Followers

Friday, April 27, 2012

20 Weeks and counting

Masuk je 20 weeks, kaki dah mula kebas. Pantang duduk tergantung sikit, mula lah kebas semacam. Sakit pinggang? Belum lagi cuma kadang-kadang cramp semacam bila mengadap HB terlalu lama akibat bersila.
Overall, i dah berjaya menambah berat badan sebanyak 6.5kgs. Clap! Clap! 

Walaupun terasa badan makin berat, dagu makin berlapis, pipi makin tembam, tapi rasa selesa plak dengan perubahan ni. Sebab cakap dalam hati. ‘ Ibu gemuk sebab baby..’  Padahal mungkin semuanya lemak je sebenarnya, hohoho.

Dah lama minta dengan husband nak beli sandal baru. Tapi tak berkesempatan nak keluar berdua. Memandangkan husband masih busy dan tak dapat melayan kehendak I,  hari ni I shopping sorang-sorang. So dapat la beli sandal baru, menggantikan Bata comfit yang semakin tak comfort. Mula-mula nak terjah Scholl tapi designnya alahai tak berminat pula. Oldskol nya!

I pernah berangan nak beli Fitflop, tapi bila tengok harganya, telan liur kot! Rasa tak berbaloi pula walaupun dah nyaris-nyaris terbeli. Nafsu masih mampu dikawal. Fuhhhh fuhhhhh lega!
Inilah idaman hati I, cantik dan simple kan. Harga, tak berapa simple, jadi terpaksa reject.




Okey sambung cerita.

Jalan-jalan pergi mall usha sandal, terperasan 1 sandal new arrival, ada 4 color semuanya. Merah, hitam, kelabu, dan coklat. Ingatkan Fitflop tapi tak mungkin lah. Takkan la jual kat Parkson plak kan, hahahaha. Try sarung, selesa plak tu. Minta saiz 8, one size bigger than mine.  Dengan harapan dah besar la. Tup-tup muat-muat je. Aihhhh pelik ni.

‘kaki aku kembang ke?..’

Ikotkan hati nak beli saiz 8 je, tapi risau bila kaki bengkak nanti dah tak boleh pakai lagi. So minta saiz 9. Tak beza banyak dari 8 tu, so tetapkan hati, ambil saiz 9 walaupun terbesar sedikit. Senyum, blah! Puas hati. Inilah sandalnya, hampir sama kan? 




Murah dan berbaloi. Yeayyyy.

Layan jela, nak beli Fliplop fikir 20x tau, lagi bagus kalau beli barang baby. 
Yang diorang jual Fitflop tu mahal sangat kenapa? Hahaha.


p/s: Half way to go. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Please wish the best for both of us okay, love ya!
i n t a n o r a z a m




Friday, April 20, 2012

DIY: Barut for baby

Picture : white flannel for inside & polkadot pattern for outside

My mum yang suggest guna flannel sebelah dalam barut, baru la baby selesa. 
Kain kapas tu terasa gebu je, baby pon akan lebih selesa.


Design one.
Baru siap 5 helai je untuk malam ni, ini pon rajin nak buat sebab tengah tunggu material HB tak sampai-sampai. Jadi kerjakan dulu kain yang ada, hihihihik!

Baru try design satu, ada lagi dua design nak siapkan sebelum baby lahir.
Kalau ada extra tu ingat nak jual, ada sesiapa nak beli tak? Hehehehehe ~


Esok sambung buat HB semula, nanti dah ada free baru sambung buat barut balik!




With Love,
i n t a n o r a z a m


Wednesday, April 18, 2012

DIY-ing quilt for my baby!


Found this and i just love it!

Tak sabar nak DIY quilt for the baby! Hope he/she will like it, amin!

Guess mana satu pilihan ibu untuk baby? Semua comel-comel belaka, kalau duit banyak memang dah grab dah semua (lambatnya gaji!).

Siapa teka betul memang terror lah!

Sementara nak tunggu material sampai Malaysia, nak beli fiber dulu. Material sampai je terus boleh jahit yeay!!! Berkobar-kobar ni tau. Wish me luck ya!


Love,
i n t a n o r a z a m


p/s: material utk HB banyak dah habis, stock dapat weekend ni. So kepada April brides, bersabar ye!
InsyaAllah minggu depan siap semuanya dan selamat dipos. Amin!





Tuesday, April 10, 2012

Bukan nak mengaibkan sesiapa

Ya Allah, banyaknya dugaan sehari dua ni.

Entry ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, cuma untuk memberi pengajaran kepada mereka yang berkenaan; agar lebih menghormati hak orang lain khususnya.

Agak terpempam saya semalam apabila melihat HB buatan sendiri digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan/membuat bisnes sendiri.

Tidak salah kalau mahu berbisnes, kerana saya sendiri ada berkongsi tutorial fabric HB tersebut di blog. Boleh refer entry INI. Tapi adalah lebih baik kalau beliau cuba membuat tutorial tersebut dan menjual hasil kerja beliau sendiri. Kan itu lebih bermakna daripada meng'upload' hasil kerja orang lain dan mengaku itu kepunyaan beliau? Hampir kesemua gambar yang diupload bukan dari hasil kerja beliau sendiri. Sebahagiannya daripada saya, dan sebahagian lagi daripada Filmshoartifact. Kalau lah pihak Filmshoartifact juga tahu tentang perkara ini bagaimana?

Sejujurnya, saya sedih. Perkara seperti ini memang selalu berlaku, bukan pada saya sahaja, malah pada orang lain juga. Tidak kah mereka merasa seperti mencuri? Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada mereka sendiri, apakah tindakan terbaik yang akan dilakukan?

Ini adalah bukti-buktinya, hanya sebahagian sahaja kerana saya tidak dapat mengakses keseluruhan fb page tersebut.







So, saya rasa saya berhak mendapat hak saya semula. Jadi saya pon PM beliau.


Assalam NF,

Sorry menggangu, saya just nak tanya semua gambar yang awak upload tu gambar HB saya kan? Huhuhuhuh. 

Saya tak kisah if awak nak buat bisnes yang sama, cuma tak perlu lah upload gambar hasil kerja saya, kan LEBIH BAIK jika awak upload hasil kerja awak sendiri, hasil seni tangan masing-masing kan berbeza..mungkin hasilnya lebih cantik daripada saya..

Selain awak, ramai lagi yang buat fabric hand bouquet ni tapi diorang PM saya dan tanya boleh x nak buat buat bisnes yang sama, and i said yes! saya tak pernah nak halang if orang nak buat bisnes yang sama, cuma if kalau sampai upload hasil kerja saya, itu dah over the limit dear. 

Saya berharap awak boleh remove semua gambar cover photo, profile photo, dan semua gambar HB saya yang berkaitan. 

Kerjasama awak sangatlah dihargai.

Intan Norazam.



Surat cinta saya buat si 'DIA'.

Malas nak komen banyak-banyak, malas nak taip panjang-panjang. Cuma berharap semoga Allah menunjukkan beliau jalan yang benar. Amin!



Your truly,

i n t a n o r a z a m



Monday, April 2, 2012

Gobok Annur 1st Anniversary Giveaway!

Masa mula-mula like page Gobok Annur (GA) sebab ada jual barang-barang baby, boleh lah cuci mata kan. I plak memang suke online shopping, Jadi ringan je tangan ni nak like page GA ni.

Pastu tak perasan pula kak Haza Hassan (owner GA) ada PM kat Facebook pasal kewujudan giveaway ni. Bila tengok kawan-kawan blogger share pasal GA ni, terus rasa teringin nak join sama! 
Just nak memeriahkan! *first time join contest/giveaway*


Inilah banner nya


Bila dah join baru perasan ada PM, rupanya masuk ke 'other', bukan kat inbox. Selalu berlaku camni, inbox kat FB selalu full. Dah delete pon selalu je full, huhuhuh.

Harapan takde lah tinggi mana sebab i jarang bertuah, lucky draw pon tak pernah mengena. Tsk tsk T___T. Tapi i tetap berharap juga, mana tau baby yang bertuah, bukan ibu dia, heeeeeeeeeee.

And today, rupanya kak Haza Hassan dah umumkan pemenangnya, and and aaaaannndddd luckily...


I won!
(tak sangka betul)


Salam dr Gobok_annur
Giveaway dgn hadiah Bedung Moden :-)
Seorang mummy to be je yg telah dikenalpasti EDDnya sgt dekat di Gobok Annur.... Tahniah Intan Norazam Abdul Latif... 16 sept. Harijadi Annur hasanah! My beloved doter :-)


Yeay! Double yeay! Rupanya birthday anak kak Haza 16 Sept 2010, sama dengan EDD i. 
Sama hari dengan Hari Malaysia!


Inilah rupa bedung moden tersebut. Comel kan? Macam sarung nangka, pastu ada zip kat depan, senang nak masukkan baby dalam tu, hehehehe. Nampak kemas je, mesti baby rasa macam dalam rahim lagi bila pakai swaddle ni.

 
Thanks Kak Haza, Intan terima giveaway ini dengan hati gembira dan tangan terbuka. Alhamdulillah rezeki baby. 


Actually, ni hadiah kedua baby dapat. Yang pertama adalah swaddle juga, dari Bebemarmalade Swaddle Blanket (this deserve special entry also). Hehehehehe.

So, let say Alhamdulillah, alhamdulillahhhhhhh, alhamdulillahhhhhhhhh. Thanks to Allah!



Assalam,
i n t a n o r a z a m


Monday, March 26, 2012

Nice DIY: inspired by my solemnization veil


Cantik kan? Siapa kata tak boleh DIY sendiri cantik camni? 
Inilah hasilnya kalau berusaha, hasilnya berseri-seri si pengantin baru. 


Congrats dear! 
Barakallah!


Wednesday, March 21, 2012

Fabric Hand bouquet

Lama sangat tak update pasal fabric hand bouquet disebabkan kamera tersalah simpan entah ke mana, so bila dah jumpa, just boleh update HB yang ada sekarang. Maklumlah i memang tak simpan ready stock, everyweek ada order, buat and pos. Buat lagi and pos, again and again. Agaknya nanti baby lahir mesti dah terror buat HB ni sebab hari-hari tengok ibu dia mengadap. Apa cer?

Layan HB untuk minggu ini, milik Sazni Fazlina dan Heriena Azman:


Untuk kesekian kalinya, tempahan memang dah closed tau! Takleh nak slot in lagi sebab ibu menandung dah mula sakit pinggang duduk mengadap HB ni lama-lama. (kesian kan lah saya!). Yang mana sempat booking November lepas memang akan digagahi jugak la untuk siapkan HB tersebut. Masa ambil booking dulu tak pregnant lagi, naseb baiklah takde booking masa dah bersalin. Instinct i think! Rasa lepas raya nak 'bersara', rupanya bersalin. Ahaksss! Yang mana baru nak order dan banyak email yang i tak sempat reply tu, i minta maaf banyak-banyak ye, kekangan kerja, kekangan kudrat ibu mengandung, kekangan family lagi. Sobs!

Sewaan veil dan baju pengantin pon sama, akan dibekukan sementara waktu ye sayang. I nak minta maaf banyak-banyak! InsyaAllah nanti i akan buka semua, bila? Tunggu masa yang sesuai la ye.

Kepada yang berkahwin hujung minggu ni, Selamat Pengantin Baru!


Till, then. Assalammualaikum!

i n t a n o r a z a m

Sunday, March 18, 2012

Deluxe Close & Secure Baby Sleeper

I really want this for my baby!

I know some say it’s not worth it sebab just for infant only (0-6months), but I have my own reason to grab this! Kehkeh. It’s not for daily usage, but essential for travel purposes.  Malas nak travel bawa tilam, bantal, comforter etc. Plus baju, pampers, dah boleh penuh satu bonet.


Plus baby sleeper ni boleh di lipat dan dijadikan beg, handy right?


For time being, I tak plan nak beli baby cot, so masa dalam pantang ibu tido dengan baby kat atas katil. Abah? Hurrrmmmmmm, hehehehe. 

Nanti bila baby dah lasak dan susah nak handle, baru kita beli baby cot ye?

Nak tengok cemana bentuknya? Jom cekidaut!

The First Years: Deluxe Close & Secure Sleeper with Airflow Positioner


courtesy: google 

Comel tak? Baby sleeper ni ada dua saiz. Satu normal saiz, satu lagi deluxe. Yang i beli tu deluxe, besar sikit saiznya berbanding yang normal. 

Price range yang deluxe tu dalam RM170-199.90. But i just bought it for RM100! Yeay! Postage pon baru RM20 je. Still murah!

Esok sampai la, i dah track kat Gdex dah selamat sampai Kuantan pon! Weeeeeeee, tak sabar! Sebab tu suka shopping online, murah dan berbaloi-baloi!


With love,
i n t a n o r a z a m


Friday, March 16, 2012

Me at 14 weeks

14 weeks

Perut belum menonjol sangat tapi jeans dah ketat. Heeeeeeee.



Thursday, March 15, 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...