Followers

Monday, December 27, 2010

kalau ye pon kesayangan tak perlulah DIVA sangat!

Gotcha! Abaikan cadar tak tegang dan bantal busuk bunga-bunga. Favourite i dan abu tu, bau bachin bantal tu la yang memaksa-maksa i tido 10jam setiap hari. En silap, setiap hujung minggu (coverlah sikit). Kalau ye pon kesayangan tak perlulah DIVA sangat haiiihhh!

Tengok! siap buat muka tak bersalah. Takpe-takpe siap la kena gomol jap lagi. ha ha ha. Rantai abu adalah hand-made. Comelkan, i yang buat tu. Puji diri sendiri.

Sila spot bahan bacaan sebelum tido, Wanita Yang Membawa Ke Syurga. Ececeh!


With Family

Semalam adalah masa bersama keluarga! Alhamdulillah saya dah berjaya meraikan mereka-mereka yang tersayang. Siapa-siapa nak di’belanja’ oleh saya selepas ini, pastikan anda mendapat straight A’s ye., available untuk berumur 12-17 tahun sahaja. Hihihik. Dan pastikan juga masa tu poket saya penuh jadi hadiahnya akan variety mengikut ketebalan poket semasa. Hehe. So, doa-doakan la agar poket saya sentiasa penuh! Amin!

WISHLIST 2011


Asalammualaikum..

Lagi beberapa hari kita akan menjejakkan kaki ke tahun 2011. Ohhh saya sedih! Tiba-tiba je perasaan tu muncul dalam diri saya. Tak tahulah saya sedih sebab nak tinggalkan 2010 ke, atau sedih sebab nak masuk ke tahun baru. 

Pada saya, 2010 memang tahun yang penuh emosi, pelbagai insiden berlaku dalam hidup saya samada gembira, sedih, kecewa, marah dan lain-lain. Yang pasti, ia kenangan bagi saya dan pastinya, terpahat dihati. Tempoh 25tahun saya bernafas didunia ini membuatkan saya sedar siapa diri saya, dan belajar menjadi orang yang lebih dewasa.

Sejujurnya, saya teragak-agak untuk menjejaki 2011, dimana saya pasti tahun yang mendatang ni PASTI lebih mencabar. Namun itulah hakikatnya hidup, mesti diteruskan. Dunia sebenar tidak seindah fairytales yang sentiasa indah dipenghujungnya, dan sebagai manusia, kita akan sentiasa diuji olehnya, bersyukurlah!!! Kerana itu tandanya Dia sentiasa memerhatikan kita. Insyaallah kita sentiasa dibawah lindungNya dan setiap dugaan yang mendatang itu adalah termampu bagi setiap hambaNya.

WISHLIST 2011:

Saya berharap kedatangan 2011 ini menjadikan saya seorang yang lebih kuat, mental & fizikal dan akan menjadi orang yang penyabar dan pemaaf.

Saya berharap saya dapat menunaikan tangungjawab sebagai anak dengan lebih baik berbanding sekarang dan tahun-tahun sebelumnya.

Saya berharap hidup saya akan lebih diberkati Allah dan mendapat petunjuknya ke atas sesuatu yang saya lakukan terutamanya perkara-perkara yang melibatkan diri sendiri, kerjaya dan ibu bapa.

Cukuplah tiga. Tidak perlu tamak!

Dan paling penting..
Saya berharap agar ‘apa yang saya harapkan’ akan tercapai tahun 2011 ini. Amin~

Thursday, December 23, 2010

not-so-called update!

hujung-hujung tahun ni, takde mood nak update blog. tunggulah tahun depan ye kawan-kawan. saya akan menjadi bridezilla, hope korang semua tak menyampah-tahap-nak-muntah baca blog saya nanti. apa-apa pon, enjoy dulu gambar di bawah ye, related balik dengan entry saya sebelum ini.


basree & kaksha yang cantik 

saya, juju dan hirda

kami

kami lagi

kami lagi lagi

the boys (saje sabotaj gambar gelap)

kami lagi lagi lagi

my favourite of the day

perasan diva!

last but not lease, inilah photographer kami, syafiq.
abaikan muka pale-berminyak-toya bersiap dari pukul 530am dari shah alam, masa ni pukul 9pm depan pekan rabu, alor setar.


Perasan tak muka saya sangat teruk? masa ni tengah merekah gila gara-gara Bukit Gambang.
 takpelah redha aje.
the end!


Tuesday, December 21, 2010

B2B: HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.


01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.


02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir. (tarikhku! minta dipermudahkan segala perancangan, amin!)

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah. 
24hb: Hari yang tidak bagus.
25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Monday, December 20, 2010

B2B: Wedding Card



i heart this so much!
Nanti letak ribbon sure cun punya. wink!

Saturday, December 18, 2010

B2B: Bunga Telur


Tengok ni,. cantik kan? 
My mum yang buat bunga telur ni. Dah hampir siap semuanya, 650+ pieces total. Nak tahu full story, sila klik sini hokey! My mum sangat-sangat suka buat menda-menda kreatif, then saya tahu la dari mana saya dapat tangan yang tak berapa nak kreatif ni. hehe~

Paling penting, memang color taste saya lah!
Sayang emak. LOVE.


Friday, December 17, 2010

B2B: Theme for Bertandang

Apa pendapat korang semua dengan warna ni? Semalam baru tahu my FFIL's family plan nak pakai green untuk majlis belah lelaki/bertandang, i dah mula pening kepala which green i wanna wear? Kalau boleh taknak la hijau lumut ke, hijau P*S ke, etc etc.  I tak pernah suka blue-green color, he he he sebab tu bila dapat tahu desicion diorg i jadi berhenti berfikir jap untuk few seconds. Pastu terpaksa lah google sikit tengok warna green yang 'bakal' berkenan. Takot la nanti nampak sama pulak dengan pokok he he. Then tiba-tiba in love dengan this 'lime' color. Dalam hati cakap, oh cantik jugak ni! So i'll stick with this color for now.


Alhamdulillah, persalinan untuk majlis bertandang akan disponsor. yeyeay! My Fiance's uncle is fesyen designer, yang majoritinya design untuk Ziana Zain n Ramlah Ram. But mostly RR la. Baru-baru ni pon masuk Mingguan Malaysia sebab design baju untuk cik RR kita. So that he insist to design one attire for me, rolling eyes* excited sangat hokayyy. Tapi taktau la end productnya jadi cemana. For now i rasa tak kesah sangat design apa tapi i tetap nak kale yang warna pastel macam ni je, Takmo terang-terang punya. Tunggu Jan or Feb to meet up with 'Pak Erol'. 
Alhamdulillah lagi bila semua orang macam excited sangat dengan wedding ni. Maklumlah mak i nak dapat menantu baru after 16years. Lama kan? Hope everything goes well, amin!

Thursday, December 16, 2010

B2B: 10 months and 1 week to go

10 months and 1 week to go.

Dalam situasi macam ni, ada orang yang dah buat wedding preparation, dan ada juga yang macam relaks takpelah-aku-banyak-duit-tak-kesah-nak-prepare-lewat. Tapi bagi aku yang cerewet-takda duit berkepuk dalam bank-perfectionist, aku rasa aku patut masuk gear satu sekarang. Paling tidak, aku punya cukup masa untuk survey sana sini, tanya quotation sana sini. Mula-mula of course la survey official photographer, sebab aku rasa benda ni investment terpenting! Yeke? Pandangan semua orang lain-lain. Maklum lah muka tak cantik Tapi nak editing biar muka gebu, mana nak dapat tu? Even make up tebal 2 inci pon kadang-kadang boleh nampak lubang-lubang bertaburan kat muka. Ewwww.

Alhamdulillah! Hari ni dah berjaya deal dengan official photographer, tapi takleh reveal lagi siapa. Bagi teaser jela tapi for sure sape yang tengok ni mesti tahu dah jawapan dia.


Yeay! Sangat puas hati setakat ni, mampu bayar plus gambar cantik. Siapa taknak!

Oh lupa nak reveal theme color, rasanya semua dah tau; pastel lah. wink!
(nikah-ivory/babycorn)

(bersanding-dusty pink)

(bertandang - grey/tiffany blue)

gorgeous tak? sila angguk.

kalau itu..

kalau itu rahsia,
jangan sampai tersebar.

kalau itu nasihat,
mungkin berguna.

kalau itu memerli,
mungkin berdosa.

kalau itu memperdaya,
ingat yang berKuasa.

kalau itu menyayangi,
jangan mengakiti.

kalau itu menghormati,
perlu dihargai.

kalau itu cinta, 
jangan membenci.

kalau sudah tiada,
jangan tangisi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...