Followers

Friday, January 21, 2011

DIY 1: CORSAGE FLOWER

Seperti dijanjikan, it's time for DIY projectsssss!

Untuk permulaan, i beli dua jambak bunga sahaja bernilai RM3.90 each. hehe. Setiap jambak mempunyai 14 kuntum bunga. So total adalah 28 kuntum bunga. Mula-mula cadangannya i nak 2 kuntum bunga untuk setiap corsage, tapi nampak macam meriah sangat pulak bila pakai nanti, lebih-lebih pakai kat dada. Opsss bukan dada i,.tapi di dada bridesmaid n family! heheehehhehhe.


Seterusnya i tanggalkan bunga dan daun daripada batangnya. Setiap batang ada 2 bunga, 2 daun, 2 pucuk dan 2 putik bunga. Great! So adilkan, boleh buat 2 corsage. Takdela membazir atau tak cukup nanti..hehe~


Ini adalah untuk satu corsage ya!


Cantumkan ikot kreativiti anda, nak daun tu menonjol ke, senget ke, terpulang kepada anda. Macam i, just typical corsage seperti dalam gambar dibawah. Kemudian i ambik riben yang dah dililit dawai untuk hiasan dan bertujuan untuk mencantikkan lagi corsage supaya mengikut tema i iaitu pastel. FYI, i curik sikit daripada bunga telur i, mak yang buatkan riben tu. heheheh.


Cantumkan kedua-duanya. Taaa daaaa! dah siap. Hanya perlu lekatkan pin dibelakang corsage. I terlupa beli pin so that my DIY project terhenti di sini, sorry ya!

Lihat! Cantik tak? Senang je nak buat kan? Sambil tengok tv pon boleh ringankan tangan buat corsage ni ya. Yang penting pemilihan bunga kenalah cantik!
Selamat mencuba!


p/s: total budget corsage is under RM10 untuk 28pieces~ berjimat sehabis daya.

Thursday, January 20, 2011

MUA: contact and price range

Hi bride to be,
Got this MUA list from ‘someone-which-I-can’t-tell-who-she-is’(kena mintak permission dulu baru boleh bagi link beliau), kehkeh,.. but I’m sooooooooooo sure she will be pleased if I share this with you all, bride to be! Thanks kakak! I hope this list may help us to find the best ‘magical touch’ for our Big Day!

{female}
1. Saidatulnisa | 03 5519 2027 | RM1,000 
     2. Kak Liza | 019 209 4564 | RM600
3. Fiza Zainuddin | 012 221 7031 | RM850
4. Chomel | 012 2505 660 | RM800
5. Ian Sham | 017 203 0635 | RM700
6. Lova | 03 4142 4960 | RM650
7. Nurin | 012 269 0828 | RM500
8.  Eleena Lamat | 013 361 2635
9. Munie Ahmad | 013 385 6588 | RM400
10. Awin Seindah Wajah | 0137702739 | RM700

{male}
1. Nurul Shukor | 012 286 2286 | RM1,500
2. Sue Cantik | 019 274 2947 | RM900
3. Ezral Nordin | 012 692 8084 | RM900 
4. Valshuq | 012 913 2000 | RM800
5. Adnan Jaafar | 017 378 2764 | RM750
6. Ayang Kamell | 012 272 3975 | RM550
7. Freda Lestari Putra | 016 3038 391 | RM500
8. Emma Pesona | 012 201 5881 | RM500
9. Hazlie Hamzah | 017 610 8723 | RM450
10. Tiar Zainal | 013 628 4833 | RM900

p/s: My beloved MUA tak tersenarai pon dalam ni ya, sebab I nak buat special entry about her. Wink! So tunggggguuuuuuuuuu~

Kursus Kahwin

As salam,

Insyaallah I akan heret my Bridesmaid join my kursus kahwin 26-27 Februari 2011 ini. Mr. F akan join juga. Wink!

Buat pengetahuan semua, yuran di Kuantan masih lagi RM80 untuk kursus 2hari.ura-ura untuk menaikkan yuran tu belom terjadi lagi lah. Yeay! Mula I macam nak relaks dulu, ambil mood kursus kahwin bila tarikh dah betul-betul dekat, tapi tiba-tiba my bff bagitau I satu benda ang membuatkan I menggelabah dan panas bontot. Disebabkan kursus yang dijalankan di Kuantan agak terhad (sebulan sekali, kadang-kadang sebulan 2x), jadi I hanya ada 6-7 sesi sahaja lagi sebelum my Big day.

Terus I google pejabat agama daerah kuantan n make a call. Surprisingly dah 100 orang register dan tinggal 70 tempat lagi yang available. Gulppppp! Cepat-cepat I bertindak. Masa I register 17 januari tempohari, kursus yang terdekat hanya 26-27 Februari. Sebulan++ gap kan? Betolla agak terhad (sambil angguk-angguk). Dah lama tak masuk kuliah, harap-harap I concentrate dan tidak mengantok. Ececehhh!

Panduan kepada B2B:
  • Jangan tunggu last minit baru nak buat semua.
  • Kalau sibuk dengan kerja, google je pejabat agama daerah ke, atau kursus kahwin ke. Insyaallah apa sahaja maklumat yang kita nak tu ada.
  • I kurang percaya dengan kursus kahwin yang diadakan oleh badan-badan persendirian, jadi untuk selamat berurusan lah dengan pejabat agama terus. Diorang sangat baik hati untuk guide kita terutamanya orang yang blur macam i.
  • Ajak bff supaya kita tak keseorangan nanti, fiancĂ© tak ikot pon takpe sebab korang tetap tak boleh duduk berdua-duaan dalam dewan. Jadi bff lebih baik. Tapi kalau korang jenis yang lone ranger, terpulang, huhu unluckily I am not!
  • Jangan lupa berpakaian sopan dan menutup aurat ya.


Cheers~

B2B Update: DIY mission

Hai!
Baru hari ni ada masa nak update sikit. B2B mission? Yeah I dah beli beberapa barang, eh 4 je sebenarnya. Still consider ‘beberapa’ kan?
  1. Doily paper saiz 1000 pcs 6.5” untuk DIY my wedding card. Kepada Malyn mesti u dah tau idea I for my wedding card kan? Rahsia k. Dah dekat-dekat nanti baru reveal. 
  2. Doily paper saiz 4.5” 250 pcs untuk hiasan kotak kek VIP. Yang ni men beli je n tak sure lagi penggunaan macamane, hehe.
  3. Bunga tulip kecil untuk corsage Bridesmaid. DIY nanti, for now simpan dalam kotak dulu.
  4. Kain sarung bantal warna pastel (pink, ivory, light green, pink polkadot, beige). Yang ni I akan DIY ye kawan2. FYI, I boleh menjahit dan I akan guna kelebihan tu untuk DIY sehabis daya. Kehkehkeh! Insyaallah I akan share dan buat tutorial nanti. Kononnya nak buat bantal banyak-banyak macam Elyana. Masa malam nikah takyah letak kerusi bersanding lagi, letak bantal je atas stage n bunga, make it simple ya!

For now, agak sibuk di office. Jadi DIY project akan dibuat kemudian. Deposit MUA pon belom sempat transfer. Sad sad sad. Harap-harap my beloved MUA I tak lari dan bersabar huhuhuh. Nanges!

Kesihatan: okey! Sihat.
Perasaan & mood: okey!
Pemakanan: errrrr main taram je lagi. Belom berusaha mengikut diet sepenuhnya.
Kewangan: masih dalam usaha menyimpan.

LOVE INAL!

Wednesday, January 19, 2011

Monday, January 17, 2011

Quick Update

I dah book MUA! Tapi tapi tapi nanti baru I reveal siapa okey. Sebab I tak bayar deposit lagi, tak sempat petang tadi busy sangat. I over excited nak bagitau semua orang, tapi sabar la ye, once i bayar deposit n confirmed, then baru boleh reveal!!!

OP: Apa Pendapat Anda?

Korang dah hire op?
Style cemana yang korang suka?

Adakah jenis yang vintage n indie seperti fad manaf?

Adakah jenis editing superb seperti photoaura?

Adakah jenis photographer artis yang mabeles?

Atau cukuplah sekadar ambil photographer package yang vendor bagi?

Sekarang ni i sangat confused. Tak tahu nak pilih yang mana. I memang dah target nk book op awal 2 sebab tahu op ni cepat sangat laris macam goreng pisang panas. Huhu. So sebelum orang lain grab, i nak grab dulu. Kikikikih.

I sangat suka gambar b&w yang super creative. I akan cari op yang pandai capture moment dan xperlu nak suruh i pose sini sana untuk dapatkan gambar terbaik. So i rasa berbaloi la bayar mahal, so diorang ni tau la keje diorang cemane kan. Tapi tak bermaksud la i taknak pose kan. Confirm pose mcm patung tu penting sebab kite boleh senyum paling manis-tapi-fake untuk menampakkan kejelitaan kita kan. Setuju?

Baru-baru ni i survey2 blog op dan terjumpa yang ni. I terus email dia. Agak menepati citarasa i sebab encik ni pandai capture both moment n posing. Editing pon okey sebab ada sesetengah gambar agak vintage. Tick! B&w, tick! Menepati citarasa i. Hehe. Harga pon sangat affordable.




Then, ada 1 local op yang i suka. Gambar editing super clear pastu kale memang terang lah. Gambar yang ni sangat straight forward tapi confirm kita akan sangat suka sebab gambar kita akan sangat banyak kan. Apa pendapat korang?




Sunday, January 16, 2011

B2B: Baju bertandang

Baru sampai rumah, penat. This week balik kampung untuk settle tarikh kahwin dengan AJK kampung, iaitu Ustaz Asa’ari, orang kuat masa I bertunang dulu. Ni kira tarikh dah cop awal dah kot, insyaAllah. Maklumlah bila event di kampung (actually kat felda), macam2 benda kena fikir especially tarikh sebab trend di sini, pernah mencecah 5 majlis dalam sehari. Nightmare! Jemputan yang datang pon x ramai sebab separuh ke majlis sini, separuh ke majlis sana. Kalau 5 serentak, means tak sampai suku pon yang datang majlis I. huhuhu. Kalau boleh mestilah nak semua orang ke majlis kita kan? Hihihik. 

FYI, tarikh baru majlis I adalah 02/10/2011 (ahad). Saja buat ahad, sebab macam dapat agak 01/10/2011 tu ramai yang berkenan. Hehe, so I undur diri awal2 dan memilih 2hb untuk mengelakkan I berebut tarikh yang sama dengan orang lain.

Mak cakap event di kampung nak buat simple je, takyah beriya-iya. Tapi I agak tidak setuju disitu, bukan I  nak majlis yang grand, I sangat setuju majlis yang simple, tapi persalinan? Make up? Photographer? Itu tak boleh simple ye mak! Anak mak ni nak kawin sekali je seumur hidup mak, biarlah melaram sedikit. Hehehe.

Bercakap pasal persalinan, tadi I jumpa my bff, Hana. Ingat lagi tak pasal entry ini

I ada kirim kat Hana sepasang lace Tiffany blue masa dia pergi Bandung hari tu, tapi cakap-cakap kosong jela, duit pon tak bagi. Berapa meter pon tak cakap. Ingatkan dia lupa or tak beli. Tapi nama pon bff kan, mesti tak lupa kawan. Itulah Hana yang I kenal, hugssss! Hana cakap warna lace yang dia beli strong color dan simple. Die kata xsesuai untuk kawin, kalau untuk raya sesuailah kot. I pon terimalah seadanya. Tapi tetap excited nak tengok lace tu cenggane rupanya, perempuan kan suka benda cantik, lebih-lebih barang yang baru beli kan. So tadi I jumpa Hana. Masa die hulur je lace tu pada I, sangatlah terkejut okey! Mata I bulat gila. Nak tahu kenapa? Bukan I tak suka lace tu, bukan color tu strong sangat, bukan jugak sebab terlalu simple. Tapi…

*

*

*

*

*

*

*

*

Sebab lace tu cantik sangat! Wink wink I dah senyum sampai telinga. Hana  beli betul-betul mengikut taste I! pastu I cakap confirm I akan buat dress untuk bertandang, as I planned before. Takdenye simple ke ape ke, bila I dah suka, tetap rasa cantik even orang lain x setuju. Hana senyum je, layan I tengah posing depan cermin sambil geleng-geleng kepala. Pastu bila tanya harga, Hana cakap it’s free!! Tanya lagi betul ke, jangan main-main. Then Hana cakap betul, it’s free. Hadiah sebab I jadi pengapit dia nanti. Actually Hana pon B2B jugak, wedding dia 12/03/11 ni. Lagilah I suka berganda! Sangat-sangat suka tau.

Okeylah I reveal sikit lace tu cemane, mungkin korang rasa I cakap ni macam bendanya indah kabar dari rupa. Takpelah hehe. Janji I dah suka kan~


love the detailing, simple but nice.. suit me well! buat veil pon cantik kan?

tengok Abu pon suka sampai golek-golek dalam tu.

Lawa tak? Warna biru kehijauan. Before this I pernah confuse pasal nak pakai tiffany blue or green untuk  bertandang. My future family theme color is green untuk bertandang, So if I pakai warna ni, still masuk dengan family diorang kan, win-win situation. InsyaAllah nanti lace ni akan diberi pada Pekrol untuk design dress seperti yang I idamkan. Selesai satu perkara, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan jalan untuk kami. Amin~

Thursday, January 13, 2011

Sebab Apa Saya Sayang Awak?

Sebab awak sentiasa dengan saya!
Even saya tengah bekerja, tengah facebooking, or tengah update blog.
Awak tetap nak muka saya mengadap awak, jadi awak duduk depan saya.
Awak tak kesah tertidur atas meja, awak redha je.
Bila saya ignore awak, mulalah awak datang dekat, usik-usik saya.
Kadang-kadang saya tolak awak ke tepi, awak tak kecik hati pon.
Awak datang balik dekat-dekat dengan saya.
Awak, saya sayang awak!





Wednesday, January 12, 2011

GIVEAWAY TIME WOOOOTTTT WOOOOTTTT!



Tiba-tiba rasa nak buat giveaway. Seronok tak dengar? Wwwoooooootttt woooottttt!!

Aritu dah buat sekali tapi dalam fb je. Takde contest ape2 pon just i terasa nak bg giveaway, so i pilih secara random jelah mereka-mereka yang bertuah tu. Tapi takdelah bermaksud yang tak dapat tu tak bertuah, mungkin belom rezeki kalian. Hihihik. I heart you all.
Insyaallah selepas i balik dari korea dan vietnam nanti, i akan buat giveaway lagi. Korang doakan jelah i balik dengan selamat ya. Aminnnn.

Okeylah, for now. I tak tahu lah ini dikira sebagai giveaway ke x. Tak kesah lah kan! I’ve planned nak buat sesuatu yang akan menggembirakan sesiapa yang bercadang nk design wedding card sendiri. I AM WILLING TO DO IT SPECIAL FOR YOU AND IT'S FREE yawwww! Interesting kan? I love something simple & english vintage. Tapi SEBENARNYA korang boleh keluarkan idea korang sendiri dan i akan buat ikot apa yang korang nak ye. Don’t worry honey, FIKIR IDEA CANTIK-CANTIK ye. I will design using photoshop or ai then export it to jpeg so that korang senang nak print out dan tunjuk pada card maker.

Kenapa i buat semua ni?
  1. Sebab i seorang designer. Tapi bukan design kad tau. I design building, so mesti korang dapat agak i kerja ape kan? Hihik. If guna Photoshop and Illustrator tu, memang my expertise la. InsyaAllah i akan gunakan kebolehan i tu untuk design kad korang nanti.
  2. Sebab i nak tambah kenalan bride to be!!! tak kesahlah background korang dari mana, even sabah dan sarawak, sekurang-kurangnya i boleh berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dengan korang. So if u read this, sila exchange link juga!
  3. I nak ambil mood kahwin! Sebab i ni kerja busy gila, so this is the easiest way nk release tension he he he. Yela sape tak suka wedding kan?

Cukuplah tiga sebab kot. So sape2 nak i buat kad, silalah buat short entry pasal ni okey. Just untuk spread the words je. I tak limitkan design kad i nanti. Ikot kesesuaian waktu, so maybe ramai yang bertuah kan. Pastu korang post la kt komen entry ini korang punya link. let’s exchange link! Nanti i akan baca ye. Dan i akan contact u balik! Jangan lupa tinggalkan email sekali ya.

Tuesday, January 11, 2011

Make up oh Make up!

Make up sangat penting kot especially untuk bertunang dan bersanding. Tapi nasihat i, kena ikot pada event la. Untuk bertunang, jangan over sangat sampai menenggelamkan kecantikan semulajadi kita. Cantik ke? Semua orang cantik kot, Allah dah jadikan setiap manusia itu cantik dan unik. Kalau boleh gunakan earth color untuk eye shadow dan lipstick pulak, pastel. Xperlu nak merah menyala. Pada i, masa bertunang la ‘sesi perkenalan’ diantara bakal menantu dan keluarga pihak lelaki, jadi untuk mengelakkan bad expression dari diorang, ‘berlakon’ la sikit yang korang ni memang ayu dan cantik. Ha ha ha syhhhh ini rahsia tau. Nak nampak lagi cantik letak blusher pink, macam tersipu-sipu malu gitu.

Macam i, make up masa bertunang memang simple gila. Cukuplah sekadar muka nampak segar dan berseri.i pon tak tetapkan budget yang tinggi untuk make up. Hehe. Dan i dapat rm80 untuk make up, berbaloi tak? Nak dapat harga camni? Kena surveylah. Tu paling penting!! But but but, i still buat trial make  up untuk pilih style make up dan color. Yang ni i bayar rm50.

Kalau bersanding pulak, i support if korang nak melaram macam diva. Nak buat smokey eyes ke, ape ke, memang sesuai lah! Masa ni lah nak make up paling cantik. Sebab i rasa dah susah dah nak make up tebal lagi selepas kawin. Tapi terpulang la pada pendapat individu, ada je yang memang make up ke ofis. I bukan orang cmtu kot, i prefer simple je even i pakai jeans je ke ofis.
So, pilihan ditangan anda!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...