Followers

Thursday, November 3, 2011

Sue

Thanks you sue for this lovely entry, I LOVE YOU so much!

"I regret sgt2 x dpt nak g wedding my besties si gojes azam@intan, last two weeks..when I see the picture..homaigod..It's dream come true wedding..everytin is sooooo shweeeettt...I love every single thing about her wedding and I know every single thing itu adalah titik peluh azam...berbaloi2!!"

Rasa nak nangis, rasa nak peluk kuat-kuat!


And i love the gift so much! 
Bukak je terus tersenyum, thanks Sue, ko memang tau taste aku kan!

Kalau nak baca, boleh la KLIK sini ye. 


Hand bouquet: Aliza Johan


Yang ni unik sikit, ada butterfly!

Comel kan, pengantinnya yang nak, so harap-harap HB ni menepati la citarasa cik Puan Aliza Johan.
HB ni buat last min, sebab kesibukan diri, hantar kepada pengantin pagi kenduri. Gamble je kalau lah jadi apa-apa, kesian pengantin takde bunga tangan, tsk tsk '_________'

* ni semua tempahan sebelum i kahwin ye, bukan bermaksud i dah open order tau. Minggu ni je ada empat HB kena siapkan, what a busy week! Pray for me, amin!

I asyik lapar sekarang, blamed the hormone! 
Or i am pregnant?

Too early kot!


Wednesday, November 2, 2011

Review : 'Our' Room

As salam,

Sori sangat, terlupa nak review pasal bilik pengantin, sebenarnya terlupa nak review dan takde gambar yang nampak full view of the room, so macam malu la nak review.

Bilik ni, fully DIY by me, alhamdulillah it turns gorgeous. I takde set katil baru, sobsob. Malas nak membazir since my room memang dah ada katil kahwin my sister dulu, and it's black color! Korang tau tak katil besi yang kerawang belakang tu? Macam tu lah! Tapi disebabkan i nak bilik yang nampak lebih modern look, i pon belilah katil baru (bukan set, katil sahaja) yang boleh match dengan almari dan meja solek sediada, dan semestinyalah black color. Hurrrrmmmmm, black is just so NOT me! Tapi asalkan modern, layankan aje.

So apa yang i buat untuk mencantikkan bilik tu?

Ini adalah hiasan di kepala katil, i recycle balik bunga masa bertunang dulu. Jimat lagi disitu.

 Nak tengok dulu cemana rupanya?
sila KLIK.


Ini la black chandelier yang i beli dengan harga RM148, murah kan? Ramai yang cakap cantik.
Cik Puteri pon ada beli satu selepas dia baca entry INI.

Bedsheet recycle yang bertunang dulu juga, offwhite bedsheet from AKEMI.

Terpaksa curi gambar dari bff sebab takde gambar lain yang boleh nampak full camni, thanks Dill!
(ignore katil yang nampak hantaran bersepah + cutting matt atas katil)

Backdrop belakang guna kain cream jenis jersey gred A, RM2.80 semeter beli satu gulung kat Kamdar, 
Di gantung oleh i sendiri dan dibantu oleh emak, gigih kan? 
Nampak tak doily paper kat atas backdrop tu, saje je tempek kasi cantik sikit area situ.

Pastu i ada gantung satu cermin besar kat dinding yang kosong, supaya dapat efek bilik lebih luas. Bilik i sangat kecik tau, masuk 4-5 orang dah penuh, huhuhuhuh. 

Nampak tak ada pomander ball tu, lebihan daripada bunga hantaran. 
I gubah jadikan bentuk macam telur dan gantungkan.

Last but not lease, me and me beloved sister yang banyak membantu dari awal wedding preparation sehinggalah selepas majlis. A part of my 'orang kuat'.
  (kena letak gambar besar-besar dengan harapan si kakak akan sayang adik lebih)

Ada beberapa lagi 'orang kuat' terhebat tapi tak sempat nak ambil gambar dengan diorang, sad.

Tengok belakang tu, i pinjam lampu IKEA kat rumah sendiri untuk mencantikkan bilik, lighting sangat penting untuk menjadikan bilik nampak romantik dan mewah (ececeh ayat!)


Impian i untuk dapat bilik pengantin idaman hati 95% berjaya! Siapa setuju?

Oleh sekarang masa nak promote sikit, sesiapa yang berminat dan berkenan dengan gambar solemnization i tu, boleh la contact Molkhan dan grab this deal!

Juga boleh review disini:



Tuesday, November 1, 2011

New Project

InsyaAllah,
Selepas sudah dapat membiasakan diri dengan kehidupan baru (as wife),
i nak launch project baru! 
GUESS WHAT?

GUESS WHAT

hurmmmmmmmm~


Sunday, October 30, 2011

30 October: Update

Asalammualaikum WBT,

Sejak sebulan yang lalu, blog saya hanya dipenuhi dengan gambar kahwin yang sangat banyak sehingga mampu membosankan orang yang membaca. Maafkan saya okay! Saya masih lagi obsess dengan perkahwinan sendiri. Oh yes!

Sudah hampir sebulan saya menjadi isteri kepada suami tersayang. Kehidupan selepas kahwin sangat membahagiakan walaupun kadang-kadang saya ter’malas’ membasuh baju, ter’lupa’ membuat air, ter’mengelak’ membasuh pinggan. InsyaAllah saya akan belajar untuk menjadi isteri 
yang lebih baik setiap hari.

Kesimpulannya, kehidupan selepas kahwin adalah AWESOME!

Kepada semua b2b yang ‘sangat banyak’ bertanya pasal handbouquet, untuk sekian kalinya dan dengan rasa rendah diri, saya nak announce tempahan untuk 2011 telah DITUTUP, sobsob. Tempahan dah terlalu banyak dan di luar kemampuan.. Saya taknak memjadi tamak, ambil tempahan terlalu banyak dan hasilnya tidak memuaskan hati. Yang mana saya tolak, jangan berkecil hati. 

InsyaAllah akan buka balik suatu hari nanti. InsyaAllah!

Kepada email yang belum berbalas, insyaAllah saya akan baca, maafkan kelewatan; saya hanya manusia biasa.

Saya doakan hari anda baik-baik ajer dan sentiasa bahagia! Amin!

Last but not lease, jom layan teratak baru kami. Our home sweet home. Barang rumah dah hampir complete, bilik tetamu pon dah ada, weeeeeeee~

Kalau perasan banyak barang yang recycle daripada my wedding haritu, guna balik kan lebih jimat. Hehehe.

TV kotak aje, belum mampu tukar LCD, insyaAllah one day

dulang hantaran yang berubah menjadi wall decoration

bunga orkid di pelamin nikah

bunga meja beradap

Ni cat asal rumah, tak sempat nak tukar cat lg. Asalkan nampak kemas, okeylah for now. Malas nak membazir. 

So dah nampak rumah saya, jemput la datang ke rumah. Dah berhias baru la tak malu la jemput kawan-kawan datang, hihihihik.

Sincerely,
Your Truly Intanorazam




Friday, October 28, 2011

Orang Kuat



Tanpa mereka, saya bukan siapa-siapa. 
Orang kuat disebalik majlis besar saya!

Cantik kan baju diorang? 
Cuma sedikit ralat sebab tak dapat nak ambil gambar banyak-banyak.
Nak kumpul semua memang tak dapat, ini pon 'CURI' gambar dari kamera diorang sendiri. 
Kalau diorang free, pengantin pulak busy.

But luckily, i have you all by my side~


I LOVE YOU ALL!

Tuesday, October 25, 2011

Fabric Ring


Kalau nak tukar angin taknak pakai cincin kahwin masa bersanding/bertandang, 
boleh la try fabric ring macam i ni..hehehehe~

Murah dan menonjol. hehehe.


Jangan bosan tengok i tempek gambar kahwin banyak-banyak, still in wedding mood, wink!


Hiatus

As salam,

Sayang-sayang semua, 

Banyak nak kongsi kat sini, tetapi masa terlalu mencemburui. 
Banyak nak share itu dan ini, tapi kekangan kerja tidak mengizinkan.

Maafkan saya ye. 

Nak tunjuk HB untuk cik Puan Aliza Johan (felt& butterfly) tapi kamera tertinggal kat rumah,
malam ini k! 

Last but not lease, meh tengok cik Puan Huda dengan fabric HB (small) ni~

Requested color: Shocking pink & Yellow
(i tambah color orange and peach)

Thursday, October 20, 2011

Reveal: Wedding Cake

Wedding cake, wedding cake!

Hampir-hampir I takde wedding cake sebab lupa nak tempah, cuti kawin dah start seminggu awal, memang tak dapat la nak order since wedding kan kat kampung, huhuhuh, mane la nak dapat fondant cake yang comel-comel-cantik-cantik untuk wedding I nanti, sobs!

Rasa nak meroyan tapi berlagak cool, call Juju lagi, dia kan tempat mengadu masalah, my savior! hehehehe. I cakap kat dia cari jela kek cemane pon designnya asalkan fondant, warna comel dan paling penting, boleh tempah 2 biji untuk majlis potong kek dan hantaran. I just lets juju decide for me since dia tau my taste and theme perfectly.

Akhirnya, one fine day, juju called me and said, kek sudah ditempah! Woweeeee! Suka! Design yang juju pilih memang menepati citarasa I, alhamdulillah~

Inilah kek untuk hantaran:

Ini pula kek untuk majlis potong kek:


Tapi cop! Final product bukan camni tau..i dah DIY felt flower kat kek tu, jadi camni lah hasilnya.


Comel tak?

Tengok expression muka Amira n Mimi, teruja diorang nak usik-usik kek tu, hihihik~


Wednesday, October 19, 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...