Followers

Tuesday, January 25, 2011

My Very Simple Home-made Black Pepper Sauce

I tak pernah nak share my own recipe kat sini kan. Sebabnya i takdelah pandai masak sangat. Tapi konon berangan pandai la..hihik.
So presenting,.

Black Pepper Sauce my way!

courtesy from google

1 biji bawang besar dicincang halus
1 biji tomato dipotong dadu/dicincang
1 sudu butter
2 sudu tepung gandum
Kicap manis (untuk menghitamkan sos)
Sos cili
Sos tomato
Black pepper secukupnya (ditumbuk/kisar)
Cendawan butang dicincang
Sedikit tepung jagung
2 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit gula 
Daun limau purut untuk mewangikan sos

Cara-caranya adalah:
Masukkan butter ke dalam periuk dan tunggu sehingga cair

Kedua, masukkan tepung jagung dan kacau sehingga menjadi kuning keemasan.

Masukkan bawang besar dan tumis sehingga naik bau, dan masukkan sos cili 
dan tomato mengikut citarasa anda samada mahu pedas atau tidak. 
(jangan terlampau banyak nanti rasa sos cili plak, hehe)

Seterusnya masukkan air kedalam periuk dan kacau sehingga sebati bahan2 di atas, 
kemudian masukkan kicap manis untuk menghitamkan sos. 
(jangan terlalu hitam sebab nanti apabila sejuk, sos akan semakin hitam daripada warna asal)

Masukkan tomato dan cendawan butang yang telah dicincang ke dalam periuk 
dan kacau, untuk lebih likat, masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.

Kemudian, masukkan bahan terpenting, iaitu black pepper yang telah dikisar/tumbuk kedalam periuk. (i lebih suka yang ditumbuk supaya hasilnya lebih kasar. tomato pon i cincang kasar2 sebab i suke sos yang bertekstur dan terasa bila kunyah, if hancur sangat, macam sos kosong)

Masukkan garam secukupnya dan sedikit gula, mengikut kesesuaian selera anda, jika mahu pedas, tambahkan black pepper ke dalam sos.

Akhir sekali, masukkan daun limau purut untuk menaikkan bau. Masak sehingga pekat dan siap!

Maafkan i if instruction agak berterabur. Amatur~
Selamat mencuba, love!

I suka cicah dengan ayam goreng, daging burger, nugget or anything. Just the way i like it.

5 comments:

kitakesitu said...

wahhh...sedapnya,da tertelan air liur dah ni.haha.nanti mau cuba lah =)

intan said...

cubalah dear, semua bahan senang dapat kan, n tak mahal..hope menjadi. but i love it so much!

Cik D momy the ZAs said...

woot2 intan takkan bg sos je kot... resipi steaknye mana? haha

♥SuHiLaRy♥ said...

shedap siyes shedap

intan said...

try la, sedap insyaAllah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...