Followers

Friday, January 13, 2012

My CNY plan, what's yours?

Hai,

Macamana plan CNY? Mesti ramai yang ambil kesempatan ber’honeymoon’ kan? Woweeeee. As for me, tak tau la nak dinamakan ni honeymoon ke tak, sebab ini memang aktiviti di hujung minggu sementara masih berdua ni, hehe!

But since cuti CNY ni lama iaitu 4hari, so I consider as honeymoon la, hehe. 

Plan mula-mula husband nak gi Perhentian dengan kawan-kawan dia tapi atas beberapa sebab, plan cancel! Yeay! So new plan pleaseeeeeeee. Lagipon musim hujan, cemana nak snorkeling confirm tak nampak coral dan ikan, so macam tak berbaloi. Setuju tak?

Selepas kawen aritu, Alhamdulillah kami dah berjaya pusing ‘hampir’ satu semenanjung berjalan-jalan. Kadang-kadang ambil kesempatan pergi kenduri kawen dan holiday sekali. Seronok juga camtu, so takyah la plan banyak-banyak, so if free trus jalan, yang penting mesti ada ruang masa dan extra money. Tet!

1st trip – Terengganu (weekend)
2nd trip – Pahang-Negeri Sembilan (cuti Raya Haji)
3rd trip – KL-Johor (Weekend)
4th trip – Cameron-Kelantan (Weekend)
5th trip – KL-Perak-Penang-Kedah-KL (Krismas)

Mana tak pergi lagi eh? Perlis tak sempat sebab cuti 4 hari je masa Krismas, so agak rushing di situ. Melaka plak tak consider as bercuti sebab tak tido or jalan-jalan kat sana, hehehe.

This CNY, kami plan nak terjah tempat-tempat yang belom kami terjah sebelum ni. Kali ni tema honeymoon sedikit berbeza sebab dah taknak gi tempat-tempat romantic. Nak yang lebih adventure!

So this is my agenda.

Haruslah bermula Jumaat petang sebab banyak tempat nak pergi. Masa itu emas kan? Harap-harap jumaat nanti dapar balik cepat sikitlah! Amin!
Jumaat mlm – Tidur di First World Genting. 
Sabtu – Main outdoor Genting dari awal pagi sampai kul 3. Check out and shoot to KL, will stay at One Stop residence & Apartment (yang ni menarik! Kene cerita panjang sikit kat next entry. InsyaAllah). After check in, Shopping mood sampai lebam! So kena listkan nak gi mall mana, nak shopping barang apa. hoyeahhh!
Ahad – Breakfast and check out. Shoot to Melaka for historical holiday mood! Jalan-jalan cari makan sampai malam. Asam pedas, ini adalah wajib! Ada sesiapa nak suggest tak? Orang Melaka??
Pastu shoot ke Seremban untuk tido sana. Kali ni hotel tak best sangat tapi okeyla since boutique hotel, so just grab la walaupun itu bilik triple. Siapa tau Hotel Villa? Hahaah. (kenapa lah semua hotel full?) Lagipon untuk tidur je, so layannn! Rasa nak try nasi arab since my sis cakap kat sana ada 1 kedai best!
Isnin – Check out! Ke Bahau rumah sis ada kenduri aqiqah Safiyya. Alolooooo tak sabar nak cubit pipi, hehe. Malam shoot balik Kuantan, home sweet home. Rumah tak boleh tinggal lama-lama nanti rindu. ^_^
Selasa – Mood berehat di rumah dan sambung buat HB!

Best x? Pack kan? I am easy-going person. Nak jalan, jom! Nak makan, jom! Nak lepak, jom! Lebih-lebih dengan husband, siapa yang akan kata tidak? Lagipun I tak suka stay one place lama-lama, boring. Tapi kalau ramai yang suke travel macam I mesti suka camni. Dulu pon gi Bangkok pon backpackers je. Korea pon sama. Cuma gi China office trip tapi ya Allah Tuhan je tahu betapa boringnya. Tak dapat nak explore dan shopping banyak-banyak pon! Balik rasa tak best dan sangat tak puas!

For me, kalau travel, tak suka la banyak berehat. Biar penat takpe, biar berbaloi. Balik hotel tidur je. Hehehe. Hotel pon tak kisah, asalkan within budget. Cuma lepas kawen je demand nak hotel best-best. Dang!

Kla, doakan I selamat pergi dan balik ya! Musim hujan ni, jomlah sama-sama berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Salam sayang,
i n t a n o r a z a m





13 comments:

SOULMATE is said...

salam perkenalan kak intan
seronoknye dapat jln2..
hehe..
selamt enjoy ya~~

p/s: sy admire akak dgn DIY2 akak..
seronok tgk sbb sy suke gak :)
http://soulmate-kami.blogspot.com/

Unknown said...

Wah..bestnye cuti lame2. Liya kerja ari Ahad. sobsobs. CNY penuh dgn wedding je :D

pelangi chenta said...

cuti CNY nie pun sy plan nak berjalan kat melaka.cuma xnak lah rushing.so decide nak g smua tmpat menarik dkat melaka.
pernah makan dkt bibik baba dan nyonya food asam pedas dia memang terbaik lah.

Shakina Farhan said...

plan saya plak..''Kawen lagi sekali "..haha..

asma Pak Wahab said...

I org seremban..hotel villa? dimanakah??nasi arab ade 2 tempat yg best..nasi arab damsyik dan nasi arab lazeez..enjoy!! =)

ieda said...

packnya scedule.bestkn klu dpt jln2 mcmni

Unknown said...

intan !! kalo ke melaka tu jangan lupa rasa ikan bakar umbai dekat umbai fuh sedap dear !! minat antik? jonker street !! ada rezeki singgah a famose resort, leh main water world or tgk2 animal kih3x.. asam pedas majority kedai sedap dear kt melaka ni.. selamat jalan2, nora pun xsabar nk berjalan hik3 !! have a nice day !

artzleen said...

selamat berjalan-jalan Intan ;)

my plan on CNY? I'm getting engage on 23rd! yeay..!! ;)

LisaLisut said...

Nice..i pn dh ade plan.tp nt la kot if rajin citer.tgh mls. At the same time risau nk jln jauh sbb i tak suka jln dgn bdn xsihat.spoil mood.huhu.i nk bertenaga mcm biasaaaa tp..haih..ok enjoy babe :)

Anis aka Mama Mila said...

Intan, kalau nak asam pedas sedap pergi belakang Mahkota Parade...ada 2 3 kedai yg sedap but the best yg pernah masuk jjcm betul2 depan pasar pahlawan (ish x ingat nama)... corner lot.hihihi

Syima Syaz said...

bestnye dapat jalan2.... ni tak tau la mcm mana gayanya....=(

*wink* said...

kak intan...asam pedas kota laksamana sdp..nma kdai..asam pedas pokok besar

sarahhernyzar said...

wah terror la blockquote dia. mnta sket. hahaha. jln2 ingt aku tau. bring me something from malacca. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...