dah lama tidak menjenguk, apatah lagi menulis sesuatu disini. lupa mungkin, oh tidak.
cuma terkaku untuk berkata-kata. perkara yang berlaku dalam hidup terlalu indah, sehingga aku sendiri tidak mampu meluahkan. chewah!
orait. back to the basic, xperlulah bermadah atau meluahkan kata2 puitis disini, hello. i am not the kind of person. untuk tidak memanjangkan cerita, baik diceritakan sekarang. apelah yang penting sangat sampai si intan ni x sempat nak upload blog. eh, of course penting intan! kalau tidak awak tidak perlu terlalu mem'busy'kan diri. ceh!
29hb Mei 2010, tarikh bermakna dalam hidup kerana aku bakal ditunangkan dengan pilihan keluargaku. huhu. chewah baru nampak macam anak yang baik. sebenarnya pilihan aku dulu, pastu baru jadi pilihan keluarga. (aku tak tipu kan?). walaupun majlis hanya untuk menyarungkan cincin, semua orang ibarat seperti ingin menyambut putera kayangan. sibuk dengan baju tema, menu, doofgift, dan tidak terkecuali jiran-jiran merisik tanya siapakah pilihan di hatiku. terasa macam aku mengalahkan siti norhaliza, xpela tumpang glamor sekejap. emak lah orang yang sangat berusaha untuk menjadikan majlis ini penuh bermakna. terima kasih. aku pula sibuk juga, tetapi lebih kepada sibuk berfikir untuk memuaskan hati semua pihak. of course untuk mengelakkan ketelanjuran kata, agar semua orang berpuas hati.
misi pertama, rumah telah dihias cantik. namun itulah seadanya. tidak mampu pulak hendak membesarkan rumah, sekadar ditempek cat baru itupon hanya bahagian dalam bilik. padahal xperlu kot cat dinding bilik. (perlu!! kata hati).
misi kedua adalah untuk merias langsir emak yang berumur 2tahun itu kepada sesuatu yang extraordinary. boleh ke? sebenarnya nak tambah bunga sikit je, supaya ruang tersebut enhance sedikit, sebagai ruang bergambar. yes i like photosession! almost everyone love it, please admit. mulanya bercadang untuk menyewa mini pelamin, tibe2 terasa terlalu beriya. dengan kata lain tidak perlu membazir jika kite sendiri kreatif untuk merias. kreatif ke aku? mungkin kot.
misi ketiga adalah menyiapkan goodies aka door gift. sebenarnya misi ini paling susah untuk dilakukan. pemantauan, pemerhatian awal dijalankan hampir 2 bulan sebelum. namun sehingga hari ini belum selesai. isinya, piring leper berbentuk ovul dengan hiasan berbentuk huruf ditengah. disertakan dengan blueberry cheese tart. eh! sebenarnya itu hanya idea asal. disebabkan risau cheese tart itu lemau, menu telah ditukarkan ke muffin vanilla blueberry. namun disebabkan bentuknya tidak sesuai utk dimasukkan didalam beg, menu ditukar lagi kepada rectangle butter cake with choc chips. harap memuaskan hati semua orang. perkara yang simple begitu menjadi begitu susah bagi aku. as i said, untuk memuaskan hati semua orang. hehe
misi keempat, bilangan doorgift tidak cukup disebabkan rombongan yang akan hadir nanti ibarat sebuah bas, atau mungkin boleh dikatakan rombongan mak kiah menghantar pengantin. namun aku bukan pengantin lagi, hanya untuk menghantar cincin. (kan dah bgtau aku memang glamor macam siti nurhaliza). hehe. namun tetamu ibarat rezeki, jangan ditolak. silalah datang. pencarian doorgift dijalankan lagi dan akhirnya misi selesai semalam. alhamdulillah terasa ringan beban aku.
misi seterusnya akan diberitahu kemudian. entry sudah terlalu panjang aka boring dibaca. sekian :)
No comments:
Post a Comment