Followers

Wednesday, September 28, 2011

My so-called Pelamin DIY sudah siap!


Selepas berpeluh-peluh memanjat, memaku, memasang backdrop, menggubah bunga, dan lain-lain akhirnya pelamin DIY sudah siap! Cantik tak?

I sangat puas hati, tersenyum sorang-sorang. Hasil seperti yang dibayangkan, ALHAMDULILLAH!

Tuesday, September 27, 2011

DIY: Vvip centerpiece cum hiasan bilik pengantin


Inilah VVIP centerpiece, takde teaser dah, tunjuk je terus jela. Centerpiece ni letak berderet kat katil dulu, so boleh la jadi hiasan bilik pengantin untuk majlis akad nikah. Esoknya baru keluarkan dan deco kat meja VIP, jimat kan. I tak buat banyak pon, ada 5 je semuanya.

Botol i beli kat Seoul Korea, 2000won harga dia, which is RM6. Tapi masa beli memang tak convert dah, kalau convert mesti rasa mahal, bunga plak guna artificial sahaja, RM5.90 untuk sejambak. Masa beli tak tahu nak buat apa, tapi sekarang rupanya ada guna gak botol comel ni.

Plan i nanti nak letak air kaler green dalam botol tu, which is akan enhance lagi botol tu. Masa beli botol ni bekas die plain je, so i wrap botol dengan ribbon dan ikat juga ribbon kiri dan kanan bekas.

Abaikan katil i yang penuh kotak tu, doorgift belum settle lagi. InsyaAllah lusa baru packaging semua. Badan sangat penat, hanya ada i, ayah dan emak di rumah. Kakak-kakak belum balik, jumaat insyaAllah. Diorang ada tanggungjawab masing-masing, so kenalah faham. Nasib baik ramai jiran datang membantu, alhamdulillah~

So dah nampak kan bilik pengantin sikit2 kan, simple je. Plain backdrop, ada hanging flower sikit, dan ada dua jambak bunga kiri kanan katil. Puas hati sebab buat sendiri, dan yang penting, jimat dan cantik!

To be honest, majlis i sangat la simple. Jemputan pon tak ramai, dalam 800-1000 orang sahaja. Lagipun buat kat kampung je. Memang i tak mampu nak deco semua sampai cantik-cantik, maklumlah i takde vendor pon, huhuhu. Hanya sekadar termampu. Tapi insyaAllah, mane part yang boleh i detailkan, i buat juga sikit-sikit. Kalau tengok real, alahai simple sangat. Tapi itulah taste i, truly me  as INTAN NORAZAM~


3 hari lagi sebelum majlis nikah, wish me luck k. Hugssss n kissessss from me, INAL~

Monday, September 26, 2011

5 Days To Go



LIMA hari lagi.
Terlalu banyak kerja yang tertangguh, harap-harap semua berjalan lancar 
dan selesai sebelum hari BESAR.
Penat tak terhingga, nasib baik ada emak dan ayah yang SANGAT membantu.

Ya Allah, Kau permudahkanlah semuanya, hanya kepadaMu aku berserah, amin~



Thursday, September 22, 2011

Saya nak pelamin simple macam ni

Congrats to Suraya HotFM~

9 Days to go

9 days to go.

Wordless. 

Kenapa bila nak dekat kawin ni kerja office tiba-tiba bertimbun? Selalunya free boleh layan fb, ym, twitter etc  but now, i am running out of time. 

Sorry kepada mereka yang message di Pingbox, email dan fb, dah tak terlayan. Siapa yang nak tempah or baru nak bertanya berkenaan fabric hand bouquet, maafkan i if terpaksa menolak tempahan korang, maklumlah kadang-kadang tarikh tu terlalu dekat dengan majlis i sendiri atau full slot. 
(November & Disember dah full slot)

Kepada mereka yang sudah berjaya menempah, insyaAllah itu adalah REZEKI tapi selepas 8hb (selepas majlis i), tolong la remind me back. Takut sangat terlepas pandang, huhuhu. I bukan buat business, sekadar membantu sebab ramai B2B yang berkenan fabric hand bouquet tu, so tolonglah faham ye. 

I cuba nak merealisasikan impian korang dan i berharap korang pon akan menyenangkan hati i juga. Nak tanya pun biarlah beradab, huhuhuhuh. Kita kan orang melayu, budi bahasa budaya kita. 
Orang baik insyaAllah i pun akan baik juga.
*mood stress dengan seseorang.


Doakan yang baik-baik aje~

Sunday, September 18, 2011

Update: 17 September & Diy Pelamin

Ramainya orang kawin minggu ni kan? I ada 4 invitation tapi hanya 2 jemputan yang termampu hadirkan diri. Apa-apa pun, i doakan yang terbaik dan kebahagiaan kepada kesemua mereka, yang mana i tak dapat hadirkan diri, i iringkan dengan doa ye, amin!

gambar bersama Kina, Nora, Sarah and Aliza

Ni i compile sikit gambar wedding put dan dyll, curi daripada nora, kamera i takde, lupa nak bawak, huhuhu.

And wedding progress? Okeyla, not bad. 13 days to go. Semalam ada mesyuarat sikit kat rumah, daripada persatuan-persatuan yang ayah dan mak i masuk, membincangkan pembahagian kerja, menu, lauk berapa kawah, dan sebagainya. Terasa nervous sekejap, insyaallah majlis i nanti kami akan berewang dan memasak beramai-ramai. Doakan yang terbaik okey?

Itu part parents, progress i pulak macamana? DIY-ing my own pelamin, agak-agak menjadi tak? Bahan-bahan semua dah ada, so let’s do it bebeh! So tadi kul 12pm i start gunting kain, memotong kayu, memaku dinding, memanjat tangga, menggantung kain backdrop, menutup tingkap dgn kain hitam disebelah luar (utk hilangkan cahaya masuk), menggubah bunga pada candle lantern, dan macam-macam lagi. 45% done, puas hati. Yeahhhhh.

Perlu teaser tak? Yes!

45% progress

Color combination, offwhite, yellow, and a bit soft pink. Baju i nanti warna peach, sesuai tak? 
Pastel color I like!

Wednesday, September 14, 2011

Adriani Vs Me

I selalu berangan nak wedding camni. Kebetulan theme color mcm ada iras-iras dengan wedding theme saya. So bila tengok gambar si gorgeous Adriani ni, boleh tersenyum sendiri berangan konon-konon I la yang tersenyum cantik dalam gambar tu. 

"Color theme untuk bride n bridesmaid sama lah Adriani, tapi baju u lagi meletop! I like like like"



Hakikatnya, wedding I takdelah secantik ini, nak buat kat hotel, nan ado! Duit tak cukup. Baru plan nak buat kat Mercu View Resort pon dah kena bangkang dengan emak, katanya I anak bongsu, better buat kat kampung, biar saudara mara, jiran tetangga senang nak datang, tak sesat. 

Walaupun jauh di ceruk, panas bontot jugaklah baru sampai, hahahaha. Jadi I redha, buat kat kampung kan lebih meriah, ada rewang, masak sendiri. So, i’ve to accept it, buat apa nak meroyan lebih-lebih. Asalkan dapat kawen pon cukup lah!

But, I am still considering few things, biarlah I puas hati, tak dapat 100% impian I, dapat 20% pon cukup lah! And kadang-kadang idea I susah orang nak faham, kena bertekak bertegang leher baru diorang terima. Nak belikan anak-anak saudara baju cotton polkadot warna-warni pon kena tunjuk contoh previous real wedding dulu pada family baru approve. Baju mak dan kakak-kakak kena glamor (highlight disitu), kasi berseri-seri je diorang nanti.

Tapi Alhamdulillah, everything turns well.

Nikah:
Bride: Pearl color/cream
Bridesmaid:Soft Green
Family: Green

Bersanding
Bride: Peach dress Empire Cut Cutting
Bridesmaid: Yellow corn Dress
Sibling n mum: Dusty Pink Lace & peach satin.
Nieces: Cotton Polka dot (peach, purple, turquoise, green, brown, and yellow)
Family: Red

Untuk bertandang, my family decide nak pakai torquise. I plak tak tau lagi wedding dress nya cemana sebab belum siap, fitting pon belum lagi. Since bertandang will be 2 weeks after, I macam releks je dulu. Hehehehe. Settlekan satu-satu.

Alamak entry dah over panjang, so I nak hidangkan baju bersanding yang dah siap beadings, konon nak buat 3D flower, tapi tak sempat dah. Apa yang ada jelah, redha!!! 17 days to go, takyah teaser dah. Hehehehe.

kualiti kamera telefon

TAILOR: UJI's COLLECTION
BEADINGS: DIY by me, wink~

Tuesday, September 13, 2011

Meja Beradap: DIY Centerpieces



My DIY centerpieces. Comel tak, Saje pilih vintage sikit, yang penting bunga mengikut tema. 
I takde proper backdrop untuk meja beradap, maklumlah takde vendor pon. Ingat nak gantung beberapa deco DIY sendiri je untuk backdrop, dan beberapa deco atas meja, kasi detail sikit. 
Harap-harap menjadi la..hehehehe. 
Doakan yer~

Thursday, September 8, 2011

Handbouquet Wave

VAlhamdulillah, 3hb September lepas ada 4 pengantin baru yang guna my handbouquet for their Bigday. Tapi baru seorang je yang update. Takpela mesti masing-masing busy kan, still dalam mood pengantin baru.

“Wish them lots of love, petals of happiness, and lovely marriage life, amin!”

Okey! Meh tengok si gorgeous Emi Fadhilah dengan HB Felt pilihannya.


Ada lagi HB kat rumah belum dipos, maafkan saya. Will do will do~


Tuesday, September 6, 2011

From this simple plain wedding dress


I hope and pray, it will turn to something “stunning and different”.

It took me like two weeks to start this, blame the mood and finally today, I am so force to DIY-ing my own wedding dress due to the time constraint and busyness. 25 days to go to the W-day wooootttt wooooooottttt!

But, also.. I have to finish up few hand bouquets by end of this month. Oh my!


beadings in progress: 40%

Wish me luck!






Saturday, September 3, 2011

Selautan Doorgift Box FREE


Doorgift box for kids.

Ini la dia box FREE yang Myonecard bagi tu, (semata-mata sebab tunggu kad siap selama 2jam). Selain tu, i dapat extra 2 more buntings. Berbaloi aihhhhh kalau dapat camni, 4jam pon i boleh tunggu!!
Padahal gi meet up friends and shopping dulu, syhhhhhh ini rahsia kita.

Boss dia kata bagi 100 pieces je, bila dah lipat semua, rupanya ada 278pieces. Alhamdulillah~
Macam terlebih plak, lagipun nak bagi budak-budak je. So nak simpan separuh untuk majlis menyambut menantu nanti, biarlah bersederhana kan.

Selamba je lipat kotak atas comforter, maaf mak!



Last but not lease, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...