Followers

Monday, January 24, 2011

Zaila, i love your entry!

Baca ni dari blog zaila. I rasa sangat berguna untuk i sendiri ataupon orang lain. Thanks zaila! muah! So maaflah zaila i copy u punya entry, tapi gambar i deletekan ye dan edit sikit,. hehehe. So kita sebar2kan la,. untuk panduan semua B2B!

Tarikh
Selepas bersetuju untuk hidup bersama, cari tarikh yang sesuai yang cukup untuk anda dan pasangan mengumpul duit bagi menempuh majlis perkahwinan yang tentunya memakan belanja yang agak besar. 

.   Lokasi
Terpulanglah kepada kemampuan anda dan keluarga. Jika budget besar, boleh diadakan di hotel atau kelab yang ekslusif tetapi jika budget hanya sederhana, adakanlah di rumah atau dewan yang harganya berpatutan.

    Mas kahwin dan Wang hantaran
Mas kahwin adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan di negeri masing-masing manakala wang hantaran ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan. Sebaik-baiknya berbincang dan ikutlah kemampuan pengantin lelaki. 

Cincin Perkahwinan
Berpakatlah dengan pasangan anda untuk memilih cincin/barang mengikut kemampuan. Tak salah pilih cincin emas kuning jika itu yang termampu oleh pasangan. Jangan pula untuk memaksa mendapatkan cincin berlian semata-mata mahu kehendak anda dipenuhi. Tapi kalau si dia nak bagi, terima saja ya. Rezeki jangan ditolak.

Baju bersanding
Biasanya baju pengantin untuk majlis bersanding hanya dipakai sekali sahaja jadi tak munasabah untuk kita membelinya dan menjadikannya sebagai koleksi peribadi. Untuk kenangan abadi boleh lah dibeli, mengikut kemampuan ya.

Bunga telur/Cenderahati
DIY sendiri akan menjimatkan kos yang sedia ada. Tidak terlalu susah jika ada usaha dan kemampuan kan. Boleh hasilkan sesuatu mengikut kreativiti dan mencipta kepuasan masing-masing. 

Pelamin
Buat tinjauan dari pelbagai butik dan sesuaikan dengan budget anda. Dapatkan quotation dan buat pilihan bijak dengan melihat pakej ekonomi, atau gabungkan majlis untuk mendapat harga yang lebih berpatutan.

Make up
Jika anda hanya mengambil pakej solekan dan dandanan sahaja, sudah tentu harga agak mahal. Apa kata anda rangkumkan dengan pakej pelamin, busana, dan aksesori. Sudah tentu pakej yang ditawarkan juga menepati budget anda.

Photography
Utamakan budget untuk gambar dan rakaman majlis perkahwinan anda kerana ia hanya akan berlangsung sekali seumur hidup. InsyaAllah. Pastikan anda memilih jurugambar yang tepat supaya dapat merakamkan saat manis anda berdua, serta kemeriahan majlis tersebut.

Sesiapa boleh tolong tak?

I’m going to China this coming April. Yeay! Tapi ada sesiapa boleh tolong I tak? Advise me on visa application, huhuh.
  1. Patut suruh travel agen uruskan ke? Cost RM80 per person. Murah ke mahal?
  2. Berapa price rate if apply sendiri? Boleh buat in group x?
  3. Kat mana link if I nak download Visa Application form? Dah try bukak china Embassy tapi tak jumpa. Sad.

Unlucky me, tak pernah lagi travel Negara yang memerlukan visa, so I am blur and unhandled. Sesiapa boleh tolong tak?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...