Followers
Wednesday, October 19, 2011
Sunday, October 16, 2011
Wednesday, October 12, 2011
Monday, October 10, 2011
Reveal MUA: AzieCunz
Hai sayang,
Sorry la tak dapat nak update cepat-cepat. Maklumlah weekend lepas ada family day husband, plus mengemas rumah, memang takde masa nak blogwalking, facebook pon buka jarang-jarang untuk reply komen orang sahaja.
Huhuhuhu, I sangat gembira bila dapat feedback yang baik dan pujian yang menggunung di atas my DIY wedding day, sangat terharu rasa-nak-peluk-korang-kuat-kuat. Tetapi I sangat sedih juga sebab I tak dapat nak balas email korang-korang semua buat masa sekarang. I harap semua orang bersabar, I sangat busy dengan kerja office yang bertimbun, dan dengan majlis bertandang yang akan berlangsung hujung minggu ini (15hb Oktober 2011), memang I tak menang tangan. I cuba untuk menjadi yang terbaik di luar, dan di alam maya (internet), insyaAllah.
I akan cuba reply semua okey, I will ! I will! I will!
Kepada mereka-mereka yang tak putus-putus bertanya pasal HB, I rasa sangat sedih untuk bagitau tempahan dah ditutup, I rasa I dah announce lama dulu, sorry okey! 2012 slots pon I tak buka lagi, Harap korang semua faham keadaan I, I bukan wedding planner, I just nak menolong apa yang patut sekadar yang termampu, huhuhuhuhuh.
Okeyla I taknak bermood sedih lama-lama, seperti dijanjikan I nak review pasal my beloved MUA.
I sangat suka dua-dua makeup I, nikah dan bersanding. Dua-dua ada keistimewaannya yang tersendiri. Untuk nikah, I nak makeup yang nampak yang natural dan suci. Sesuci majlis nikah itu sendiri, I didn’t request for any color/style, bagi kebebasan kepada my MUA untuk merias muka I seadaanya.
Paling penting, I taknak cukur kening!
So ini lah hasilnya untuk makeup nikah:
Untuk majlis bersanding pula, I nak makeup yang lebih heavy dan menonjol. Hari bersanding agak kelam kabut sedikit since I ade majlis khatam Quran pada sebelah pagi, tapi my MUA berjaya merias wajah I menjadi cantik (perasan) walaupon masa yang sangat terhad. I dah risau makeup I tak sempat siap, memandangkan rombongan lelaki akan sampai pada 1215pm. Cepat kan, maklumlah, majlis di kampung memang mula awal, habis pon awal. So kena la ikot keadaan semasa, Peek hour pukul 1230pm. Tapi alhamdulillah sempat bersiap tepat pada masanya, still under control~
Apa yang paling I puas hati, product yang kak Azie gunakan mostly from MAC termasuklah fake eyelashes, makeup sangat tahan lama dan flawless walaupon muka I berlubang-lubang ada bekas jerawat. Yang penting dalam gambar nampak cantik dan berseri.
Walaupon I nangis macam banjir kilat masa nikah, makeup tetap tidak berubah/ rosak. Loike loike loike!
Last but not lease, korang nilai la sendiri ye, I malas nak puji lebih-lebih nanti korang kata I perasan-san-san! Kak Azie memang I recommend two thumbs up! Makeup pon lembut je, tak rasa rimas langsung. Kak Azie memang terbaik!
Plus, kak Azie memang biasa makeup untuk event artists terutama KRU productions ( Sori kak Azie kalau tersilap promote). Tak percaya boleh tengok sendiri kat blog beliau:
Plus, kak Azie memang biasa makeup untuk event artists terutama KRU productions ( Sori kak Azie kalau tersilap promote). Tak percaya boleh tengok sendiri kat blog beliau:
Thursday, October 6, 2011
Nikah: Review diy Veil
Haiiiiii~
Sori dah lama tak update blog. Entry pertama sebagai PUAN intan. Hihik~
Hari ni first day bekerja, tapi takde mood sangat. Asyik tengok gambar kat facebook je. Tersenyum sendiri sorang-sorang. To be honest, I am super proud of myself, Alhamdulillah semua DIY menjadi terutama pelamin, bilik dan khemah. Penat lelah terasa berbaloi walaupun sakit pinggang memanjat etc. Nanti I review satu-satu k.
For now nak review pasal nikah dulu. Ramai yang request pasal Veil Nikah. Suka kah?
Veil nikah ni 100% design and beadings by me. Idea pon I sendiri-sendiri je, rasanya semua dah pernah tengok entry INI dan INI. Tapi masa tu tak review semua la kan, nanti basi pula.
Okeylah, veil ni terdiri dari 3 komponen utama sebenarnya iaitu Veil, shawl RM10 dan dua keping lace yang sudah di patch (untuk bahagian muka). Sori gambar takde sebab dah hantar dobi, so korang buat paham-paham sendiri jela ye, ampun!
So first of all, I pakai shawl tu macam biasa aje, pastu lekatkan lace yang di patch tadi dikiri dan kanan bahagian muka dan pinkan kemas-kemas. Kemudian letakkan veil dalam kedudukan selesa dan pinkan. Mudah dan ambil masa 3 minit sahaja, cepat kan.
Selepas siap, baru pakai lipstick, DONE! I’m ready for the Akad, ececeh~
Nak tengok hasilnya?
Okey tak hasilnya,sesuai dengan muka?
Selepas ini makeup nikah, setuju?
Sunday, October 2, 2011
Wednesday, September 28, 2011
My so-called Pelamin DIY sudah siap!
Selepas berpeluh-peluh memanjat, memaku, memasang backdrop, menggubah bunga, dan lain-lain akhirnya pelamin DIY sudah siap! Cantik tak?
I sangat puas hati, tersenyum sorang-sorang. Hasil seperti yang dibayangkan, ALHAMDULILLAH!
Tuesday, September 27, 2011
DIY: Vvip centerpiece cum hiasan bilik pengantin
Inilah VVIP centerpiece, takde teaser dah, tunjuk je terus jela. Centerpiece ni letak berderet kat katil dulu, so boleh la jadi hiasan bilik pengantin untuk majlis akad nikah. Esoknya baru keluarkan dan deco kat meja VIP, jimat kan. I tak buat banyak pon, ada 5 je semuanya.
Botol i beli kat Seoul Korea, 2000won harga dia, which is RM6. Tapi masa beli memang tak convert dah, kalau convert mesti rasa mahal, bunga plak guna artificial sahaja, RM5.90 untuk sejambak. Masa beli tak tahu nak buat apa, tapi sekarang rupanya ada guna gak botol comel ni.
Plan i nanti nak letak air kaler green dalam botol tu, which is akan enhance lagi botol tu. Masa beli botol ni bekas die plain je, so i wrap botol dengan ribbon dan ikat juga ribbon kiri dan kanan bekas.
Abaikan katil i yang penuh kotak tu, doorgift belum settle lagi. InsyaAllah lusa baru packaging semua. Badan sangat penat, hanya ada i, ayah dan emak di rumah. Kakak-kakak belum balik, jumaat insyaAllah. Diorang ada tanggungjawab masing-masing, so kenalah faham. Nasib baik ramai jiran datang membantu, alhamdulillah~
So dah nampak kan bilik pengantin sikit2 kan, simple je. Plain backdrop, ada hanging flower sikit, dan ada dua jambak bunga kiri kanan katil. Puas hati sebab buat sendiri, dan yang penting, jimat dan cantik!
To be honest, majlis i sangat la simple. Jemputan pon tak ramai, dalam 800-1000 orang sahaja. Lagipun buat kat kampung je. Memang i tak mampu nak deco semua sampai cantik-cantik, maklumlah i takde vendor pon, huhuhu. Hanya sekadar termampu. Tapi insyaAllah, mane part yang boleh i detailkan, i buat juga sikit-sikit. Kalau tengok real, alahai simple sangat. Tapi itulah taste i, truly me as INTAN NORAZAM~
3 hari lagi sebelum majlis nikah, wish me luck k. Hugssss n kissessss from me, INAL~
Monday, September 26, 2011
5 Days To Go
LIMA hari lagi.
Terlalu banyak kerja yang tertangguh, harap-harap semua berjalan lancar
dan selesai sebelum hari BESAR.
Penat tak terhingga, nasib baik ada emak dan ayah yang SANGAT membantu.
Ya Allah, Kau permudahkanlah semuanya, hanya kepadaMu aku berserah, amin~
Thursday, September 22, 2011
9 Days to go
9 days to go.
Wordless.
Kenapa bila nak dekat kawin ni kerja office tiba-tiba bertimbun? Selalunya free boleh layan fb, ym, twitter etc but now, i am running out of time.
Sorry kepada mereka yang message di Pingbox, email dan fb, dah tak terlayan. Siapa yang nak tempah or baru nak bertanya berkenaan fabric hand bouquet, maafkan i if terpaksa menolak tempahan korang, maklumlah kadang-kadang tarikh tu terlalu dekat dengan majlis i sendiri atau full slot.
(November & Disember dah full slot)
Kepada mereka yang sudah berjaya menempah, insyaAllah itu adalah REZEKI tapi selepas 8hb (selepas majlis i), tolong la remind me back. Takut sangat terlepas pandang, huhuhu. I bukan buat business, sekadar membantu sebab ramai B2B yang berkenan fabric hand bouquet tu, so tolonglah faham ye.
I cuba nak merealisasikan impian korang dan i berharap korang pon akan menyenangkan hati i juga. Nak tanya pun biarlah beradab, huhuhuhuh. Kita kan orang melayu, budi bahasa budaya kita.
Orang baik insyaAllah i pun akan baik juga.
*mood stress dengan seseorang.
Doakan yang baik-baik aje~
Subscribe to:
Posts (Atom)














