hari ni, hari gembira untuk aku, dan hari sedih jugak.
awal2 dah berbelit. huh. gembira kerana penantian my beloved dah berakhir hari ni. sedih pulak bila dapat tahu dia akan ke Kuching for the next six months ++. sad. super sad. biar lah aku cerita sikit-sikit. kami dah kenal hampir 10tahun, sejak di zaman sekolah. tapi berchenta, baru 7tahun. namun cukup lama untuk aku dan dia. macam-macam dah pernah berlaku dalam tempoh itu, sesi mengenal hati budi, perangai, dan emosi. bak kata orang, lidah pon boleh tergigit. inikan pula hubungan yang belum ada titik nohtahnya. kami berpegang hanya pada satu perkataan, SETIA. long distance love memang mencabar. lebih-lebih pada aku, tapi Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. bergaduh? adelah sikit-sikit, cuma tidak pernah timbul isu orang ketiga. biasanya aku yang mahukan perhatian lebih, mengada-ngada atau sengaja cari pasal. kata emak pulak, dia dah cukup baik. aku je dengan sikap manja-anak-bongsu ni, memang memeningkan kepala sesiapa pon. terima kasih sayang kerana tidak cepat melatah. sikap lembut dan penyabar si dia buat aku rasa sempurna. saling memerlukan. dia adalah puzzle aku yang hilang. pandai mengambil hati, dan penyayang. aku bertuah? mungkin, itu abstrak. sesiapa orang mempunyai tanggapan yang berbeza.
sehingga hari ini, aku selesa. dan sentiasa selesa. semoga Tuhan menemukan jodoh kami. kerana itu kerjaNya. aku berdoa agar si dia sentiasa bahagia di sisi aku.
gambar 2004: bukit bendera
gambar: August 2009
untuk 2010 ni, belum ada gambar lagi. hehe. tengokla perubahan, dari muda sampai ke tua.
No comments:
Post a Comment