Followers

Sunday, July 17, 2011

Teaser: My Wedding Invitation's'


Tengok tajuk, hehe... Can u see the 'S'? Actually baru je dapat wedding card ni semalam, excited dan terus update teaser. Cantik tak kad kawen i? Just a plain metalic off white paper with embossed design and silver hotstamp.

As u can see, i ada dua design kad, Satu bersaiz 6x6inch dan lagi satu 4x6inch. Sebenarnya i takdelah berniat nak membeza-bezakan kedua-dua kad ni, tapi memandangkan budget tak cukup, so i buat la dua design, which yang 6x6inch ni akan diberi kepada bos-bos, klien-klien, my fiance's instuctors, saudara terdekat, dan mereka yang di 'atas', manakala yang 4x6inch ni diberi kepada saudara jauh, jiran-jiran, orang kampung dan lain-lain. (maklumlah tak mampu nak beli semua yang design 6x6inch tu. Tapi teringin juga nak kad mahal dan cantik).

I print kad ni 1000pieces each design, which nanti i akan share dgn fiance, kami akan ambil 500pieces for each design (dalam kad ada dua-dua jemputan). Senang kot camtu, nanti kalau kad i/fiance tak cukup, boleh minta sikit sebab nama dua-dua dah ada dalam tu..

Tapi kan, memandangkan kad i putih dan hotstamp silver, FIL cakap "tak nampak la warna kelabu ni, buat wording hitam lagi cantik.." Huhuhuhuhu, nasib baik fiance jawab, "silver barula exclusive abah...." Tak sangka fiance i jawab camtu. Thanks sayang! Sebenarnya taste putih ni i yang pilih, risau gak kalau FMIL tak suka. Tapi nak buat cemane kan, everything dah siap. Lagipun masa nak buat kad dulu FMIL takde plak request apa-apa, so redha jela. Hihik! Untuk kad yang 6x6inch tu, i tambah lagi riben soft pink, and soft turquise utk fiance. Upgrade lagi kad tu kasi nampak exclusive konon-kononnya, hehehehe.

Agak-agak bila patut i buat STD eh? My wedding will be on October 2nd, and fiance side, October 15th.

Thursday, July 14, 2011

Coming Soon, Corsage Felt Flower!

FELT CORSAGE: Ohhhh tak sabar nya nak buat! Hope the final one will turn out cantik, amin~


Contoh: Google


Pstttt, kad kawen dah siap, nak ambil hujung minggu ni. Super excited!

Friday, July 8, 2011

Tutorial: Fabric Flower HB

Warning:  Entry ini sangat panjang, sila jangan bosan dengan gambar dan tulisan. Wink!

I hope this is not too late. Sorry for the fake promises, sorry for the lateness, blame me huhuhuh.
So now, I wanna show you how to make ‘easy’ fabric flower hand bouquet my version (sebab I tak ikut mana-mana tutorial pon. Maybe lain orang lain caranya, but this is much easier especially for me, Enjoy! 


1.   Kita perlukan 3 kain saiz berbeza bergantung kepada saiz bunga yang nak dihasilkan. 
My standard size (A: 11 ½ x 4 ½ inch, B: 10 x 3 ¾ inch, C : 9 x 3inch). Tapi kadang-kadang I malas nak ukur betul-betul so lebih kurang jela. My advise, lagi panjang lagi bagus sebab kedutan kelopak lebih banyak. Kalau pendek sangat pula nanti kelopak akan melengkung macam mangkuk kehkehkeh. 

Nampak tak hujung kain berbulu? Ignore je..hehehehe

2.   Lipatkan kain dari hujung ke hujung seperti gambar dibawah dan cantumkan. Kemudian jahitkan. I jahit guna mesin utk hasil yang lebih cantik dan kemas.


3.   Kemudian, kelepetkan ke belakang/bawah utk menyorokkan belah hujung kain yang dijahit tadi. Secara tidak langsung, akan menyorokkan kain yang berbulu dihujung. So takyahla risau bunga tu berbulu-bulu.


4.   Selepas dikelepet, bolehlah kalau nak iron ke, kasi cantik sikit lipatan kain tersebut. Kalau malas pon takpe, bergantung kepada tahap kerajinan anda. Tapi I, memang iron sedikit, sebab nak nampakkan kelopak tu keras dihujung, barulah cantik.


5.   Seterusnya, jahit JELUJUR HALUS dibahagian hujung kain yang tidak berjahit sekeliling sehingga bercantum. Jangan terlalu halus/terlalu kasar, nanti efek kelopak tu tak lawa. Buatlah dengan penuh kasih sayang. Bila dah dapat rentaknya, senang je nak buat tu.


6.   Setelah siap jelujur keliling, tarikkan perlahan-lahan dan matikan jahitan dengan kemas. Pastikan jahitan tidak tercabut ye. (ulang langkah di atas untuk kain A dan B sampai siap). 


Okey dah selesai step menjahit. Kalau korang ikut betul-betul step di atas, dapatlah 3 kelopak bunga seperti ini. Masa untuk mencantum ya. Sekarang kita perlukan dawai keras dan butang. Itu sahaja! 

Sorrylah butang yang besar dan comel-comel macam M&M tu I tertinggal kat kampung, jadi butang baju jela menjadi mangsa, hehehehe. 

7.   Masukkan hujung dawai pada lubang butang dalam 1 inch panjang dan bengkokkan dawai tersebut seperti gambar di bawah. 


8. Kemudian, masukkan kelopak bunga C (paling kecil) melalui hujung dawai satu lagi, rapatkan ke butang yang betulkan kedudukan butang agar betul-betul berada ditengah-tengah. 


9.   Then, masukkan kelopak B dan A, paling besar dibelakang la ye. Jangan terbalik pulak.

 Abaikan butang kecik tu, buruk nye lah!

10. Selepas siap ketiga-tiganya, kemaskan dan matikan ikatan dawai seperti dibawah. Tidak memerlukan gam UHU, gam pistol etc etc. Guna cara ni je mudah, cara Intan Norazam hahahahahaha! Bengkokkan dawai pendek tu menghala keluar sahaja.


Dah siap!!!!! Settle satu kuntum bunga!
Boleh la buat sebanyak mana yang anda mahu. Nak buat corsage pon boleh, ikot kreativiti anda semua. Hihik!


Inilah hasilnya! Yang i buat dulu kainnya lebih panjang, so kedutan lebih sarat dan cantik, butang pon besar. Lebih menonjol.

Tutorial ni dah sangat jelas, kalau tak faham, boleh Pingbox aje. Anythime dear! 

SELAMAT MENCUBA!


Friday, July 1, 2011

Origami by Kakde

Yeay, sukanya! Sukanya! Sukanya!

Kakde, thousand thankssssssss.. Nanti buat banyak-banyak lagi ye. Thanks jugak kat kawan-kawan kakde sebab buat sama-sama. Most appreciated! Giler i request suruh buat sampai beratus-ratus!


Psttttt, KAKDE ni my beloved niece. Comel kan dia sebab sanggup buatkan I burung-burung tu? Nanti boleh gantung banyak-banyak kat khemah. Hihihihihik! I heart it!

*maafkan kualiti gambar, fresh from my niece's handphone ni, hehe.

02 Julai 2011
ORIGAMI UPDATE: 300 Ekor
Keep counting.. go go Kakde!

Pstttttt, dah tinggal tiga bulan. Uishhhhh!


Thursday, June 30, 2011

BUSY mode

Tak tahu nak update apa, otak kosong. Nak buat tutorial handbouquet pon tak sempat lagi, maafkan i ye. Busy mode activated. Ermmmm, cuma nak share my favourite spot in the house, except the bedroom, kehkehkeh always my favourite yawww. I tunjuk sikit-sikit ye, lagipun rumah ni tak complete lagi, malu nak tunjuk semua sekali, wink!

BTW, this is set of painting yg i paling suka sekali, bought in China last April, okey tak? Nanti dinding tu nak tukar ke warna lain, maybe grey. I love black/grey-white-red for home deco, no more pastel colors, he he he. Tunggu dah kawin baru boleh cat kot, nak buat sekarang, huhu den tak larat yo..

 Ada 2 lagi painting belum hang, tunggu masa yang sesuai nanti. Dah plan dah nak gantung di mana, he he he.


Cantik tak? Or i perasan sorang-sorang?

Friday, June 24, 2011

As per requested: Full version Handbouquet

At first, I want to keep it for my wedding day, but since I’ve got few emails asking about how it looks like from the back (final product), it makes me feel pleased and grateful, and how you appreciated my works.  It worth it! So this is it, taa daaaaaaa!
 


Cantik tak? cincin tu I beli masa pergi Korea somewhere in March, memang plan nak pakai masa wedding. 
Agak-agak sesuai tak?

And I love the PINGBOX too (at right side), yes! It’s really help. Now I can communicate with my silent readers/friends, which not every one of them has blog I guessed. I welcome all of you to meet me visually, please. Ada apa-apa nak tanya Ping ajer, insyaAllah i akan layan ye~

I am so blessed to have you all by my side, and I know not everyone love to read all this. Sorry if you feel disgust or ‘ewwwwwwwww-ing’ or ‘urghhhh, showed offffff’, but I am just sharing about how I DIY-ing my wedding. Sharing is caring, nak tiru pon boleh tau! Thanks for the emails, ym, and private message. Love you all!

Thursday, June 23, 2011

Fabric Handbouquet versi Intan Norazam

Ingat tak entry I ADORE THIS ?


Ayat saya dari entry tersebut:


"Oh my! I love everything about their wedding. *melting~
They are perfect couple 
They had perfect wedding
No offense

I wish i'll have this at my wedding, insyaAllah.
1% pon jadilah, pray for me."

So,..

Saya tahu ini bukan fresh idea dari saya. Saya tahu saya meniru idea orang lain. Tapi sukanyaaaaaaaaaa lah aiiii! Comel sangat, kena dengan tema perkahwinan saya. Terbayang-bayang handbouquet yang sama untuk majlis saya. Wink!

FRESH IDEA FROM HERE

I adore everything about this sweet-vintage-chick wedding.

Kepada Filmshotartifact, maaf lah saya CURI idea awak, huhu. Saya tak buat bisnes, hanya buat untuk diri sendiri sahaja, maklumlah teringin sangat handbouquet yang sama. Tapi saya ni pengantin budget, kenalah buat sendiri. Nak upah tak mampu, sobsobsob. Hasil saya taklah secantik mana, so-so sahaja. Thanks sebab idea awak sangat best dan comel. Saya suka sangat sangat sangat!


Ini versi 'handbouquet Intan Norazam separuh siap'.
Baru siap 65%, belum beli polisterin untuk pemegang handbouquet supaya saiz besar dan sedap dipegang, pastu nak cari net untuk deco bahagian bawah, dan last sekali nanti lilit dengan ribbon dan jahit butang sederet.


Hehehe, full version tunggu entry lepas wedding la ye sayang. Thanks again to Filmshotartifact for the great idea. I heart your works so much!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...