Followers

Monday, December 12, 2011

Veil Nora Kerel

Psttttt: i tak terima tempahan veil buat masa sekarang..heheheh. 
(dah bagitahu awal-awal ni)

Kekangan kerja membataskan waktu.
Sekian, terima kasih.

With love, intanorazam~

HB RynEzy Johari

Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Asalammualaikum!

Hari ini Kuantan hujan, tempat anda bagaimana? Sejuknya. Tapi hari ini mood bekerja sangat tinggi (ececeh!). 

Hujung-hujung minggu I sangat best! Setiap minggu berjalan-jalan bersama suami, dan minggu ini, parents I pon turut serta. Last 3 weeks, kami ke KL dan Pontian, last 2 weeks; instant getaway ke Kuala Terengganu, last week; ke Muar merasa Mee Bandung sangat sedap, dan kelmarin, ke Cameron Highland dan Kelantan. Walaupon badan sangat penat dan mileage kereta menjangka 1000km setiap perjalanan, I rasa sangat seronok!

Suami bekerja hujung minggu depan, sobsob.

Kalau tak dah merasa masakan Chef Zubir Masterchef Malaysia tu, huhuhhu. Nampaknya macam kena cancel la plan ke Shah Alam tu. My nephew, Mahdi adalah partner Chef Zubir di Laman Grill Steak & Bar-B-Que. Jadi I request untuk makan candle light diner di Laman Grill sebagai hadiah kawin, hehehehe. Nom nom nommmmmmm (boleh ke mak saudara minta hadiah camni pada anak saudara?). 

Menu pon dah pilih siap-siap dah, haruslah yang paling mahal dan paling sedap sekali!

Mesti ramai yang pelik kan? Sebenarnya, anak-anak saudara I dah besar, yang Mahdi ni anak saudara sulung dalam family i (anak Kaklong); sudah berkahwin dan ada anak seorang. And yes, dia lagi tua dari i, hukhuk!

Percaya tak? And I am very proud of him, berumur 28 tahun, bekerja sebagai fulltime architect dan mampu menjadi share partner di Laman grill. Bukan calang-calang orang boleh mencapai tahap begitu dalam hidup pada usia 20-an. Maksu sangat bangga! 

Tapi di Laman Grill, bukan dia yang masak pon. Chef Zubir la yang masak, hahahaha.

 baby Yumna (model Laman Grill). Cucu saudara i, oh my so tua tua tua tuanya!

Okeylah, kepada mereka di sekitar Shah alam, boleh la try makan kat sini. Harga memang a bit pricey, maklumlah chef yang masak, tapi  kalau sesiapa yang nak try dinner bersama suami dan nak try western food, boleh la datang sini. Environment dia best.

Sneak peak Laman Grill Steak & Bar-B-Que.


For more info, click here:


Friday, December 9, 2011

49 Komen

Bila buat entry kontroversi macam ni, selalunya memang dapat perhatian ramai, hehehehehehe. Maafkan saya kerana cuba menarik perhatian  ‘murah’. Hehehehe, ampun!

Terima kasih kepada mereka yang membaca dan menyokong. Baru sehari di ‘post’ entry tersebut, dah ada 49 komen. Saya sangat terharu dengan setiap sokongan yang kalian berikan dan memberikan saya lebih semangat untuk maju ke depan dalam dunia blogging. 

Kalian adalah keluarga pada saya, jom hugggssss ramai-ramai!

Hari ini, mood saya lebih baik dan malas nak menggelabah lagi, memang lah mula-mula akan sentap, tapi dengan adanya yang Pencipta, insyaAllah Dia akan memberikan kita guide yang terbaik. Hidup berlandaskan agama memang selesa dan menyenangkan, insyaAllah.

Allah itu Maha Adil, ini dugaan saya. Ini hari saya. Mungkin esok lusa, kalian juga akan diduga, itu tandanya kita mendapat perhatian daripada-Nya. Tadah tangan dan bersyukur, ubat yang terbaik.

Yang penting senyum! Peace!

Nami Island Mac 2011: muka sangat pale, sangat sejuk masa ni -1c kot.

Malas nak menambahkan kontroversi, mari kita meningkatkan prestasi, jadi saya akan membuang entry tersebut. Bagi mereka yang sempat membaca, rezeki la tu, hahahahahahaha. Kepada yang belum, ala bukan ada apa-apa pon, hanya “Luahan Hati” Intan Norazam. Kehkehkeh!

Bye, Hugssss and Kisses.

Thursday, December 1, 2011

Kalau DIY sendiri pon cantik hasilnya



"DIY projek yg berjaya..veil,tudung,beads pada veil,tudung n baju..juga brooch HB...
penat tapi berbaloi..tq Intan Norazam Abdul Latif ,anda la sumber inspirasi saya..hehe.. "

You really made my day!


Wednesday, November 30, 2011

At Nora Kerel's Wedding

Hye darls,

Last Sunday, we went to Nora Kerel’s wedding. It is such a wonderful event when everything looks so perfect and lovely. I just can’t describe it with words.

I just love every detail about her wedding, full stop.

Congratulationssssss Nora & Kerel!
(rasa nak kawen sekali lagi, aci tak?)

We met Molkhan there (our solemnization OP), and luckily he is being so nice to capture few photos of us.
me and dear husband

Tiba-tiba glowing pulak muka

Ni masa tengah makan, tapi tetap pose bila Mol datang snap. Oh so diva kononnya! Perasan pengantin tengah-tengah makan pon orang nak ambil gambar, uhuk uhuk!

Thanks Mol~

Nak tengok gambar wedding Nora Kerel hasil tembakan Mol, 
boleh klik sini:




HB Aziana


Saje tukar mood background hitam pula. Hehehe.

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Vs Indonesia, Intan Vs HB

Semua orang fokus pada perlawanan semalam, me too~ 

For the first time in my life, i'm watching football alone

Husband dah awal-awal keluar selepas solat maghrib, lepak-ing dan tengok bola dengan skuardron-mate, pity me sebab kena tinggal sorang-sorang kat rumah, sobs. (konon). Padahal bukan sebab tu pon, memang i tak pernah suka bola dan tak faham-kenapa-perlu-jerit-jerit-or terlompat-lompat-bila-tengok-bola, so that better husband tengok kat luar daripada tension apabila sorak/marah/menjerit, tup-tup kena marah dengan isteri. Hehehe.

So life must go on. (ada kaitan ke?). I pon unpack barang-barang, mula lah aktiviti malam Intan Norazam Abdul Latif. Turn on tv dan sambil tengok bola juga, i pon memulakan rutin harian, minggu ni lima HB perlu disiapkan. Dua perlu dipos pada hari selasa (hari ini) dan selebihnya pada hari jumaat.

Bila husband tiada, rumah boleh bersepah sesuka hati depan living hall sampai semut nak lalu pon teragak-agak sebab terlalu bersepah, hahahaha.


ant eye view, kehkeh.

Ini adalah crime scene

Benda wajib adalah planner, laptop, iron, kain kain kain dan kain, felt, felt felt and felt, gunting dan playar, remote astro, handphone, benang, jarum, smarties buttons, coffee and lots of kain perca.

Concentration adalah 160% bila suami tiada, hahaha ampun!

So ini adalah hasil selepas 3 hari. Baru dua HB dapat disiapkan, untuk cik Puan-to-be Nida Razak dan cik Puan-to-be Natasha Sherlyna.


Till then,
Asalammualaikum~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...