Followers

Thursday, December 9, 2010

Foto By Razali : Wedding Photography Giveaway contest

Excited ehhhh excited ehhh! I tak pernah join competition sebelum ni. But now why don't i make it a shot, mane tau bertuah!

Photography, my passion. But now, hanya mampu stalk blog photography sana sini, adore their artworks, amazing! Teknik dan editing, tak termampu i nak kejar..penat aihhhh! Study architecture memang akan sinonim dengan photography even i pernah terfikir if xdapat kerja i nak terjun ke bidang ni. Tapi makin lama skill i tak tertanding diorang, memang superb lah! so mampu adore jelah, redha.

Semalam, tengah2 stalk blog photography again and again, and again and again, tiba-tiba ada something interesting depan mata. Tengok sambil mata kebil-kebil. Wow! that's it. I should try, oh no i MUST try! Mata jadi bersinar-sinar, pastu rasa macam excited terlebih. Macam baru menang 1 Juta ringgit! Nak tau ape dia?

*

*

*

*

*


*


*


*


*


*


Memang la excited kalau camni kan. Ingatkan iklan celcom, rupanya yang ni TERBAEK lah! Baik hati sungguh encik Razali ni.. pemurah sangat kot! Wedding Photographer sekarang memang patut menang award the 'Most Expensive Investment On Your Wedding' sebab pada i, x semua orang boleh capture moment terindah hari bahagia kita. 
Tapi encik Razali, siap buat contest, hati siapa yang tak tersentap? hehe. Salah pilih, boleh mengalir air mata darah kat situ kot. Takkan nak suruh tok kadi posing akad 2 3 kali, or kita bersanding 5 6 kali semata-mata photographer nak capture moment terbaik. Nan adoooo aiiiiiiihhhh. The moments is priceless. Fuhhhh berpeluh-peluh i menaip ni, sebab imagine takot jadi camtu kat majlis sendiri nanti. Fuhhhhhhhh. tiup jauh2! Jangan dekat okay.

Pada i, encik Razali ni memang terror lah! moment superb. Tak payah nak pose diam 10 saat tahan nafas, or senyum paling palsu semata-mata nak cantikkan gambar. Semua tu fake tau. Pastu background, hot pick! Sesuai je. Bukti encik Razali sangat terror, sila tengok bawah.


I ADORE THIS.

1. Bokeh sangat cantik. 

2. Plus, pokok2 kat belakang tu membentuk frame keliling pengantin, if salah angle,
 mesti xdapat gambar camni. Senget sikit je, dah tak best!

3. Moment pon sangat menarik, kedua-duanya sangat bahagia dan releks, tak nampak tertekan dan kepenatan. Nampak sinar bahagia pada pengantin lelaki! yeayyy credit for u Razali, well done!

4. The white persalinan, sangat sesuai untuk outdoor session. likey~ and the green side, like 'STOP GLOBAL WARMING'.. nice message here i guest!

5. Ingat senang ke bride nak cium suami depan orang? hehe, mestilah pemalu kan. itukan ciri-ciri seorang perempuan, so that mesti moment ni berlaku sekejap dalam 2 or 3 seconds, so kira encik Razali ni sangat sensitif la orangnya. Pandai je timing nak snap! clap-clap*

I berharap sangat if encik Razali akan jadi my official wedding photographer nanti. I wish i wish i wish! 
intan & aie wedding

22 October 2011 - nikah
23 October 2011 - sanding
29 October 2011 - bertandang

The wedding will be in Pahang. Save the date for me ya. Transportation and accomodation? count on me. wink wink*

Sesiapa yang berminat nak hire encik Razali yang super kreatif ni, sila klik sini, dan siapa nak masuk contest, klik sini. Apa salahnya berkongsi kan, semoga niat kita untuk mendirikan masjid akan direstui Allah; dan semoga encik Razali bertambah2 kreatif selepas ini dan dilimpahi rezeki yang berpanjangan insyaAllah.. amin!




senang-senang, klik je link ni ye kawan-kawan. luffffff~


Wednesday, December 8, 2010

TO BE WITH OR NOT TO BE WITH

To be with or not to be with? How do i really miss my old friends so much! Kaksha's wedding is just around the corner, and it will be the right place to gather,. yeah but pity me; i didn't know either i should go or not. It's 'only' 500km+ away, and to be with them is all i want right now. But yes, everything come with pro and con. huhuk! i am now officially not prepared to travel alone! ececeh mengadanya kamu.

For now, as a fiancĂ©e, my decision is not my decision anymore. I have to learn new things, new environment, and of course new life which is i have to consider many people around especially my mr. F. (if u read this, be proud honey!). I don't think it might be as cruel as people judged, but i am willing to do so, as a respect for him, and as a good lesson for me. Two more days to go, and i will make the best decision tho. 

Added, i miss Char Kueh Tiaw, teh ais mamak, and also nasi kandar oooo yummy! yeah remembering North make me smile and okeylah rasa nak terbang pegi sana sekarang jugak. 

Psssttt, actually i have meeting on Sunday. Nope, should skip that. Whatever, someone will replace me as usual, thanks Cik Bob~

Nampaknya macam dah ada decision je kan. ahaks. Will update soon, lufffff!


Famous Amos Original Recipe

Famous Amos original recipe is here! woootttt wwwooooooottttttt!

2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal &
blend in blender
to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla

Cream the butter and both sugars. 
Add eggs and
vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt,
baking powder, and soda. 
Add chocolate chips,
Cadbury bar and nuts. 
Roll into balls and place
two inches apart on a cookie sheet.. 
bake for 10 minutes at 375 degrees. 
Makes 122 cookies of it~

Got it from here. Pity kakak! I think we should spread this. I hate being fooled by people like them. Tak baik tau! *tiba-tiba teremosional.

Monday, December 6, 2010

Saya rasa sangat glamor bila?

..... driving my i10! 
Sebab ramai orang takleh notice ini kereta apa. hi hi hik. 
Pastu perasan diorg bisik-bisik camni...

"ni keta ape eh?"
"ntah tak pernah tengok pon.."

Padahal kereta saya tak glamor pon, murah plak tu. Tapi rasa macam drive BMW 5-series kale putih ada sportrim 20" glamornya ha ha ha.



Ini bodyguard saya tengah tutupkan pintu. Hehe kena tipu! 
Bukanlah ini Rosdi, budak praktikal yang selalu saya heret ikot pegi site, meeting, tukang panjat-ukur sana sini, beli keropok leko-goreng pisang, pos laju surat, kurier hijab, hantar kasut pi cobbler, basuh kereta etc etc etc. Memang banyak jasa dia, ilmu yang dapat pon pelbagai kat firm kitorg ni. Biasalah supervisor sangat multitasking. chaos!


Salam Maal Hijrah 1432H

Sekarang saya di dalam mood happy. 
Kadang-kadang perempuan ni happy bila sebut pasal kahwin, pasal bf, or pasal dating je. 
Tipulah kalau saya sendiri tak rasa macam tu, memang rasa. 
Tapi kali ni serius bukan happy sebab lain, tapi sebab diri sendiri. Saya happy dengan kehidupan saya sekarang. 
Semua saling melengkapi, alhamdulillah! 

Esok Maal Hijrah 1432H. 
Semoga saya menjadi insan yang lebih baik, dan diberkati Allah SWT. 
InsyaAllah saya akan memperbaiki diri dan lebih bersedia menghadapi dugaan dariNya.

*p/s: saya sayang Abu saya! 


Bukit Gambang Resort City

How i miss yesterday so bad! Bukit Gambang Resort City here we come.

Hasilnya muka berbelang pastu tegang pastu pedih pastu sakit. All in one ha ha. The best part, everybody is here, overnight at my place then pagi esoknya menggelabah bangun mengadap nasi lemak zaman yang kononnya sedap sangat, tapi memang pon. 
Bila perut dah penuh, straight away to the destination, berkonvoi tiga kereta. 


Abaikan muka seposen-tshirt tido bersedia untuk terjun dalam air, dan pity mr F langsung tak tido kena siapkan annual report sebab kena paksa ikot terjun dalam air. syhhhh sila jangan fikir bukan-bukan. kami beramai-ramai ya!


Ini bukti. My besties yang super gorgeous boleh bergaya cam-whore dalam kereta walaupon pakai baju tido haihhhhh! xdelah korang memang deserve gorgeous pon he he. Sori kereta lagi satu xsempat snap gambar sebab kamera pada mereka-mereka ini maka al maklumlah memang takkan ade gambar orang lain punya.

Ni sorang lagi si gorgeous. 

Kata ida,

yes! THE BEST PART when everybody were there for the 2010 ending.

Agreed.

Monday, November 29, 2010

MOOD: pening

ohhhh i think we can't make it in October. huhu. will update later yo~

Susahnya ada family besar; sorg nak SPM lah, sorg nak PMR lah.. sobsob. 
Akhirnya kita yang tak kawin-kawin.

its okay intan, kalau ada jodoh tak kemana.

Haha, padahal plan nak gi Vietnam dulu. syhhhh!

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam seluruh dunia~
Semoga ia membawa keberkatan insyaAllah.

Melaporkan dari Felda Kota Gelanggi 02, Pahang:

1. Emak sudah menyiapkan menu-menu berikut:
Rendang cilipadi Lempong/paru
Rendang Daging
Kuah Kacang
Ketupat Nasi
Bihun Sup
Kuih muih
Sup Tulang

Jemputlah datang jika berada berdekatan.
Sila-sila jangan malu jangan segan.
Ini berpotensi menambahkan berat badan, haiiihhh takpe kot benda sedap takkan nak tengok je kan. sssllluuuurrrrppp!

2. Perjalanan pulang ke kampung halaman berjalan lancar kerana rata-rata kenderaan sesak pada arah menghala ke Kuantan dan Terengganu. Saya balik dekat je, ke Jengka! iaitu ke arah Kuala Lumpur dari Kuantan. Moh la ke sini~
Pakcik polis memulakan aktiviti mencari duit raya pada arah bertentangan walhal saya sendiri memecut 140km/j sambil menunjuk peace dan tersengih kambing kepada pakcik polis. Nasib baik takde U-turn, kalau tak nahas kena kejar dengan kereta peronda dan bakal rasa macam 'pengedar-dadah-bawak-2kg dadah-dalam-keta'. Memang macho lah saya!

3. Saya cuti sampai ahad di mana Boss sangat cool dan wallllaaaaaa!
Sebab boss nak cuti panjang, dan pemikiran boss yang 'staff takkan produktif bila boss tiada' boleh  menggembirakan hati semua orang terutama saya apabila tak perlu apply cuti dan bermuka seposen, di mana cuti akan wujud dengan sendirinya. yeeeeezzzzzzaaaaa!
Thanks cikbos.

Itulah laporan saya untuk hari ni, sekian.

InsyaAllah hari esok lebih baik daripada hari ini, amin!

Tuesday, November 16, 2010

AMALINA


kenalkan officemate saya yang comel. yang penting die puan. percaya x?
sila klik sini untuk bukti~

25 random things, fact, habits, or goal about me

been tagged by Juju
Malam ni siapla kena buat testimoni pasal 
'25 random things, fact, habits, or goal about you'
 hahah. saya akan berusaha!


EH COPPPP! i dah tulis something similar la..sila tekan sini walaupon explaimation i terlalu simple kat situ.
so i think i want to skip this~ lalala~
ampun juju,.


DENGGI

Part 1 telalu panjang, so that i buat part 2 hehe.
Perasan glamor sungguh, semua update kena bagitau semua orang. Tak kisahlah janji i happy inikan i punya blog.

4hb November tempohari, my fiance admitted ward sebab kena denggi. ohhh my cuti deepavali saya burn begitu sahaja. okehhh redha. Jangan mengungkit ye, sebab kene jaga dia kan tanggungjawab i. Ececehhh. My FPIL pon saje tak datang melawat sangat sebab konon anaknya terjaga. hihik. Okelah sila jangan melalut. 
Sebenarnya update ni nak bagitau kawan-kawan cemana virus denggi ni merebak, so that in future kita boleh prevent diri daripada kena denggi. Untuk menyenangkan cerita, i buat formula macam add math, baru senang korang nak paham or else lagi senang i nak terang.

nyamuk Aedes A - virus denggi A
nyamuk Aedes B - virus denggi B

okehh cenggini, bila nyamuk A gigit kita, insyaAllah badan kita boleh menghindar virus itu daripada merebak kerana antibodi badan boleh mengenalpasti virus tersebut dan melawannya. jika nyamuk B pulak gigit, still xleh merebak sebab antibody badan still boleh identify virus yang sama. Jadi dalam situasi ini, kita selamat, yeahhh! jika nyamuk C ke, nyamuk D ke, atau nyamuk Z datang sekali pon, if first bite tu memang xleh menyebabkan denggi tau. kire badan kita sangat terror untuk identify virus tu dan melawan ala2 jackie chan dalam movie die. hehehe.

TAPI beware jika nyamuk A, B, C, D, or Z ni gigit kita untuk kali kedua, sebab combination virus pertama dan kedua menghasilkan virus baru yang lebih kuat, (sila imagine nyamuk muka egois angkat dua tangan tanda gagah). Masa ni antibodi badan memang tak boleh nak melawan lagi. Redha dan pasrah jela badan membiarkan virus tu berenang2 dan attack darah kita. Platlet darah akan menjadi rendah sehingga dibawah 150, masa tu kena admit ward la, senang dapat pengawasan doktor. Jika ada insurans, sila guna. Boleh la masuk Specialist dan dapat layanan macam raja. Boleh order pizza, KFC, McD etc etc hari2 sampai tengok fastfood pon macam dah tak lalu. yerkkks. Eh! Kantoi i yang makan lebih. Boleh order untuk 3-4 orang padahal tukang makan adalah fiance n i sahaja. Boleh order buah siap potong2 pastu celup coklat. Jadi macam Fondue, yummmyyyy! Plus order air suka-suka hati sampai setiap setengah jam berulang ke toilet. Cukup, description terlalu panjang. Conclusionnya specialist memang best, sila buat insurans sekarang okay. Tapi jangan plak lupa bayar setiap hujung bulan, alamak!

My fiance punya platlet darah pernah serendah 70 sahaja, which is normal person rate adalah 150-400+. Nightmare! Tapi suggestion untuk naikkan platlet darah adalah makan sup ketam. yummmyyyy! Sedap woooo.

Symptom bagi penyakit denggi ini adalah:
1. demam xkebah2 walaupon makan ubat daripada doktor
2. sengal-sengal badan
3. kepala sangat berat
4. if naik bintik-bintik merah pada badan tu tanda denggi berdarah.

Tak tau la explaination i ni betul ke x sebab i bukannya doktor. Tak pandai nak explain itupon saja buat angguk-angguk paham bila doktor terangkan. Kehkeh. Tapi sekurang2nya boleh la tambah knowledge tentang denggi ni kan. Bahaya woooo.

Sekian i melaporkan daripada tempat kejadian. Adios~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...