Followers

Tuesday, February 21, 2012

Review: Hantaran

Baru perasan i tak review lagi pasal hantaran kan, huhuhuhu. Sebenarnya takde gambar sangat, tu yang terlupa tu. lagipun hantaran i biasa-biasa sahaja, malulah!

Okay, this is the idea. I menggunakan custom-made mirror as my dulang.

"Nanti lepas wedding boleh deco rumah pulak, 
hang banyak2 susun kat dinding. Cun!"

Qoute from my older entry, about the hantaran. Original post, please klik HERE.

Inilah custom-made mirror tersebut sebelum di hias menjadi dulang hantaran.

And ini pula end product, sori ini je gambar yang ada. Lupa nak suruh OP snap penuh gambar hantaran.

Tak ingat dah copy gambar ni dari siapa, huhuhuh. Masa ni hantaran berterabur, tak susun lagi cantik-cantik tepi pelamin. Nampak tak bawah hantaran tu pon bersepah-sepah?  Hahahahahaha


Close up version, nampak tak reflection tu? Kalau ada gambar dari atas sikit mesti lagi best.



Ini pula apa yang berlaku selepas wedding, sudah digantung menjadi deco!!
Yeayyyy! Tak membazir~



With Love,
i  n t a n o r a z a m


Tuesday, February 7, 2012

Ini Tom, kesayangan saya.


Ini Tom, kucing kesayangan saya.

HB Noora Hasan

Fabric S size & Felt L size for cik Noora Hasan

Dan ini pula, HB Atiqah Ahmad:


love,
i n t a n o r a z a m



Thursday, February 2, 2012

HB Aminah Abbas


Hai, i am now feeling better! Alhamdulillah! 

Seminggu sakit badan tak sihat memang dugaan besar. 
Heeeeee, HB sedikit terbengkalai, nasib baik dapat catch up balik dengan orders. 
Kalau tak nanti orang mesti marah punya kan? Heeeeeee.

First time demam disebabkan tonsil memang sangat menyeksakan. Selera terbuka nak makan macam tapi tekak pedih, bengkak dan nyilu. Nak telan air liur pon susah. Nak bernafas pon susah. 

Mula-mula ingat alahan pregnant, rupenya tak. Tak pasal-pasal kena gelak dengan doktor. 
(Hishhh doktor ni nasib baik hensem. Apakah?)


Alhamdulillah i am doing very good during pregnancy. 
No morning sickness, no backpain. Alhamdulillah!


But i am always huuuunnnngggggggrrrrrrryyyyyy. Kalau pergi pasar malam rasa macam nak beli semua benda. Satay macam sedap, apam balik pon. Nasi ayam berempah pon sedap. Ice blended pon tempting. Oh oh! Kalau dapat Prawn Tomyam Black Canyon pon sodap. Ishhhhh. Walaupon makan macam-macam, badan baru naik 1.8kg. Heeeeeeeeee. Bulan depan mesti naik lagi dan lagi.

Baby pon dah nak masuk 8weeks dalam perut ibu. Tak sempat nak gi scan lagi. Nak gi buat buku pon tak sempat. Tapi usha stroller sempat pulak. Hahahahaha. 


Ni gambar masa mula-mula check UPT dulu, jelas double line. Masa tu jantung macam berhenti sekejap sebab kurang yakin betul ke pregnant. Tangan pon menggeletar sebab tak sangka, huhu. Bila check doktor, rupanya dah 5w4d masa tu. Tak sedar, hehehe. 

Terima kasih baby sebab behave dalam ibu, baby jangan nak minta makan pelik-pelik ye.

Tapi ini rezeki Tuhan, saya dan suami terima semuanya dengan hati terbuka. 
Macam tak percaya ada benda hidup dalam perut ni.

Doakan saya baik-baik ajer.

i n t a n o r a z a m 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...