Terlupa nak review my wedding dais, sorry ya!
Actually I tak gunakan pelamin ni untuk bersanding ye.
Yes, u heard me. I tak bersanding, just buat pelamin untuk bergambar dan berposing sakan.
But walaupun tak bersanding, tak semestinya kita takyah ada pelamin kan.
So I just DIY my own pelamin, hehehehe.
For this project, 70% adalah barang sendiri, dan 30% lagi sewaan (kerusi, pentas, spotlight etc).Theme adalah ‘bersih suci’. (ada ke tema camni?). haha, its actually english theme kot, entah. Hentam kromo jelah. Dulu pernah berangan nak pelamin ni dari Arma, tapi tak mampu nak hire dia, so pendamkan jela dalam hati, huhu.
jatuh hati pandang pertama dengan pelamin ni, nampak suci je.
So, selepas berkira-kira, i pon nekadkan hati DIY pelamin sendiri. To be honest, tak banyak beza pon harga pelamin sewaan atau pelamin DIY. Mahal juga sebenarnya, cuma barang-barang tu akan jadi hak milik kita sendiri. Boleh la dijadikan kenangan or sebagai hadiah kepada family terdekat. Kalau sewa kat butik, habis beribu dalam sehari je, setuju tak?
After all the work hard, like akhirnya pelamin berjaya disiapkan dengan bantuan my mum. (yes, kami buat berdua sahaja). My dad tak dapat nak tolong sangat disebabkan tangan beliau sakit, so takdapat la nak tolong, but it's okay dad, no hurt feeling, hehehehe~
"Selepas berpeluh-peluh memanjat, memaku, memasang backdrop, menggubah bunga,
dan lain-lain akhirnya pelamin DIY sudah siap!
I sangat puas hati, tersenyum sorang-sorang.
Hasil seperti yang dibayangkan, ALHAMDULILLAH!"
Qoute di atas adalah entry pertama selepas menyiapkan pelamin, walaupun kepenatan, excited gila nak update kat blog. Walaupun masa tu tengah berpeluh dan berbau macam kambing busuk. Hahahahahahahaha.
Pelamin ni memang banyak digunakan semasa akad nikah sahaja. Pada hari besar, kebanyakan gambar di ambil di khemah, tapi tetap banyak juga di pelamin. Itupon dengan kawan-kawan terdekat aje.
Mari layan gambar pelamin DIY versi Intan Norazam:
Muka husband sebelum nikah: cuak gila
Muka husband sebelum nikah: happy gila
Comel kan expression muka husband, terpampang kecuakan tanpa boleh disorok.
Bila dah selesai, happy tak terkata.
Muka yang tenang jangan disangka tiada gelora dihati.
Kenal tak yang berbaju songket hijau tu?
cik Damiya aka cik Nur cahaya kita, thanks for coming dear.
I just love my dais so much!
Walaupun tak sama macam Arma, takpelah. janji i puas hati, alhamdulillah~
*p/s: kepada kina yang bertanya kenapa gambar gambar kabur, ni efek free lens la dear.
Memang nak OP buat efek free lens ni.
16 comments:
nape cam kabur intan? tp memang cun la!
u mmg rajin DIY.. bagusnyer..n hasil nyer nice
u mmg rajin DIY.. bagusnyer..n hasil nyer nice
Hi intan, i love your blog! its given me so many ideas to DIY things for my wedding too! btw, just wanted to know what did you use as the platform for your dais? thanks!:)
P/s:my background is architecture too:p *sep*
yg kerawang2 tu u buat sndiri jg ke dear? btw, i keep saying this -gi tukaq bidang jd weddingplanner keh. gi..gi..
i peminat pelamin u no.1 boleh?????.sumpah lawa gila.mcm vendor hebat yg buat(some vendor pn buat mcm taik je kdg2..huhuhu) kalau lah u vendor i kan best.heheheh.
likesssssssss juta2 kali!! :)
ps:mmg nmpk beza muka cuak dan mukaexcited husben u.mwahahaha.kacak :D
alamak Intan. i terpakai account husben i. Kay Are tu i ye lisa lisut huhuhuhu
Cantik sangat. Creative laa u ni. Very gifted. Hehehe
cantik yang superb amat.sukee.♥
cantik sangat sangatt :)
mengagumkan!
like pelamin DIY tu...like beribu ribu lemon!!!!!
intan.. nak full view....xnmpk..tu viewdr tepi je
i love ur DIY dais tooo...! :D
eh nmpak comment aishah kat atas.. nak sep jugak boley? i pon background architecture gak altho xabes.. hahha.. *larik* ;p
hi... i suker btol your tudung.. bleh tak share where you got it from??
Post a Comment