Followers
Friday, February 21, 2014
I'm back!
Dah semangat nak update blog! Yeay! Tunggu ye kawan-kawan. Banyak benda nak update ni. Hehehe.
Monday, February 17, 2014
Mesin Jahit Baru
Hai semua,
Blog I ni macam nak nazak dah kan? Sekejap timbul, sekejap
tenggelam. Mood untuk update blog entah kemana bila masa di rumah busy dengan
anak, di office sangat lah banyak kerja.
2014 ni, banyak sangat angan-angan sebenarnya. Kami tinggalkan
2013 dengan musibah banjir, kami buka lembaran baru 2014, semoga tahun ini dan
tahun-tahun yang mendatang lebih baik untuk kami sekeluarga.
Dulu, masa nak kawin, sibuk menjahit macam-macam untuk preparation kawin. Lepas kawin, pregnant pulak. Pon sibuk menjahit macam-macam untuk si kecik tu. Lepas dah ada anak ni, mood menjahit dah hilang ke mana, memang tak sempat dah nak menjahit. Huhuhu, kadang-kadang I blame diri sendiri sebab dah mula lupakan hobi I yang itu. Minat nak menjahit tu memang membuak-buak. Tapi baru je nak warm up, mula lah si Aisha Amani tu minta perhatian. Nak itu lah, ini lah. Sekarang bila dah pandai bercakap sikit-sikit, lagi lah dia pandai meminta itu dan ini. Nak gi taman lah, gi jalan-jalan lah, nak vitagen lah. Ade je benda yang dia mintak untuk distract I dari menjahit.
Tambahan pulak, mesin jahit I rosak sebab banjir hari tu
kan, tenggelam habis. Sedih sangat. Lagi la hilang perasaan nak menjahit tu.
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni I ade lalu kedai singer. Ada
lah ter’usha’ mesin jahit kat kedai tu. Rasa nak beli, tapi macam berbelah
bahagi lagi sebab tak boleh decide samada ni keperluan or kehendak. Keperluan mmg
ada, tapi ini lebih dari kehendak sebenarnya sebab features mesin jahit kat
singer tu memang menawan hati. Even dah balik ofis pon, masih teringat-ingat
mesin jahit tu tau. Hehehe.
Tengahari tu, call husband. Ask him for permission. Dia
sebenarnya berat hati nak setuju, sebab mahal kan, tapi disebabkan I dah
bersungguh nak, dia pon setuju jelah. So dengan gembiranya petang tu terus
terjah balik kedai singer tu. Diorang bagi demo sekali macamane nak guna, dan
test jahit skali.
Happy sangat, lepas tu, masa nak packing-packing mesin tu, I nampak pulak mesin jahit tepi portable dalam catalog, terus rasa macam nak. Serius takde rasa was-was pon, bila tanya harga, masih mampu beli. On the spot buat keputusan nak jugak mesin jahit tu. Salesgirl tu buat muka macam are-you-serious-kak? Hahahaha. So sesi demo sekali lagi. Lama jugak lah ambil masa kat kedai tu.
Happy sangat, lepas tu, masa nak packing-packing mesin tu, I nampak pulak mesin jahit tepi portable dalam catalog, terus rasa macam nak. Serius takde rasa was-was pon, bila tanya harga, masih mampu beli. On the spot buat keputusan nak jugak mesin jahit tu. Salesgirl tu buat muka macam are-you-serious-kak? Hahahaha. So sesi demo sekali lagi. Lama jugak lah ambil masa kat kedai tu.
Mesin jahit model ni lah yang I beli.
Model 6180, harga Singer RM1345. Kat kedai lain maybe lagi murah, tapi kalau beli terus kat Singer lagi senang sebab kalau rosak, dia tukar one-to-one. Macam kes i baru-baru ni, mesin yang i beli tu tetiba jahitan tak lawa dan mesin bunyi x sedap, so i hantar balik dan dia terus bagi yang baru dari dalam box. Thumbs up!
Suka model ni sebab ada extra extendable table untuk jahit quilt or selimut, ada 80 decorative stitches, pastu ada features boleh automatic masukkan benang ke dalam jarum, dan akhir sekali sebab computermatic system. Yang i rasa tak best sebab kalau rosak, terus kena hantar kedai sebab tak tahu nak usik/adjust kat mane, hahahaha. Tu la leceh sikit kot. Tapi memang normal kalau rosak memang hantar kedai pon kan?
Nak tahu features dia, boleh baca SINI
Model 14N655. Harga 1295. Pon jawapan i sama macam di atas, maybe harga tempat lain lagi murah, i don't know. I memang jenis prefer beli dekat outlet dia. Jahitan superb, kelajuan sederhana, tak laju sangat, tak slow sangat.
Nak tahu features dia, boleh baca SINI
Settle semua, masuk kereta, senyum simpul haaaaa. Tak sabar
nak balik rumah test. Sampai rumah husband geleng kepala je, dia tak komen
apa-apa, sebab bukan duit dia kan. Hehehe.
Untuk review both mesin jahit tu, nanti-nantilah I buat
entry k. Cuma apa yang I boleh cakap, memang berbaloi beli. Worth it. I dah
mula berdiy, dah siap macam-macam dah, nanti ada masa I share sini k.
Love you all.
Tuesday, December 31, 2013
Tragedi Banjir di Kuantan
Hai semua, dah lama tak
update blog kan.
Hurmmmmmmm.. Sebenarnya
memang semangat nak update satu-satu pasal rumah, tapi ada ‘kekangan’ sikit.
Kalau kawan-kawan yang rapat tu memang dah tahu la, yang mana tak rapat tu
maybe tak tahu. So I nak bagitahu kat sini yang kami telah menjadi mangsa banjir
pada 3hb Dec yang lalu. Huhuhuhu sedihnya bila ingat balik. Tapi perasaan yang
paling dasyat ada ‘tak sangka’ begitu sekali. Bayangkan lah perasaan I yang
baru 4 hari berpindah masuk rumah baru? Kena pulak banjir separas dada,
menangis tak berlagu laaaaaaa. Huhuhu.
Yes, memang kami tak
sangka. Even pada pagi kejadian tu, I masih bergolek atas katil layan ig. Amani
pulak tengah tidur.
10.00am:
Tetiba je kan, ada orang
beri salam. I jenguk kat tingkap je, pelik bila tengok orang tu redah hujan
datang rumah I beri salam. Tapi sebab baru pindah dan tak kenal jiran
tertangga, I tak berani nak bukak pintu. Risau jugak la kan pencuri ke ape.
Tengok orang tu pergi rumah jiran sebelah. Pastu sembang sepatah dua, dia balik
jalan kaki redah hujan semula. Semakin pelik la, gigih redah hujan macam tu
sekali. Bila dia dah takde, barulah I berani keluar tanya jiran sebelah kenapa.
Then bila dia cakap taman sebelah dah naik air, terkejut i! Tapi tahap terkejut
tu masih lagi terkawal. I ingat air hanya akan melimpah dari longkang ke porch
sahaja dan takkan masuk dalam rumah. Sumpah memang fikir macam tu dan ‘tak
sangka’ akan naik tinggi dan tinggi!
So dengan relaksnya I
pon kejutkan Amani, mandikan dia. Sambil main bubble (sempat lagi). Pastu siapkan dia, dan I
hanya sambar school bag dia dan food dia sahaja. Terus masuk kereta. I sendiri
pon sehelai sepinggang, tak terfikir nak pack baju sendiri dan kemas rumah
angkat barang. I plan bila hujan berhenti kami balik la rumah semula. Like 3 4
jam selepas tu keeee. Kami keluar pon sebab jiran sebelah rumah takut kereta
terkandas kat taman sebelah bila naik air, sebab taman tu rendah sikit.
So I pon masuk kereta
dan keluar pagar. Tetiba rasa macam kereta masuk dalam air yang dalam. (yes,
porch rumah I tu tinggi sikit dari jalan). I rasa ketinggian air masa tu
separas lutut kot. I pon tak jadi tutup pagar dan terus tekan minyak. Tak berani nak lepas minyak sebab takut kereta stranded dalam air. Pastu
rasa air makin dalam. Ya Allah, tetiba perasaan cuak tu datang. Ya Allah! Ya
Allah, memang banjir ni. Tangan I menggigil sebab cuak. Amani diam je berdiri kat
sebelah. Carseat dia dalam kereta husband. Alhamdulillah kami selamat. Bila dah sampai taman depan, tengok
orang dah kelam kabut dah. Kereta pon dah bersusun-susun tepi jalan besar. Dah banyak gila, rasa lebih 70 bijik. I
was like, haaaaaaaaaaaa aku orang paling lambat keluar ke????? Cuak gila. I pon
cari tempat untuk park kereta, and call husband bagitahu rumah naik air. Husband suara releks je lagi. Masa
ni orang ramai dah bawak payung redah air balik rumah untuk ambil barang
keperluan sikit-sikit. Letak dalam bagpack je. I macam blur. Nak buat
apa ni? Aku tak ambil apa-apa pon lagi. Cemane ni???????
Husband sampai dari tempat kerja dia. Rasa kuat sikit. I pon suruh dia balik rumah ambil
baju kami 3 4 helai, pastu suruh ikat langsir, naikkan kerusi atas meja, dan
buat apa-apa yang patut lah. Dia dah balik rumah sejam. I rasa macam lamanyaaaaaa.
Kenapa ni? Call dia tak angkat. Emo gila masa tu sebab kena stay dalam kereta
dalam hujan lebat dengan Amani, pastu call husband tak angkat. Emo lagi. Dah la
belum breakfast. Bertambah emo. Haihhhhh. Selepas setengah jam
kemudian, husband sampai. Basah kuyup dia walaupun berpayung.
Dia bagitahu yang rumah kami dah dimasuki air paras
buku lali. I macam haaaaaaaaaaaa cepatnya. Tadi baru kat jalan nak masuk porch.
Dalam sejam lebih je dah masuk rumah? Speechless. Redha. I tanya husband dah
angkat barang-barang tak? Dia cakap angkat mana yang termampu sahaja. Drawer
letak atas katil, kerusi angkat atas meja. Gitu. Barang-barang besar macam peti
ais mesin basuh tu dia tak angkat sebab dia seorang, tak larat katanya. I
cakap, okey dah tu. Dah selamat dah tu barang-barang kita. Confident je kan.
So kami pon ke tempat kerja husband. Kekonon nak lepak sana
sebab sana ada crew room, boleh lepak-lepak tengok tv. Husband drive satu
kereta, I drive satu. Plan nak tinggal satu kereta kat situ tapi macam tak
secure plak sebab tepi jalan. Nasib baiklah bawak kereta dua-dua. That was the
right decision we made. No regret. Kalau lah kami tinggal kereta masa tu…
hurmmmmm. Entah lah!
3.00pm:
Masih lepak kat crew
room, I ask husband jom tengok rumah nak? Masa tu hujan masih lebat kat luar,
tak berhenti-henti. Husband pon cakap jom! Kami pon pergi. Amani tidur dalam
carseat. Sampai area rumah, terkejut gila bila taman tepi jalan besar tu pon dah
naik air paras lutut. Taman kami lot ke dua, dah takleh bayangkan air dah paras
mana. Kami teka dah paras pinggang. Husband decide nak jalan kaki redah air banjir balik rumah. I setuju. I
tunggu dalam kereta dengan Amani. Dalam 15min macam tu, husband call, cakap tak
mampu nak redah lagi sebab air dah sampai pinggang (Tepat tekaan kami). I macam
haaaaaaa? Terkejut buat ke berapa kalinya. Cuak jugak dia sebab dah takde orang. Keadaan sunyi sepi.
Dalam hati dah redha.
Dah takleh nak fikir barang-barang kat rumah tu. Dia patah balik, masuk kereta,
masing-masing diam membisu. Sunyi sepi. Amani sorang je membebel-bebel dalam kereta.
Kami pon balik rumah mil. Rumah mil tak
naik air, tapi jalan masuk utama dah terputus. Dan alhamdulillah juga masa tu
sebab ada kakak I membantu. Rela datang dari jauh bawak hilux semata-mata untuk
redah banjir, untuk bawak kami ke rumah mil. Jasa dia akan kami kenang sampai
bila-bila. So kami selamat lah sampai rumah mil pukul 6pm. FMIL pon dah tunggu
kat rumah, diorang pon tak boleh buat apa sebab takde 4wd untuk ambil kami
sekeluarga. Alhamdulillah sangat kami tak duduk dekat pusat pemindahan, dengar dari mulut kawan-kawan yang mengalami, keadaan sangat la teruk kat pusat. Kelaparan, kesejukan, dengan air dan elektrik takde, makanan takde. i just can't imagine. Kita yang tua ni takpe. tapi budak-budak sebaya Amani? Hurmmmmmmmmmmmm.
Cerita sebenarnya sangat
lah panjang lagi, tapi I dah tak mampu nak tulis kat sini. Sedih mengenangkan
kisah itu. Dipendekkan cerita, malam tu air naik lagi dan lagi, sampailah paras
tertinggi adalah dada. Kami tengok rumah dari jalan besar je, tak dapat dah nak
masuk dalam. Seriously dalam hati menangis meraung, tapi tak terluah dengan
kata-kata. Husband pon sama, termenung dia.
Mulanya kami ralat sebab
pindah. Kalau lah kami postpone pindah minggu depan, tak kena banjir. Rumah
lama kami tak naik air sikit pon. Tapi inilah ketentuan Allah. Dia nak duga,
sejauh mana kesabaran kami, ketabahan kami. 3 hari kami tak buat apa-apa,
menunggu banjir surut. Hari-hari kami ke jalan besar tu, tengok bila air nak
surut. Pandang rumah dari kejauhan. Hari ke 3 baru air surut sepenuhnya. Itupon
masa air separas peha, I dah paksa husband redah banjir sebab nak tengok rumah.
Husband redha. Dia pegang tangan I, kami sama-sama redah banjir. Dari jauh
nampak rumah, dah mula rasa air mata berlinangan. Taman sunyi sepi, air di
mana-mana. Perasaan takut tu I buang jauh-jauh sebab perasaan nak tengok keadaan
dalam rumah tu lebih membuak-buak.
Bukak je grill, bukak je
sliding, I pejam mata dalam-dalam, pastu baru ada kekuatan tengok keadaan dalam rumah. Luluh lagi
hati ini. Masa tu, air paras peha, so barang-barang semua terapung-apung lagi. Peti
ais dah jadi sampan terbalik. TV dah tak tahu kemana, kabinet tv dah terbalik,
katil dah lepas ke tengah, almari baju Amani dah terbalik, baju-baju dia semua
dah terapung macam sampah sarap. Kat dapur botol-botol susu Amani
terapung-apung. Periuk nasi tenggelam, microwave tenggelam. Memang sebijik
macam sungai yang dipenuhi sampah sarap. Tersandar I tengok rumah. Tak tahu nak
buat apa. Kami ambil masa sejam duduk dalam rumah tanpa buat apa-apa. ke dapur ke depan. Ke dapur ke depan. Pastu husband ajak balik.
Nasib baik husband ada, pemberi semangat pada i. Kalau dia takde, I rasa I tak
mampu nak hadapi. (itupun kadang-kadang I dah berperang dengan perasaan
sendiri). Kejap-kejap happy, kejap-kejap sedih, kejap-kejap sayu. kadang-kadang rasa nak menjerit sekuat hati.
Esoknya air dah fully
surut. Kami terus balik membasuh rumah. Baunya ya Allah, busuk, tengik, masam.
Bercampur-campur. Kotak kotak yang kami belum bukak, terpenyek macam biskut mary cicah air milo. Padat dalam bilik Amani. (asalnya kami susun siap labeling sebab barang-barang tak habis kemas lagi). Ya Allah, Ya Allah! Dugaan. Bukak peti ais, EBM Amani habis rosak, bau sangatlah busuk, sebab bercampur dengan bau sos, telur pecah, kicap dan rempah ratus. Menangis i bila nak basuh storage bottle tu, habis terbuang semua 300oz EBM Amani. Now dah memang takde stok dah. Amani pon dah campur fm.
Cukuplah sampai di sini. Nanti I ceritakan pasal kisah selepas banjir dalam entry berikutnya
ya.
Apa yang boleh I
conclude di sini, pengalaman banjir ni memang sangat tragis. Tapi banyak
mengajar kami beberapa perkara baru. Kami bersyukur walaupun kami banyak
mengalami kerugian harta benda, tapi kami bertiga selamat. Allah takkan duga
kami kalau kami tak mampu. Ada hikmah di atas semua yang berlaku. Walaupun
banyak perabot terbuang ( baru 4 hari pakai), kami redha. Rezeki kami sampai di
situ sahaja. Mungkin selama ni kami alpa, kami leka. Allah beri kami hanya
sekelumit dugaan, agar kami terjaga. Tersedar dari mimpi fantasi yang kami
cipta sendiri. Dugaan ini banyak mengajar kami erti kesabaran, erti bertolak
ansur, erti melepaskan. Melepaskan yang disayangi, terutamanya harta benda
kami. Semuanya hasil titik peluh kami berdua. Yes, kami redha. Kami redha.
Terima kasih yang tak
terhingga kepada mereka-mereka yang membantu terutama keluarga sendiri,
keluarga mertua, rakan-rakan yang dekat, yang jauh (gegojessssssssssssss), yang
mendoakan, yang prihatin, yang ambil tahu. Allah sahaja yang akan membalasnya.
*Sorry kalau bahasa
dalam entry ni bercampur-campur.
Monday, December 2, 2013
Saya & Orkid
Orkid, seindah namanya.
I am a big fan of it. Hehehe, dari zaman bujang ke zaman kawin memang orkid menjadi pilihan tatarias (ececeh). Dulu pelamin kawin pon diselitkan orkid putih sedikit. Nak selit banyak-banyak memang takde duit la, lol. Tak tahu la sekarang ni trend deco rumah dengan orkid ke ape, tapi rasanya banyak tempat termasuk hotel, restoran, rumah, semuanya menggunakan orkid sebagai penyeri sudut.
Sebelum ni pon memang ada sejambak orkid kat rumah lama tapi i dah hadiahkan pada kakak. Now sebab dah berpindah ke rumah baru, so hiasan kena la baru jugak, muahaha. Dan i masih mengekalkan pemilihan orkid untuk kediaman baru ni. Orkid, kau sudah bertakhta di hati ku!
So let's DIY-ing! Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~
Wednesday, November 27, 2013
Living Hall: Sofa Baru
Hahahahaha, tengah semangat mengupdate entry baru. Wahhhh semangat nak masuk rumah baru gitu.
Okeylah hari ni nak cerita pasal sofa plak. Pada mulanya memang tak plan pon nak tukar sofa baru sebab sofa lama tu memang cantik lagi. Sofa lama tu 2+3 seater, color light cream. Tapi nak dijadikan cerita, sofa tu terconteng dengan dakwat pen secoet gitu, masa tu husband tertidur sambil pegang pen. I plak benda-benda kecik gitu memang nampak je, mula la pikir cemane nak hilangkan stain tu. Teringat plak ada multipurpose cleanser yang pernah i beli dulu, harga dalam RM40. Kalau tengok pada harganya, rasa macam berkesan la kan sebabnya mahal.
I pon apa lagi, terus la spray kat stain tu, then lap dengan kain bersih. Terus hilang. Tak sampai 3saat. Memang hebat lah! Teruja sangat. Pastu biasalah, sebab terlampau teruja, mula nak spray sana sini. Habis semua permukaan sofa i spray, pastu lap. Memang macam baru dah jadinya, padahal sofa tu takdelah buruk pon sebab i baru pakai 2 tahun. Hehehe. Siap semua, i tak bilas pon dengan kain lembap. I biarkan je.
Agaknya kat situ lah silap i, biasa lah kalau benda yang efisien sangat ni, confirm kan kandungan dalam dia tu kuat kan. Tak sampai 6 bulan, sofa tu mula crack terutamanya pada tempat yang terlipat. Memula i ingat normal tapi takkan la leather pon boleh crack. Makin lama makin banyak sampai sakit mata i memandang. Husband dah mula bising, i pon rasa bersalah gila. Bila fikir-fikir balik baru la teringat pasal tu. Sesal kemudian tidak berguna, kihkih.
So to all readers, ingat tau! Kalau nak bersihkan stain kat sofa leather or PU, kena gunakan cleanser yang betul-betul untuk sofa, bukan yang multipurpose macam i guna tu, huhuhuh.
***********************************************
Cemane nak settlekan prob sofa ni, Takkan nak bawak sofa crack ke rumah baru? Hurmmmmmmmmmmmmm.
Ting! Dapat idea. Teruslah propose dengan husband kalau ada duit lebih nak beli sofa baru. Kebetulan memang ada Expo Perabot kat Kuantan ni ha. Expo ni pon best sebab barang-barang dia semuanya cantik-cantik dan high quality. Kalau sofa tu memang semua designer punya la, pastu kalau katil/tilam tu jenis riban-riban yang i sendiri tak mampu nak beli, huhuhu. Husband cakap insyaAllah. I dah happy sangat dah!
I dah usha ekspo tu first round lunch break tu, pastu malam tu ajak husband pergi pulak. Husband i ni jenis malas nak usha-usha dah, So i dah shortlisted kan 3 sofa idaman hati, hehehehe. Dalam banyak-banyak brand tu, berkenan sungguh aihhhh dengan sofa from Louis Italia ni. Dan memandangkan salesgirl tu dah nampak i datang usha 2x, dia kata dia akan bagi special price kekononnya untuk return customer.
Malas nak cerita panjang, inilah pilihan pertama i, sangat la menawan hati oiiiiiiiiiii. I pon apa lagi, excited lah! Husband mengikut je. Rasanya harga ni memang berbaloi la sebab sofa ni sangat la besar, 10x9 kaki.
Okeylah hari ni nak cerita pasal sofa plak. Pada mulanya memang tak plan pon nak tukar sofa baru sebab sofa lama tu memang cantik lagi. Sofa lama tu 2+3 seater, color light cream. Tapi nak dijadikan cerita, sofa tu terconteng dengan dakwat pen secoet gitu, masa tu husband tertidur sambil pegang pen. I plak benda-benda kecik gitu memang nampak je, mula la pikir cemane nak hilangkan stain tu. Teringat plak ada multipurpose cleanser yang pernah i beli dulu, harga dalam RM40. Kalau tengok pada harganya, rasa macam berkesan la kan sebabnya mahal.
I pon apa lagi, terus la spray kat stain tu, then lap dengan kain bersih. Terus hilang. Tak sampai 3saat. Memang hebat lah! Teruja sangat. Pastu biasalah, sebab terlampau teruja, mula nak spray sana sini. Habis semua permukaan sofa i spray, pastu lap. Memang macam baru dah jadinya, padahal sofa tu takdelah buruk pon sebab i baru pakai 2 tahun. Hehehe. Siap semua, i tak bilas pon dengan kain lembap. I biarkan je.
Agaknya kat situ lah silap i, biasa lah kalau benda yang efisien sangat ni, confirm kan kandungan dalam dia tu kuat kan. Tak sampai 6 bulan, sofa tu mula crack terutamanya pada tempat yang terlipat. Memula i ingat normal tapi takkan la leather pon boleh crack. Makin lama makin banyak sampai sakit mata i memandang. Husband dah mula bising, i pon rasa bersalah gila. Bila fikir-fikir balik baru la teringat pasal tu. Sesal kemudian tidak berguna, kihkih.
So to all readers, ingat tau! Kalau nak bersihkan stain kat sofa leather or PU, kena gunakan cleanser yang betul-betul untuk sofa, bukan yang multipurpose macam i guna tu, huhuhuh.
***********************************************
Cemane nak settlekan prob sofa ni, Takkan nak bawak sofa crack ke rumah baru? Hurmmmmmmmmmmmmm.
Ting! Dapat idea. Teruslah propose dengan husband kalau ada duit lebih nak beli sofa baru. Kebetulan memang ada Expo Perabot kat Kuantan ni ha. Expo ni pon best sebab barang-barang dia semuanya cantik-cantik dan high quality. Kalau sofa tu memang semua designer punya la, pastu kalau katil/tilam tu jenis riban-riban yang i sendiri tak mampu nak beli, huhuhu. Husband cakap insyaAllah. I dah happy sangat dah!
I dah usha ekspo tu first round lunch break tu, pastu malam tu ajak husband pergi pulak. Husband i ni jenis malas nak usha-usha dah, So i dah shortlisted kan 3 sofa idaman hati, hehehehe. Dalam banyak-banyak brand tu, berkenan sungguh aihhhh dengan sofa from Louis Italia ni. Dan memandangkan salesgirl tu dah nampak i datang usha 2x, dia kata dia akan bagi special price kekononnya untuk return customer.
Malas nak cerita panjang, inilah pilihan pertama i, sangat la menawan hati oiiiiiiiiiii. I pon apa lagi, excited lah! Husband mengikut je. Rasanya harga ni memang berbaloi la sebab sofa ni sangat la besar, 10x9 kaki.
Saiz 10x9 kaki
Tengok jela scale husband dengan sofa tu, kecik je dia. Padahalnya husbandku gemok lol. Ampun abang! Tapi bila fikirkan saiz sofanya yang gabak tu, 10x9 kaki, 9 kaki tu macam terlalu lebar la plak. Living hall i 17x10kaki. So takkan i nak reserve 1kaki je untuk laluan. Terus hati berbelah bagi. Tengok plak sofa lain.
Saiz 8x6kaki
Ini pilihan kedua i, sofa ni boleh pull out. So kita boleh berlunjur kaki sambil tengok tv, boleh dijadikan sofa bed juga. Sofa ni saiz kecik sikit, 8x6kaki sahaja. Husband macam tak berapa berkenan sebab sofa ni nampak biasa walaupun ada pull out tu. Down hokey! Takpelah nextttttttttt!
Saiz 9x6kaki
So we move to 3rd choice. Display color dark coklat, nampak macam elegant tapi warna macam oldies sikit la. Yang ni memang i berkenan juga tapi sebab mata dah tertumpu pada option 1 tu, so memang tak tengok la sofa yang ini. Sofa ni lebih praktikal la sebab seat dia besar, L-shape dia pon luas. Sebab masih teringinkan sofa yang first tu, so i pon pilih leather color yang sama macam sofa pertama.
Husband pon setuju sofa yang ni. Dia kata sofa first tu memang cantik, tapi tak praktikal. Arm rest pon dah 1 kaki. So ruangan seat jadi sempit la. L-shape dia pon kecik sebab tempat pengandar tu gabak sangat. Betul jugak. Bila dibandingkan, sangat tepat kata husband tu. So we both setuju untuk beli sofa pilihan ke-3 ni.
Masa untuk custom-made adalah sebulan paling cepat. Leather ni di import dari Itali, ada warranty untuk leather, kayu, dan spring selama 6 tahun. Dan yang seronoknya, free delivery! Louis Italia ni dari Shah Alam. So kalau takde ekspo ni, memang berangan la nak designed sofa gini. Kena beli yang mana ada di Kuantan ni jela, hohoho.
Lepas ni nak bersihkan sofa ni kena berhati-hati la nampaknya. Taknak dah pisang berbuah dua kali.
Sofa ni sampai hari ahad ni, yehaaaaaaaaaa! Bestnyaaaa!
Tuesday, November 26, 2013
Home Sweet Home Progress
InsyaAllah Jumaat ni kami sekeluarga akan berpindah rumah! Tak sabar okey. Walaupun rumah ni takdelah sebesar mana, tapi kami tetap bersyukur.
So far sekarang kami dah beli dua rumah teres setingkat (satu 4 bilik, satu lagi 3 bilik), dan ramai jugak la yang mempertikaikan tindakan kami ini. Katanya, kenapa tak beli rumah besar terus? Harga dua rumah tu dah boleh dapat semi-D dua tingkat kottttttttttt? I dan husband hanya tersenyum sahaja. So far kami rasa dah cukup selesa dengan rumah ni. Baru anak seorang kot. Cukup besar untuk duduk bertiga. Dan rumah lagi satu kami gunakan untuk investment. So far memang kami takde plan nak duduk rumah tu (dapat kunci Januari 2014 ni). Dengan keadaan husband yang selalu busy dan tiada di rumah, insyaAllah i rasa confident nak duduk berdua dengan Amani di rumah ni. Takde la rasa besar dan luas sangat.
Progress rumah dah 90% siap, tinggal kitchen cabinet je yang belum dipasang. Tengah fabricate kat kilang. I tak kisah, not a rush pon. Hehehehe.
Jom layan gambar progress rumah, ikotkan hati i malas nak update banyak-banyak sebab benda pon tak siap lagi. Nanti dah deco-deco barulah kita bagi full review, ye tak? heheheh.
**********************************************
LIVING & DINING:
Untuk tengok deco living hall rumah sekarang, boleh klik SINI. Tema masa tu, warm color.
I sangat suka grill ni. Sebab nampak sangat moden. Halus mulus gitu. I sendiri ke kilang pilih besi, bukan tengok katalog sahaja. Hahah bersungguh kan. Tapi jangan risau, walaupun nampak halus, tapi i dah pilih besi tebal. So grill ni sangat kukuh. Cat untuk grill pula i guna powdercoated, white color. I kan memang peminat white furniture, so faham-faham jela semua perabot kat rumah ni berwarna putih hehehe.
So far sekarang kami dah beli dua rumah teres setingkat (satu 4 bilik, satu lagi 3 bilik), dan ramai jugak la yang mempertikaikan tindakan kami ini. Katanya, kenapa tak beli rumah besar terus? Harga dua rumah tu dah boleh dapat semi-D dua tingkat kottttttttttt? I dan husband hanya tersenyum sahaja. So far kami rasa dah cukup selesa dengan rumah ni. Baru anak seorang kot. Cukup besar untuk duduk bertiga. Dan rumah lagi satu kami gunakan untuk investment. So far memang kami takde plan nak duduk rumah tu (dapat kunci Januari 2014 ni). Dengan keadaan husband yang selalu busy dan tiada di rumah, insyaAllah i rasa confident nak duduk berdua dengan Amani di rumah ni. Takde la rasa besar dan luas sangat.
Progress rumah dah 90% siap, tinggal kitchen cabinet je yang belum dipasang. Tengah fabricate kat kilang. I tak kisah, not a rush pon. Hehehehe.
Jom layan gambar progress rumah, ikotkan hati i malas nak update banyak-banyak sebab benda pon tak siap lagi. Nanti dah deco-deco barulah kita bagi full review, ye tak? heheheh.
**********************************************
Untuk tengok deco living hall rumah sekarang, boleh klik SINI. Tema masa tu, warm color.
Untuk rumah baru, kita tukar ke warna lembut pula. Hehehe. Bagi sejuk pula mata memandang. I masih menggunakan Nippon Color Creation, Easy Wash.
Color code: Misty Rain 3145P, Gray Dawning 4201P, dan Stiletto Gray 4241P. Kalau tengok pada gambar tu, color mungkin sedikit berbeza sebab i guna kamera handphone sahaja.
Inilah living area, keluasan 10x 17kaki. Cukup panjang, tapi lebar 10 kaki tu sangatlah constraint. Huhuhu. Takpelah redha. Untuk rumah ni, i akan pakai sofa baru L-shape from Louis Italia. Sofa lama cream color 2+3 seater tu i tinggal kat rumah sekarang. Harap-harap bila guna L-shape sofa ni, rumah akan nampak lebih luas. TV cabinet, side table, masih gunakan yang lama hehehe. Siling i gunakan light through untuk bahagian ini supaya lighting lebih menyeluruh.
Okey, ini pula formal dining area. Bersambung dengan living area, 11x10kaki. Ini i akan letakkan dining table yang i pakai sekarang. Kalau ada budget lebih ingat nak tukar juga tapi masih sayang yang lama sebab meja dia marble. Hehe. Siling i guna L-box, dan pasang downlight. Sengaja i bezakan jenis siling untuk living and dining, so kita juga boleh gunakan siling as space seperator untuk indentify mana ruang untuk living, mana ruang untuk dining, vise versa.
**********************************************
KITCHEN:
Ini dapur. Cat guna lebihan living hall sahaja, jimat. Baru table top sahaja yang siap, kitchen cabinet tak install lagi. Untuk atas, build in cabinet 11kaki panjang, cabinet bawah pulak 6x11x6kaki. Wet kitchen berbentuk U-shape, tengah tu counter bar.
Sengaja i rendahkan meja bar tu, bersesuaian dengan ketinggian meja manalah tau nak guna laptop kat counter bar tu pon boleh. Untuk area counter bar tu, cabinet tu hanya 1 kaki width, sebab 1 kaki lagi i kosongkan supaya kaki boleh masuk kat bawah table top tu dengan selesa. Area situ i plan untuk letak barang-barang kering/bertin/kotak yang baru dibeli seperti sos, sardin, milo dan sebagainya. Maklumlah kita takde food store, so asingkan dengan cara ni la.
Kat area counter bar tu, akan ada 2 biji pendant lamp, tapi belum pasang lagi, hehe. Pendant lamp IKEA sahaja. Untuk tingkap pula, i akan pasang blind warna putih, pon dari IKEA. Untuk dapur, memang plan taknak pasang langsir sebab i nak area ni nampak kemas dan bersih. Mana-mana tupperware ke, pinggan mangkuk ke, periuk ke, memang nak sorok dalam cabinet. Hanya microwave dan water heater je dibenarkan untuk display atas cabinet. Hehehe.
Berdepan dengan counter bar ni adalah informal dining table for 4 person. keluasan area ni adalah 9x 10kaki. Kat meja ni lah boleh nak menjemah ke, bersembang ke, apa ke. Hehehe, dibenarkan lepak berjam-jam. Gambar takde lagi sebab memang lupa nak ambil gambar area situ.
**********************************************
MASTER BEDROOMI sangat suka grill ni. Sebab nampak sangat moden. Halus mulus gitu. I sendiri ke kilang pilih besi, bukan tengok katalog sahaja. Hahah bersungguh kan. Tapi jangan risau, walaupun nampak halus, tapi i dah pilih besi tebal. So grill ni sangat kukuh. Cat untuk grill pula i guna powdercoated, white color. I kan memang peminat white furniture, so faham-faham jela semua perabot kat rumah ni berwarna putih hehehe.
Langsir bilik dari IKEA. So inilah pilihan i, corak-corak dia moden dan berwarna grey-brown, sangat match dengan cat bilik. Suka sebab pakai langsir ni, x perlu pakai sheer dah sebab tingkap dah tinted, langsir ni pon base putih, so bilik dah terang tanpa langsir tak perlu diselak-selak lagi.
**********************************************
WORKSTATION (ROOM4):
Langsir dari IKEA jugak. Belasah je corak kanak-kanak gitu. Tapi husband suka. I pilih langsir ni sebab corak dia ada warna hitam, match dengan almari husband warna hitam. Hehehehe. Langsir bilik ni siap dia pasang sendiri. Semangat betul!
Kla, entry pon dah panjang. Nanti i up entry lagi k!
LOVE,
i n t a n o r a z a m
Tuesday, October 22, 2013
Mengecat rumah
Dah lamanya tak update blog. Berjanji bagai nak update,
akhirnya nan ado. Hehehe. Sorry sesangat! I sekarang sangat la sibuk. Huhuhuhu.
Maklumlah nak masuk rumah baru kan. Update rumah baru dah banyak, tapi satu pon
tak tercerita dekat sini. Huhu. Kekonon nak masuk rumah baru banyak la entry,
hampeh je! LOL.
Okeylah ! As intro, I cerita lah pasal cat dulu ye.
Alhamdulillah dah selesai mengecat master bedroom, playroom Amani (bilik 2),
dan bilik workstation husband (bilik 4). Bilik 3 akan dijadikan guest room insyaAllah.
Makanya tak cat lagi. Hehehe.
Untuk brand cat plak, I guna Nippon Interior Collection. I memang
peminat Nippon. Jangan tanya lah kenapa hahaha. I takde jawapannya. Mungkin
sebab office I ni memang supplier tegar adalah Nippon, jadi I pon kekonon jadi
local customer la, hihik. Sejujurnya, sebab malas nak gi usha tempat lain dah. Katalog
dah ada kat office, kita guna jela kan.
Mula-mula, I cat bilik Amani dulu. Memandangkan sekarang ni
trend stripe color, I pon join la sekaki. Minta husband belikan masking tape. So
bermula lah sesi mengecat. Untuk bilik ni, I guna combination tiga color, iaitu
Bouquet Orchid 3126, Sheer Green 1051P, dan Crushed Rock 4015P. Alhamdulillah
it turns beautiful and sweet. Sangat sesuai la untuk si comel Amani. Yehaaaa!
Nak tengok hasilnya? Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Untuk master bedroom pula, I pilih earth color. Senang nak mix and match. Lagipun, memang taste I camtu heheh. Nak gunakan vibrant color, memang tak la! For me, bilik tidur mestilah menenangkan dan selesa, baru la tidur pon lena. Kalau warna vibrant dan terang, otak akan kembali aktif. So nak tidur pon susah. Tapi citarasa orang lain-lain kan. So itu pendapat I la kan.
So untuk master bedroom, I guna combination 3 color. Sebenarnya
salah satu color tu lebihan cat bilik Amani, sayang la kalau tak digunakan. Ini code
nya. Evening gray 4174T, Crushed Rock 4015P (lebihan dari bilik Amani, dan Gray
Drawing 4201P. I sebenarnya tak berkenan sangat combination banyak color untuk
bilik kami, tapi disebabkan taknak membazir. I guna la jugak. Husband cakap nak
buat pattern sikit pada feature wall. I layankan aje. So inilah hasilnya. As
for me, walaupon combination color agak ‘too much’, tapi takpelah. I suka jugak hehehe.
Untuk bilik 4, iaitu workstation husband, kami pilih vibrant
color. Husband request color yang terang sebab kekonon taknak mengantuk. Biar
semangat nak kerja katanya. Hahaha. Layankan aje la. Sebab ini kan bilik dia. I
memang tak campur. Hehehe. So untuk bilik ni kami guna code Gray Dawning 4201P
(lebihan master bedroom) dan Aqua Marine 3204. Hasilnya, memang sangat vibrant.
Not my taste actually, tapi as long a husband suka, I don’t mind! Sorry gambar ni masa cat belom kering sepenuhnya, so nampak berbalam-balam. Bila dah kering elok je catnya.
Mood menulis belum ada, ayat pon berterabur. Baru suam-suam kuku moodnya. Sorry! So nanti i update lagi ye. insyaAllah!!
Friday, August 30, 2013
Amani dan car seat
Hari ni cerita Amani dan carseat pula. Hehehehe.
Alhamdulillah! Memang berbaloi beli carseat ni. Harga takde la mahal mana, tapi
baktinya, memang tak ternilai.
I bought it at RM209.00, brand Anakku. Beli kat Manjaku. I don’t
know either memang harga dia camtu ke, or dapat murah. Tapi yang penting selesa
kan. Puas hati? Itu kena testing dulu pada baby. Hehehe. Masa beli, Amani 7
bulan dalam perut. Ibu dia ni memang jenis excited, semuanya nak beli sebelum
Amani lahir. Hahaha. Anak pertama kan. LOL.
First time Amani ber carseat masa dia genap 2 bulan,
perjalanan ke office. Jarak lebih kurang 20km, tapi takde lah jauh mana pon sebab
tak banyak traffic light. Amani so far okey je dalam car seat, mungkin masa tu
die masih kecil dan tak reti nak memberontak keluar lagi ke kot. So memang
takde masalah nak drive. Cuma certain time kalau tetiba dia ek ek ekkkkk nak
susu, kenalah berhenti di tepi jalan susukan dulu. Lepas siap bf, sambung jalan
semula. So far, memang jaranglah dia nak mnyusu. Kadang-kadang je.
Keadaan masih tak berubah selepas sebulan, maksudnya masa Amani 3 bulan pon, masih senang ber carseat. Yeay!
Keadaan masih tak berubah selepas sebulan, maksudnya masa Amani 3 bulan pon, masih senang ber carseat. Yeay!
Masa 4 bulan, Amani mula
tunjukkan protes. Kejap-kejap nak keluar dari carseat. Actually bukan nak
bangun, tapi dia nak muka kita depan muka dia. Masa ni dia sangat suka di agah,
pastu gelak terkekek-kekek. So kalau lama-lama dalam carseat ibu tak pedulikan
dia, mula lah nak mengamuk. Masa ni I mula rasa keadaan semakin mencabar. Sometimes,
I berhenti layan dia jap. But sometimes, I just ignore. Kalau keadaan dah tak
terkawal, baru lah I akan berhenti. Then I think, I have to find solution. I belikan
Amani soft toys. Bagi dia main-main. So nampaklah perubahan baik di situ. Dia
leka bermain sampai lah rumah, fuhhhhh!
Pastu, 6 months and above, Amani dah makin okey. Sampai satu
tahap, dia dah boring dengan soft toys dia, I bagi dia main benda lain pulak. I
bagi car, lorry, lego dan lain-lain. Senangnya Amani ni sebab dia jenis tak
membuang. So takde lah bersepah-sepah or ibu kena kutip banyak kali bagi kat
dia semula. Dia akan main sampai ralit. Bila dah makin besar ni (8 months and
above), kadang-kadang takde mainan pon takpe. Agaknya sebab dia dah suka
pandang ke luar pandang tengok real car, real lorry kot. Ntah. Tapi memang senang
lah. Lebih-lebih sebab I ni memang selalu outing berdua dengan dia. So dia tau,
every time masuk kereta, dia nak gi jalan-jalan dengan ibu. Hehehe.
Now, 11 months old, berganda-ganda lagi senangnya. Masuk je
kereta, dia tau dia mesti duduk carseat. Bila I strap je, dia layankan aje. Pastu
masa travel, i layan dia bercakap. Amani dah pandai tiru orang bercakap. Like I
said, aaaatooookkkk, she will reply , tookkkkkkkkk tok. I said, no no nooooo! She
will reply, na na na, sambil buat tangan macam nonono tu. Kalau I sebut
Amboiiiiii, dia akan jawab, ammmm mooooo. Kalau cakap taknak, dia cakap
naknakkkk. Kalau cakap takde, dia jawab dakkkdeeeeee.
So far I rasa perkembangan Amani ni cepat la jugak. Berjalan
masa 11 bulan. Mula meniru orang bercakap masa 10 bulan. Atok Amani cakap,
perkembangan Amani seiring. Takdelah berjalan dulu, bercakap lambat. Tapi I tak
reti nak compare sebab dia kan seorang, tak tau nak compare dengan siapa.
Back to carseat entry, begitulah ceritanya.
So far I puas
hati sebab pertama, Amani lenjan habis carseat dia. Berbaloi-baloi beli. Kedua,
carseat Anakku ni boleh full recline, Amani kalau tidur memang selesa lah. Tak
nampak dia tidur duduk, memang nampak baring. So carseat Anakku, recommended. So carseat memang benda
wajib kalau travel. Ke mana sahaja kami akan bawa. Kalau jalan-jalan, Amani
tertidur, memang I takkan pangku dia. Carseat yang akan bekerja. Hehehe. 10kg
nak pangku, cramp wehhhhh. Lagipon I rasa lagi selesa dia tidur kat carseat. Ntahlah,
itu pendapat I, hehehe.
Thursday, August 22, 2013
Aisha Amani dan baby cot
As salam semua! Happy working yeh, Hehehe. Esok kan dah
jumaat, lepas tu cuti! Okeylah, kali ni nak story pasal baby cot.
Masa mula- mula beli baby cot dulu, Amani baru 6 bulan dalam
perut kot. Beli masa warehouse sale kat Puchong, RM381 termasuk tilam. So far
memang murah la compare dgn kedai kan, tapi dari segi berbaloi ke tak tu tak
pasti lagi since I sendiri pon tak pasti Amani akan tido cot ke tak. Kalau beli
murah, tapi Amani taknak tidur situ, apa gunanya kan?
Baby cot ni I hias cantik2, jahitkan quilt, memang
semangatlah orang kata. Maklumlah tak sabar nak tunggu kehadiran si kecik. Hehehe.
Boleh la tengok ENTRY ni ye. Memang semangat betul I menjahit. Rindu zaman suka
DIY dulu-dulu. Kalau sekarang, baru je nak usik mesin jahit, ada je si kenit
mengekor kat belakang. Huhuhu.
Bila Amani lahir, memang tak guna lagi lah baby cot tu sebab
tak berpantang kat rumah. Almost 2 months br balik rumah sendiri. Pastu since
Amani breastfeed dan bangun malam almost 3-4 times, hasrat nak tidokan dia kat
baby cot lagi la menjauh, sebab ibunya malas sangat nak bangun angkat dia, pstu
risau dia bangun plak kan, hehehehe. Maka berhimpitlah kami 3 beranak.
Husband, jauh di hujung katil. Tidur memang statik habis, kalau tak confirm boleh jatuh katil. Pity my husband, huhuhu.
Husband, jauh di hujung katil. Tidur memang statik habis, kalau tak confirm boleh jatuh katil. Pity my husband, huhuhu.
Selepas 2bulan rutin camtu, Amani pon dah makin tido lasak, I
think I must take an action. Either I tidur berdua dgn Amani atas katil husband
tido bawah (LOL), or kena ajar Amani tido cot. Which one is better? Hehehe.
So I pon pikir lah solutionnya. Kalau ikotkan susunan asal
katil I dan baby cot, mmg kena bangun la untuk bf Amani, and I don’t prefer
that. So nak buat cemana eh? Husband bagi cadangan untuk attachkan cot dgn
katil, kena bukak pagar sebelah. So Amani still macam 1 katil dengan I sebab
kami tido attach, dan sama level. I pon setuju. Masa mula-mula tu, berjaya dalam
3-4 jam je, sebab katil tu kat sebelah kiri. So kalau Amani nak bf kat sblh
kanan, siap bf I akan biarkan je dia kat belah kanan i. Maksudnya I tak angkat
dia balik lah kat cot dia. I sangat malas nak bangun hehehe (pada masa tu).
Bila Amani dah makin besar, tido lasak, I gagahkan diri utk bangun angkat dia
balik ke cot dia. So far dia okey je, tak terjaga pon. I plak dapat my own
space with husband. No more sempit-sempit-tido-statik.
Hehehe, So after all the ‘hard works’, now Amani sangat
selesa dengan cot dia. Banyak aktiviti I lakukan kat cot dia. Sebab nak bagi
serasi dengan dia kan. Siang pon tido cot, malam pon sama. Tengok tab pon atas
cot. Main pon kadang-kadang atas cot bila I nak bermalasan dan taknak lepak kat
luar. Cuma makan tak pernah lah. Hehehe.


I happy, husband happy, Amani pon happy!
Pertanyaan di awal-awal tadi, berbaloi tak beli cot? I can
say, worth every penny!! Yeayyyyy!
So untuk mom-to-be di luar sana, kalau plan nak beli babycot
untuk anak anda, pastikan guna ye. Kalau tak membazir je. Paling penting kena
train.
Macam Amani, dia memang di train tido cot, duduk dalam carseat, duduk
stroller, berbabywearing dgn ergo. Semua pon boleh! Nanti I buat entry pasal
carseat dan stroller/ergo ye!
Especially for you, readers! Till then! Love you all.
i n t a n o r a z a m
Especially for you, readers! Till then! Love you all.
i n t a n o r a z a m
Friday, August 16, 2013
Dapat 'kaki'
Selamat Hari raya Aidilfitri untuk semua! Raya kali ni
sebenarnya sedih sangat sebab first time tak beraya dengan ayah tersayang.
Huhuhu, rindu sangat. Kat rumah menangis, kat kubur pon menangis. Lagipon I memang
rapat dengan ayah I tu, so jangan lah tanya kenapa air mata ni laju je
mengalir. Kadang-kadang terasa macam dia ada je lagi bersama kami, huhuhuhuhu. Bayangkan
lah, sebagai anak bongsu dan manja, pada umur 15tahun, ayah I masih mampu dukung
anak dia yang seorang ni. Rindu kenangan dulu, kenangan terindah. Huhu.
Nasib baiklah ada Aisha Amani, pengubat kerinduan. Telatah
dia mencuit hati, lebih-lebih lagi bila raya kali ini Amani dah dapat kaki!
Yeayyyyy!!! Genap 11 bulan pada 29 Ramadhan hari tu, Amani dah berjaya berjalan
terkedek-kedek. Sebelum ni memang dah dapat 7-8 tapak, tapi bila terjatuh, dia
terus merangkak. Tapi kali ni, dia akan bangun dan berjalan balik. Dua tiga
hari selepas tu, dia mula manapak laju. Makin tegap. Dah tak jatuh dah. Hehehe.
I am a happy mom of course. Bangga tau!
Ramai yang kata dengan badan Amani yang bambam tu, dia akan
lambat berjalan. Tapi tekaan itu dapat disangkal. Amani sangat kuat okey! Dengan berat 10kg, genap 11 bulan dah
berjalan, mungkin ini penangan susu ibu mungkin? Hewhew.
Selamat hari raya Aidilfitri dari kami sekeluarga!
Amani masam sebab tengah kusyuk tengok budak main bunga api.
Abaikan pipi i yang makin tembam tu, hahaha.
Friday, July 19, 2013
Baju Raya Kami 2013
Hai, arini nak update preparation raya! Hehehe. Takdelah
update besar-besaran pon. Cuma nak share baju Aisha Amani yang telah berjaya
dijahit oleh ibunya ini. Hehehe. Actually I memang pandai menjahit baju kurung.
Tapi untuk pakai sendiri jela kan. Ni first time buat baju orang lain (padahal
anak sendiri kan).
Nak mengukur baju anak, mak aihhh susah gila. Kita ukur, dia
sibuk nak tarik measuring tape la, lari sana sini. Hehehe. Tapi nasib la buat
baju kurung ni ukuran yang nak diambil tu tak banyak mana. Hehehe. So lepas
confident dgn ukuran yang diambil tu, terus potong kain. Baju ni I buat
betul-betul muat size Amani je, takde la pikir untuk simpan pakai setahun pon.
Hahaha. Sebab kalau besar sangat kesian kat Amani nanti susah nak bergerak.
Lagipun tak comel la baju besar-besar ni kan. Heh!
Tema kami tahun ini adalah Fushia. Warna pilihan i. Nasib la
dapat husband yang tak kisah. Kalau soft pink pon, okey pada dia hahaha. So I decide
baju kami (both me and husband) sedondon, dan Amani biar yang bercorak. Kang
kalau I dgn Amani pakai corak yang sama, bila bergambar riba Amani, dia nampak
muka je hahaha, yang lain tenggelam.
So ke kamdar lah I Jumaat minggu lepas. I pilih kain jenis satin
cotton untuk Amani, biar selesa pada dia. Kain ni lebih lembut dari English cotton,
sejuk sangat. Kain tu I beli 6m, rasanya nak buat gak sepasang untuk I dari
kain yang sama, tapi bukan lah untuk pakai raya, pakai kenduri la heheh.Mana-mana
orang yang kenal I, I mmg penggemar kurung cotton. Jarang la baju liplapliplap berbatu
bata ni. Renyah dan kena berjaga-jaga bila nak pakai hehehe. Cotton ni senang,
kedut pon takpe. Nama cotton. Dasar pemalas haihhh. Hahahahahahahahaha.
So ini I share baju raya kami ye. Baju I dan husband, I beli
di Gene Martino je, latest collection kononnya. Kain tenun bersulam emas
(Jalur-jalur je). Cantik sangat kain ni, Sekali pandang mcm songket or thai silk. Bila
pakai cantik terletak. So terus beli walaupon masa tu belum dapat bonus raya!
Hahaha.
Ini plak hasilnya. Perfectly fit her yeayyy. Labuh baju, labuh kain, bahu, lengan, memang terletak. Sukanya. Bila si anak pakai cantik, ibu yang senyum lebar sampai ke telinga! Yeayyyy dah boleh bergaya di pagi raya! Hehehehe.
Ini plak masa mula-mula nak potong kain baju Aisha Amani. Saje amek gambar. Teaser la konon pastu upload kat instagram (intanorazam). LOL! Sekarang semua nak upload instagram. Hahaha. Ibu moden betul!
Comel tak Kak Ton? Hehehehe.
Till then,
i n t a n o r a z a m
Subscribe to:
Posts (Atom)











































