Followers

Tuesday, April 10, 2012

Bukan nak mengaibkan sesiapa

Ya Allah, banyaknya dugaan sehari dua ni.

Entry ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, cuma untuk memberi pengajaran kepada mereka yang berkenaan; agar lebih menghormati hak orang lain khususnya.

Agak terpempam saya semalam apabila melihat HB buatan sendiri digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan/membuat bisnes sendiri.

Tidak salah kalau mahu berbisnes, kerana saya sendiri ada berkongsi tutorial fabric HB tersebut di blog. Boleh refer entry INI. Tapi adalah lebih baik kalau beliau cuba membuat tutorial tersebut dan menjual hasil kerja beliau sendiri. Kan itu lebih bermakna daripada meng'upload' hasil kerja orang lain dan mengaku itu kepunyaan beliau? Hampir kesemua gambar yang diupload bukan dari hasil kerja beliau sendiri. Sebahagiannya daripada saya, dan sebahagian lagi daripada Filmshoartifact. Kalau lah pihak Filmshoartifact juga tahu tentang perkara ini bagaimana?

Sejujurnya, saya sedih. Perkara seperti ini memang selalu berlaku, bukan pada saya sahaja, malah pada orang lain juga. Tidak kah mereka merasa seperti mencuri? Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada mereka sendiri, apakah tindakan terbaik yang akan dilakukan?

Ini adalah bukti-buktinya, hanya sebahagian sahaja kerana saya tidak dapat mengakses keseluruhan fb page tersebut.







So, saya rasa saya berhak mendapat hak saya semula. Jadi saya pon PM beliau.


Assalam NF,

Sorry menggangu, saya just nak tanya semua gambar yang awak upload tu gambar HB saya kan? Huhuhuhuh. 

Saya tak kisah if awak nak buat bisnes yang sama, cuma tak perlu lah upload gambar hasil kerja saya, kan LEBIH BAIK jika awak upload hasil kerja awak sendiri, hasil seni tangan masing-masing kan berbeza..mungkin hasilnya lebih cantik daripada saya..

Selain awak, ramai lagi yang buat fabric hand bouquet ni tapi diorang PM saya dan tanya boleh x nak buat buat bisnes yang sama, and i said yes! saya tak pernah nak halang if orang nak buat bisnes yang sama, cuma if kalau sampai upload hasil kerja saya, itu dah over the limit dear. 

Saya berharap awak boleh remove semua gambar cover photo, profile photo, dan semua gambar HB saya yang berkaitan. 

Kerjasama awak sangatlah dihargai.

Intan Norazam.



Surat cinta saya buat si 'DIA'.

Malas nak komen banyak-banyak, malas nak taip panjang-panjang. Cuma berharap semoga Allah menunjukkan beliau jalan yang benar. Amin!



Your truly,

i n t a n o r a z a m



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...