Hai semua,
Blog I ni macam nak nazak dah kan? Sekejap timbul, sekejap
tenggelam. Mood untuk update blog entah kemana bila masa di rumah busy dengan
anak, di office sangat lah banyak kerja.
2014 ni, banyak sangat angan-angan sebenarnya. Kami tinggalkan
2013 dengan musibah banjir, kami buka lembaran baru 2014, semoga tahun ini dan
tahun-tahun yang mendatang lebih baik untuk kami sekeluarga.
Dulu, masa nak kawin, sibuk menjahit macam-macam untuk preparation kawin. Lepas kawin, pregnant pulak. Pon sibuk menjahit macam-macam untuk si kecik tu. Lepas dah ada anak ni, mood menjahit dah hilang ke mana, memang tak sempat dah nak menjahit. Huhuhu, kadang-kadang I blame diri sendiri sebab dah mula lupakan hobi I yang itu. Minat nak menjahit tu memang membuak-buak. Tapi baru je nak warm up, mula lah si Aisha Amani tu minta perhatian. Nak itu lah, ini lah. Sekarang bila dah pandai bercakap sikit-sikit, lagi lah dia pandai meminta itu dan ini. Nak gi taman lah, gi jalan-jalan lah, nak vitagen lah. Ade je benda yang dia mintak untuk distract I dari menjahit.
Tambahan pulak, mesin jahit I rosak sebab banjir hari tu
kan, tenggelam habis. Sedih sangat. Lagi la hilang perasaan nak menjahit tu.
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni I ade lalu kedai singer. Ada
lah ter’usha’ mesin jahit kat kedai tu. Rasa nak beli, tapi macam berbelah
bahagi lagi sebab tak boleh decide samada ni keperluan or kehendak. Keperluan mmg
ada, tapi ini lebih dari kehendak sebenarnya sebab features mesin jahit kat
singer tu memang menawan hati. Even dah balik ofis pon, masih teringat-ingat
mesin jahit tu tau. Hehehe.
Tengahari tu, call husband. Ask him for permission. Dia
sebenarnya berat hati nak setuju, sebab mahal kan, tapi disebabkan I dah
bersungguh nak, dia pon setuju jelah. So dengan gembiranya petang tu terus
terjah balik kedai singer tu. Diorang bagi demo sekali macamane nak guna, dan
test jahit skali.
Happy sangat, lepas tu, masa nak packing-packing mesin tu, I nampak pulak mesin jahit tepi portable dalam catalog, terus rasa macam nak. Serius takde rasa was-was pon, bila tanya harga, masih mampu beli. On the spot buat keputusan nak jugak mesin jahit tu. Salesgirl tu buat muka macam are-you-serious-kak? Hahahaha. So sesi demo sekali lagi. Lama jugak lah ambil masa kat kedai tu.
Happy sangat, lepas tu, masa nak packing-packing mesin tu, I nampak pulak mesin jahit tepi portable dalam catalog, terus rasa macam nak. Serius takde rasa was-was pon, bila tanya harga, masih mampu beli. On the spot buat keputusan nak jugak mesin jahit tu. Salesgirl tu buat muka macam are-you-serious-kak? Hahahaha. So sesi demo sekali lagi. Lama jugak lah ambil masa kat kedai tu.
Mesin jahit model ni lah yang I beli.
Model 6180, harga Singer RM1345. Kat kedai lain maybe lagi murah, tapi kalau beli terus kat Singer lagi senang sebab kalau rosak, dia tukar one-to-one. Macam kes i baru-baru ni, mesin yang i beli tu tetiba jahitan tak lawa dan mesin bunyi x sedap, so i hantar balik dan dia terus bagi yang baru dari dalam box. Thumbs up!
Suka model ni sebab ada extra extendable table untuk jahit quilt or selimut, ada 80 decorative stitches, pastu ada features boleh automatic masukkan benang ke dalam jarum, dan akhir sekali sebab computermatic system. Yang i rasa tak best sebab kalau rosak, terus kena hantar kedai sebab tak tahu nak usik/adjust kat mane, hahahaha. Tu la leceh sikit kot. Tapi memang normal kalau rosak memang hantar kedai pon kan?
Nak tahu features dia, boleh baca SINI
Model 14N655. Harga 1295. Pon jawapan i sama macam di atas, maybe harga tempat lain lagi murah, i don't know. I memang jenis prefer beli dekat outlet dia. Jahitan superb, kelajuan sederhana, tak laju sangat, tak slow sangat.
Nak tahu features dia, boleh baca SINI
Settle semua, masuk kereta, senyum simpul haaaaa. Tak sabar
nak balik rumah test. Sampai rumah husband geleng kepala je, dia tak komen
apa-apa, sebab bukan duit dia kan. Hehehe.
Untuk review both mesin jahit tu, nanti-nantilah I buat
entry k. Cuma apa yang I boleh cakap, memang berbaloi beli. Worth it. I dah
mula berdiy, dah siap macam-macam dah, nanti ada masa I share sini k.
Love you all.
8 comments:
Assalamualaikum kak intan. wahh bestnya. test terus beli. suka tengok akak intan, kreatif sangat! hehehee bertuah amani ~~~
seronoknyaa!! impian I nak beli mesin jahit tepi portable, tapi macam takut2 sebab tak pernah jahit tepi sendiri
waaaaaaaaaaaaaa seronoknyee :)
Keep posting sis!
alhamdulilah ..sis dah start berblog .. ada jugak blog yang umi nak terjah pas ni .. umi suke sis berdiy ..sebab umi suke baca blog diy hihi ..
chak! takje care sis ..bestnya mesin jahitttttttttttt ..
nice.. jgn lupa tayang hasilnya nanti... :D
Ade x yg nk beli mesin jahit ...sila reply
Ade x yg nk beli mesin jahit ....sila reply
Post a Comment