Followers

Saturday, January 22, 2011

DIY bantal empat segi untuk nikah

Hai,
Ini my new DIY project! woooootttt wooottttt!!!

Sebenarnya benda simple je, nak letak kat blog pon malu sebab nanti orang gelakkan aje. hehe. Tapi takpelah sebab dah janji kan nk tunjuk, so here they are! My DIY bantal empat segi untuk nikah! Kononnya nak tiru Elyana buat bantal banyak-banyak. hehehe. Maafkan kualiti gambar daripada handphone sahaja. =)

Lets cut the story ya,. Apa yang kita perlukan adalah:


kain untuk sarung (pilih yang bertekstur dan keras sedikit)
zip 14" mengikut warna kain
benang mengikut warna kain
jarum peniti untuk semat pada kain (tapi i x guna pon)
les (tak tahu cemana nak eja, pon tak guna kot. saja beli)

Untuk permulaan, i gunakan kain yang paling tak lawa sekali, haha mane la tau tak jadi kan, rugi!
 Baiklah, pertama. Potong kain mengikut saiz yang anda inginkan. i gunting 18" x 18" 
untuk helaian pertama (empat segi sama). Ini untuk sebelah hadapan bantal.

Kedua, gunting hehaian kedua untuk sebelah belakang bantal berukuran 10"x 18". 
Yang ni kena 2 pieces ye, sebab nak jahit zip di tengah-tengah.

Beginilah kedudukan zip ketika menjahit nanti. Jangan tersilap okey! pastikan zip berada dalam kedudukan center ye.

Jahitlah mengikut kreativiti anda, asalkan tercantum keduanya dan zip boleh dibuka di tengah-tengah.

 I jahit satu bahagian kain terlebih menutupi zip supaya ia kelihatan kemas. 
kemudian cantumkan helaian pertama dan helaian kedua.

Tadaaaa! Inilah hasilnya. Simple bukan. Tapi untuk projek DIY i, tidak berakhir di situ. I jahitkan kelim sebanyak 2" di sekeling bantal untuk mendapatkan efek border. Sesetengah orang buat ruffle (ropol) tapi i suka simple dan moden. Kemudian i jahit zip-zap 1cm dibahagian luar jahitan tadi sebagai hiasan tambahan. Yang ni i gunakan benang merah untuk kelihatan bold dan menonjol.

 
Perincian seperti dibawah. cantik kan. simple dan moden.

Abaikan pelamin, i nak bantal2 tu je. cukup tak 20 bijik agaknye eh?

Total cost untuk 20 sarung bantal :-
kain RM24.90 ( beli masa sale di Kamdar)
benang dan zip RM12.20




7 comments:

Ciksue said...

intan,
serius,simple but nice
beruntung sbb pandai menjahit,hishh rugi sbb tak blaja jahit,huhuk

intan said...

hai ciksue. darah pandai menjahit dari mak i! hehe, x belajar pon, cuba2 je ni first try buat bantal~ wink!

kitakesitu said...

ey u...bestnya pandai jahit sendiri.jimat n cantik.suka ur colour combination tau.pastel n suwiit.rs cam nk gigit2 je.hehe

miss puteri said...

shantek dear! raji sungguh! jeles. saya sume beli jeh...tak pndai buat,hehe...(~_^)... all the best dear!!

intan said...

zaila: tu la, i pon rasa macam nak gigit..hehehhe

put:thanks dear, baru siap 11 sarung, lg 9 to goooooo~

mizzunderstood said...

dear!!!tq 4 ur info!
sgt2 bergune..hehehe..will try my best (kalau rajin la).hehehe...
pls teach me more DIY projects pls...(dgn muke xmalu).hehehehe ;)

choclairissa @ intan said...

huaaa bagusla u intan~ rase sangat nk belajar menjahit skrg~ kene beli mesin jahit mini la lps ni~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...