Followers

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam seluruh dunia~
Semoga ia membawa keberkatan insyaAllah.

Melaporkan dari Felda Kota Gelanggi 02, Pahang:

1. Emak sudah menyiapkan menu-menu berikut:
Rendang cilipadi Lempong/paru
Rendang Daging
Kuah Kacang
Ketupat Nasi
Bihun Sup
Kuih muih
Sup Tulang

Jemputlah datang jika berada berdekatan.
Sila-sila jangan malu jangan segan.
Ini berpotensi menambahkan berat badan, haiiihhh takpe kot benda sedap takkan nak tengok je kan. sssllluuuurrrrppp!

2. Perjalanan pulang ke kampung halaman berjalan lancar kerana rata-rata kenderaan sesak pada arah menghala ke Kuantan dan Terengganu. Saya balik dekat je, ke Jengka! iaitu ke arah Kuala Lumpur dari Kuantan. Moh la ke sini~
Pakcik polis memulakan aktiviti mencari duit raya pada arah bertentangan walhal saya sendiri memecut 140km/j sambil menunjuk peace dan tersengih kambing kepada pakcik polis. Nasib baik takde U-turn, kalau tak nahas kena kejar dengan kereta peronda dan bakal rasa macam 'pengedar-dadah-bawak-2kg dadah-dalam-keta'. Memang macho lah saya!

3. Saya cuti sampai ahad di mana Boss sangat cool dan wallllaaaaaa!
Sebab boss nak cuti panjang, dan pemikiran boss yang 'staff takkan produktif bila boss tiada' boleh  menggembirakan hati semua orang terutama saya apabila tak perlu apply cuti dan bermuka seposen, di mana cuti akan wujud dengan sendirinya. yeeeeezzzzzzaaaaa!
Thanks cikbos.

Itulah laporan saya untuk hari ni, sekian.

InsyaAllah hari esok lebih baik daripada hari ini, amin!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...