Followers

Tuesday, August 16, 2011

My current project

I need to complete this by end of this week, proposed 4-star Business Hotel at Kuantan, but yet, kenapalah idea tu susah sangat nak ada? Patutnya excited sebab nak tambah lagi satu hotel cantik mengalahkan Zenith Hotel tu, (perasan*).


Tapi memang takde idea pon, menyesal jadi architect. (tetiba! boleh tak nak cuti sampai lepas kawen, nak settlekan satu-satu dulu). Pusing-pusing 3D nampak boring, nampak too plain. At last tutup pc tanpa tekan save as, which is just save previous works jela. Why?

Ada sesiapa nak tolong designkan tak, offer ni?

Or sebab kepala bercelaru dengan wedding preparation etc? Tapi xde progress pon, why so nervous?
Kenapa minggu ni semua benda macam tak kena je? Berdebar la.

1 month and 2 weeks to go.


Sunday, August 14, 2011

Hantaran for Put

4 Hours.
Hantaran tercepat yang pernah dibuat setakat ini, boleh catat untuk rekod sendiri, haha. 
CIK PUTERI a.k.a Put minta i untuk buatkan hantarannya untuk pihak lelaki, so semalam put meluangkan masa ke kuantan untuk bersama-sama dengan i membeli hiasan hantaran. At 1pm, she safely arrived at my little crib, alhamdulillah. Lepas zohor, kami pon keluar cari barang-barang untuk diy hantaran dan veil, dan ditemani KINA, sebagai peneman setia. Everything settled at 5pm, so hantar Kina balik dan straight away ke bazaar ramadhan untuk beli juadah berbuka.

Rezeki put, jiran-jiran pon ada memberi juadah berbuka, memang banyak rezeki kami semalam. So after breakfasting n solat, bersedia untuk menggubah! Yeay! Put plak dengan task menyiapkan bantal hantaran, heheheh. Ingatkan nak siapkan sikit je, tapi memandangkan Put datang jauh, i rasa nak settlekan semua sekali. Finished at 12am. She asked me to make 9 deco for hantaran, tapi i buat sampai 7 je, 2 lagi untuk coklat dan sirih junjung, i minta Put buat sendiri. Inilah hasilnya, sikit-sikit jela, nak full version, tunggu wedding CIK PUTERI September ni ya!
Okay tak combination color ni?


Thursday, August 11, 2011

Teaser: HB Adawiyah

HB untuk Adawiyah:  Requested color Purple, Pink & Blue.

Ada sesiapa nak request untuk buat striking HB? Deep purple ke, Shocking Orange ke, Alien Green ke?
Nak sabar nak buat yang striking pulak~

Nak quotation, sila email: nobody_atpc@yahoo.com


1 month and 3 weeks to go, hooray!



Wednesday, August 10, 2011

Teaser: HB Emi Fadhilah


Ada beberapa HB dah terlepas pos kepada tuannya, lupa nak ambil gambar. 
To Emi Fadhilah, i hope 'this' may cheer you up! Last minutes order from you, but i made it!


Tuesday, August 9, 2011

Teaser Dulang Hantaran


Semalam dah try gubah satu, hehehe. Suka sebab bunga nampak sangat penuh disebabkan reflection pada cermin tu. Like 1000x. Ingat nk gubah berbeza-beza mengikut dulang, baru la tak boring melihatnya. 
Semangat-semangat!

Nanti lepas wedding boleh deco rumah pulak, hang banyak2 susun kat dinding. Cun!

Psssttt: kepada yang bertanya, ini bukan frame gambar, i custom-made sendiri pergi kedai frame, i pilih border frame and cermin muka (bukan cermin transparent tau, pilih size dan kedai yang custom-made for me. Kedai frame tu di Kuantan, highly recommended, sehari je dah siap 9 frame bersaiz 1kaki x 1kaki.

Monday, August 8, 2011

Dulang Hantaran Idaman

Kita lupakan sekejap Felt & Fabric HB, nanti orang bosan n annoyed. Yerkkkksss!

Dulu, I ‘pernah’ dapat 1 promo hantaran fresh flower semurah RM50 untuk satu dulang. Murah kan? Tapi itu dulu. Ceritanya camni,.

Bila nampak je promo ni, I terus call Jules untuk grab, Tapi unfortunately, (and this is what we called ‘bukan rezeki’), Jules takde kat Malaysia since Ramadhan till end of October. Sobsob, my wedding will be on October 2nd, Jules balik Malaysia October 22nd. Huhuhuhuhuhuhu. Then she said, “don’t worry dear, my friend Zie boleh buatkan, hasil lebih kurang sama je dengan Jules punye”. Yeay suka, kembali tersenyum. Lebih lebar dari tadi. Oh so cliché!

But but but, unfortunately again, si cute Zie pula tak dapat nak siapkan tempahan I tu, memandangkan dia akan bersalin early October. Dia takot bersalin awal and my hantaran, takde orang nak disiapkan. Huhu I terima dengan hati sedikit terbungkam, tsk tsk. Tak dapat la I merasa hantaran atas Cinderella tray camni.


Cantik kan? Sesiapa nak tempah untuk majlis selepas October, sila klik LINK di atas ye.

So after few months, I just ignore je pasal hantaran sendiri, usha punya usha dah tak jumpa dah yang murah dan cantik dan sesuai dengan budget i. Dalam hati just nak abaikan dulu, nanti dah dekat-dekat tarikh baru fikir. Boleh gitu?

And one fine day, I ternampak 1 hantaran ni, tengok je terus berkenan. Terus rasa nak DIY hantaran sendiri.

by: Hazlie Hamzah

Cari tray camni kt banyak tempat memang tak jumpa, takde! Rupanya dia custom-made punya, patutlah! Tapi I nekad nak jugak hantaran camni. Berkenan gila dengan frame yang ada cermin muka tu, nampak exclusive.

So I’ll work hard for it.

So I dengan selambanya print gambar hantaran ni, gi kedai frame, tanya harga. Kedai cakap mmg mahal la klu buat sekali kaki berukir camtu, tapi ini tidak melemahkan semangat i. Takpe, I just nak frame yang atas tu je, asalkan ada cermin, dah okey! Sangat degil I know. Heheheh. Murah la sikit, still under my budget. Pasal kaki dulang, nanti i selesaikan.

I request size 1kaki x 1kaki, besar sikit. And I request nak full frame, solid white color. Tup-tup esoknya dah siap. Hoh cepat betul! Excited gi amek and bayar, puas hati.

Nak tengok teaser?


Friday, August 5, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Felt Corsage In Progress

DIY-ing mood is back! Nak tunjuk walaupun tak siap lagi..tak mengabau! Kena hias tengah-tengah tu dulu.. Nak tengok full version? Jemput la datang majlis i, 2 oktober 2011 ni.. i boleh hadiahkan, buat banyak ni..

Love u all, 
INAL

Monday, August 1, 2011

Project terbengkalai, i need EOT

EOT: Extention Of Time

Hai sayangs,

Hari ni update blog lepas sahur, cuba tahan mata dari tidur, hehe. 'Felt Corsage Project' terbengkalai, salahkan diri sendiri, dushhh dushhhhh. nak minta EOT boleh? Hari tu dah beli 20 pcs plain felt via online, RM21, murah tak or harga normal? Jarang beli jadi tak tahu, grab je terus. Tapi macam tak berkenan nak teruskan sebab tone colors sangat striking. So kena tunggu Nana balik dari Korea, kirim kat die polkadot felt pastel color, matchkan supaya color striking tu boleh tone down sikit.


plain felt beli kat sini: Craft N Design kalau nak beli sila lah jenguk

Yang ni memang dah highlight kat Nana nak pastel color, taknak striking. Semua cantik-cantik, Korea kan terkenal dengan barang-barang sangat-comel-rasa-nak-gigit-satu-satu. Sangat rambang mata!! Cutenessssss!


Comel tak tahap  'sangat-comel-rasa-nak-gigit-satu-satu'? Or i perasan sorang-sorang?
Hehehehehehehe.


Cubaan pertama, menggunakan plain felt, polkadot net. Nanti nak try bentuk lain plak, tengok tahap kerajinan hohohohoho.


Semua barang dah ada, tinggal nak beli butang kain utk letak kat tengah-tengah bunga tu je. Doakan i rajin DIY-ing. Bulan puasa nak kurangkan taip panjang-panjang, banyakkan gambar,. barulah ceria! Bak kata orang, kurangkan bercakap. Sama ke?

Masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa! Love you all!

Friday, July 29, 2011

Risau

Hai,
Nak share ni, dalam banyak-banyak benda, I sangat risau tentang satu perkara. Huhuhuhu, risau sangat tapi lately i buat relax aje, malas nk stresskan kepala, huhuhuhu. Kalau I stress, apa-apa pon takleh buat, nak DIY, memang tak mood terus. Stay calm and relax, fuhhh fuhhhhhh. So I nak share dekat sini, apa yang bermain di kepala I sejak 2 menjak ni.

‘My DIY pelamin nanti apa hasilnya eh?’

Soalan ni selalu tak terjawab. Sobsob. I sangat takut my DIY pelamin akan turn out huduh! *minta dijauhkan*. Kalau ikutkan I nak hire vendor je, tapi butik area rumah I ni pelamin dia typical sangat (jengka), pastu I cerewet pula huhu. Takut hasilnya tak seperti yang I nak, end up mesti I akan fikir,’baik aku buat sendiri je…’. Bayar mahal mestila nak puas hati kan. Actually, I suka design simple, pelamin tanpa panel, bunga pon sikit-sikit, and lighting, cukup dah. Tapi persoalannya,.

Cukup ke tak deconya nanti?

Colors combinations okay ke tak?

Cukup tak kain backdrop yang dah beli tu?

Lighting and spotlight cukup tak?

Cemana nak pasang candelier kat siling mak ni?


Oh risaunya! Risaunya! I takut nanti I yang tak terbuat. Tak pasal-pasal nanti sehari sebelum majlis I tertonggeng-tonggeng siapkan pelamin. Perlu cari backup/tenaga kerja bantuan ni, huhuh.

I suka pelamin camni je. Simple but yet, so lovely. 

ignore bunga 6 bekas tu, bayangkan ada 2 je


Thursday, July 28, 2011

Teaser: my VVIP Part 2

Hai sayangs,

I bought this like a month ago. Hehehe, kononnya nak cari backup untuk VVIP doorgift, sebab takut tak cukup STAND PLATE yang i beli dulu. Yang tu agak exclusive sikit, sesuai utk rombongan pengantin lelaki. Doorgift untuk VVIP muda ganteng-ganteng (bestfriends), i nak belikan something yang comel and sweet gitu. 

So jatuh cinta pula dengan 'benda alah' ni. hehehe. Nak buat cemane, dari bertunang sehingga ke kawen, doorgift i semua dari porcelain. Memang tak boleh nak fikir idea lain dah, huhuhuhu. Sekali dah jatuh cinta, i takkan berpaling lagi. Ececehhhh~

Memandangkan hanging porcelain ni besar, i tak tahu nak packing cemana, nanti la i fikirkan. 
Ukuran dia 20cm x 21cm, besar kan? I love the colors, cream-vintage look! Bunga ni boleh gantung kat dinding, cantik giler! Hope nanti siapa dapat diorang akan letak dalam bilik/ruang tamu, bila tengok dengan harapan selalu la ingat kat i, amin!

Lagipun kenduri i buat kat kampung, jauh nak datang ceruk di tengah-tengah pahang. So they deserved something lavish from me, as a complement. And i hope this will make them more happier!


Love you all~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...