i ♥♥♥♥♥♥♥♥ u
Followers
Wednesday, January 19, 2011
Monday, January 17, 2011
Quick Update
I dah book MUA! Tapi tapi tapi nanti baru I reveal siapa okey. Sebab I tak bayar deposit lagi, tak sempat petang tadi busy sangat. I over excited nak bagitau semua orang, tapi sabar la ye, once i bayar deposit n confirmed, then baru boleh reveal!!!
OP: Apa Pendapat Anda?
Korang dah hire op?
Style cemana yang korang suka?
Adakah jenis yang vintage n indie seperti fad manaf?
Adakah jenis editing superb seperti photoaura?
Adakah jenis photographer artis yang mabeles?
Atau cukuplah sekadar ambil photographer package yang vendor bagi?
Sekarang ni i sangat confused. Tak tahu nak pilih yang mana. I memang dah target nk book op awal 2 sebab tahu op ni cepat sangat laris macam goreng pisang panas. Huhu. So sebelum orang lain grab, i nak grab dulu. Kikikikih.
I sangat suka gambar b&w yang super creative. I akan cari op yang pandai capture moment dan xperlu nak suruh i pose sini sana untuk dapatkan gambar terbaik. So i rasa berbaloi la bayar mahal, so diorang ni tau la keje diorang cemane kan. Tapi tak bermaksud la i taknak pose kan. Confirm pose mcm patung tu penting sebab kite boleh senyum paling manis-tapi-fake untuk menampakkan kejelitaan kita kan. Setuju?
Baru-baru ni i survey2 blog op dan terjumpa yang ni. I terus email dia. Agak menepati citarasa i sebab encik ni pandai capture both moment n posing. Editing pon okey sebab ada sesetengah gambar agak vintage. Tick! B&w, tick! Menepati citarasa i. Hehe. Harga pon sangat affordable.
Then, ada 1 local op yang i suka. Gambar editing super clear pastu kale memang terang lah. Gambar yang ni sangat straight forward tapi confirm kita akan sangat suka sebab gambar kita akan sangat banyak kan. Apa pendapat korang?
Sunday, January 16, 2011
B2B: Baju bertandang
Baru sampai rumah, penat. This week balik kampung untuk settle tarikh kahwin dengan AJK kampung, iaitu Ustaz Asa’ari, orang kuat masa I bertunang dulu. Ni kira tarikh dah cop awal dah kot, insyaAllah. Maklumlah bila event di kampung (actually kat felda), macam2 benda kena fikir especially tarikh sebab trend di sini, pernah mencecah 5 majlis dalam sehari. Nightmare! Jemputan yang datang pon x ramai sebab separuh ke majlis sini, separuh ke majlis sana. Kalau 5 serentak, means tak sampai suku pon yang datang majlis I. huhuhu. Kalau boleh mestilah nak semua orang ke majlis kita kan? Hihihik.
FYI, tarikh baru majlis I adalah 02/10/2011 (ahad). Saja buat ahad, sebab macam dapat agak 01/10/2011 tu ramai yang berkenan. Hehe, so I undur diri awal2 dan memilih 2hb untuk mengelakkan I berebut tarikh yang sama dengan orang lain.
Mak cakap event di kampung nak buat simple je, takyah beriya-iya. Tapi I agak tidak setuju disitu, bukan I nak majlis yang grand, I sangat setuju majlis yang simple, tapi persalinan? Make up? Photographer? Itu tak boleh simple ye mak! Anak mak ni nak kawin sekali je seumur hidup mak, biarlah melaram sedikit. Hehehe.
Bercakap pasal persalinan, tadi I jumpa my bff, Hana. Ingat lagi tak pasal entry ini?
I ada kirim kat Hana sepasang lace Tiffany blue masa dia pergi Bandung hari tu, tapi cakap-cakap kosong jela, duit pon tak bagi. Berapa meter pon tak cakap. Ingatkan dia lupa or tak beli. Tapi nama pon bff kan, mesti tak lupa kawan. Itulah Hana yang I kenal, hugssss! Hana cakap warna lace yang dia beli strong color dan simple. Die kata xsesuai untuk kawin, kalau untuk raya sesuailah kot. I pon terimalah seadanya. Tapi tetap excited nak tengok lace tu cenggane rupanya, perempuan kan suka benda cantik, lebih-lebih barang yang baru beli kan. So tadi I jumpa Hana. Masa die hulur je lace tu pada I, sangatlah terkejut okey! Mata I bulat gila. Nak tahu kenapa? Bukan I tak suka lace tu, bukan color tu strong sangat, bukan jugak sebab terlalu simple. Tapi…
*
*
*
*
*
*
*
*
Sebab lace tu cantik sangat! Wink wink I dah senyum sampai telinga. Hana beli betul-betul mengikut taste I! pastu I cakap confirm I akan buat dress untuk bertandang, as I planned before. Takdenye simple ke ape ke, bila I dah suka, tetap rasa cantik even orang lain x setuju. Hana senyum je, layan I tengah posing depan cermin sambil geleng-geleng kepala. Pastu bila tanya harga, Hana cakap it’s free!! Tanya lagi betul ke, jangan main-main. Then Hana cakap betul, it’s free. Hadiah sebab I jadi pengapit dia nanti. Actually Hana pon B2B jugak, wedding dia 12/03/11 ni. Lagilah I suka berganda! Sangat-sangat suka tau.
Okeylah I reveal sikit lace tu cemane, mungkin korang rasa I cakap ni macam bendanya indah kabar dari rupa. Takpelah hehe. Janji I dah suka kan~
love the detailing, simple but nice.. suit me well! buat veil pon cantik kan?
tengok Abu pon suka sampai golek-golek dalam tu.
Lawa tak? Warna biru kehijauan. Before this I pernah confuse pasal nak pakai tiffany blue or green untuk bertandang. My future family theme color is green untuk bertandang, So if I pakai warna ni, still masuk dengan family diorang kan, win-win situation. InsyaAllah nanti lace ni akan diberi pada Pekrol untuk design dress seperti yang I idamkan. Selesai satu perkara, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan jalan untuk kami. Amin~
Thursday, January 13, 2011
Sebab Apa Saya Sayang Awak?
Sebab awak sentiasa dengan saya!
Even saya tengah bekerja, tengah facebooking, or tengah update blog.
Awak tetap nak muka saya mengadap awak, jadi awak duduk depan saya.
Awak tak kesah tertidur atas meja, awak redha je.
Bila saya ignore awak, mulalah awak datang dekat, usik-usik saya.
Kadang-kadang saya tolak awak ke tepi, awak tak kecik hati pon.
Awak datang balik dekat-dekat dengan saya.
Awak, saya sayang awak!
Wednesday, January 12, 2011
GIVEAWAY TIME WOOOOTTTT WOOOOTTTT!
Tiba-tiba rasa nak buat giveaway. Seronok tak dengar? Wwwoooooootttt woooottttt!!
Aritu dah buat sekali tapi dalam fb je. Takde contest ape2 pon just i terasa nak bg giveaway, so i pilih secara random jelah mereka-mereka yang bertuah tu. Tapi takdelah bermaksud yang tak dapat tu tak bertuah, mungkin belom rezeki kalian. Hihihik. I heart you all.
Insyaallah selepas i balik dari korea dan vietnam nanti, i akan buat giveaway lagi. Korang doakan jelah i balik dengan selamat ya. Aminnnn.
Okeylah, for now. I tak tahu lah ini dikira sebagai giveaway ke x. Tak kesah lah kan! I’ve planned nak buat sesuatu yang akan menggembirakan sesiapa yang bercadang nk design wedding card sendiri. I AM WILLING TO DO IT SPECIAL FOR YOU AND IT'S FREE yawwww! Interesting kan? I love something simple & english vintage. Tapi SEBENARNYA korang boleh keluarkan idea korang sendiri dan i akan buat ikot apa yang korang nak ye. Don’t worry honey, FIKIR IDEA CANTIK-CANTIK ye. I will design using photoshop or ai then export it to jpeg so that korang senang nak print out dan tunjuk pada card maker.
Kenapa i buat semua ni?
- Sebab i seorang designer. Tapi bukan design kad tau. I design building, so mesti korang dapat agak i kerja ape kan? Hihik. If guna Photoshop and Illustrator tu, memang my expertise la. InsyaAllah i akan gunakan kebolehan i tu untuk design kad korang nanti.
- Sebab i nak tambah kenalan bride to be!!! tak kesahlah background korang dari mana, even sabah dan sarawak, sekurang-kurangnya i boleh berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dengan korang. So if u read this, sila exchange link juga!
- I nak ambil mood kahwin! Sebab i ni kerja busy gila, so this is the easiest way nk release tension he he he. Yela sape tak suka wedding kan?
Cukuplah tiga sebab kot. So sape2 nak i buat kad, silalah buat short entry pasal ni okey. Just untuk spread the words je. I tak limitkan design kad i nanti. Ikot kesesuaian waktu, so maybe ramai yang bertuah kan. Pastu korang post la kt komen entry ini korang punya link. let’s exchange link! Nanti i akan baca ye. Dan i akan contact u balik! Jangan lupa tinggalkan email sekali ya.
Tuesday, January 11, 2011
Make up oh Make up!
Make up sangat penting kot especially untuk bertunang dan bersanding. Tapi nasihat i, kena ikot pada event la. Untuk bertunang, jangan over sangat sampai menenggelamkan kecantikan semulajadi kita. Cantik ke? Semua orang cantik kot, Allah dah jadikan setiap manusia itu cantik dan unik. Kalau boleh gunakan earth color untuk eye shadow dan lipstick pulak, pastel. Xperlu nak merah menyala. Pada i, masa bertunang la ‘sesi perkenalan’ diantara bakal menantu dan keluarga pihak lelaki, jadi untuk mengelakkan bad expression dari diorang, ‘berlakon’ la sikit yang korang ni memang ayu dan cantik. Ha ha ha syhhhh ini rahsia tau. Nak nampak lagi cantik letak blusher pink, macam tersipu-sipu malu gitu.
Macam i, make up masa bertunang memang simple gila. Cukuplah sekadar muka nampak segar dan berseri.i pon tak tetapkan budget yang tinggi untuk make up. Hehe. Dan i dapat rm80 untuk make up, berbaloi tak? Nak dapat harga camni? Kena surveylah. Tu paling penting!! But but but, i still buat trial make up untuk pilih style make up dan color. Yang ni i bayar rm50.
Kalau bersanding pulak, i support if korang nak melaram macam diva. Nak buat smokey eyes ke, ape ke, memang sesuai lah! Masa ni lah nak make up paling cantik. Sebab i rasa dah susah dah nak make up tebal lagi selepas kawin. Tapi terpulang la pada pendapat individu, ada je yang memang make up ke ofis. I bukan orang cmtu kot, i prefer simple je even i pakai jeans je ke ofis.
B2B: Reveal Custom-made Mini Dais
My custom-made mini dais? N the dayangsssss?
Okeylah review satu-satu ya. Untuk mini dais, I habiskan dalam RM21 sahaja. Percaya tak? Itu pon I spend untuk beli bunga kat belakang tu, dan riben, itu sahaja. Sebenarnya background adalah langsir emak lama-lama. Ada 2 lapis, belakang skali langsir offwhite plain, then depan dia ada langsir bercorak jarang. Langsir ni pon I pasang kat curtain track tingkap sediada kat situ. Cemane I hide tingkap cahaya tingkap belakang tu? Ha ha ha ni gelak jahat. I suruh BIL pasang kain hitam dari luar, pon ni ihsan dari emak. Kena amek tangga dan panjat. Sebab adik kesayangan, diorang redha. Thanks abangteh &abangchik.
Pastu berbalik kepada dais, I letakkan bunga DIY sendiri idea pon I sendiri , mula-mula nak letak flower ball tapi sebab nak jimat, I buat camni je. Still nampak oke kot. Bunga beli kat Cowboy rm19.90. Riben tu RM1 kat small garden. Sebab bunga tu ada 18 kuntum, so I divide 3 kuntum untuk setiap ikatan. So ada extra 3 kuntum. I simpan dalam kotak. Untuk decoration I biasanya guna no ganjil, contohnya 3 kuntum bunga, dan 5 jambak bunga. Camtu jugak I apply bila design rumah orang, or buat ID.
Sarung Alas dan bantal? Pinjam dari kawan yeayyyy. Alas tu tilam single yang dilipat dua. Pastu I ambil sejadah merah letak atas alas bagi naik seri. Bantal bentuk silinder I pinkan pada alas supaya tidak bergerak. Oke done explanation custom-made mini dais I! Nak copy, silakan. Lagi baik kalau bagitahu I dulu. Sharing is caring right?
The dayangs? All my nieces, anak kakak-kakak I je. Attire, diorang sendiri. Kebetulan masa wedding anak sedara I, tema kami baby blue. Pastu I rasa macam comel je baby blue n pink. So I kerah dan paksa diorang pakai balik baju tu masa tunang I. Ha ha ha evil. Sampai emak I pon pakai baju yang sama. Tapi kakak-kakak I, nan ado! Semua nak melaram baju baru, tapi still blue color lah!
Abaikan muka i tak duduk diam, nebes!
LOVE INAL
B2B: Reveal Engagement Attire
Untuk engagement attire, I pilih simple kurung moden.
Color? Yang penting I nak nampak ayu n suci untuk majlis tersebut. So i’ve choosed pink+cream color instead or gold. Actually I memang suka pastel color. I beli lace n satin untuk baju tunang di Kamdar masa sale 50%, pastu hantar jahit kat Uji’s Collections which is specialist buat baju pengantin dan upah? Sangat murah dan berbaloi untuk jahitan yang sangat kemas. Baju I tempah RM140 ye. Murah kan? So sesape nak jahit baju ikot badan kat Kuantan ni, I memang akan suggest kak Uji. Tapi nak dapat tempahan tu, I rasa memang susah sangat kot sebab kak Uji ni super duper busy menjahit tempahan baju pengantin orang. He he.
FYI, I seorang yang berangka besar tapi kurus sebenarnya. So untuk menutup ke’kerempeng’an I, I buat kurung moden dengan empire cut di bawah dada. Kain pulak kain duyung. Asalnya ada jahitan satin kat bawah dada tapi rasa macam simple sangat pulak.So I amek hujung lace dan tampal sendiri kat bawah dada tu. Then I beli Kristal pink dan tambah kat situ, hujung lengan n hujung baju. Kasi enchance sikit. Sebenarnya tak perlu pon sebab lace yang I beli tu dah ada beaded tapi sebab excited, I jahit lagi tambah sana sini. Hasilnya okey I puas hati sebab jahit sendiri kan, buruk pon tetap puas hati.
Untuk tudung, I beli rm10 je kat kedai di Kuantan, hujung tudung ada benda shining I tak tahu apa dia. Asalkan simple, I okey je. Untuk Veil pulak, I sewa kat amy bridal rm30, kebetulan ada warna betul2 match dengan baju, Alhamdulillah. Okelah dah habis, sila layan gambar! LOVE~
Tengok I kurus kan, longgar je kat perut tu. Perasan! Haiiiihhhh sebenarnya sila tengok hujung lengan, hujung baju dan bahagian bawah dada yang I DIY tu. Oke ke x?
B2B: Reveal Engagement Favor
Okey now I akan reveal pasal engagement favors. Sesetengah orang rasa tak perlu, tapi I rasa perlu memandangkan rombongan datang dari jauh, mr f berasal dari Muar, Johor dan kebanyakkan family diorang datang dari Johor dan KL. Kalau I sendiri, pergi wedding jauh2 mesti I happy kalau dapat something untuk dibawak balik kan. So that I terus terfikirkan favors untuk rombongan yang datang sebagai souvenir. Lagi satu diorang semua bakal pak-pak dan mak-mak sedara I. Apa salahnya berlebih sedikit? Kenapa pak-pak dan mak-mak? Sebab family mr F sangat besar dan ada almost 14 uncle and aunties. Masa bertunang tu pon dah datang almost 12 cars tanpa anak masing2. Dapat bayangkan tak I nervous sangat nak salam dengan semua yang di atas tu. Tapi I ignore! Abaikan perasaan tu.
Untuk favors, I bagi 2 barang yang pertama makanan dan yang kedua menda yang tak boleh makan. Haha. Boleh ke jawapan camtu? Oleh lah yang makan dululah. I tempah butter choc cake with choc chip dan orange cake with choc chip dengan kak Intan (ha ha sama nama), kek dia sangat sedap dan I dapat price yang sangat murah. Almost 40 sen sebijik kot. I tempah 200 pieces sekali bekas yang cantik dan I decorate lagi dengan ribbon pink on top dan tag sticker.
"today is unfolding..like a blossom with petals curled tightly concealing the beauty within..."
Kedua I bagi decoration plate vintage English dari KK Home Deco Ampang. Kawan I yang belikan tp yang clearance stock, so I dapat dalam 50 pieces sahaja. So I ada tambah lagi plate biasa cari kat kedai di Kuantan sahaja. Okey check this out.
Untuk bekas, I cari di Cowboy Kuantan. This is sssoooo limited yawww! Bersepah-sepah cowboy tu I geledah untuk dapatkan bekas ni, triangle medium paperbag. Harga dalam 7.90 untuk 10 pieces or senang 79 sen sahaja lah. Haha. Quite okelah kot sebab bawah rm1 suma kecik sikitlah sebab I letak kek tu 2 ketul setiap beg. So last kite layan gambar!
Masa bertunang kat letak kat tepi my custom-made mini dais. Nampak berseri sudut tepi sebelah kiri tu kan?
Sebenarnya majlis ni kat kampung, tapi I rasa kalau kita pilih kombinasi color yang betul, insyaAllah majlis akan nampak cantik dan sweet sangat. Love yaaa~
B2B: Reveal Hantaran Tunang
Dulu I dah reveal gambar tunang kat fb. Then aritu I dah delete dah sebab nak ambil mood kawin pulak. Ha ha ha. Tapi kadang-kadang rindula bila tengok balik gambar tu dalam lappy ni. Mana tak nye, itu antara kenangan terindah yang I ada dan lebih happy sebab I ada kawan2 yang selalu memeriahkan keadaan, tu yang buat I lebih happy! Even I buat majlis kat kampung, diorang tetap datang. Sampai sesat2 dalam ladang sawit omaiiiigoooddd korang sangat struggle okey. As u know, I nie sangatla cerewet lebih2 bab baju, decorations etc etc. Boleh dikatakan semualah. So hari ni I nak share beberapa perkara berkenaan majlis bertunang I pada 29 Mei 2010 tempohari.
Hantaran I kepada pihak lelaki adalah:
- Sirih junjung
- Buah buahan
- Cupcakes
- Perfume
- Kemeja
- Cookies famous amos
- Sepersalinan baju nikah
- Belt dan tie
- 2 nashkhah buku agama hardcover
Dan dibalas tujuh oleh mr F:
- Sirih junjung
- Sebentuk cincin tuning (cincin risik dah diberi sebulan sebelum tu)
- Cupcakes
- Telekung
- Handbag
- Ferrero roche
- Sepersalinan baju nikah
Alhamdulillah semua hantaran ni kami beli sikit-sikit mengikut budget yang tak seberapa. Untuk gubahan, I pilih Dip Flower warna light pink and cream. Tempah kat kawan tadika i. Ni contoh dia:
He he. Hasilnya sangat superb. Macam Kristal dah. Tapi as semua orang tau, Dip Flower ni sangat mahal ye. So i suruh my friend tu buat sekuntum-sekuntum dan I gubah sendiri. Dia buat 11 bunga besar, 12 bunga sederhana dan 30 bunga kecil dan daun pulak, xtau la berapa kuantiti dia, banyak kot. Then I custom-made buah2 cristal warna pink dan manic bulat warna hijau konon2 bagi naik seri. Bab gubah, I serah pada kakak kesayangan bagi diorang banyak kerja sikit tp I tetap monitor diorang buat. Psiko kan. Haha. End product sangat memuaskan hati I dan yang bestnya, I rasa worth it. Bayar mahal sikit takpe asal kita mampu tersenyum. =) Gambar dekat2 sikit nanti i godek2 dalam lappy. Ni kat ofis ahaks!
Then, untuk belah lelaki, I rasa my mr F sangat bertuah ada pakcik designer. Hantaran diorang dibuat hanya dalam masa 3jam sahaja dan hasilnya? Mampu menenggelamkan hantaran i. Okeyla warna pilihan diorang adalah soft purple. (actually I yg pilih warna ni kihkih). Tapi selit-selit warna cream jugak kan, loike!Sangat cantik. Rasa sayang nak bukak hantaran tu tapi sebabkan I excited sangat nk pakai handbag CR tu, I bukak jugak huh u hu.
Okelah now time to reveal hantaran. Sorrylah kalau korang rasa story I indah kabar dari rupa.
Okeylah I rasa entry akan jadi terlalu panjang, so that I akan divide kepada beberapa part ye. Stay tuned. So untuk entry ni adalah berkenaan hantaran sahaja ye.
LOVE INAL!
Subscribe to:
Posts (Atom)






















