1. seorang yang terlalu banyak cakap.
2. tak suka environment yang sunyi terutamanya dalam kereta, stress gila.
3. tak reti menolak bila orang ajak outing, tengok movie or makan.
4. saya mempunyai ekspresi muka yang sombong, tapi sebenarnya peramah.
5. anak kesayangan emak.
6. tak suka ular, pacat, cacing atau semua yang berkaitan.
7. paling x suka orang datang lambat.
8. bukan morning person.
9. sangat pemurah dengan anak-anak saudara. love!
10. kaki shopping.
11. sangat takut doktor gigi bukan sebab sakit, tapi sebab bunyi alat dia buat saya rasa nyilu.
12. muka berjerawat.
13. sangat senyap bila bergaduh atau bengang.
14. cepat menitiskan air mata.
15. suka orang pujuk.
16. bestfriend: emak
17. mempunyai kaki yang pendek.
18. kalau ketawa mata akan automatik terpejam.
19. ramai orang lebih kenal saya sebagai intan, bukan norazam.
20. selalu dapat math 100% masa form 3, menjadikan saya sangat glamor. (tapi skang saya x terer dah)
22. selalu tidur dalam kelas and fail sejarah.
23. dulu saya seorang ketua pengawas yang garang n kerek.
24. tak suka rokok.
25. setiap menantu ayah saya mestilah tidak merokok.
26. emak saya adalah banker saya dulu, kini dan selamanya.
27. saya couple selama 8 tahun sebelum bertunang pada 29 Mei 2010.
28. saya suka buat kerja dengan cepat tapi mudah bosan.
29. movie addictor
30. kaki bersaiz 7 dan kadang-kadang 8.
31. tak suka banyak handbag sebab selalu tercicir barang bila tukar handbag.
32. suka gulai asam tempoyak.
33. belajar 5 tahun di universiti sains malaysia.
34. mempunyai seorang secret admirer sejak kecil sampai sekarang walaupon tau saya sudah bertunang.
35. bulu mata saya lurus dan pendek, tidak melentik
36. kakak-kakak saya berumur 48, 46, 44, 42 dan 39.
37. tidak mempunyai abang.
38. di lahirkan secara operation semasa berumur 6bulan 3minggu, mempunyai berat tak sampai 1kg.
39. boss saya sangat baik dan kadang-kadang saya masuk ofis lagi lambat dari beliau. hahaha
40. tunang saya bernama Mohamed Sari bin Khalid.
41. saya tidak suka berkuku panjang.
42. mudah berubah mood.
43. paling x suka basuh pinggan sebab allergic dengan sabun.
44. hadiah yang paling mahal yang pernah diterima: Yamaha Ego 115c
45. warna kegemaran: oren dan merah
46. tak suka tidur siang.
47. akan korek telinga setiap kali selepas mandi.
48. hadiah hari lahir untuk tahun ini: buku ciri-ciri wanita yang membawa ke syurga.
49. suka travelling
50. suke kecantikan tetapi tidak suka mengenakan make up.
51. dirumah, saya seorang yang malas mandi. hahaha especially weekend.
52. kereta idaman: BMW 3 series warna putih
53. saya anak felda.
54. antibodi badan saya tidak kuat.
55. cadar saya bercorak selipar jepun berwarna pink and grey.
56. rindukan kawan-kawan USM saya.
57. suka suprise.
58. saya perlukan manicure tetapi sering tidak ada masa untuk itu.
59. mempunyai empat berus gigi untuk kegunaan seharian kerana suka bertukar-tukar berus gigi.
60. hidup saya akan sempurna jika mempunyai rumah, suami dan 4 orang anak.
61. saya seorang yang competitor.
62. zaman kecik saya sangat indah kerana sering dimanjakan dan membesar hampir seperti anak tunggal. (kerana kakak2 sudah besar dan tidak tinggal bersama)
63. architecture adalah minat saya sejak kecil dan hari ini saya telah berjaya menjadi arkitek.
64. tinggi saya adalah 161cm dan berat 53kg.
65. almost everyday saya akan update facebook and stare my bff. love them so much~
66. isap susu botol sehingga berumur 10 tahun. haha, gila!
No comments:
Post a Comment