My custom-made mini dais? N the dayangsssss?
Okeylah review satu-satu ya. Untuk mini dais, I habiskan dalam RM21 sahaja. Percaya tak? Itu pon I spend untuk beli bunga kat belakang tu, dan riben, itu sahaja. Sebenarnya background adalah langsir emak lama-lama. Ada 2 lapis, belakang skali langsir offwhite plain, then depan dia ada langsir bercorak jarang. Langsir ni pon I pasang kat curtain track tingkap sediada kat situ. Cemane I hide tingkap cahaya tingkap belakang tu? Ha ha ha ni gelak jahat. I suruh BIL pasang kain hitam dari luar, pon ni ihsan dari emak. Kena amek tangga dan panjat. Sebab adik kesayangan, diorang redha. Thanks abangteh &abangchik.
Pastu berbalik kepada dais, I letakkan bunga DIY sendiri idea pon I sendiri , mula-mula nak letak flower ball tapi sebab nak jimat, I buat camni je. Still nampak oke kot. Bunga beli kat Cowboy rm19.90. Riben tu RM1 kat small garden. Sebab bunga tu ada 18 kuntum, so I divide 3 kuntum untuk setiap ikatan. So ada extra 3 kuntum. I simpan dalam kotak. Untuk decoration I biasanya guna no ganjil, contohnya 3 kuntum bunga, dan 5 jambak bunga. Camtu jugak I apply bila design rumah orang, or buat ID.
Sarung Alas dan bantal? Pinjam dari kawan yeayyyy. Alas tu tilam single yang dilipat dua. Pastu I ambil sejadah merah letak atas alas bagi naik seri. Bantal bentuk silinder I pinkan pada alas supaya tidak bergerak. Oke done explanation custom-made mini dais I! Nak copy, silakan. Lagi baik kalau bagitahu I dulu. Sharing is caring right?
The dayangs? All my nieces, anak kakak-kakak I je. Attire, diorang sendiri. Kebetulan masa wedding anak sedara I, tema kami baby blue. Pastu I rasa macam comel je baby blue n pink. So I kerah dan paksa diorang pakai balik baju tu masa tunang I. Ha ha ha evil. Sampai emak I pon pakai baju yang sama. Tapi kakak-kakak I, nan ado! Semua nak melaram baju baru, tapi still blue color lah!
Abaikan muka i tak duduk diam, nebes!
LOVE INAL



















