Followers

Tuesday, August 10, 2010

i dah publickan blog ni

kena rajin tulis la lepas ni haiiiihhhh
orang lain blog sangat cantik i punye omg malu nak mengaku
haihhh lagi
orang lain blog interesting sampai x jemu baca i punya omg bosan tahap giler
haihhh lagi
orang lain blog ramai follower x perlu private i punya sampai malu nak public
haihhh lagi

KOREA oh KOREA

ke hadapan Seoul, Korea,..
              hai disana? diharap sihat hendaknya. saya ingin melawat kamu tahun depan. diharap keadaan kamu sangat baik dan sentosa. luangkanlah masamu. lengkapkanlah dirimu dengan bunga-bunga sonata yang lebat dan mengembang kerana saya amat mengharapkan musim bunga yang indah. diharap juga agar suhu yang menyejukkan agar saya sentiasa selesa menerokaimu. hidangkan lah saya dengan makanan-makanan yang enak, tempat tidur yang selesa, agar saya akan menjadikan percutian ini sesuatu yang indah untuk dikenang.
Seoul, saya sudah tidak sabar. nantikan kedatangan saya okay. 4-8 March 2011. hooyeeeeaaahh~
                                                                                                                                                                                      intan

*last holiday trip saya adalah kuching on Oct 2009. 2010 kononnya xmau holiday sebab nak saving tapi tergoda dgn promo airasia, kenapalah awak murah oi! kalau naik kereta tu x consider holidaylah kan.

1st photoshoot after almost a year break





introducing little adam harits, 7 days old.

new DSLR

hari-hari saya dok hasut bos besar belikan saya DSLR. itulah dulu dah ada Canon 450D gatal-gatal nak jual. kononnya mampu beli yang lagi best tapi sebab habit saya shopaholic, xpenahnya nak saving untuk my new dslr. and lucky me, last two week my boss kate..

"intan, nanti survey la dslr, saya dah approve budget.."

and i said...

"urmmm, wooo hooooooooo.."

tapi sebenarnya saya cakap urmmm je dan wooo hoooooo tu dalam hati sebenarnya sebab taknak express sangat keterujaan saya tu. nanti nampak sangat macam tak sabar. hehe. tak sampai sehari, saya dah jumpa dslr yang berkenan, and of course takde masalah nak pergi survey mana-mana. i love online shopping. search jela kt google (thanks encik google). ape yang kita nak semua ada. duduk depan pc stalking orang berjam-jam pon takpe. blogwalking la kan. eh dah macam lari tajuk. okaylah saya dah dapat dslr saya. online banking pastu esoknya sampai. yeay.


inilah dia buah hati baru.

kerja kami dalam dua tiga minggu ini adalah bergaya depan kamera. kononnya nak bagi berbaloi beli kamera mahal tapi sebenarnya masing-masing memang gila-glamor-budget-depan-kamera. kalau x percaya, sila scroll down please.

see? kami sedang berlakon. itu belum kira bos besar (mr YY) buat aksi konon tough cover perut, bos medium (mr R) buat aksi Dr. Rozmey, dan saya sendiri.. cikbos merangkap orang yang selalu datang paling 'awal'.aksi favourite saya? rahsialah~

si Kelabu kesayangan

oh i love you sayang


my kidnapped-kitten-from-amira balqis

fall in love again, sorry mr fiancĂ©.

sorry sebenarnya ini bukan kucing saya tapi saya insist untuk jaga juga. gila jahat okey.
amira, sorry honey. your abah hari-hari dok sebut kt office camana nak culik abu balik, so that dia boleh jadi kawan amira. nanti kakak bagi amira okey cuma boleh tak kalau kakak jaga sampai besar? (ada tanda-tanda macam tak rela tu, and still x berani nak tanya if amira ada depan mata saya). 

dear amira
you are such a caring-person-wanna-be. not everyone are chosen to be in love with animals. 
it's a gift, just accept it. you a tiny little princess but has big heart.

abu, or siti khalsom (the first name your abah give her) is a very wonderful kitten, playful and active. everyday she has learned new things, and always makes me laugh. i have to admit, i love her. sleep with me, and i know your favourite; my fingers. what i can say is auchhh-here-and-there, some scratches but its okay.

p/s: nanti kakak bawak abu visit amira okey.


i'm not sure either this is a good news or not. or maybe it is just me, over-reacted kot. ahaks. pretending nothing happened is not really me, as i know i am a very particular person, yes i'm admitted. simple things somehow will be 'big' enough for me especially when it comes to him, sad or should i be happy?oh arghhhh.

Monday, July 5, 2010

Thursday, July 1, 2010

siapa kita?

manusia ada macam-macam ragam
ada yang terlalu sentimental
ada yang jenis tak ambil tahu
ada yang pentingkan diri sendiri
ada yang jenis suka menyendiri
ada yang langsung tak kisah
ada yang itu ada yang ini
ada yang begitu, ada yang begini

kadang-kadang nak geleng kepala pada orang
tapi takot terpalik pada diri sendiri
jadi kena redha dan muhasabah diri
kenal siapa kita
ragam kita
siapa kita?


Friday, June 25, 2010

babysit anak-anak saudara

tajuk entry macam besar je tanggungjawab tapi sebenarnya senang je. sebab diorg bukan lagi budak kecik 1 tahun, tapi dah 22tahun, 16tahun, 15tahun, 12 tahun, 10 tahun, 9 tahun, dan paling kecil 5 tahun. hehe.
walaupon saya baru 25tahun tapi saya tetap mak diorg. besar tanggungjawab saya. tapi diorg semua baik-baik. pandai jaga diri sendiri walaupon kena jaga rumah dua minggu. saya kerja, kalau tak saya pon kena jaga rumah.
macam-macam aktiviti diorg buat, mandi air terjun ulu bendul, main bowling, tengok wayang, camping, petrosains, I-city etc etc tapi diorg tak lupa nak buat kerja-kerja lain selain main. diorg basuh pinggan, mop lantai, lap tingkap sebab masing-masing nak tunjuk rumah kemas bila emak dah balik. bagus. paling bagus bila kakde aka yang paling tua berjaya masak untuk adik-adik dan sepupu-sepupu. kalaulah maksu lah entah berjaya ke x. (maksu adalah saya sebenarnya). dan disebabkan saya demam, tak dapat balik tengok diorg. saya malas nak cerita pantang. let's pictures tell the story okay.













saya demam rindu.



kalau nak dikatakan terlalu busy tu maknanya tipulah tapi memang saya takda masa nak update blog. haha. sebenarnya saya demam. full stop. bukan demam biasa tapi demam rindu. straight dua minggu, sangat lama okay. tempoh yang sama lama dengan pemergian ibu ayah, kakak-kakak, dan abang-abang ke tanah suci. mulanya saya ingat itu adalah demam kepenatan selepas bertunang, namun bila difikirkan, tidak munasabah pula.

bila 'mereka' yang di atas tiada di bumi Malaysia, apa yang berlaku pada saya?

1. terlalu demam sampai curi-curi tido dalam bilik akaun.
2. tak tido malam sebab sesak nafas sampai pagi, dan tiba-tiba nak tulis wasiat tentang hutang dengan kawan-kawan. (haha, macam banyak je hutangnya)
3. terasa sangat alone walaupon dalam rumah ada tiga orang sebenarnya.
4. mengalami straight sleep from 8pm-9am. it's unpredictable.
5. makan roti dan tuna je untuk 3 malam berturut-turut sebab memang takde selera plus tak larat nak drive.
6. encik tunang takde di kuantan, so that takde sesiapa boleh entertain saya yang demam.
7. batuk yang sangat teruk sampai kena sedut oksigen.

bila esoknya 'mereka' nak balik, saya adalah orang yang paling gembira. demam teruk juga namun berjaya drive dari kuantan-muadzam-serting-pilah-seremban-shah alam. kira inilah pencapaian terbaik saya. clap-clap. paling tak boleh blah saya sampai mimpi-mimpi mak dah balik. memang saya anak bongsu yang manja. saya akui. memang selama ni pon saya jauh dengan parents tapi hampir setiap hari saya akan call mak ayah. tapi kali ni rekod paling lama saya tak berhubung dengan mereka.

alhamdulillah semuanya sempurna dan mereka kini dah balik ke pangkuan saya. (eh, maksud saya ke rumah. hehe). paling seronok bila demam saya kebah pagi hari mereka balik. ajaib. ubat pon saya tak telan.


inilah buah hati pengarang jantung saya

bila fikir balik, memang saya sayang keluarga saya. sayang emak ayah saya. kasih sayang saya untuk mereka tiada tolok bandingnya. bila 1st time berjauhan camni, baru saya tau apa itu rindu. rindu pada tunang pon kalah. (means awak kenalah ambil hati saya lagi untuk menandingi kasih sayang pada mereka. ahak~). emak orang yang paling saya rindu. dan saya juga tau emak pon rindu saya. kakak saya cakap hadiah saya paling banyak, paling mahal. memang pon. hadiah apa nanti saya bgtau kemudian sebab x sempat lagi nak snap gambarnya. thanks emak. adik sayang emak.

okaylah entry dah panjang, enjoy the pictures okay.

kaklong dan abanglong saya

kakchik

abangchik dan abanglong



Monday, June 14, 2010

quote of the day



faith is to believe what you do not see,.
the reward of this faith is to see what you believe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...