota Dagangan untuk Ida punya reception. Walaupun mak buyong, tapi terpaksa jadi bridesmaid. Eh no, bukan terpaksa tapi memang rela okey! Wedding Ida sangat nice. Pengantin siap suprisekan husband nya dengan menyanyi lagu Cahaya Cinta. Oh so romantic! Ida memang pandai menyanyi, kalau I lah, confirm dah menyorok bawah meja sebab memang suara macam katak memanggil hujan.

3.00pm:
Ke majlis kawen kawan husband, pon di Kuantan juga. Makan banyak kat sini sebab selera tengok lauk ikan masin dia. Nomnomnom!

4.00pm: 
Balik rumah mandi sebab berlengas sangat. Lepas Asar terus napping depan TV while husband pergi lepak-lepak dengan kawan dia kat Maksu Tanjung Lumpur makan sata, kopok lekor dan udang/sotong goreng tepung. Tension dengan husband sebab tak bagitahu nak makan kat situ, tapi naseb baiklah tengah kenyang so buang emosional tu jauh-jauh. Sedap kot makan situ. Slurppppp!

Bermulalah episod sedih plak.

6.50pm: 
Tiba-tiba dapat call dari anak jiran bagitahu my dad terjatuh dalam bilik dan kepala berdarah. Ingatkan mimpi sebab tidur lepas Asar tapi rupanya realiti. Jantung macam terhenti dan dah mula fikir bukan-bukan. First thing to do is call husband and ajak balik kampong asap. So lepas maghrib kami pon bertolak balik kampung. Dalam hati sangat risau tapi still pretend cool. Fuhhhhh fuhhhhhhhhhhhhhhhhh!

10.00pm: 
Selamat sampai kampung. Sedihnyaaaaa! My dad dah balik dari hospital, kepala my dad berjahit dan muka pucat sangat sebab darah banyak keluar. Badan sangat lemah dan terbaring je. Huhuhuhu. 

Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaa! Nasib baik lah tak jadi apa-apa sebab bayangkan lah my dad terjatuh dan terlentang kepala kena lantai dulu. Pastu my mum cakap darah banyak sangat keluar sampai basah satu towel dan penuh baju. Ya Allah, lembik kaki I dengar. 

My mum cakap, tau tak darah bersalin tu cemane? Macam tu la banyaknya darah yang keluar dari kepala ayah i. Huhuhuhuhu. Air mata ini mengalir lagi. Tsk tsk! Esoknya pon my dad jatuh lagi sebab nak pitam masa dalam toilet. Nasib baik ada husband tolong dukung masuk bilik dan baringkan atas katil. Menjerit i masa jumpa dia terbaring dalam toilet tak bergerak. Ya Allah, ya Allah ya Allah!

Sampai masa nak balik, i peluk my dad sampai air mata mengalir. Berat hati sangat nak balik Kuantan, kalau ikotkan hati ni nak je EL dan stay kat kampung beberapa hari. 

(sorry i tak dapat nak cerita panjang sebab nanti i akan menangis kat office ni, huhuhu)


--------------------------------------------------------------------------------

Itulah cerita i. 

Bermula dengan hari yang happy, bertukar menjadi sedih. Tapi I yakin apa yang berlaku ini ketentuan Allah SWT dan hanya Dia yang maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. I am emotionally down sekarang dan sentiasa berdoa my dad akan beransur sihat. Harap-harap tak efek baby sebab ibu dia asyik menangis, huhuhu.

Disebabkan ini juga, so malam ni I kena bertungkus lumus untuk menyiapkan HB yang sepatutnya disiapkan weekend lepas. Harap-harap B2B yang berkenaan tak marah la ye, I am sorry for that. Patutnya pos isnis tapi esok dah rabu. Huhuhuhu. Ada yang nak pakai sabtu ni. Huhuhuhuhu.


Kawan-kawan, I need your support and do’a. Please pray for my dad healthiness. 
And please pray for me also. Harap-harap HB dapat sampai ke tangan mereka sebelum majlis. 



With love,
i n t a n o r a z a m


13 comments:

sarah shamsyul said...

intan..
happy belated birthday...

i doakn ayah u sihat, insyaAllah...jgn sedih2 sgt yea...

Nana Syazana said...

happy belated bday intan. stay sweet selalu :)

ya allah..moga2 ur dad cepat sembuh ya.

and hopefully ur HB siap on time dear :) yosh2!!

hana said...

happy belated birthday kak intan..
semoga ayah kak intan sentiasa sihat..
ameen...

Emme Amalina said...

happy belated bday dear...
semoga ur dad cepat sembuh.insyallah...jgn stress2 & risau2 sgt.jg kesihatan diri & ur baby.. k? :)

natasha said...

epi belated besday sis...i'm one of ur silent reader b4 dis..hopefully,everything will b alrite,don't b stress so much ok,it'll effect ur baby...insyaAllah,pray to Allah always n He will answer ur prayer soon,amin...;)

cik chinta said...

hepi besday intan. rupenye kt sama umo la. haha. skati je pgl akak2. haiyak. semoga ayah intan cepat sembuh. amin

ctmah said...

happy belated birthday intan.smoga ur daddy cepat sembuh n jgn sedih2 ek

LubLy said...

dugaan hr lahir kak..
tabahkan hati..
lebly n yg lain xkan putus doa utk akak pjg umur n abah akak cpt sembuh..

~ NANA ~ said...

happy belated birthday dear...takmo sedih2 k, tkot effect kat baby...i doakan ur dad sihat2 je...

Renee Meow said...

happy belated bday hot mama... ;)

amal salleh said...

pkck get well sonn ye :)

Nurul Suaidah said...

hepi belated bday intan...
i xbule baca story2 begini, cepat je mata panas..
terkenang kan my dad pule..
semoga ur dad cepat sembuh n sihat sentiasa =)

its me said...

hepi belated b'dy intan...i bercuti lame...bru je on blog...i doakan ur dad cpt sembuh..jgn sedih2..u kn vry strong :) takecre k..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...