kalau nak dikatakan terlalu busy tu maknanya tipulah tapi memang saya takda masa nak
update blog. haha. sebenarnya saya demam.
full stop. bukan demam biasa tapi demam rindu.
straight dua minggu, sangat lama okay. tempoh yang sama lama dengan pemergian ibu ayah, kakak-kakak, dan abang-abang ke tanah suci. mulanya saya ingat itu adalah demam kepenatan selepas bertunang, namun bila difikirkan, tidak munasabah pula.
bila 'mereka' yang di atas tiada di bumi Malaysia, apa yang berlaku pada saya?
1. terlalu demam sampai curi-curi tido dalam bilik akaun.
2. tak tido malam sebab sesak nafas sampai pagi, dan tiba-tiba nak tulis wasiat tentang hutang dengan kawan-kawan. (haha, macam banyak je hutangnya)
3. terasa sangat alone walaupon dalam rumah ada tiga orang sebenarnya.
4. mengalami
straight sleep from 8pm-9am. it's
unpredictable.
5. makan roti dan tuna je untuk 3 malam berturut-turut sebab memang takde selera
plus tak larat nak
drive.
6. encik tunang takde di kuantan, so that takde sesiapa boleh
entertain saya yang demam.
7. batuk yang sangat teruk sampai kena sedut oksigen.
bila esoknya 'mereka' nak balik, saya adalah orang yang paling gembira. demam teruk juga namun berjaya drive dari kuantan-muadzam-serting-pilah-seremban-shah alam. kira inilah pencapaian terbaik saya. clap-clap. paling tak boleh blah saya sampai mimpi-mimpi mak dah balik. memang saya anak bongsu yang manja. saya akui. memang selama ni pon saya jauh dengan
parents tapi hampir setiap hari saya akan
call mak ayah. tapi kali ni rekod paling lama saya tak berhubung dengan mereka.
alhamdulillah semuanya sempurna dan mereka kini dah balik ke pangkuan saya. (
eh, maksud saya ke rumah. hehe). paling seronok bila demam saya kebah pagi hari mereka balik. ajaib. ubat pon saya tak telan.
inilah buah hati pengarang jantung saya
bila fikir balik, memang saya sayang keluarga saya. sayang emak ayah saya. kasih sayang saya untuk mereka tiada tolok bandingnya. bila
1st time berjauhan camni, baru saya tau apa itu rindu. rindu pada tunang pon kalah. (
means awak kenalah ambil hati saya lagi untuk menandingi kasih sayang pada mereka. ahak~). emak orang yang paling saya rindu. dan saya juga tau emak pon rindu saya. kakak saya cakap hadiah saya paling banyak, paling mahal. memang pon. hadiah apa nanti saya bgtau kemudian sebab x sempat lagi nak snap gambarnya. thanks emak. adik sayang emak.
okaylah entry dah panjang, enjoy the pictures okay.
kaklong dan abanglong saya
kakchik
abangchik dan abanglong