Followers

Wednesday, March 23, 2011

5 perkara tentang saya

5 Nama Samaran
  1. intan (panggilan dari lahir, zaman sekolah rendah & menengah, universiti dan bekerja)
  2. azam (nama macho zaman sekolah teknik)
  3. maksu (nama panggilan anak-anak saudara)
  4. adik (panggilan emak ayah dan kakak-kakak)
  5. takde dah.
5 Tarikh Penting
  1. 25 Mei - tarikh lahir saya
  2. 23 November - tarikh lahir emak saya
  3. 24 November - tarikh lahir my fiance
  4. 04 Ogos - tarikh lahir ayah saya
  5. 29 Mei - tarikh saya bertunang
 5 Perkara Saya Buat Semalam
  1. Bekerja dan bermain di office
  2. Blogging, FBing, twitter, dan usha Beautifulnara.
  3. Ambil rubber stamp kat kedai dan DIY wedding invitation.
  4. Rebuskan ikan, gaul dengan nasi dan bagi abu makan, peluk cium abu bertubi-tubi, main dengan anak abu, dan gomol abu lagi dan lagi.
  5. Call emak.
5 Perkara Buat Saya Heppi
  1. Emak dan ayah (kasih sayang saya)
  2. Fiance (buah hati saya)
  3. Abu (pengubat stress saya)
  4. Internet (PA wedding saya)
  5. Foods (perut saya)
5 Sebab Jawab Soklan
  1. Sebab Malyn tag - saya sayang awak
  2. Takde sebab
  3. Takde sebab
  4. Takde sebab
  5. Takde sebab
Thanks Malyn sebab tag tapi tengah banyak sangat kerja jadi tak terfikir nak tag orang lain, hehehe.

Working on this, nak siapkan dalam sehari. Wish me luck!

DIY Mood

Rubber stamp sudah siap, kualiti bagus dan berpatutan dengan harga, he he. Puas hati!


Hasil yang pertama!


Sorry, tunjuk belakang je, tunggu dah siap semuanya okey~

Monday, March 21, 2011

Review: Wedding giftbox & VVIP gift

I sangat suka display plate with stand, apa tu? errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…. I actually didn’t know what it’s name, but something like this la.. ^^, 


Kalau boleh i nak wedding gift yang i bagi nanti guest akan appreciate dan simpan sebagai kenangan, so that i've to think something yang valuable dan cantik dipandang, ohhhh demand plak eh.

During engagement dulu pon I dah bagi display plate ni jugak, tapi without a stand lah! Check this out, hihik.. masa tu takde budget lebih. Shy! Okey, last weekend I ke KL to attend my friend’s wedding, so sambil tu I selitkan aktiviti mencari barang kawen. First target nak pergi Bagus Marketing, Taman Melawati nak cari wedding giftbox, thanks to future bride, Dyll sebab share entry ini, sebab I memang tengah cari giftbox pon (tak suka paperbag – too common, hihik). Senang sangat nak cari kedai ni, tak sesat pon tau. (dekat dengan Malaysian Institute of Art). Thanks lagi sekali ye Dyll, kiss sikit, muah!

Lepas belek-belek semua, I’ve decide to go for gold folding box instead of white one, sebab nanti nk letak doily, so barulah menyerlah sikit.  Yeay! Wedding giftbox checked! Kalau sesiapa yang tahu, I memang akan gunakan doily papers for every decorations of my wedding. hehe. From the centerpiece, wedding card, gift box, alas gelas dan dessert, plate decoration etc.


Alamak, dah tersasul. Back to the story, display plate with stand, I dah jumpa yang berkenan akhirnya, Alhamdulillah! Tapi I x boleh nak reveal lg, nanti x surprise la masa kawen.. I selitkan teaser ye. Yang ni I cari kat KK Home Deco, same place I beli display plate for engagement dulu, tapi amount tak banyak and quite pricey, so I akan jadikan ini as VVIP gift jela nampaknya. Maklumlah work within my budget, hehe.


Teaser display plate with stand. Cantik tak? I paling suka elemen ada jalur2 emas kat bunga tu, nampak sangat exclusive and elegent. I grab semua yang ada kat kedai tu.. hehe.

Till then, i love you all darls!

Sunday, March 20, 2011

VVIP Door Gift - Checked!

Cuba teka apa dia? Will review later

Wedding Giftbox - checked!
Gold folding box 6x6x3inch - RM0.30 each Will review later





Friday, March 18, 2011

DIY: Guest Book

Hai sayangs!

As I said before, mood DIY dah datang,. Wooottttt woooooooootttt! Hihihik. Disebabkan tadi nak ke Small Garden untuk bayar deposit gubahan bunga pelamin, I pon terfikirlah nak beli apa kat sana since I memang sangat malas nk ke kedai barang-barang pengantin ni, maklumlah parking susah nak dapat, kemalasan meningkat la.. 

So, it’s time DIY, and i terfikir nak DIY sesuatu yang tidak memerlukan modal yang banyak. Dah la nak saving untuk China trip pulak. Hu hu. Urmmm..urmmmmm (sambil usap dagu)..refresh balik kat rumah ada apa. Takdak apa kot! I dah lama tak membeli barang untuk 
wedding preparations. He he he.

Eh cop! I have extra lace daripada veil haritu, extra beads (small and medium pearls), extra kain daripada sarung bantal nikah, and some pastel ribbons. Apa yang I boleh buat dengan all the stuffs eh? Godek-godek idea, tiba-tiba TING! Dapat ilham nak buat guest book untuk tetamu tulis wishes and sign nanti.. hehe. Yes! Nak buat la! Yes yess!  

Balik rumah, salin baju. First thing to check is the guest book itself. Ha ha. Disebabkan nak jimat habis, I tak beli buku hard cover yang sesuai pon, I rasa nak tengok kotak-kotak study I dulu, sebab rasa mcm ada beberapa sketch books souvenir from my unimates. Kotak pertama jumpa dua, hard cover sketch book from i-don’t-know-where, then bile bukak kotak kedua, jumpa lagi dua buah sketch books from lim kok wing university. He he. Diorang bagi hadiah masa diorang datang architectural workshop di USM in 2008 kot, can’t remember. Okelah, cut the story, this is the book, back hard cover with white plain paper inside. Oke kot! Sesuaila jugak..

jangan marah ye kawan-kawan Lim Kok Wing, i gunakan untuk tujuan yang baik tau hehehe.

Opsss, lupa nak bagitahu, masa pergi Small Garden tadi I beli span nipis berharga RM6.90 for 2m. Sangat banyak untuk buat guess book ya. Takpe, simpan untuk next DIY.

At 8.30pm, I pon mula DIY Guest Book ni:

Gunting span nipis mengikut saiz cover buku, then ambil gam pistol dan lekatkan span di bahagian luar hard cover tersebut. Pastikan bucu dan span dilekatkan dengan kemas dan teliti.

Potongkan kain (lebihan sarung bantal nikah) lebih 2inci daripada saiz cover buku (sekeliling) untuk kemasan kelim, kemudian letakkan kain tersebut dibahagian luar buku, kemaskan, dan apabila berpuas hati, gam bahagian dalam hard cover dan kelimkan kain tersebut ke dalam. (macam balut buku teks sekolah - cuma berbeza ada span diantara buku dan kain). Pastikan kain ditarik sedikit agar tidak berkedut dibahagian luar ya.
nampak x efek span tu, lembut je bila pegang hehe

Kemudian, patch lace ( lebihan lace veil) mengikut design yang anda suka dan gamkan dibucu hard cover sama seperti kain tadi. 

Seterusnya ambil kertas pertama dan terakhir dan gamkan pada bahagian dalam hard cover supaya hujung kain dan lace tadi boleh ditutup dengan kemas. Gamkan sekali ribbon sebagai penanda buku.

Untuk lebih menarik, boleh la tampal pearls ke, beads ke, macam yang I buat ni. simple kan? boleh buat dalam 2-3jam sahaja dah siap..

Hasilnya inilah dia, TADA!!! 
Tempat yang kosong tu nanti nak sulam nama kami, cantik tak? Siapa cakap barang lebihan tidak berguna? hehehe, janji rajin je. Projek DIY kali ni, total RM6.90 sahaja (span)

Front view

Rear view

p/s: maafkan kualiti kamera telefon hu hu hu.

Thursday, March 17, 2011

DIY: HAND BOUQUET

Hai,
Topic for today is HAND BOUQUET. As everybody know, masa bertunang i dah guna dip flowers sebagai hiasan hantaran, and I love it so much. It portrays exclusivity, glamorous and and elegant, hihik.

my engagement: sila ignore imej berbaju pink di atas

So I’ve decided to use the dip flowers hand bouquet for my reception as well. Hehe. Lagipon, boleh la simpan buat kenangan kan. Hehe. Hari tu (engagement) I dah gunakan bunga Hibiscus, and kali ni rasa nak guna Hydrangea dan Rose pulak. Color? Pastel la..heheheh. (combination of pink, lilac, green  and cream)

So, jom layan gambar, courtesy encik google.

Mood DIY sudah datang! Hehehe. Sila jangan boring ye!

I heart u all!

DIY: Our official rubber stamp


Baru tempah semalam. Siap on friday, cepatkan. Dah ada mood untuk buat 'sesuatu'. Yeay!

p/s: hantar kat kedai yang office selalu hantar je, harap-harap workmanship sangat cantik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...