dah berangan dah ni.. semalam baru je survey2 kat kuantan parade, namun rasanya perlu survey lagi few places agar harganya berbaloi-baloi. mission blackberry pon belum settle, sibuk nak ada mission baru. haiiihhh, nafsu perempuan kan. takpe, saya maafkan awak intan. semalam mencari buku "panduan mengharungi alam perkahwinan", which is part of my hantaran, tapi sad.. tak jumpa. yang ada hanyalah yang biasa-biasa, aku mahukan hardcover. oh sungguh aku meng'judge the book by its cover'. tak senonoh. takpe-takpe harap appearance secantik isinya.
perlu mencari lagi supaya list of hantaran tidak bertukar. dip flower is ready by this weekend. tak sabar nak ambil dari mama iza. sangat cantik and i am excited to it. so perbelanjaan bulan ini sedikit melampau, jadi tidak perlu shopping lagi okay. (padahal baru malam tadi rembat dua baju kat The Store sebab tertarik pada tag merah sempena chinese new year). sungguh memukau tag itu, begitu menonjol. kalah perempuan berbikini kala ini.
isu bercinta: kami bahagia. full stop. tidak perlu disangkal dan diceritakan. cukuplah sekadar simpanan dua hati.
No comments:
Post a Comment