Followers

Tuesday, March 15, 2011

Emak, you are the BEST!

Terima kasih kerana menjadi tulang belakang yang selama ini menyokong samada ketika 
gembira, sedih dan kecewa. 
Terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang penyayang dan memahami.
Terima kasih kerana menegur dan menasihat dengan cara terbaik sehingga saya tidak merasa 
sedih atau tersinggung atas segalanya.
Terima kasih kerana memberi saya ruang untuk membuat keputusan sendiri dan 
hidup berdikari dengan cara saya sendiri.
Terima kasih kerana membuat impian saya 'sering' menjadi kenyataan.
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang melimpah ruah.

Terima kasih untuk segala-galanya!

Tiada siapa mampu menggantikan EMAK dalam hati saya, dan tiada siapa dapat menandingi keperibadian dan kasih sayang yang telah diberikannya kepada saya.
Adik sayang Emak!

Monday, March 14, 2011

Candle Lantern

Hai!

I ada beli half dozen candle lantern kat Korea. I ingat nak sewakan, siapa berminat boleh pm i ye, the rental price as low as RM5 per pieces. Tapi kena jaga elok2 la, sebab i nak guna untuk my wedding bulan Oktober nanti. Takot by the time i pakai lantern tu dah buruk dah. Hu hu hu. Nanti i upload gambar okey. For now i tinggal lantern tu kat kampung, lupa nak tangkap gambar kihkih. Tapi bentuknya lebih kurang camni la, white color, tapi mine kurus sikit la bentuknya~

Sunday, March 13, 2011

Hai sayang-sayang semua!

I sangat sibuk lately. Balik Korea terus kerja, tak sempat nak rest pon, nasib baik tak jetlag, Alhamdulillah. Review pasal Korea minggu depan insyaAllah ye. I’ve enjoyed the trip so much! Thanks dear nana as my personal tourist guide, plus layanan sangat first class you!

Weekend ni sibuk juga sebab kena jadi pengapit my besties Hana,. Hihik and guess what? I pon kena pakai inai sebelah tangan, teruja! Kononnya bila kipas pengantin nampak la inai tu.. professional touch plak tu, rasa taknak basuh tangan dua minggu.

Pon banyak jugak nak review pasal wedding Hana, sebab i heart everything from the henna, the  beautiful dress and the make up artist (aleng tohara), the pelamin, the door gift, the bed decorations, and etc.

Uhuks, banyak betul nak review ni, cramp tangan nak menaip nanti. Doakan semoga i rajin ya! Kena buat list ni, nanti terlepas entry. I KNOW my blog has been ignored more than two weeks kot, cian dia. Memang banyak sangat nak tulis, rasa baru je bagitau wedding ticker dah tukar tujuh kepada 6, pastu now tengok dah 6 bulan 2 minggu. Gosh!

KOREA TRIP (foods, shoppings, culture, wedding deco, )
HANA’S WED (everything)
PERSONAL LIFE

Wednesday, March 2, 2011

Quick Quiz


1. How old are you?
twenty six years old this coming May


2. Are you single?
single but not available, engaged to someone.


3.At what age do you think you'll get married?
26! insyaAllah this year in October


4. Do you think you'll marrying the person you are with now?

yes definitely! but i'm still praying to Allah supaya 'mempertemukan jodoh kami berdua'

5. If not, who do you want to marry?
no one.


6. Who will be your bridesmaid & bestman?
bridesmaid: adilah, ida, anne, anis, sue, ros, and my nieces. total (12 person)

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
tradisional-but-close-to-english wedding (pastel theme color)


8. Where do you plan to go on honeymoon?
Kota Kinabalu and Krabi (oh romantic!)

9. How many guests do you think you'll invite?
semua yang sudi datang, saya menjemput dengan kedua tangan terbuka dan senyuman manis!

10.Will that include your exes?
i don't have any, wink!


11.How many layers of cake do you want? 

just a simple one, not a fondant cake. (rupa je cantik, tapi manis giler)

12.When do you want to get married, morning or evening?
the solemnization will be in the evening, insyaAllah


13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding:
Selamat Pengantin Baru

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & knife?
bufet jela, senang sikit. boleh ambil banyak-banyak


15.Champagne or red wine?
Di larang sama skali!! hepppppppp!

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
right after the wedding, insyaAllah. tiket dah beli yeahhh.


17.Money or household items?
Money! then belilah apa sahaja.

18.How many kids would you like to have?
four kids (2 boys and 2 girls)

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
yup definitely!


20. Whose wedding plan would you like to know next?
all B2Bs, and my besties (adilah, ida, anne, anis, sue, ros)


Nak tag orang la! hahahaha~
kina: http://our-wedding-journal.blogspot.com/
malyn: http://myjourneythrougheverythingnice.blogspot.com/
put: http://saniloveana.blogspot.com/
farah: http://jijana.blogspot.com/
juju: http://ezuraevenstar.blogspot.com/

iklan: dah jadi enam!

Tuesday, March 1, 2011

Reveal: my MUA

MUA: makeup artist.

Semua B2B pon tahu kot apa itu MUA. Kalau tak tahu tu kena buka kamus pengantin lah! Kehkeh. Btw, kali ni I nak buat entry pasal my MUA which is akan makeup I untuk majlis nikah dan bersanding my side. Belah fiancé, belum ditentukan lagi. It takes 2-3 months to decide MUA mana yang jadi pilihan hati. Memang diorang sangat talented dalam bidang persolekan that I can’t deny. Just yang tinggal kenalah tengok budget dan kemampuan; disebabkan wedding I akan diadakan di kampung, I kena consider beberapa perkara seperti transportation and accommodation.

Then I ada la shortlisted kan beberapa MUA yang I sangat-sangat berkenan. Plus hari-hari I dok stalk dan belek page diorang, tengok sane tersenyum, tengok sini pon tersenyum. Berangan sorang-sorang nanti nak cantik camtu jugak, haiiiihhhh tinggi betul harapanku! Mulalah sesi meng’email’ semua MUA berkenaan, kena la mintak quotation kan, kena la within my budget of course. Hihik. Selepas ditimbang-timbang, I setujulah nak hire seorang kakak ni, hampir-hampir I nak bayar deposit kat dia, tiba-tiba maybank2u buat hal malam tu, xsempat nak transfer. Esoknya lupa, lusanya busy. Hu hu hu. But, mungkin ada hikmah disebaliknya kot…(kepada kakak yang saya dah janji nak booking tu,.saya minta maaf ye)

…..and one fine day, I sangat-sangat busy kat office. Balik rumah pon dah lenguh satu badan. Memang tak larat dah nak bergerak rasanya. Tapi hati rasa xtenteram rasa macam nak online je. Mula-mula bukak fb tapi takde apa yang menarik, semakin membosankan. Tutup! Then bukak blog, tapi takde mood nak menulis. Tutup! I tak tahu cemane , masa I blogwalking, terjumpalah satu blog MUA ni, I scroll down 15min je, then I klik previous page. Scroll down lagi, terus tersenyum. Inilah yang I cari2! I sangat terberkenan dan terus sms MUA tersebut. Quotation, dah ada dalam blog, just I sms nk tahu extra charges for transportation. Dapat je reply, I terus confirm booking beliau, the same night jugak I transfer duit deposit ke akaun maybank beliau. Kali ni takde masalah plak. 

One hour later, kakak tu reply dan bagi receipt bagi bayaran deposit MUA.
He he he, decision yang I buat dalam tempoh 1-2jam sahaja. Macam tak percaya, 2-3 months I survey sane sini, tak jumpa tapi hari tu, I dapat apa yang I nak. InsyaAllah I berpuas hati dengan keputusan yang I buat ni.
Reveal sikit hasil kerja beliau yang paling I suka.


her link: http://aziecunzmakeup.blogspot.com/

ada soalan? boleh email i k~

Thursday, February 24, 2011

Ostrich Feather

Hye darlingsss semua,
I mencari ostrich feather ni, ada sesiapa tahu nak beli kat mana tak? 



Pssssstttt, ini contoh sahaja. Sila jangan terpengaruh. Sesiapa yang tahu sila exchange link ya!
I'm desperately in love with this ostrich feather, nak buat DIY project.

Wednesday, February 23, 2011

Nabi Muhammad SAW Baring Di Atas Riba Isterinya

Kadang-kadang orang kita silap persepsi  dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka  menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan  lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini  terbukti silap.

Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu  dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang  malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul  budaya romantis dan kering dalam bercinta.  Yang lebih  ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main  romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya  tahu romantik ketika di atas katil.

Sikap ini berbeza dengan sifat romantis  Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan  isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu  tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk  bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di  ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula  membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala  menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam  keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak  menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya  kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.

Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita  tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik  perasaan cinta itu.

Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk  meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri  pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu  sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan  ibunya yang mahu bermanja.

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat  disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan  dunia, mahupun keuntungan di akhirat.

Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan  keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud  dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat  betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan  berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah  terdahulu.

Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang  perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan  undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang  buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam  yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara  fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.

Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra  dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda  di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang  berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan  nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba  Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun  Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh  bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan  bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga  menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran  berhampiran dengan najis.

Tuesday, February 22, 2011

I heart Doily papers


Dah beli 2000pieces of doily papers for wedding cards, table centerpieces, and goodies bag/box.
Tunggu DIY projectssssssss ya! Will start with table centerpieces dulu, tunggu~

Tune Hotel RM1 per night


Jom cuti-cuti! Dah bosan tido kat rumah? Apa salahnya jom ramai-ramai kite lepak Tune Hotel. Kekekeh, macam promoter plak. Bila plak nak merasa tido kat hotel kan, selalu kalau holiday/outstation je dapat peluang. Kali ni jom kita manjakan diri, takyah tido umah, saja mengada tido kat Tune Hotel ni. Walaupon hotel murah-cambest-konon, feel tido hotel tetap best! Rasa taknak bangun. Hanya serendah RM1 pernight, dah mampu dah. Exclude aircond n TV ya. Kalau tambah servis tu, add on lagi RM25 je, still consider murah kan.

I dah beli my ticket, it's on December! Masa tu dah kawin, boleh bawak husband sekali (wink wink! gatai!). Kira second honeymoon pon boleh (ehem-ehem). Sila jangan melalut. Kalau ditakdirkan masa tu husband/me tengah sibuk tak boleh cuti, takde la kisah sangat. Baru RM2 je untuk dua malam. Yang penting tarikh kena sesuai ya! Plus, no admin fees, sangat suka! Actually, i am a truly budget traveller, plus air plain ticket pon i selalu grab masa fair sahaja. Memang berbaloi, kalau nak tunggu duit banyak berkepok-kepok baru nak travel, ntah bila kan. Selalunya gamble je la beli tiket, pastu baru plan pasal kerja. he he he he.

Psstttt, next week i nak ke Korea, 1week kat sana, insyaAllah. Doakan i selamat pergi dan balik okey. Budget traveller nak gi holiday! Woooottt wooooottttt! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...